You are on page 1of 5

SYARAT PERTANDINGAN KAWAT KADET REMAJA SEKOLAH 2005 1. 1.1 1.

2 PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan peringkat kebangsaan (satu pasukan bagi setiap kategori). a. Kategori lelaki b. Kategori perempuan Negeri yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja. Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah tetapi mereka hendaklah terdiri daripada pasukan Kadet Remaja Sekolah. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, pasukan tersebut akan dibatalkan. PENDAFTARAN Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan. Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan) Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan ( Pengetua) untuk tujuan penyemakan. PAKAIAN Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi Kadet Remaja Sekolah . Pakaian No: 4 pakaian kawat dan aksesori seperti yang disenaraikan sahaja ( pelapik beret, jambul, mafla ( lelaki sahaja), lencana poket, kolar dot dan sarung tangan ).

1.3 1.4

2. 2.1 2.2

2.3

2.4 3.

4. 5. 5.1

PADANG KAWAT Keluasan litar pertandingan kawat ialah 35 m X 25 m ( rujuk pelan) JANGKA MASA PERSEMBAHAN Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawat dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawat. Selepas 15 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi. Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman BUKA BARISAN sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawat Asas dan Kawat Formasi. Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawat asas. Isyarat akan dibunyikan: a) pada minit ke 12 b) tamat masa PELAKSANAAN PERTANDINGAN PERGERAKAN KAWAT a) Semua pergerakan kawat asas mestilah mematuhi kawat Kadet Remaja Sekolah yang telah ditetapkan.

5.2

5.3 5.4

6. 6.1

6.2

BILANGAN ANGGOTA a) b) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding. Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawat sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawat dijalankan untuk setiap pasukan.

c)

6.3

PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan. ( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawat )

6.4

KAWAT ASAS a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawat dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (120 - 128 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah. b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. ) c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan.Gerak ) d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan) e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan. ( Assalamualaikum/Selamat Pagi tuan, Pasukan Kadet Remaja L4 ....... siap untuk diuji, tuan) f) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan.Gerak) g) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik daripada pergerakan berikut : i) Ke kanan lurus.. Pandang depan. ii) Bergerak ke kanan / ke kiri; iii) kanan/kiri.........pusing. iv) Bergerak ke kanan /ke kiri ; belakangpusing. v) Menghadap ke belakang ; belakang......pusing. vi) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing. h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing). i) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan. j) Semasa melalui para hakim dalam pusingan kedua tukar langkah perlahan. ( Hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan jalan....) Pergerakan perlahan jalan bermula selepas semua anggota melepasi kon A . k) Tukar langkah cepat jalan selepas semua anggota melepasi kon B. ( Hukuman: Tukar langkah cepat Cepat jalan). l) Semasa melintasi ketua hakim dalam pusingan ketiga, hukuman hormat ke kanan diberi, (Hukuman: Hormat, Hormat ke kanan.hormat). m) Skuad akan berjalan sehingga ke penanda hijau ( Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan) belok ke kiri dan berhenti di hadapan ketua hakim (Hukuman: Skuad, skuadhenti ).

n) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap. ( 11 langkah ) (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat.jalan). o) Tamat kawat bahagian asas. Catatan (1): 1. Semasa kawat asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN). 2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawat Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawat dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya. 3. TIDAK DIBENARKAN persembahan. menggunakan sebarang alatan semasa membuat

4. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa. 6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masingmasing. b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pssss bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja. c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawat formasi. d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi. e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan ) f) Pergerakan selain daripada kawat ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan. g) Penalti akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut : i) Langgar kon ii) Keluar kawasan iii) Memberi isyarat dll.

6.6

MELAPOR KELUAR a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawat.

( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/Selamat Pagi tuan, mohon kebenaran meneruskan tugas laintuan. )

6.7

PENGHAKIMAN a) b) c) d) Hakim terdiri daripada wakil dari setiap negeri bagi kedua-dua kategori. Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira. Untuk Pertandingan Kawat kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS) hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja. Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawat dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawat statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira. Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawat dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item. Keputusan hakim adalah muktamad,

e) f) 6.8

PEMARKAHAN KETUA PLATUN a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang ( Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ). dilantik

6.9

PERINGKAT PERTANDINGAN a) Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu : i. Peringkat Sekolah ii. Peringkat Daerah / Zon iii. Peringkat Negeri iv. Peringkat Kebangsaan.

You might also like