You are on page 1of 22

2

ADOBE PHOTOSHOP CS: PERISIAN PENGHASILAN IMEJ UNTUK MEDIA DIGITAL DALAM BILIK DARJAH

2.1 PENGENALAN
Adobe Photoshop merupakan perisian grafik untuk pengubahsuaian dan penghasilan sesuatu imej. Menerusi Adobe Photoshop, pengguna boleh menghasilkan atau mengubahsuai sesuatu imej mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Perisian ini biasanya digunakan di dalam: Penerbitan bercetak (buku, majalah dan poster) Penerbitan Digital (persembahan multimedia, rekabentuk laman web dan kiosk)

Memulakan Aplikasi Photoshop CS


1. Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu klik pada menu Start > Program > Adobe Photoshop CS. 2. Skrin perisian Photoshop yang telah dibuka akan kelihatan seperti berikut :

Modul Bab 2.indd 11

3/1/12 3:33:57 PM

12 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

Toolbox di dalam Adobe Photoshop merupakan koleksi ikon-ikon yang mempunyai pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri. Berikut merupakan keterangan ringkas bagi setiap ikon yang disediakan di dalam Toolbox Adobe Photoshop CS.

Adobe Online Rectangular Marquee Tool (M) Lasso Tool (L) Crop Tool (C) Airbrush Tool (J) Clone Stamp Tool (S) Eraser Tool (E) Blur Tool (R) Path Selection Tool (A) Pen Tool (P) Notes Tool (N) Hand Tool (H) Set Background Color Default Foreground and Background Colors (D) Edit in Standard Mode (Q) Standard Screen Mode (F) Move Tool (V) Magic Wand (W) Slice Tool (K) Paintbrush Tool (B) History Brush Tool (Y) Gradient Tool (G) Dodge Tool (O) Type Tool (T) Custom Shape Tool (U) Eyedropper Tool (I) Zoom Tool (Z) Switch Foreground and Background Colors (X) Set Background Color Edit in Quick Mask Mode (F) Full Screen Mode (F) Jump to ImageReady (Ctrl+Shift+M) Full Screen Mode with Menu Bar (F)

Modul Bab 2.indd 12

3/1/12 3:33:57 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 13

Fungsi Ikon Toolbox Adobe Photoshop CS

IKON TOOLBOX 1. Marque Tool 2. Move Tool

FUNGSI Membina kawasan pilihan (selection) pada imej. Mengalihkan kedudukan sesuatu imej dari lokasi asal ke lokasi lain. Jika sebahagian sahaja bahagian imej yang ingin dipindahkan, maka imej tersebut perlulah dipilih menggunakan marquee tool. Mengaktifkan kawasan pilihan yang berbentuk tidak khusus atau sukar seperti bentuk manusia, binatang dan sebagainya. Memilih kawasan yang mempunyai warna yang seakanakan atau hampir sama pada sesebuah imej. Memotong bahagian tertentu yang dipilih pada sesuatu imej. Imej yang tidak dipilih oleh Crop Tool merupakan bahagian imej yang tidak dikehendaki dan ianya akan terpadam secara automatik. Slice Tool : Memotong sesuatu imej menjadi beberapa imej yang lebih kecil. Ini biasanya dilakukan untuk kegunaan rekabentuk laman web. Imej-imej kecil ini akan disimpan kepada beberapa fail imej yang berlainan. Slice Select Tool : Mengubah saiz potongan setiap imej tadi. Memperbaiki ketidaksempurnaan pada sesuatu imej. Fungsi ini juga membolehkan penyeragaman tekstur, pencahayaan serta bayang-bayang. Brush Tool : Melukis atau mewarnakan sesuatu objek. Pencil Tool : Menulis, melakar dan melukis sesuatu objek atau gambarajah. Clone Stamp Tool : Menyalin atau menampal sesuatu imej dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Pattern Stamp Tool : Menampal corak yang dipilih pada bar pilihan kepada sesuatu imej. Selepas corak dipilih, warnakan pada bahagian yang dikehendaki. Mendapatkan kembali kawasan imej yang telah dipadam atau diconteng oleh tool-tool lain, contohnya oleh Pencil dan Paintbrush Tool.

