You are on page 1of 24

HIGHLIGHTS & TRANSKRIP

RANCANGAN SUARA SISWA TAJUK SATU MALAYSIA: SUDUT PANDANG SISWA TETAMU

DR ZAINUL FITRI DATO OTHMAN AHLI MAJLIS TERTINGGI GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) SIVABALAN A/L PERUMAL NAIB YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) 29 APRIL 2009, 9:00 10.00 MALAM (RTM 1)

PERANTARA DR. FAZLEY YAAKOB

DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 1

HIGHLIGHTS
1. Konsep SATU MALAYSIA telah wujud sejak negara mencapai kemerdekaan. Ini dilihat dari aspek tiga rumpun utama bangsa Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India yang mempunyai satu wadah, pendapat dan pendirian bagi mendapatkan kemerdekaan. Ketiga-tiganya (bangsa) telah berada dalam Satu Malaya bersama-sama berjuang untuk satu matlamat yang sama.

2.

SATU MALAYSIA merupakan konsep pembinaan negara berdasarkan tiga elemen iaitu perpaduan serta integriti, kepentingan dan kecemerlangan rakyat. Demi mengukuhkan lagi konsep ini, lapan nilai utama diterapkan iaitu budaya, kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Lapan nilai ini digarapkan sebagai nilai utama untuk melonjakkan kegemilangan negara.

3.

Penerapan konsep SATU MALAYSIA perlu bermula daripada peringkat kecil lagi sama seperti kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Apa yang penting ialah perubahan sikap dan kesanggupan untuk berubah demi kebaikan bersama. Terutamanya, keluar daripada kepompong etnik masing-masing dan menjadi sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu.

4.

Dalam konteks mewujudkan perpaduan, ia berlaku melalui empat cara iaitu asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi. Namun, apa yang penting adalah integrasi. Pemikiran positif perlu diterapkan dalam diri setiap mahasiswa agar kejayaan tercapai.

5.

Dari segi pendidikan, bagi membina konsep SATU MALAYSIA, Bahasa Malaysia harus diutamakan selain sekolah kebangsaan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

6.

Mahasiswa perlu menerapkan ilmu Kenegaraan bagi menjayakan SATU MALAYSIA. Selain mencari, menghayati dan mengamalkannya, generasi muda juga harus menampilkan kredibiliti dan perwatakan yang baik demi menjayakan matlamat SATU MALAYSIA. Bahkan, pandangan mahasiswa yang idealistik juga boleh diutarakan kepada barisan kepimpinan agar mereka mengetahui apa yang mahasiswa inginkan.

7.

Mahasiswa juga perlu mengetahui, menghayati dan mengamalkan ilmu Kenegaraan dan Rukun Negara. Semangat jati diri, sayang kepada negara dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada negara perlu dipupuk kepada generasi muda. Selain semangat kekitaan, persaudaraan, mewujudkan keakraban di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum juga perlu ada dalam diri setiap individu.

8.

Konsep SATU MALAYSIA tidak boleh disalah anggap sehingga menjejaskan Perlembagaan Malaysia dan dasar-dasar kerajaan yang telah termaktub seperti pemansuhan hak jus soli, sistem meritokrasi dan kuota pelajar bukan Bumiputera. Semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan telah dilaksanakan tidak boleh dipertikaikan lagi.

9.

Konsep SATU MALAYSIA berbeza dengan Malaysian Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia adalah konsep yang mengubahkan realiti yang wujud di dalam Perlembagaan. Manakala SATU MALAYSIA adalah satu konsep untuk membina negara dan rakyat agar dapat memacu negara ini dengan lebih cemerlang.

10.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersedia untuk berkorban apa sahaja demi negara dan hidup bersatu padu. Perpaduan yang ada pada hari ini adalah hasil daripada integrasi yang ada hari ini.

TRANSKRIP
PERANTARA : Assalamualaikum w.b.t. Kita bertemu lagi dalam rancangan Bicara Siswa dengan tajuk Satu Malaysia Sudut Pandangan Siswa. Dengan dua orang panel terlebih dahulu yang akan saya perkenalkan. Yang pertama YB Nur Mohd Saifuddin Salahuddin YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia. Silakan. Yang saya jemput panel kami yang kedua Sivabalan a/l Perumal, Naib YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Dipersilakan.

Dan tetamu istimewa kita kali ini tidak lain tidak bukan Dr. Zainol Fitri Datuk Othman, Ahli Majlis Tertinggi bagi Biro Pendidikan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Silakan YB Dr. Zainol. Bersama-sama tiga orang panel ini kita fahamkan konsep Satu Malaysia, apa yang telah digagaskan dan apa yang telah diutarakan sebenarnya adalah disebalik itu konsep perpaduan. Di sini ingin saya berkongsi dengan anda, dalam kamus yang bermaksud di mana perkataan perpaduan itu.

Perkataan padu itu dimaksudkan di sini, dalam kamus mampat, padat, pejal, tumpat, telah bercampur, bergabung, bergaul menjadi satu sebati, kuat, kukuh, teguh dan utuh. Mungkinkah itu yang diuar-uarkan dalam konsep Satu Malaysia yang telah dibuah fikirkan YAB Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak. Apa kata kita dengar kata-kata ahli panel. Saya tujukan soalan ini buat ketiga-tiga panel ini, apa sebenarnya yang kita faham tentang konsep Satu Malaysia itu? Mungkin Dr boleh mulakan.

DR. ZAINUL FITRI DATO OTHMAN : Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t. Pertamanya terima kasih kerana menjemput dan selamat datang dari saya kepada UUM dan tepukan kepada anda sekalian. Konsep Satu Malaysia ini sebenarnya telah wujud sejak kita mencapai kemerdekaan. Pertama, kemerdekaan tidak boleh dicapai tanpa tiga rumpun yang ada. Tiga rumpun itu ialah kaum Melayu, Cina dan kaum India. Untuk mencapai kemerdekaan mereka ini bertiga pemimpin-pemimpin dari kaum-kaum
4

ini, bangsa-bangsa ini pergi ke London dengan satu wadah, pendapat, wajah dan satu pendirian untuk mendapatkan kemerdekaan.

