You are on page 1of 24

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

MUKASURAT

PENGHARGAAN

OBJEKTIF

MEMBUKA DAN MENGELUARKAN 3 BAHAGIAN-BAHAGIAN PC 3-14

MEMASANG BAHAGIAN-BAHAGIAN 4 PC 15-22

RUMUSAN

23

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.Dengan rasa bersyukurnya, saya telah berjaya menjalankan tugasan-tugasan dengan lancarnya. Sepanjang tempoh kerja khusus dan membuat laporan-laporan lab ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyarah,Pn. YM Raja Aida Raja Shaharuddin kerana memberi tunjuk ajar serta peluang kepada saya menghasilkan kertas kerja ini. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada ibu-bapa,keluarga serta kawan-kawan saya yang banyak memberi sokongan dalam menghasilkan kertas kerja ini. Akhir sekali,penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kerja khusus dan membuat laporan-laporan lab ini.

Page 1

OBJEKTIF

Matlamat laporan ini disediakan ialah untuk memenuhi tugasan

dan

kerja-kerja yang

dilakukan semasa lab penyelengaraan komputer dibawah kendalian pensyarah penyelenggaraan dan pemasangan sistem komputer iaitu Pn Raja Aida Raja Shaharuddin. Laporan ini menceritakan mengenai cara membuka dan mengeluarkan bahagian-bahagian PC dari perumah CPU dan pemasangan bahagian-bahagian satu persatu, disertakan sekali gambar-gambar berkaitan untuk mengemaskan lagi laporan ini supaya mudah diikuti dan difahami secara langkah demi langkah. Kerja khusus penyelenggaraan ini memberi sedikit sebanyak pengetahuan asas berkaitan penyelenggaraan dan pemasangan komputer serta pelajar dapat mengenali dan memahami fungsi setiap komponen di dalam komputer.Ianya juga memberi pendedahan dalam menyelesaikan masalahmasalah kecil teknikal berkaitan komputer.

Page 2

MEMBUKA DAN MENGELUARKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PC


Berikut ialah langkah-langkah yang dilaksanakan :1. Pastikan semua wayar dicabut dan tidak ada sebarang sambungan pada port cpu.

Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang

Page 3

2. Perumah pada cpu dibuka dan dikeluarkan.Dapat dilihat komponen-komponen yang berada didalam cpu.

3. Kabel cakara liut (floppy cable) dikeluarkan.

Page 4

4. Kabel IDE dikeluarkan.

Kabel IDE

Page 5

5. Bahagian cakera keras(hard disk) dibuka dan dikeluarkan.buka skru pada cakera keras.Bracket pada cakera keras juga di buka.

Cakera keras

Bracket cakera keras

Page 6

6. Buka dan keluarkan cakera liut(floppy drive).skru pada bracket cakera liut dibuka.

Cakera liut

Bracket cakera liut

Page 7

7. Buka skru pada bekalan kuasa(Power supply).Cabut setiap kabel yang bersambung dari bekalan kuasa.Keluarkan bekalan kuasa.

Bekalan kuasa

Page 8

8. Tanggalkan RAM (Random Access Memory) daripada slotnya dengan menekan butang sisi pada slot RAM.

RAM

Page 9

9. Buka kad rangkaian(network card).Pastikan skru dibuka terlebih dahulu.

Kad rangkaian

Page 10

10. Papan induk(motherboard) dikeluarkan.buka skru terlebih dahulu pada papan induk.Kipas cpu dan pemproses yang terletak dipapan induk dikeluarkan.

Kipas CPU

Pemproses

Page 11

Papan Induk

11. Buka klip pada bahagian perumah depan (front casing) dan keluarkannya.

Perumah depan(front casing)

Page 12

12. Buka skru pada tepi CD-ROM dan keluarkan CD-ROM.

CD-ROM

Page 13

13. Foto komponen-komponen di dalam CPU setelah dibuka dan dikeluarkan.

Foto Bahagian Luar setelah dibuka.

Page 14

MEMASANG BAHAGIAN-BAHAGIAN PC

1) Sediakan perumah(casing) PC,pastikan keadaan didalam perumah bersih bagi mengelakkan berlakunya litar pintas dan kerosakan perkakas.

2) Masukkan papan induk dan ikat skru pada papan induk didalam PC.

Page 15

3) Pasangkan pemproses ( pastikan dipasang dengan betul dengan melihat kedudukan pin pada pemprosesan) pada slot pemproses dan kuncikan.

4) Pasangkan kipas CPU pada atas pemproses.kabel kipas dapasang di papan induk.

Page 16

5) Ram di pasang pada slotnya (pastikan dipasangkan dengan betul dengan melihat jenis slot ram di motherboard).

6) Pasang dan skru kad rangkaian(network card) pada slot dibahagian papan induk.

Page 17

7) Pasang dan skrukan CD-ROM.Kabel CD-ROM juga dipasang pada papan induk.

8) Pasang dan skrukan bracket pada cakera liut.

Page 18

9) Masukkan cakera liut pada ruang cakera liut diCPU.Kemuadian skrukan pada bracket.

10) Pasang dan skrukan cakera keras(hard disk).

Page 19

11) Seterusnya pasang dan skrukan bekalan kuasa(Power supply),serta kabelnya.

12) Pasangkan kabel-kabel cakera keras(hard disk),cakera liut,dan CD-ROM,serta lain-lain kabel.sambungkan pada papan induk.Pastikan setiap kabel dipasang dengan baik dan lengkap.

Page 20

13) Pasangkan perumah depan(front casing).Pastikan klip melekap sepenuhnya pada CPU.

Page 21

14) Akhir sekali,pasangkan dan skrukan perumah pada CPU.

15) CPU diuji dengan menyambungkan kabel monitor pada CPU.Pastikan juga kabel kuasa(power supply) dipasang.Tekan butang ON pada bahagian depan casing pc untuk menghidupkan komputer dan paparan yang keluar pada monitor adalah seperti dibawah.

Page 22

RUMUSAN

Setelah mempelajari dan mempraktikkan langkah-langkah peleraian dan pemasangan komponen-komponen komputer, kita akan dapat membiasakan diri dengan komponen komponen komputer dan memudahkan kita untuk meleraikan dan memasangnya sendiri. Selain dapat memeriksa, membaik pulih, membaiki, atau menaik taraf komponen, kita dapat memantau keadaan komponen komputer dalam sistem unit kita.

Disamping itu juga, secara tidak langsung kita dapat membersihkan (cleaning) sebagai langkah berjaga-jaga, penyeliaan, atau penjagaan dan sebagai pengujian (testing) yang sistematik dan berjadual supaya kita dapat memastikan komputer kita sentiasa dalam keadaan bersih dan baik untuk mengelakkan sebarang kerosakan dan memanjangkan jangka hayat komputer.

Latihan ini juga melatih kita untuk sentiasa bersedia jika berlakunya sebarang kerosakan. Aspek keselamatan juga sangat dititik beratkan dalam latihan ini. Ini kerana computer melibatkan penggunaan voltan elektrik, iaitu kita terdedah akan bahaya renjatan elektrik. Oleh itu, sentiasalah mematuhi peraturan keselamatan iaitu memakai pakaian yang sesuai, menggunakan peralatan yang betul, dan patuhi langkah-langkah dan gerak kerja yang betul.

Page 23

You might also like