You are on page 1of 13
3238 Strukturatisme: satu tinjauan multidisiplin, Kertas kerja Seminar Ilazah Tinggi, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim (Sirt Penerbitan Jabatan Pengaiian Melayu), bil. 4 (1985) KE ARAH MENCARI NILAI BERSAMA MASYARAKAT MALAYSIA: ASAS-ASAS NILAI SOSIAL MELAYU Tujuan tulisan ini ialah membincangkan arah dalam usaha menecari nilai bersama antara kaum-kaum di Malaysia. Dalam membincangkan soal ini, beberapa perkara harus diambil perhatian. Perlu kita bincangkan apakah konsep kita terhadap nilai dalam masyarakat terutama sekali dalam hubungan dengan tujuan kita. Sebenarnya, dalam mengemukakan tujuan mencari nilai bersama itu, kita telah membuat andaian bahawa terdapat nilai-nilai yang menuju ke matlamat yang serupa dan yang sama- sama didukung oleh ketiga-tiga masyarakat dan kita juga membuat andaian bahawa sistem-sistem nilai yang serupa (common) itu akan mengukuhkan lagi ikatan antara kaum di Malaysia. Walaupun ia merupakan andaian, dengan mengguna- kan fikiran yang logik, kita dapat memikirkan tentu sudah ada nilai-nilai yang sudah wujud dalam masyarakat tiap-tiap kaum itu yang sesuai dengan kehendak kita, Oleh itu kita mesti mem- bincangkan dulu apa yang kita kehendaki daripada nilai bersama itu. Sebagai masyarakat, tiap-tiap kaum itu tentu mempunyai nilai-nilai yang menuju kepada kerukunan masyarakat dan kita, dengan hasrat menuju ke arah persefahaman antara kaum melalui nilai bersama, juga hendak membinakan kerukunan masyarakat Malaysia. Nampaknya persoalan ini agak enteng, tetapi ini adalah satu ilusi sahaja, kerana dalam persoalan nilai masyarakat seperti yang dipaparkan nanti, ia tidaklah seenteng yang disangkakan. 125 Tempat juga akan diberi kepada nilai sosial masyarakat Melayu dan bagaimana sistem itu apabila diletakkan bergan- dingan dengan nilai sosial masyarakat-masyarakat lain akan, pada sebelah pihak, menunjukkan persamaan matlamat dan persamaan nilai, tetapi pada pihak yang lain, berasas kepada “premise” yang berlainan. Akan dibincangkan dalan kertas kerja ini nilai-nilai sosial masyarakat Melayu yang beragama Islam. Dasar kepada semua nilai sosia] adalah keperctyaan kepada kuasa Allah (s.w.t.), tetapi sengaja dibahagikan kepada bahagian-bahagian agama, politik, sosial dan ekonomi untuk melicinkan perbincangan. Nilai-nilat yang didukung oleh peri- bahasa dan ungkapan-ungkapan tradisi tidak dikemukakan di sini, tetapi ungkapan-ungkapan serta peribahasa itu tidak Kurang pentingnya di sisi perbincangan berkenaan nilai sosial. Namun, akan di bincangkan juga nilai-nilai sosial yang terdapat pada kebudayaan Melayu yang tidak secara langsung dikaitkan dengan asas agama, seperti konsep ‘‘halus” atau “‘budi”. Sistem Nilai Sistem nilai adalah sesuatu yang tidak wujud di hadapan kita, tetapi ia tetap wujud kerana ia mempengaruhi perlakuan bersama sesuatu masyarakat. Tentu ada sesuatu yang menentu- kan perlakuan-perlakuan bersama dalam satu-satu situasi, dan kadang-kadang perlakuan itu ada pilihannya pula, kerana sesuatu yang tidak dapat dilakukan kerana sesuatu sebab tidak dilakukan dan dilakukan perlakuan yang kedua dalam pilihan itu. Kita boleh jangkakan perlakuan-perlakuan itu dalam konteks yang biasa atau susur galur perlakuan-perlakuan yang sesuai dalam satu-satu masyarakat pada satu-satu masa. [ni menunjukkan bahawa ada satu sistem menggerakkan perlakuan- perlakuan itu, sama ada perlakuan itu menguntungkan seseorang ataupun dilakukan kerana ia dikehendaki oleh masyarakat. Yang melibatkan orang perseorangan kita tidak panggil nilai sosial, kerana ia lebih didorong oleh naluri biologikal manusia sebagai makbluk, seperti juga haiwan. Yang melibatkan 126 masyarakat itulah yang menjadi tumpuan perhatian kita: apa yang dikehendaki bersama, apa yang dianggap baik bersama atau apa yang dianggap cantik adalah asas kepada nilai sosia). Tinggi nilai kita beri kepada sesuatu benda atau perlakuan itu, maka lebih mahal harganya, dan begitulah sebaliknya. Namun nilai sosial tidak sebegitu jitu (atau absolute). Ahli sains sosial cuba memberi penerangan terhadap nilai sosial ini, tetapi apa yang dapat ditunjukkan ialah segi-segi daripada nilai sosial itu. Misalnya mereka dapat memberi sifat-sifat nilai sosial seperti ia adalah nilai bersama, ia melibatkan emosi (daripada perasaan yang mendalam hinggalah kepada yang remeh-temeh sahaja), ia juga adalah bertingkat-tingkat (/ierarchical) dan sebagainya. Cara menerangkan agak payah kerana nilai sosial itu sentiasa dalam keadaan cair (fluid) sebenarnya. Ia nampaknya senang tetapi pada hakikatnya payah hendak diperkatakan. Apabila ia berlaku dalam hidup sehari-hari ia payah hendak dikena! pasti, walaupun selalu dikatakan oleh ahii sains sosial sistem nilai sasial itu adalah seperti sebuah peta, Sebab itu kita ada dua cara untuk melibatkannya. Satu dengan cara yang agak artificial, tetapi ada gunanya, iaitu apabila melihatkan nilai-nilai yang ideaf dan satu lagi ialah dengan melihatkan nilai itu dalam konteks atau situasi, kerana perlakuan pada satu-satu ketika itu bergantung kepada sifatnya yang menonjol atau sebaliknya. Dan sama ada sifat itu menonjo! atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang wujucl pada ketika itu. Walaupun demikian perlu diketahui bagaimana sesuatu nilai itu dianggup menonjol atau tidak, ada int banyak bergantung kepada sesuatu budaya. Sebab itu cara melihat yang kedua ini sungguh rumit dan susah, namun kalau kita dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menjadikan sesuatu nilai itu menonjol dalam satu-satu budaya, itu sudah mencukupi. Dan cara yang pertama ini lebih senang kepada kita untuk mengkaji nilat sosial kerana nilai-nilai sosial yang ideal itu selalunya dijadikan rujukan dan lebih mantap. 127

You might also like