Daripada mana kita dapat kemerdekaan itu? Daripada satu Malaya. Fokusnya untuk mendapatkan kemerdekaan. Pada tahun 1963 maka ramai rumpun-rumpun yang lain masuk di dalam Satu Malaysia. Ingin berada dalam Satu Malaysia kerana percaya kepada bahawa Negara ini akan maju ke hadapan. Kemudian roh ini dibangunkan semula oleh Dato Sri Najib dan memberikan satu sentuhan yang baru dalam abad ke21 bagi membina Malaysia yang lebih progresif dan dinamik pada masa depan.

PERANTARA : Itu permulaanya. Tapi kita nak dengar juga Dr,

pemahaman

konsep Satu Malaysia itu. Kita nak dengar suara siswa dulu. Apa kata kita jemput saudara Din, panggilan mesranya. Din, pemahaman anda sebagai pemimpin pelajar sendiri. Satu Malaysia.

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Terima kasih Dr. Fazley. Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada RTM kerana sudi sampai ke lembah Sintok yang menghijau ini dan kami sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan RTM dan semua hadirin yang ada di foyer perpustakaan Sultanah Bahiyah ini. Satu Malaysia, regatta yang baru dibawa oleh Perdana Menteri kita, Dato Sri Najib b Tun Razak.

Tetapi pada pendapat peribadi saya, ianya bukan satu perkara yang baru, kerana Tunku Abdul Rahman. Tun Hussein Onn, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah mempunyai agenda dan yang utamanya adalah perpaduan yang dibawa secara terus-menerus dan akhirnya hari ini dalam abad ke-21 seperti yang dikatakan oleh Dr tadi, Dato Sri Najib membawa satu idea yang baru tetapi sejauh mana

keberkesanan idea baru itu, kita belum dapat pastikan lagi.

PERANTARA : Bermakna seolah-olah kedua-dua panel kita ini bersetuju bahawa menyingkap kembali sejarah untuk memahami konsep Satu Malaysia itu yang
5

telah diwujudkan sekian lama. Mungkin perkataan atau slogannya diubah. Mungkin Siva boleh nyatakan pendapat anda sendiri.

SIVABALAN A/L PERUMAL: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak RTM kerana memberikan peluang pada saya. Salam sejahtera kepada Dr Fazley dan saudara panel. Saya dari YDP USM. Mengikut konsep Satu Malaysia ia bukan satu perkataan Satu Malaysia sahaja, tetapi diikuti dengan slogan Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan. Konsep Satu Malaysia ini adalah satu konsep atau konsep pembinaan Negara di mana berdasarkan tiga elemen. Elemen pertama, perpaduan dan integriti dan elemen kedua, kepentingan rakyat. Elemen ketiga adalah kecemerlangan rakyat.

Untuk mengukuhkan lagi konsep Satu Malaysia ini YB Perdana Menteri kita telah menerapkan lapan nilai utama. Lapan hati, nilai utama tersebut, ialah budaya

kecemerlangan,

ketabahan,

rendah

penerimaan,

kesetiaan,

meritokrasi,

pendidikan dan integriti.

PERANTARA : Terima kasih Siva, saya rasa ia satu permulaan yang baik untuk kita bincangkan tentang soal Satu Malaysia. Tapi Dr Fitri, mungkin Dr Fitri membantu memperjelaskan apabila kita menyebut tentang Satu Malaysia, tidak lain tidak bukan ramai yang mengatakan ialah adalah satu pemahaman tentang nilai kebersamaan dalam wajah dan acuan yang jujur. Ada juga yang mengatakan bahawa ia sebenarnya adalah merupakan satu sifat kepunyaan atau sepunya terhadap Negara tercinta ini. Boleh Dr Fitri perkembangkan lagi.

DR. ZAINUL FITRI DATO OTHMAN : Satu Malaysia berasaskan dan berpaksikan kepada kebersamaan. Kebersamaan yang jujur ini bermakna menerima realiti. Apakah realiti tersebut, apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan? Apa juga yang telah termaktub dalam Perlembagaan tidak boleh dipertikaikan. Tidak boleh dipersoalkan, kerana ia telah termaktub. Kewujudan Negara, kewujudan Malaysia dan kerajaan Malaysia adalah kerana kewujudan Perlembagaan. Apabila Perlembagaan tersebut
6

diterima pakai oleh seluruh rakyat, maka itu perkara yang tidak boleh diperdebatkan lagi.

Maka apa yang harus diadakan adalah wahdatul fiq, wahdatul amal. Apa makna dia. Kesatuan minda dan kesatuan tindakan terhadap fokus yang hendak dituju. Datu Seri najib telah menggariskan lapan nilai yang telah disebutkan oleh Siva tadi. Lapan-lapan garis panduan ini haruslah difahami bersama sama ada generasi yang lepas kemerdekaan, sebelum kemerdekaan atau yang baru mengecap kemerdekaan. Lebihlebih lagi generasi muda yang harus memberi penegasan mereka. Apa yang harus mereka lakukan? Maka lapan nilai ini digarapkan sebagai nilai core values kepada mereka untuk mereka lonjakkan Negara itu.

PERANTARA : Betul. Yang saya sering dengar kata-kata daripada siswa, golongan pemimpin siswa ataupun masyarakat siswa itu sendiri, mereka sering bertanya bagaimanakah cara terbaik untuk membentuk perpaduan di kalangan siswa yang bakal memimpin negara suatu hari nanti. Adakah satu formula khusus, adakah satu cara yang memang tepat ataupun adakah sesuatu yang diinginkan oleh masyarakat siswa untuk mereka lebih faham tentang konsep Satu Malaysia itu sendiri. Mungkin saudara Din boleh teruskan.

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Sebenarnya tadi, Dr. Fitri banyak bercerita tentang sejarah lagi tetapi bagi pihak saya sebagai seorang pemimpin dan sebagai pemimpin masa depan, InsyaAllah, kami merasakan bagaimana mahasiswa hari ini hendak mengisi masa hadapan kerana yang past tu memang past, Perlembagaan kita tidak boleh ubah tetapi bagaimana mahasiswa hari ini mengisi masa hadapan, itulah yang menjadi pokok pangkal persoalan kita pada hari ini saya fikir.

PERANTARA : Jadi mungkin ada cadangan daripada saudara din sendiri? Satu saja yang mungkin kami boleh dengar dan kongsi dengan penonton. NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Saya rasa ini bermula daripada sikap, kita perlu keluar daripada etnik sylo, iaitu kepompong etnik kerana masyarakat kita terlalu
7

lagi dalam kepompong etnik masing-masing dan tidak menjadi Bangsa Malaysia. Kalau kita menjadi Bangsa Malaysia, InsyaAllah, segala-galanya akan selesai.

