You are on page 1of 2

MASYARAKAT ISLAM DI INDIA

Pengenalan

Sejarah awal India bermula sejak lahirnya Tamadun India pada tahun 300 S.M. Tamadun ini berasaskan ekonomi pertanian dan penternakan.Orang Arab telah mengadakan hubungan dengan India sebelum kedatangan Islam. Tanah Arab yang tandus berpadang pasir telah menggerakkan orang-orang Arab menjad pengembara dan pedagang yang seterusnya berlakulah hubungan perdagangan antara arab dan orang-orang India. Kelahiran Islam telah diketahui oleh orang-orang India selepas adanya hubungan rapat antara pedagang-pedagang Arab ini. Hubungan perdagangan berlaku melalui jalan laut menerusi Lautan Hindi dan Laut Merah , jalan darat pula melalui Parsi . India dikenali sebagai Sind atau Hind dalam kalangan masyarakat Arab.

Kesimpulan

Kemunculan agama Islam telah mencorakkan tamadun bagi masyarakat Arab Jahiliah di Semnanjung Tanah Arab. Kemunculan tamadun Islam telah mengubah cara hidup masyarakat India kepada suatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur. Faktor utama yang menjayakan perkembangan tamadun Islam disebabkan ketokohan dan kewibawaan pemimpinnya yang berkaliber dan bijaksana disamping kegigihan dan kesabarannya dalam menangani masalah dan halangan. Islam seterusnya berkembang keseluruh pelosok dunia termasuk di India. Penduduk tempatan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pentadbiran Islam kerana keadilannya.

You might also like