3. Lasso Tool

4. Magic Wand 5. Crop Tool

6. Slice/Slice Select Tool

7. Healing Brush/Patch/ Color Replacement Tool 8. Paintbrush Tool

9. Clone Stamp/Pattern Stamp Tool

10. History Brush/Art History Brush Tool

Modul Bab 2.indd 13

3/1/12 3:33:57 PM

14 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

11. Eraser Tool

Memadam bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki pada imej iaitu boleh memadam warna latarbelakang dan piksel imej yang mempunyai warna yang seakan sama. Mewarnakan kawasan pilihan atau objek. Blur Tool : Memberikan kesan kabur pada bahagian tertentu imej. Sharpen Tool : Menjelaskan bahagian tertentu pada imej. Smudge Tool : Memberi kesan seperti menggosokkan jari pada cat atau warna yang basah pada imej. Dodge Tool : Mencerahkan bahagian-bahagian tertentu pada imej. Burn Tool : Menggelapkan bahagian-bahagian tertentu pada imej. Sponge Tool : Memberikan kesan seperti mewarnakan dengan menggunakan span pada imej. Memilih semua anchor point pada sesuatu Shape yang telah dihasilkan. Memasukkan teks ke dalam imej. Membina garisan lurus atau lengkuk mengikut bentuk sesuatu imej atau gambar yang ingin dilukis. Garisan yang dilukis kelihatan seperti laluan (path) yang bersambungan. Titik-titik ini dikenali sebagai Achor Point. Membolehkan imej vektor dilukis. Imej-imej vektor ini didatangkan di dalam beberapa bentuk mengikut jenisjenis Shape Tool. Notes Tool : Meletakkan nota pada imej. Audio Annotation Tool : Nota diletakkan dalam bentuk audio. Memerlukan mikrofon bagi tujuan rakaman suara. Eyedropper : Mendapatkan warna yang terdapat pada sesuatu imej dengan cara mengklik pada kawasan yang dipilih. Color Sampler : Mendapatkan contoh pelbagai warna dengan memaparkan nilai warna RGB dalam bentuk nombor pada tetingkap palet info. Measure Tool : Mengukur jarak diantara 2 titik pada sesebuah imej yang sedang diubahsuai. Memaparkan kawasan lain di dalam sesebuah imej sekiranya imej yang diubahsuai itu terlalu besar sehinnga tidak dapat dipaparkan secara keseluruhannya.

12. Gradient/Paint Bucket Tool 13. Blur/Sharpen/Smudge Tool

14. Dodge/Burn/Sponge Tool

15. Path Selection/ Direct Selection Tool 16. Type Tool 17. Pen Tool

18. Shape Tool

19. Annotation Tool

20. Eyedropper/Color Sampler/ Measure Tool

21. Hand Tool

Modul Bab 2.indd 14

3/1/12 3:33:57 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 15

22. Zoom Tool 23. Set Foreground/ Background Color Tool

Membesarkan paparan imej pada skrin komputer. Warna latar hadapan adalah warna yang digunakan untuk menaip teks, melukis garis, objek dan sebagainya. Warna latar belakang digunakan oleh sesuatu fail baru apabila pilihan Background Color dipilih pada tetingkap New.

2.2

GABUNGAN DAN PEMINDAHAN IMEJ

Membina Kawasan Pilihan Dan Memindahkan Kedudukan Imej


Kemahiran membina kawasan pilihan dan memindahkan kedudukan imej adalah kemahiran asas dalam Photoshop yang perlu dikuasai. Sesuatu imej yang hendak diubahsuai perlulah diaktifkan (dipilih) terlebih dahulu sebelum proses pengeditan dilaksanakan. Antara alatan yang boleh digunakan ialah Marquee Tool, Magnetic Tool dan Magic Wand. Manakala Move Tool digunakan untuk menggerakkan imej yang dipilih. Marquee Tool 1. Aktifkan fail florafauna.jpg 2. Buat pilihan pada kawasan teks menggunakan Marquee Tool.

3. Gunakan kekunci Shift untuk menambah ruang pilihan. Heretkan tetikus pada ruang yang telah dipilih tadi. Seterusnya tekan kekunci Delete. 4. Klik menu File > Save As dan letakkan nama fail yang sesuai untuk menyimpan fail tersebut (dalam contoh ini nama fail ialah nature.jpg).

Modul Bab 2.indd 15

3/1/12 3:33:57 PM

16 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

Magnetic Tool 5. Kemudian buka fail mana-mana gambar (dalam contoh ini, flower.jpg). 6. Aktifkan Magnetic Tool dan klik pada penjuru bawah kanan sebagai titik permulaan

7. Seterusnya heret tetikus pada keseluruhan rupa bentuk imej dikehendaki sehingga selesai dan klik sekali untuk membentuk kawasan imej yang telah dipilih.

8. Apabila selesai, gunakan arahan Select > Feather dan masukkan nilai 2 piksel. Tujuannya adalah untuk menjadikan imej yang dipilih lebih realistik. 9. Kemudian, klik menu Edit > Copy atau tekan Ctrl C pada papan kekunci. 10. Buka fail nature.jpg dan letakkan imej yang telah di salin dengan menggunakan arahan pada menu Edit > Paste atau tekan Ctrl V pada papan kekunci.