PERANTARA : Siva, anda telah mendengar rakan anda sendiri untuk menyatakan tentang pendapat itu tapi anda sendiri, mungkin ada satu kerangka minda yang berbeza atau anda bersetuju?

SIVABALAN A/L PERUMAL: Sebenarnya perpaduan ini, bagaimana kita hendak membentuk perpaduan dikalangan siswa? Sebenarnya siswa sekarang, pokok asasnya mereka tidak sedar bahawa mereka sedang memupuk perpaduan sebab mengikut pakar perhubungan etnik, Professor Datuk Dr. Syamsul Amri Baharudin, di Malaysia perpaduan berlaku melalui empat cara.

Cara pertama asimilasi, cara kedua, akomodasi, cara ketiga, akulturasi dan cara keempat adalah amalgamasi. Bila kita sedar, keempat-empat cara ini kita akan lebih faham dan kita akan menilai apa itu perpaduan. Boleh tak dengan kebenaran Tuan Fazley, saya terangkan lebih lanjut apakah itu keempat-empat cara tersebut. Bercakap tentang cara pertama, asimilasi, bila kita lihat seorang pemuda, seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang beragama Islam, dia akan memeluk Islam. Cara ini memang terkenal di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak. Itu cara pertama. Cara kedua adalah akomodasi di mana bila ada perayaan yang besar seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, kita akan mengadakan rumah terbuka di mana kita akan mengunjungi, saya sendiri akan berkunjung ke rumah orang Cina. Saya akan berkunjung ke rumah orang Melayu di mana kita adaptasi adat dan budaya kaum lain.

PERANTARA : Maafkan saya agak mengganggu penjelasan anda, tetapi saya terpanggil untuk bertanya kembali secara menyeluruh. Apabila anda menyentuh soal di mana suatu hari nanti dan sedang berlaku sekarang ini apabila perayaan pelbagai bangsa boleh berkongsi satu perayaan yang berbeza sekalipun.

Semuanya bertandang ke rumah masing-masing. Tetapi mampukah generasi muda meneruskan apa yang telas diteruskan oleh pemimpin, keluarga, datuk dan nenek kita yang terdahulu. Mampukah kita melaksanakan semua ini?
8

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Boleh saya mencelah? Jadi apa yang saya lihat, saya pada asalnya memang tengok kepada perpaduan iaitu Asimilasi, akomodasi, akulturasi dan amalgamasi tetapi persoalan yang terfikir di fikiran saya, apakah hari ini masyarakat Malaysia yang hari ini kita kecilkan skopnya kepada mahasiswa, hari ini kita berasimilasi, hari ini kita buat akomodasi, kalau setakat setahun saja kita pergi ke rumah terbuka, adakah itu satu akomodasi? Kalau yang kahwin dalam 27 juta hanya dua ribu orang, adakah ini berasimilasi? Pada pendapat saya, pucuk pangkalnya kita perlulah berintegrasi. Tetapi yang saya lihat hari ini, suka saya berfikiran pesimistik, Cuma saya berpendapat pada hari ini integrasi sendiri tidak berjaya. Bukan tidak

berjaya tetapi tidak mencapai satu tahap yang memuaskan.

PERANTARA : Saya setuju dengan anda kerana yang sering diwarwarkan adalah perpaduan melalui integrasi. Jadi, mungkin Dr fitri boleh komen sedikit tentang apa yang baru saja dinyatakan oleh Din? Mungkin ini memang mengganggu ramai siswa yang mungkin kurang arif, yang mungkin kurang faham tentang konsep ini?

DR. ZAINUL FITRI DATO OTHMAN : Pemikiran yang diganggu oleh mahasiswa ini adalah kerana mahasiswa mahu perkara itu mengganggu mereka sebenarnya. Jika mereka berfikiran positif dan melakukan perkara untuk mencapai sesuatu. Maka dia akan tercapai, tapi jika berfikir secara negatif, negatif, negatif, maka banyak yang negatif daripada positif yang hendak kita lakukan. Kita penat untuk memikirkan tentang negatif, kenapa tidak, kita penatkan diri kita untuk fikirkan perkara positif. Kepompong etnik negara ini adalah keunikan negara. Orang ramai cemburu dengan negara Malaysia Ini kerana kita mempunyai kepompong etnik yang berbeza-beza ini. Bila perbezaan ini berlaku maka ia akan mencantikkan negara Malaysia.

Bagaimanakah Malaysia ini boleh dibangunkan setelah 50 tahun merdeka sampai mempunyai infrastruktur yang moden, yang negara lain tidak dapat kerana dengan integrasi yang berlaku daripada awalan , daripada satu Malaya itu kepada Satu Malaysia kini dapat digarap oleh pemimpin-pemimpin sekarang ini. Kita harus berfikiran bagaimanakah tugasan yang harus kita lakukan dahulu boleh direalisasikan. Kalau kita
9

bercakap fasal idealistik, boleh, tetapi biarlah idealistik itu digarapkan dengan realiti supaya ia menjadi makna kepada kehidupan kita.

PERANTARA : Itu kata-kata daripada Dr. Fitri. Tadi saya telah menyatakan kepada penonton di rumah. Sekiranya anda ingin menghantar terus kepada kami menyatakan cetusan pendapat anda tentang Satu Malaysia, anda taipkan Komen, jarakkan Nama dan Lokasi. Hantarkan kepada 32776 dan selepas ini, dalam tempoh 30 minit, ataupun 5 hingga 10 minit dari sekarang, anda boleh telefon kami secara langsung di talian 04-9245622 untuk menyuarakan pandangan, cadangan ataupun soalan terhadap ahli panel kami tentang tajuk kami iaitu Satu Malaysia : Sudut Pandang Siswa dan kita akan mengambil masa sedikit untuk berbincang dengan lebih lanjut. Jadi sambil-sambil itu, cuba anda fikirkan apa yang boleh anda suarakan, dan nyatakan tentang konsep Satu Malaysia. Apakah suara anda? Apakah suara mereka yang anda dengar? Apa yang anda baca? Apa yang anda fahami, Itu yang kita ingin dengarkan , itu yang ingin kita suarakan. Satu yang kita ingin nyatakan secara umum adalah Satu Malaysia adalah satu konsep perpaduan dan kita akan berbincang dengan lebih lanjut lagi selepas ini dan kita berehat seketika dan kita berjumpa sebentar saja lagi.

