You are on page 1of 8

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

3/19/2012

KERTAS KERJA CADANGAN BACATHON 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG DAMAR LAUT LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut didirikan pada tahun 1864 oleh Kerajaan British. Ia merupakan sekolah Melayu ketiga di Pulau Pinang yang didirikan sebagai satu pengisian penting dalam pendidikan. Bangunan asal sekolah ini telah didirikan berhampiran Lapangan Terbang Bayan Lepas Pulau Pinang. Sebelum dirobohkan pada tahun 1979 untuk pembesaran lapangan terbang. Sekolah yang dirobohkan itu telah digantikan dengan bangunan yang ada sekarang pada 19 Mac 1979 dengan bangunan 3 tingkat yang terletak di Jalan Batu Maung, berhampiran dengan kawasan perindustrian Bayan Lepas. Sebuah bangunan 2 tingkat dan 2 buah bangunan satu tingkat dibina bagi menampung pertambahan pelajar. Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut pernah meraih anugerah Sekolah Harapan Negara (kategori Luar Bandar) pada tahun 1994. Kebanyakan ibu bapa pelajar di sini bekerja sendiri, peniaga kecil atau pekerja industri. Keyakinan masyarakat setempat semakin meningkat, selari dengan pertambahan murid dari setahun ke setahun. Bilangan pelajar yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR juga meningkat setiap tahun. Kami yakin pada tahun 2012, jumlah pelajar yang mendapat 5A akan meningkat dan memecahkan rekod prestasi Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut sebelum ini. Di sebalik kejayaan manis ini, kami juga menghadapi dugaan. Sekolah ini sudah mencapai tahap di mana dewan sekolah dan bilik mesyuarat guru terpaksa dijadikan kelas. Sesungguhnya setiap yang mengunjungi sekolah ini akan bersetuju bahawa sekolah ini memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek. Sekolah ini mempunyai potensi tinggi untuk maju. Kami telah merancang bagi tahun 2012, kami perlukan RM22,500.00 untuk membantu dan menganjurkan projek-projek yang boleh membantu sekolah amnya dan menolong pelajar khasnya agar lebih berjaya. .

1 DARI 8

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

3/19/2012

1.0

PENDAHULUAN

Program Bacathon diilhamkan dan dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut. Program Bacathon diadakan untuk memberi peluang kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengumpul dana sasaran sejumlah RM22,500.00 untuk aktiviti tahun 2012. Proses memohon kebenaran untuk mengutip derma bermula dari 30 March dan diharapkan proses mengutip derma boleh bermula dari 30 April 2012. Proses kutipan derma melalui kad akan bermula dari 2 Mei hingga 25 Mei 2012. Murid akan diberi kad untuk mengutip derma. Proses kutipan derma melalui surat memohon derma akan bermula dari 2 Mei sehingga 15 Jun 2012. Acara kemuncak akan diadakan pada 16 Jun 2012. Sebuah Pesta Buku dan Makanan akan diadakan di perkarangan tapak perhimpunan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut. Pada hari tersebut pemenang pertandingan-pertandingan Bacathon akan menerima hadiah. Pihak PIBG berharap pihak guru akan merancang bagaimana proses penilaian jumlah pembacaan akan dijalankan. Pihak PIBG akan menyediakan hadiah untuk 4 kategori, Tahap 1 Bahasa Melayu, Tahap 1 Bahasa Inggeris, Tahap 2 Bahasa Melayu dan Tahap 2 Bahasa Inggeris. Hadiah disediakan untuk pemenang tempat Ke-lima, Ke-empat, Ke-tiga, Naib Johan dan Johan. Sejumlah 20 hadiah utama akan disediakan. Pihak PIBG berharap Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan memberi kerjasama dengan melantik wakil mereka yang akan menjadi penilai. PIBG mencadangkan sekurang-kurangnya dua wakil dari panitia Bahasa Melayu dan dua wakil dari panitia Bahasa Inggeris. Kategori Bahasa Melayu Tahap 1 Bahasa Melayu Tahap 2 Bahasa Inggeris Tahap 1 Penilai Wakil Panitia Bahasa Melayu Tahap 1 Wakil Panitia Bahasa Melayu Tahap 2 Wakil Panitia Bahasa Inggeris Tahap 1