11. Gunakan Move Tool untuk menyusun atur imej-imej tersebut. 12. Rujuk tetingkap Layer untuk mencapai setiap imej yang dikehendaki.

Modul Bab 2.indd 16

3/1/12 3:33:58 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 17

13. Simpan fail yang telah disiap diedit. Klik menu File > Save. Magic Wand Tool 14. Buka fail mana-mana gambar (dalam contoh ini, animals.jpg). 15. Aktifkan Magic Wand Tool dan klik pada latarbelakang putih. Proses penyalinan akan lebih mudah menggunakan Magic Wand Tool kerana latar belakang imej adalah berwarna putih.

16. Kemudian klik menu Select > Inverse. Hasilnya hanya kawasan imej yang hendak dipilih sahaja akan diaktifkan.

Modul Bab 2.indd 17

3/1/12 3:33:58 PM

18 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

17. Gunakan arahan Select > Feather dan masukkan nilai 2 piksel. Tujuannya adalah untuk menjadikan imej yang dipilih lebih realistik. 18. Kemudian gunakan arahan Edit > Copy dan Edit > Paste seperti yang telah dipelajari tadi. Salin imej burung dan rama-rama ini ke dalam fail nature.jpg.

2.3

PENCAHAYAAN DAN PEWARNAAN

Pencahayaan dan pewarnaan merupakan elemen penting dalam Photoshop untuk memudahkan proses pengubahsuaian dalam sesebuah imej digital. Proses ini boleh dilakukan menggunakan Paintbrush Tool, Gradient Tool, Blur dan Sharpen Tool, Mod RGB, Mod Brightness dan Contrast serta Mod Grayscale dan Desaturate.

Pencahayaan : Menukar Kecerahan Imej Dengan Menggunakan Brightness Dan Contrast


1. Buka semula fail nature.jpg 2. Anda boleh masukkan warna latarbelakang dengan menggunakan memilih warna pada Background Tool. 3. Kemudian, gunakan Paint Bucket Tool untuk memasukkan warna.

4. Klik pada Image > Adjusments > Brightness/Contrast. Apabila tetingkap Brightness/ Contrast dipaparkan, klik dan heret penunjuk mengikut keperluan anda. Heret penunjuk ke arah kanan untuk menambah kecerahan imej dan ke kiri untuk menggelapkan imej.

Modul Bab 2.indd 18

3/1/12 3:33:58 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 19

5. Simpan fail yang telah disiap diedit. Klik menu File > Save. Sekiranya anda ingin meletakkan nama lain bagi fail yang telah diedit, klik menu File > Save as dan berikan nama lain bagi fail tersebut. Pewarnaan: Penggunaan Ton Warna 1. Buka semula fail nature.jpg 2. Kemudian aktifkan Gradient Tool.

3. Pilih warna putih untuk Foreground dan warna hitam untuk Background.

Modul Bab 2.indd 19

3/1/12 3:33:58 PM

20 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

4. Untuk menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to 4. Untuk Transparent. menghasilkan kecerunan, klik Linear Gradient dan pilih Foreground to
Transparent.
Linear Gradient

Foreground to Transparent

24
5. Kemudian, buat kecerunan lurus pada gambar. Caranya ialah dengan meletakkan penunjuk arah pada bahagian sebelah atas imej, dan buat satu garisan lurus ke bahagian tengah gambar.

6. Hasil penggunaan ton warna (Linear Gradient) pada bahagian atas dan bawah imej.

Modul Bab 2.indd 20

3/1/12 3:33:58 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 21

2.4 ASAS PENGGUNAAN LAYER DAN TEKS


Layers merupakan lapisan yang berfungsi sebagai tempat objek, diibaratkan sebagai kanvas. Dengan adanya Layers, membolehkan anda untuk mengubahsuai setiap objek tanpa mengganggu objek yang lain dengan mudah dan berkesan. Anda dapat mengatur komposisi layers dengan cara mengubah atribut dan urutan layers. Sebagai tambahan, corak khusus seperti adjustment layers, fill layers, dan layers style dapat diterapkan untuk memberikan efek khusus pada layers tersebut. Teks pula merupakan salah satu elemen utama di dalam proses penyaluran maklumat. Adobe Photoshop menyediakan kemudahan yang membolehkan teks dihasilkan sama ada untuk digunakan secara sendirian mahupun untuk diintegrasikan bersama-sama dengan paparan visual yang lain. Penghasilan Gambar Menggunakan Pelbagai Efek Layer Dan Teks 1. Pilih satu imej latar belakang tekstur sebagai layer asas.