PERANTARA : Anda masih lagi bersama kami di UUM Sintok suara siswa, satu suara, satu matlamat dengan tajuk perbincangan kita, satu Malaysia. Apabila kita menguar-uarkan slogan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri, yang sedang kita cuba kaji dan selami teras yang telah diutarakan adalah rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Mengikut fahaman anda, apakah telah dimaksudkan dengan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, Siva?

SIVABALAN A/L PERUMAL: Ok. Slogan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Apabila kita analyse atau kita kaji slogan itu sendiri, bahagian pertama, rakyat didahulukan. Maksudnya, dalam Satu Malaysia ini, kepentingan rakyat akan dijaga, kebajikan rakyat akan menjadi keutamaan. Di samping itu, prestasi. Tidak kisah jika bercakap tentang prestasi, definisinya, cakupannya, luas. Prestasi dari segi tabiat
10

kerja, prestasi dari segi kualiti pendidikan. Rakyat sebagai contohnya, pada dasarnya tidak ada satu kaum yang akan dipinggirkan. Di samping itu dasar afirmatif akan dikekalkan.

PERANTARA : Ok Siva, itu sudut pandangan dan pemahaman anda. Mungkin saudara Din sendiri, apa yang boleh dikupaskan melalui gagasan tersebut.

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Ia seperti yang saudara Siva sebut tadi dan saya rasa tidak banyak bezanya. Cuma bagi saya gagasan ini di bawah Perdana Menteri baru, yang berjiwa rakyat. Semestinya beliau akan membawa satu gagasan yang betul-betul menyentuh hati rakyat yang selama ini ada segelintir yang menyatakan mereka ini dipinggirkan. Jadi, inilah masa yang sesuai, platform yang terbaik untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Sri untuk meningkatkan balik keyakinan rakyat kepada kepimpinan negara Malaysia. Sekali gus, perkara ini akan membawa rasa cinta kepada Malaysia. Insya Allah, jika perkara-perkara ini diikuti, gagasan Satu Malaysia akan berjaya.

PERANTARA : Saya senang dengan cara anda berbicara kerana anda seolah-olah menyuarakan pendapat anda dan juga pendapat mungkin masyarakat siswa umumnya. Tetapi apakah sumbangan anda sebagai pemimpin pelajar bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia supaya rakan-rakan anda faham akan konsep ini. Apa yang telah anda laksanakan?

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Sebagai Yang Dipertua MPP Universiti Utara Malaysia, rakyat didahulukan. Di sini, tema kami juga, mahasiswa didahulukan tetapi apabila kewujudan tema ini ianya menjadi selari dengan kami. Di UUM contohnya, kami lebih kepada menjaga kebajikan mahasiswa dan juga menjaga perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik. Jadi, perkara ini tidak ada banyak bezanya dengan kepimpinan tertinggi negara dan kepimpinan di peringkat universiti.

PERANTARA : Anda seolah-olah bersetuju penuh dengan konsep ini. Ataupun itu mungkin itu suara dalaman anda?
11

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Konsep untuk menjaga kebajikan rakyat dengan mendahulukan rakyat dan pencapaian negara itu diutamakan. Saya fikir semua rakyat mesti bersetuju kerana yang hendak diutamakan itu ialah kita dan kita mestilah bersetuju jika hendak diutamakan.

PERANTARA : Itu pendapat anda. Dr Fitri, saya terbaca dalam satu media alternatif yang menyatakan bahawa ada pula timbul spekulasi di mana konsep Satu Malaysia ini, ada dikalangan siswa menyatakan bahawa mereka perlu berkorban lebih daripada orang lain ataupun sebaliknya. Orang itu perlu berkorban lebih daripada orang A dan B. mungkin boleh diperjelaskan lagi Dr. Fitri.

DR. ZAINUL FITRI DATO OTHMAN : Pengorbanan harus disama ratakan, bila diterangkan tentang kepentingan rakyat, rakyat juga harus bersedia untuk berkorban apa sahaja demi negara, demi membangun negara. Lebih lagi dalam krisis ekonomi global yang tidak menentu ini. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu padu, secara amalnya, tindakannya dan bukan bercakap, untuk bergabung bersama untuk mengatasi masalah ini. Pengorbanan harus dilakukan bersama, kepentingan rakyat apabila dislogankan. Semua orang akan berkata, ini adalah another slogan, slogan yang baru. Tetapi, bagi Dato Sri Najib, beliau menunjukkan bahawa, beliau mahu tahu apakah yang dikehendaki oleh rakyat?.

Setelah lebih 50 tahun kemerdekaan, apa lagi yang dimahukan?. Beritahu kepada beliau, Insya Allah beliau akan lakukan. Beliau mahu tahu apa kehendak orang-orang muda, apakah kehendak mahasiswa yang sering begitu idealistik memberikan pandangan-pandangan yang tajam dan sinis kepada kerajaan. Maka, beritahu apa yang dimahukan oleh mereka. Jika perkara ini dapat diterjemahkan, dapat diberitahu platform-platform yang ada saya percaya Yang Amat Berhormat Dato Sri Najib akan memberi keutamaan kepada kehendak-kehendak serta suara-suara yang diutarakan.

12

PERANTARA : Saya ingin membuka peluang bagi penonton di UUM ini untuk menyuarakan sebarang pandangan atau soalan kepada ahli-ahli panel kita, kita tengok kalau kita ada pemanggil terlebih dahulu dan saya dapati kita mempunyai panggilan daripada Amran dari Kuala Lumpur. Assalamualaikum Amran, ya anda sedang bersiaran langsung dengan kami UUM. Mungkin anda ada sebarang

pendapat atau soalan kepada ahli panel kita.

PEMANGGIL : Assalamualaikum semua, di sini, dengan konsep Satu Malaysia yang kita uar-uarkan, dengan konsep baru Perdana Menteri kita. Saya menyeru supaya sistem pendidikan kita sendiri memeteraikan konsep Satu Malaysia itu sendiri. Dengan Bahasa Melayu diutamakan di seluruh IPT di negara kita. Supaya kita boleh bersatu padu, itu asas utama sebenarnya.

PERANTARA : Itu sahaja pendapat anda. Terima Kasih Amran dari Kuala Lumpur. Mungkin saya buka peluang kepada ahli panel kita untuk bersama-sama membincangkan apa yang telah disuarakan oleh Amran. Adakah anda bersetuju sebagai seorang siswa Siva?

