You are on page 1of 2

APA DOSA MELAYU TERHADAP BUKAN MELAYU?

MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan


Melayu dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu?

Seolah-olah Melayu kini menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang
menjadi milik Melayu termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa
dipersoalkan.

Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu? Apa kurangnya orang bukan
Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di
tanah air sendiri.

Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak negara mencapai
kemerdekaan? Sengkek benarkah keadaan orang bukan Melayu di Malaysia
sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu.

Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan agar
hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak lagi
relevan.

Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka tanpa
sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu berbuat
demikian.

Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang didakwa oleh bukan
Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas golongan paling miskin
dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000.

Malah pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat
menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan
kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana menyebabkan
ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu.

Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan
Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu dihapuskan.
Jelas matlamat mereka hanya satu - ingin melihat Melayu tersungkur di bumi sendiri
sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa depan politik.

Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan beretorik setiap
kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanya laungan kata-kata
berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu dilaksanakan untuk
menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat. Segala keistimewaan yang
termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir Melayu yang
'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan dan merempat di bumi
sendiri.

Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang turut menolak ketuanan Melayu dan
tidak percaya kepada hak keistimewaan Melayu sedangkan manusia-manusia itulah
yang mengaut keuntungan daripada dasar tersebut.

1
Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu sekadar
menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk
menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada kaum
berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu untuk terus
menerajui tampuk pemerintahan negara.

Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan
bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.

Utusan Malaysia, Isnin 1 Disember 2008

You might also like