2 DARI 8

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

3/19/2012

Bahasa Inggeris Tahap 2

Wakil Panitia Tahap 2

Bahasa

Inggeris

Pihak PIBG akan mengadakan pertandingan mewarna bagi kategori Pendidikan Khas, Murid Tahap 1 dan Murid Tahap 2 pada 16 Jun 2012. Pihak PIBG akan menyediakan 5 hadiah untuk setiap kategori. 15 hadiah akan disediakan untuk pertandingan ini. Pihak PIBG tidak mahu membebankan guru-guru Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut. Pihak PIBG ingin mencadangkan Panitia Bahasa Melayu dan Inggeris menganjurkan pertandingan menulis karangan, Panitia Agama Islam mengadakan pertandingan hafaz ayat Al-Quran dan mana-mana panitia lain mengadakan pertandingan bersangkut paut dengan pembacaan. Lebih banyak aktiviti akan menarik lebih ramai pengunjung ke geraigerai penaja dan peniaga. PIBG ingin memfokuskan program ini lebih kepada menggalakkan pembacaan di kalangan pelajar. 2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah sebahagian dari usaha untuk merealisasikan cita-cita pelajar dan sekolah. Ini adalah salah satu program Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut bagi tahun 2012. Persatuan memerlukan RM22,500 untuk Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut melonjak kehadapan dalam pelbagai aspek pada tahun 2012. Pihak sekolah telah merancang pelbagai program untuk meningkatkan kualiti pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut demi kemenjadian mereka dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri yang cemerlang. Program ini juga memberi peluang kepada pelajar dan guru-guru menghidupkan panitia masing-masing. Bacathon bertujuan untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid. Pihak PIBG tidak menghadkan program untuk panitia Bahasa Melayu dan Inggeris. Panitia lain juga seperti Panitia Agama Islam boleh turut serta memanfaatkan dan memeriahkan Bacathon. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi kesempatan kepada Persatuan Ibu Bapa dan

Guru untuk menyediakan modal sejumlah RM22,500 untuk aktiviti sesi 2012. 3.2 Memberi peluang kepada semua persatuan dan kelab untuk menambah tabungan masing-masing. Program ini

3 DARI 8

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

3/19/2012

juga memberi peluang kepada pelajar dan guru-guru menghidupkan panitia masing-masing. 3.3 Memberi peluang kepada ibu bapa pelajar beramah dengan guru-guru dan kaki tangan Sekolah mesra

Kebangsaan Permatang Damar Laut.

4.0 TARIKH PERLAKSANAAN 4.1 Permohonan kebenaran JPN untuk mengadakan projek dan mengutip derma pada 30 Mac 2012. Tempoh mengutip derma daripada 2 Mei 2012 sehingga 15 Jun 2012. 4.2 Permohonan kebenaran Polis untuk mengutip derma sebaik sahaja mendapat kebenaran JPN. 4.3 Menulis surat untuk memohon penajaan sektor korporat daripada 2 Mei 2012 sehingga 15 Jun 2012. 4.4 Mengedarkan kad mengutip derma kepada murid-murid bermula daripada 2 Mei hingga 25 Mei 2012. 4.5 Acara kemuncak Karnival Bacathon pada 16 Jun 2012 5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT) Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang, Kantin dan Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut; 5.1 5.2 5.3 mendedahkan keadaan dan perkembangan terkini SKPDL mendapatkan perhatian ibu bapa dan masyarakat demi membangunkan pelajar dan sekolah SKPDL semoga SKPDL mendapat keberkatan dan kejayaan yang konsisten 6.0 PERASMIAN Pihak PIBG akan menjemput penaja utama untuk merasmikan majlis. Majlis Perasmian akan berlangsung di kawasan Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.