SIVABALAN A/L PERUMAL: Tadi Siva ada memberitahu lapan bahagian dalam konsep Satu Malaysia dan dalam bahagian ke-tujuh adalah berkaitan dengan pendidikan. Terlebih dahulu Siva ingin memberitahu kekuatan dan kelemahan Malaysia yang utama adalah perpaduan. Dalam masa yang sama perpaduan adalah kelemahan, perpaduan adalah kekuatan. Jika kita analyse atau meneliti sistem pendidikan di

Malaysia, kita tidak ada satu sistem pendidikan kebangsaan. Kita masih mengamalkan pelbagai sistem. Kita mempunyai sistem binokular iaitu sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah kebangsaan. Jika kita lihat pada masa sekarang, kebanyakan pelajar Chinese dia akan masuk ke sekolah Cina. Pelajar India, mereka akan ke sekolah Tamil. Kebanyakan pelajar Melayu, mereka akan ke sekolah kebangsaan.

PERANTARA : Tetapi anda menyatakan kebanyakan sedangkan saya tekah menjalankan sedikit kajian perbezaan ini begitu ketara di mana, pelajar-pelajar tidak lagi hanya pergi ke sekolah-sekolah mengikut apa yang mereka percaya.
13

Tetapi apa yang dapat kita lihat pelajar Melayu di sekolah Cina, pelajar Cina di sekolah Melayu. Ini jadi, sebenarnya asas pendidikan itu begitu subjektif kepada diri saya dan mungkin Din boleh mengupas dengan lebih lanjut sebagai seorang mahasiswa. NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Kalau yang ada pelajar Melayu di sekolah Cina atau SJK Tamil sekalipun tidak banyak kuantitinya berbanding dengan apa yang cuba kita bawa ialah Satu Malaysia. Satu Malaysia dengan tiga keadaan sekolah yang berbeza, ini adalah satu yang tidak selari dengan apa yang cuba kita lakukan.

PERANTARA: Pada saya masih boleh diperdebatkan lagi . Dr. Fitri boleh bantu memperkembangkan apa yang boleh disampaikan oleh mereka ini atau ada pendapat sendiri.

DR. ZAINUL FITRI DATO OTHMAN : Ada juga suara-suara yang memberikan cadangan bahawa diadakan satu Sekolah Nasional tetapi dibantah oleh beberapa pihak kerana mereka mempunyai kebudayaan dan pendekatan pembelajaran yang tersendiri. Oleh itu apa yang harus kita lakukan adalah perbincangan meja bulat antara kaumkaum, apakah sistem pendidikan yang mereka mahu bagi membina Satu Malaysia yang lebih mantap dengan melakukan pengorbanan yang diucapkankan tadi.

Apakah mereka mahu melakukan pengorbanan untuk merealisasikan Satu Malaysia ini

melakukan, menubuhkan,

di dalam sekolah yang dikatakan tadi. Berbalik

kepada sistem pendidikan bahawa Bahasa Malaysia harus diutamakan, saya setuju bahawa Bahasa Melayu harus diutamakan sebagai asas kepada bangsa Malaysia itu sendiri. Jika perkara ini tidak diutamakan maka lama kelamaan pemupukan kepada pemahaman bahasa ibunda negara tidak akan lagi digunakan.

Kita tidak boleh menidakkan kepentingan untuk mempelajari bahasa-bahasa lain, Bahasa Inggeris umpamanya dan bahasa seluruh dunia. Bahasa Cina harus dipelajari di samping bahasa-bahasa lain. Kalau rakyat Malaysia boleh berbahasa lebih daripada lima saya rasa rakyat Malaysia akan menjadi seorang yang cukup hebat dan dihormati
14

di seluruh negara. Jadi walau bagaimana pun asasnya adalah Bahasa Melayu, jika Bahasa Melayu itu tidak kuat apatah lagi kita hendak kuatkan bahasa-bahasa lain.

PERANTARA: Terima kasih Dr. Fitri, satu pandangan yang pada boleh kita perkembangkan lagi. Kita memberi peluang kepada penonton untuk bertanya sebarang soalan atau memberikan cetusan pendapat, silakan.

PELAJAR 1 :

Assalamulaikum, soalan saya ialah untuk melaksanakan projek

Satu Malaysia kita perlukan kerjasama antara kaum Melayu, China dan India. Dalam konteks supaya semua kaum supaya belajar di satu sekolah telah mendapat bantahan pelbagai pihak. Jadi saya berharap ahli-ahli panel boleh cuba membandingkan situasi di Malaysia dan di Singapura di mana mereka

mempunyai situasi yang sama di negara kita. Tetapi kita nampak mungkin mereka lebih berjaya.

PERANTARA: Terima kasih dan soalan telah pun dilontarkan kepada ahli panel yang mungkin ingin menjawabnya.

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN :

Saya lebih berminat kepada sistem

pendidikan di negara jiran kita di sebelah utara. Thailand umpamanya sebab di Singapura tidak ada sekolah jenis Kebangsaan Cina dan sebagainya. Kita mengambil contoh di negara Thailand kerana di sana seluruh rakyat Thailand berada di satu sistem sekolah yang sama. Setiap pagi apabila mereka datang ke sekolah sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam, mereka akan duduk dan berhimpun untuk menyanyikan lagu negara Thailand di hadapan bendera Thailand, gambar raja mereka dan patung Buddha. Sistem ini diguna pakai termasuk orang Islam di Thailand tetapi mengapa tidak boleh diaplikasikan di Malaysia.

15

PERANTARA: Kita nampak ada masih ada penonton yang ingin menyuarakan pendapat dan soalan kepada ahli panel. Silakan.

PELAJAR 2:

Bismilahirahmanirrahim, saya Mohd Taufik bin Ismail ahli Majlis

Perwakilan pelajar dari Universiti Utara Malaysia. Soalan saya apakah persamaan antara konsep Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

dengan konsep Malaysian Malaysia?

PERANTARA: Mungkin kita minta Dr. Fitri untuk memperjelaskan tentang apa yang disuarakan oleh pelajar itu tadi.

