You are on page 1of 10

Matahari

Sehingga sampai ke kurun ke17 baru pakar-pakar astronomi dapat memahami bahawa matahari ialah sebenarnya bintang biasa seperti bintang-bintang lain di langit. Yang membezakannya cuma kedudukannya yang amat hampir dengan Bumi. Malah, Matahari ialah bintang yang cukup dekat dengan Bumi sehingga membolehkan penyelidikan

berlaku dengan lebih teliti. Cuma Matahari sajalah bintang yang mempunyai permukaan yang dapat dicerap dengan kepersisan tinggi. Di samping itu, ia juga merupakan satu langkah asasi dalam usaha kita untuk mempelajari bintang-bintang. Matahari merupakan satu objek yang agak ringkas, satu bebola gas raksasa bergaris-pusat 1.4 juta km, iaitu 110 kaliganda saiz

Bumi. Jisimnya adalah 2000 billion billion billion kg, iaitu 330 000 kaliganda jisim Bumi. 75 peratus daripada jisimnya adalah terdiri daripada hidrogen, 25 peratus helium dan selebihnya terdiri daripada unsur-unsur yang lebih berat. Struktur dalaman Struktur dalaman Matahari legap dari pandangan, ini

memjadikan penyelidikan teori amat penting untuk memahami fenomena yang berlalu didalamnya. Penyelidikan secara teori ini juga penting untuk menentukan struktur dalamannya. Penyelidikan ini menjelaskan bahawa bahagian dalaman Matahari yang legap dari pandangan adalah terdiri daripada 3 zon-zon: teras, zon radiatif dan zon convektif. Suhu dalaman didapati amat tinggi mencapai ke tahap 15

juta Kelvin. Bahagian ini merupakan 25 peratus daripada garis-pusat Matahari. Disebabkan ketumpatannya yang amat tinggi, ia juga menyumbangkan 60 peratus daripada jumlah jisim Matahari.

Satu imej

mozek yang mempamirkan beberapa lapisan yang membentuk Matahari. Bahagian atas gambar menunjukkan bahagian dalaman Matahari yang terdiri daripada 3 lapisan : teras, zon radiatif dan zon convektif. Bahagian bawah gambar menunjukkan

lapisan luar yang terdiri daripada fotosfera (bahagian yang dapat kelihatan dan sering menampilkan beberapa tompok matahari), kromosfera dan korona. Gambar ini juga menunjukkan lubang korona, nyala (solar flare) dan prominen. Kredit : SOHO (ESA/NASA) Mengelilingi teras ialah zon radiatif yang mengeluarkan 55 peratus daripada jumlah tenaga sinaran Matahari.

Dalam kawasan ini, tenaga yang dijanakan di dalam teras dibawa keluar oleh foton-foton. Cara pergerakan di sini didapati amat lambat sebab foton sentiasa diserap dan dibebaskan oleh partikel-partikel sekeliling. Dipercayai bahawa foton mengambil masa beberapa ratus ribu tahun untuk meninggalkan Matahari. Tanpa halangan, foton sepatutnya boleh bergerak dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Akhirnya, kita sampai ke lapisan luar, iaitu zon konvektif, yang merupakan 30 peratus daripada garispusat Matahari. Di sini suhu menurun sehingga ke satu juta Kelvin. Di dalam lapisan ini, tenaga bergerak melalui proses konveksi, iaitu pergerakan melibatkan semua partikel-partikel sekeliling. Gas yang panas dari bahagian dalaman bergerak ke permukaan dan membebaskan tenaga menjadi sejuk dan turun

semula ke bahagian dalaman dan seterusnya.

SEARCH FOLLOW

Facebook

2011 Zalia Morshidi

You might also like