4 DARI 8

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

3/19/2012

7.0 KUMPULAN SASARAN PESERTA BACATHON 7.1 Semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut.

8.0 KUMPULAN SASARAN PAMERAN DAN GERAI 8.1 Jumlah Lot : 10 Lot 4 Lot Penaja Utama 6 Lot Gerai Makanan, Buku-buku, Pusat Tuisyen dan lainlain

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Penasihat : GURU BESAR SKPDL PENOLONG KANAN SATU SKPDL PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SKPDL PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM SKPDL Pengerusi Program Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari 1. WAKIL IBU BAPA 2. WAKIL IBU BAPA 3. WAKIL GURU 4. WAKIL GURU : YDP PIBG : NYDP PIBG : SETIAUSAHA PIBG : BENDAHARI PIBG

Ahli Jawatankuasa Pemasaran dan Hadiah:

5 DARI 8

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

3/19/2012

Ahli Jawatankuasa Penyediaan Makanan: 1. WAKIL IBU BAPA 2. WAKIL IBU BAPA Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian dan Protokol: 1. WAKIL IBU BAPA 2. WAKIL GURU (Pengerusi Majlis) 3. WAKIL GURU (Membaca doa) Ahli Jawatankuasa Siaraya dan Persiapan Tempat: 1. WAKIL IBU BAPA 2. WAKIL GURU

Ahli Jawatankuasa Dokumentasi: 1. WAKIL GURU 2. WAKIL GURU Ahli Jawatankuasa Buku Aturcara: 1. WAKIL GURU 2. WAKIL GURU Ahli Jawatankuasa Gerai dan Pameran: 1. WAKIL IBU BAPA 2. WAKIL IBU BAPA 3. WAKIL GURU Ahli Jawatankuasa Penilai Bacathon: 1. WAKIL PANITIA BAHASA MELAYU TAHAP 1 2. WAKIL PANITIA BAHASA INGGERIS TAHAP 1 3. WAKIL PANITIA BAHASA MELAYU TAHAP 2 4. WAKIL PANITIA BAHASA INGGERIS TAHAP 1 5. WAKIL PANITIA AGAMA ISLAM TAHAP 1 6. WAKIL PANITIA AGAMA ISLAM TAHAP 2

6 DARI 8

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

3/19/2012

7. WAKIL IBU BAPA AUDITOR 8. WAKIL IBU BAPA AUDITOR

10.0 PERBELANJAAN Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program BACATHON:
PERKARA 1 SIJIL PENYERTAAN 2 HADIAH 3 MAKANAN 4 CENDERAMATA 5 PROMOSI 6 KHEMAH 7 BUKU CENDERAMATA 8 SIARAYA 9 PENGURUSAN JUMLAH BESAR Perbelanjaan (RM) 200 675 500 175 75 100 25 150 100 2000

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk aktiviti 2012:

7 DARI 8

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

3/19/2012

Cadangan Aktiviti 2012

Perbelanjaan (RM) 3000 1600 2000 1000 1500 2000 1500 1000 1500 1500 1500 2000 1000 200 200 1000 22500

1 Mesyuarat Agong PIBG & Penyampaian Hadiah UPSR 2 Hari Gotong Royong Menceriakan Sekolah 3 BACATHON 4 Sambutan Hari Guru 5 Sambutan Israk Mikraj 6 Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Ramadhan 7 Majlis Bacaan Yaasin UPSR 8 Sarapan UPSR 9 Sambutan Aidilfitri, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 10Sambutan Hari Kanak-kanak 11Temasya Sukan Tahunan 2012 12Hari Anugerah Cemerlang 2012 13Jamuan Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform 14Hadiah Pertandingan Kebersihan bulanan Januari Oktober Tahap 1, 2012 15Hadiah Pertandingan Kebersihan bulanan Januari Oktober Tahap 2, 2012 16Mencetak kertas peperiksaan 2012 Jangkaan jumlah perbelanjaan 2012

11.0 PENUTUP Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

8 DARI 8

You might also like