DR. ZAINUL FITRI DATO OTHMAN : Konsep perbezaannya sebenarnya kita tidak harus berbincang mengenai perbezaan tersebut. Konsep Malaysian Malaysia ini adalah konsep yang mengubahkan realiti. Apakah realiti tersebut? Realiti yang wujud di dalam perlembagaan. Banyak perkarta yang di dalam perlembagaan yang menyentuh mengenai kedudukan agama Islam, tentang pribumi dan sebagainya. Perkara ini diwujudkan untuk asas mencapai kuasa politik sesuatu parti. Manakala Satu Malaysia adalah satu konsep untuk membina negara, membina rakyat agar dapat memacu negara ini dengan lebih cemerlang, membina satu jenerasi muda yang mempunyai wawasan yang lebih gemilang pada masa akan datang. Satu Malaysia adalah satu wadah perjuangan kita semua sebagai rakyat Malaysia untuk ke mana arah tuju yang akan kita bawa.

Perkara ini harus diperjelaskan dalam minda kita. Jika kita perbandingkan dengan Malaysian Malaysia di mana konsepnya untuk mencapai sesuatu kehendak, maka kita harus mengenepikan perkara yang jumud seperti Malaysian Malaysia. Apa yang harus kita lakukan adalah berfikir dan melakukan penyatuan pemikiran dan tindakan yang hendak dilakukan. Sekarang ini kita banyak bercakap tetapi apakah tindakan kita sebagai mahasiswa, suara mahasiswa cukup lantang tetapi kelantangan itu harus diterjemahkan kepada tindakan.

16

PERANTARA: Malahan ada yang

menyuarakan kelantangan itu sebagai tin

kosong walhal saya merasakan mereka mungkin tidak berpeluang untuk menyuarakan apa sebenarnya yang mereka inginkan. Saya terbaca dalam akhbar baru-baru ini konsep Satu Malaysia di mana seorang pelajar dari luar negara telah pun menghantar surat adalah bekerja yang menyatakan bahawa konsep Satu Malaysia ini satu pasukan dan mengutamakan sifat saling

sebagai

mempercayai antara satu sama lain. Jadi itu yang gagal difahami di kalangan pelajar-pelajar kita. Jadi Siva berikan sedikit pandangan.

SIVABALAN A/L PERUMAL : Mengenai nilai saling percaya mempercayai, dalam nilai bahagian keempat yang diterangkan oleh YAB Perdana Menteri kita, saya suka nilai ke empat itu penerimaan di mana Perdana Menteri kita membandingkan konsep

penerimaan dan konsep toleransi. Lebih baik kita menerima daripada bertoleransi, sebab kalau kita bertoleransi tidak semestinya kita suka mengenai sesuatu perkara tersebut walau pun kita tidak suka kita tetap tolerate tetapi bila kita menerima sesuatu hakikat tersebut maka disitulah kepercayaan wujud dan disitulah kejayaan konsep Satu Malaysia ini.

PERANTARA: Kita dari awal perbincangan tadi sering menyuarakan pelbagai pendapat, pelbagai idea dan pelbagai cetusan rasa tetapi apakah langkah yang sepatutnya diambil oleh pemimpin-peminpin pelajar atau mereka yang berada diakar umbi atau mereka yang bakal bergelar pemimpin negara suatu hari nanti di kalangan mahasiswa kita. Apakah langkah pertama itu?

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN : Langkah untuk menjayakan Satu Malaysia, seperti yang telah saya katakan adalah menyedari kehadiran ethnik lain. Saya ingin berkongsi pendapat sering dikatakan bahawa mereka masih wujud sikap wasangka antara satu sama lain.

PERANTARA: Adakah ini satu konsep yang didokong oleh mahasiswa negara kita. Saya tidak beranggap semua mahasiswa berfikiran begitu.
17

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN : Apa yang kita lihat hari ini tidak semua orang yang berfikiran terlalu extreme kepada kaum-kaum tertentu. Perpaduan yang ada pada hari ini adalah hasil daripada intergrasi yang ada hari ini. Kita tidak boleh menyatakan bahawa mahasiswa menolak mentah-mentah perpaduan yang ada. Kalau kita menolak bermakna tidak adalah keamanan seperti yang ada pada hari ini. Saya rasa mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia sebenarnya perlulah menerima kehadiran semua dengan perasaan ikhlas. Kita tidak wujud lagi perasaan yang menonjolkan perkara-perkara yang tidak diingini.

PERANTARA : Cuba capai satu kesapakatan kerana dan kita akan berehat seketika dan cuba fikir-fikirkan apa yang anda ingin nyatakan, anda masih lagi menonton Suara Siswa dan cuba nyatakan Satu Malaysia mengikut cetusan pendapat anda. Kita berehat seketika dan kembali selepas ini.

(LALUAN KEPADA IKLAN)

PERANTARA: Satu suara dan satu matlamat semestinya dalam suara siswa. Anda masih lagi bersama saya dan tiga ahli panel kita membincangkan tentang Satu Malaysia. Jadi di sini ada yang telah menyatakan bagaimanakah caranya, mampukah kita menjadikan cita-cita negara menjadikan cita-cita rakyat. Jadi bagaimanakah cara, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan, oleh siswa, oleh pendidikan itu sendiri? Bagaimana untuk menjadikan cita-cita negara menjadi cita-cita rakyat? Adakah cara media membantu atau mungkin syarahan-syarahan, pidato-pidato atau pendebatan seperti ini, perbincangan seperti ini yang bakal membantu kita untuk lebih faham. Siva silakan.

SIVABALAN A/L PERUMAL: Jadi kita lihat pada peringkat universiti pun, katakan di Universiti Sains Malaysia program-program yang dianjurkan oleh USM salah satunya, kita ada Citrawarna, di mana melalui Citrawarna tidak mengukur perpaduan, Citra warna ini adalah satu aktiviti budaya di mana kita membawa kaum Melayu, Cina dan India untuk bersatu, bekerjasama dalam melaksanakan program Citra warna tersebut, di sini perpaduan diwujudkan. Bercakap mengenai pidato, perbahasan, kita perlu
18

memperbanyakkan lagi di peringkat sekolah, di peringkat Menengah dan Rendah. Kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya so, penerapan konsep satu Malaysia ini perlu bermula pada peringkat rendah, di mana kita boleh melaksanakannya melalui penganjuran perbahasan nasional, pidato nasional di mana kita membawa anak muda dari sekolah rendah untuk berbahas, untuk berpidato untuk mendalami konsep Satu Malaysia ini.

PERANTARA: Din sebagai wakil pelajar sendiri adakah anda telah pun menghasilkan satu idea yang membolehkan mereka untuk faham daripada akar umbi sendiri?

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Tapi saya tidak fikir seperti Siva kata tadi semua anak muda yang ada hari ini di Malaysia boleh kita pidatokan, boleh kita debatkan dan untuk kita memahami konsep ini hari ini bukan sahaja anak muda malah orang dewasa sendiri tidak faham, buat-buat tidak faham ataupun memang sengaja tidak hendak faham. Jadi perkara ini menjadi tanggungjawab kamu untuk

memahamkan. Jadi saya berbalik pada soalan tadi. Di konteks universiti, semua universiti memang perpaduan ini diterapkan. Seperti di USM, di UUM pun kita ada. Semua orang duduk di bawah satu perpaduan. Apa yang saya hendak hujahkan pada hari ini, adakah perpaduan hari ini, adakah perpaduan yang lahir dari hati (lahiriah) saya lihat dari pengamatan kita masih tidak wujud satu perpaduan yang datang dari lahiriah dan itu yang saya merasakan pada hari ini, kita cuba perbetulkan. Ini datang daripada lahiriah bukannya kita buat dalam projek dan datang sertai di bawah kata kunci

perpaduan. Perpaduan atas kertas tidak sama dengan perpaduan yang lahir daripada hati. Jika hari ini kita lihat masyarakat kita masih di belakang bercerita tentang hak kaum, ini itu, saya merasakan ia bukannya daripada hati.

PERANTARA: Jadi mungkin sebenarnya anda ingin suarakan ada pihak yang buat-buat tidak faham. Jadi untuk kita membincangkan dengan lebih lanjut apa kata kita dengar mungkin cetusan pendapat atau soalan daripada pemanggil daripada Seremban, kita ada Md Nor. Assalamualaikum Md Nor.
19

PEMANGGIL 1: Waalaikum Salam warahmatullahiwabarakatuh. Tuan Pengerusi serta ahli panel sekalian. Ingin saya nyatakan pandangan saya berkenaan dengan Satu Malaysia merangkumi satu bahasa. Bahasa Malaysia satu budaya, Budaya Malaysia satu bendera, bendera Malaysia satu bangsa, Bangsa Malaysia dan satu negara, negara Malaysia. Dengan matlamat ini telah pun kerajaan awal-awal semenjak merdeka telah mengadakan satu dasar kerajaan Rahman Talib. Dasar kerajaan Rahman Talib telah menyerukan ke arah hala tujunya ialah untuk membina satu bangsa, bangsa Malaysia, satu negara, negara Malaysia. Satu bahasa, bahasa Malaysia dan juga satu budaya, budaya Malaysia dan satu bahasa, bahasa Malaysia. Jadi, orang-orang keturunan pelbagai kaum hendaklah berkorban supaya dapat membina satu Malaysia ini dengan tidak begitu tebal keturunan masing-masing.

PERANTARA: Ya, betul tu Encik Md.

PEMANGGIL 1: Kita semua hendaklah berkorban beberapa perkara supaya kita dapat membina satu negara, negara Malaysia. Sebagaimana yang telah di nyatakan dalam kenyataan Rahman Talib.

PERANTARA: Terima kasih Encik Md Nor daripada Seremban dan kita teruskan soalan daripada penonton sendiri. Silakan.

PELAJAR: Asslamualaikum

PERANTARA: Waalaikum salam.

PELAJAR: Saya Norhamiza dari UUM Sintok, saya ingin menujukan soalan pada para panel. Bagaimanakah kami sebagai pelatih PLKN dapat dibentuk untuk menghayati prinsip-prinsip satu Malaysia?

PERANTARA: Terima kasih, soalan yang saya rasa pada saya begitu penting untuk kita sama-sama kongsi rasa dan pendapat. Dr Fitri boleh membantu dan sama-sama menjawab soalan.
20

DR ZAINUL FITRI DATO OTHMAN: Pertama harus menghayati, mengetahui dan mengamalkan apa yang diketahui dalam PLKN. Dalam PLKN telah diterapkan karakter building. Jadi dalam karakter building ini hendaklah kita faham bagaimanakah karakter building ini hendak kita bina, bagaimanakah ia di bina dan untuk apakah ia dibina untuk diri kita. Ada perkhidmatan komuniti, jika kita lakukan perkhidmatan komuniti ini apa yang boleh kita lakukan bersama kerana di PLKN ini dilakukan pelbagai kaum. Bagaimanakah pelbagai kaum yang wujud dalam PLKN ini boleh mendatangkan satu hala tuju, perancangan, pelan tindakan perkhidmatan komuniti tersebut. Dalam kursus kenegaraan apa yang di pelajari dalam kursus kenegaraan. Siapakah diri kita sebagai warga negara, apakah tanggungjawab kita sebagai warganegara. Perkara-perkara ini harus di fahami oleh ahli PLKN. Jika datang ke PLKN menjadi pelatih tetapi tidak memahami tentang pelatih karakter atau kursus-kursus yang telah dijalankan. Apabila kita keluar kita akan menjadi orang yang sama seperti sebelum masuk. Oleh itu saranan saya pelajari, hayati dan amal telah dipelajari.

PERANTARA: Ok terima kasih Dr Fitri dan saya terpanggil untuk menyuarakan juga satu pandangan yang telah pun hadir dalam sebuah kajian yang menyatakan bahawa dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini telah wujud satu kelompok generasi muda yang dikenali sebagai generasi XYZ yang mana mereka mungkin mahu pergi ke universiti tetapi tidak tahu hala tuju ke mana mereka selepas tamat universiti. Apa yang diinginkan oleh negara mereka, apa yang mereka boleh sumbangkan kepada negara mereka untuk mengelakkan perkara yang sama mungkin berlaku pada generasi kita. Mungkin Din boleh membantu sedikit.

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Ya generasi XYZ ini saya fikir generasi yang tidak ada hala tuju. Generasi ini seperti kata Fazly tadi daripada universiti tetapi saya rasa ia tidak banyak lahirnya generasi seperti ini dalam universiti.

PERANTARA: Tetapi di luar negara nampaknya.


21

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Mungkin konsep satu Malaysia ini tidak di terapkan di sana. Kita kembali ke negara kita di Malaysia saya melihat pada generasi XYZ ini, mereka ini perlu di ajar ilmu-ilmu kenegaraan. Macam tadi mereka ini tidak sempat hendak dilatihkan di PLKN. Yang mereka ini tidak mempunyai satu semangat kenegaraan yang menebal, tinggi.

PERANTARA: Jadi perlukah mereka yang dihantar ke luar negara perlu dididik semula oleh kerajaan apabila mereka pulang? Itu saranan anda.

NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN: Itu bermakna mereka ini pergi ke luar negara ada orang yang ketinggian ilmunya tetapi kurang jati dirinya. Tidak semestinya orang yang selalu tinggi ilmunya ini jati dirinya tinggi. Semangat kenegaraannya juga tinggi. Jadi kita perlu memupuk generasi dan ilmunya tinggi tahap intelektualnya tinggi, hak jati dirinya tinggi, semangat cintakan negaranya tinggi dan bukan toleransi tetapi penerimaannya tinggi. Kalau toleransi mungkin hatinya tidak ikhlas tetapi yang ini kita motivasinya ikhlas. Jadi penerimaannya juga tinggi jadi maka dengan siswa ini secara setidak-tidaknya akan hapus.

DR ZAINUL FITRI DATO OTHMAN: Saya hendak tanyalah, pemimpin mahasiswa, apa yang telah dilakukan setelah mengatakan bahawa integrasi yang ada sekarang ini perpaduan yang ada sekarang ini tidak ikhlas. Hanya berlaku dalam kertas-kertas sahaja. Apa yang telah dilakukan? Sebagai mahasiswa mempunyai jiwa yang

berkarisma, apa yang telah dilakukan? Saya pun ingin tahu juga.

PERANTARA: Kita bagi peluang kepada Siva untuk menjawab.

SIVABALAN A/L PERUMAL: Terima kasih kerana soalan itu ditujukan kepada saya. Saya amat berminat untuk menjawab soalan itu. Soalan itu mengenai isi hati saya sebenarnya.

PERANTARA: Ringkas dan padat.


22

SIVABALAN A/L PERUMAL: Sebenarnya kita melihat dua, tiga hari yang lepas apabila satu gagasan satu Malaysia ini baru sahaja itu pun belum jelas kepada masyarakat kita tetapi ada pula pihak yang telah mengatakan bahawa mereka menghapuskan sistem kuota 10% di matrikulasi. NUR MOHD SAIFUDDIN SALAHUDDIN : Satu Malaysia ini baru sahaja diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib dan belum jelas oleh seluruh masyarakat kita tetapi ada pihakpihak yang telah mengatakan bahawa mereka telah menghapuskan sistem kuota 10% matrikulasi jadi saya ambil contoh yang itu dalam surat khabar semalam ini kalau tidak silap saya jadi ini yang saya katakan tidak ikhlas, masyarakat universiti mungkin tidak jelas apa itu Satu Malaysia tetapi golongan ini sentiasa meminta-minta telah mengeluarkan pendapat mereka mahu kuota matrikulasi dihapuskan ini yang kita mahu pupuk satu Malaysia katakan tetapi belum sempat memahami konsep tetapi kita sudah menjolok sarang tebuan, inikah yang dikatakan satu Malaysia dan saya lihat masyarakat kita terlalu berjaga-jaga untuk bercakap dan masyarakat kita terutama orang Melayu begitu bertoleransi tinggi kerana orang Melayu terlalu bertoleransi kita tidak tahu hatinya dan menerima apa sahaja kritikan dan orang Melayu tidak berani, orang Malaysia ini mempunyai kesopantunan tinggi dan mereka tidak akan memperbetulkan keadaan apabila duduk begini kita hanya akan bercerita di permukaan sahaja kita tidak berani untuk masuk ke dalam. PERANTARA : Satu persoalan yang perlu kita fikirkan bersama tetapi mungkin ada satu cara untuk kita kupas atau membuat sedikit kesimpulan sebelum kita mengakhiri perbincangan kita hari ini. Apa yang sebenarnya kita inginkan dalam Satu Malaysia, Apa yang sebenarnya anda boleh uar-uarkan pada masyarakat siswa itu sendiri? Mulakan dengan Siva. SIVABALAN A/L PERUMAL : Sebelum menjawab soalan Dr Fazley saya ingin

memberikan komen tentang ilmu kenegaraan perlu diterapkan di kalangan mahasiswa tadi saudara Saifuddin mengatakan bahawa generasi XYZ mereka perlu terlepas daripada PLKN, tak apa mereka terlepas tetapi mereka tidak terkecuali kalau kita melihat di Universiti Sains Malaysia kita ada program Biro Tatanegara, Program Biro Tatanegara ini wajib dan juga salah satu syarat pengijazahan setiap mahasiswa di USM
23

perlu menghadiri kursus BTN untuk mendapat semula ijazah melalui program-program BTN penerapan ilmu kenegaraan boleh dicapai di kalangan mahasiswa . PERANTARA : Terima kasih Encik Sivabalan. Dr Fitri secara ringkas dan padat mungkin anda boleh suarakan sesuatu tentang konsep Satu Malaysia buat masyarakat siswa di Malaysia terutamanya. DR. ZAINUL FITRI DATO OTHMAN : Harus mengetahui, mencari dan menggali ilmu yang ada harus menghayati setelah digali harus dihayati ilmu tersebut setelah dihayati harus diamalkan jangan sampai dihayati tetapi amalan tidak ada. Maka dijadikan lantangan tin kosong. Lantangan tin kosong kita tidak mahu lagi, dalam satu Malaysia kita mahu generasi muda memberi sumbangan yang terbesar dalam pembangunan negara. Kita tidak mahu melihat semua disisihkan. Kita mahu generasi muda, mahasiswa menyuara dan memberikan pendapat dalam membina negara ini. Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri suka . PERANTARA : Terima kasih banyak Dr Fitri dan ingin saya kongsikan satu katakata di mana Satu Malaysia pengertiannya bahawa perlunya kewujudan

semangat kekitaan, kepunyaan, persaudaraan dan keakraban dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum kita perlu mencari titik pertemuan itu yang kita mahukan pemahaman kalangan rakyat Malaysia, InsyaAllah kita akan bertemu kembali pada minggu hadapan setiap hari Selasa pada waktu yang sama dan ingin kita suarakan melalui siswa-siswa ini satu matlamat satu suara dalam hanya SUARA SISWA apa yang ingin anda nyatakan, inginkan dan suarakan. Assalamualaikum, Salam sejahtera dan selamat malam.

24

You might also like