2. Buka imej lain yang mempunyai kawasan terang yang luas.

Modul Bab 2.indd 21

3/1/12 3:33:59 PM

22 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

Salin imej berikut di atas layer tekstur tadi.

3. Daripada menu mod layer blend, pilih Screen.

4 Imej anda akan automatik menjadi terang. 5. Anda boleh memadam beberapa kawasan gelap dengan menggunakan ikon eraser. Sebelum itu anda hendaklah mengaktifkan layer tersebut terlebih dahulu.

Modul Bab 2.indd 22

3/1/12 3:33:59 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 23

6. Daripada control palette, pilih berus pemadam jenis lembut, semi-opaque seperti ditunjukkan di bawah.

7. Dengan menggunakan ikon Eraser, ikut sepanjang tepi imej dan gunakan Shift untuk mengekalkan garis lurus. 8. Imej yang dihasilkan.

9. Aktifkan Type Tools dan taipkan perkataan di dalam gambar tadi. 10. Kemudian edit perkataan tadi mengikut kreativiti anda melalui text option yang disediakan.

Modul Bab 2.indd 23

3/1/12 3:34:00 PM

24 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

Kesan Imej Di Dalam Teks 1. Buka fail kerja baru dan masukkan sebarang imej ke dalamnya. 2. Aktifkan Type Tools dan taipkan pada mana-mana bahagian imej tersebut.

3. 4. 5. 6.

Bawa tetikus agar berada di garisan antara layer teks dan layer imej. Tekan kekunci CTRL + ALT serentak dengan klik tetikus. Akan terpapar ikon penunjuk yang diwakili imej dua bulatan Teks boleh digerakkan untuk mendapatkan hasil yang lebih baik

7. Bina satu lagi Layer baru dan warnakan ianya dengan warna yang bersesuaian. 8. Pastikan layer baru berada di bawah layer imej.

Modul Bab 2.indd 24

3/1/12 3:34:00 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 25

9. Kesan lain boleh ditambah dengan menggunakan kesan Stroke atau Layer Style. Boleh gunakan Fungsi STYLE pada tetingkap Palet untuk kesan yang lebih menarik.

Membuat Kesan Chroome Pada Teks 1. Buka fail kerja baru. Taip teks dengan warna putih pada background hitam. 2. Kemudian klik pada Layer > Layer style > Blending options, dan tetapkan nilai seperti berikut: 3. Drop Shadow:

Modul Bab 2.indd 25

3/1/12 3:34:00 PM

26 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

4. Bevel and Emboss:

5. Satin:

6. Setelah selesai, hasilnya seperti berikut:

Modul Bab 2.indd 26

3/1/12 3:34:00 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 27

2.5

PENGHASILAN KESAN ZOOM DENGAN MENGGUNAKAN FILTER

Filter digunakan untuk menghasilkan suatu fail imej yang mempunyai pelbagai kesan khas seperti Blur, Sharpen, Texture dan sebagainya. Kesemua filter ini boleh dicapai melalui pilihan Filter dari menu bar. Ikuti langkah berikut untuk mengaplikasikan filter ke atas sesebuah imej. 1. Pilih dan buka sebarang imej yang anda kehendaki. 2. Gunakan Magnetic Lasso Tool untuk memilih objek pada imej. Anda juga boleh menggunakan Lasso Tool atau Rectangular Marquee Tool untuk memilih objek.

3. Kemudian klik Edit > Copy (Ctrl + C) dan klik Edit > Paste (Ctrl + V). 4. Imej yang anda pilih tadi akan terdapat di Layer 1 di Layer Pallette.

Modul Bab 2.indd 27

3/1/12 3:34:01 PM

28 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

5. Klik semula pada imej asal atau klik Background. 6. Pergi ke menu Filter > Blur > Radial Blur. 7. Gunakan setting berikut iaitu Amount = 30, Blur Method = Zoom dan Quality = Good. Kemudian klik Ok.

8. Imej akan kelihatan seperti di bawah:

Menghasilkan Latar Belakang Pada Gambar 1. Buka fail kerja baru dengan tetapan 640 x 480 pixel. 2. Buat satu layer baru dan set Foreground Color seperti berikut:

Modul Bab 2.indd 28

3/1/12 3:34:01 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 29

3. Kemudian klik Filter > Render > Clouds.

4. Kemudian buka satu fail imej dan salin pada layer kedua.

5. Pada layer kedua, tukar Blending Mode Normal kepada Multiply.

Modul Bab 2.indd 29

3/1/12 3:34:01 PM

30 | Digital Media: Adobe Photoshop CS

6. Buat satu layer baru dan pilih Linear Radient. Pilih warna yang anda kehendaki.

7. Pada layer ketiga, tukar Blending Mode Normal kepada Color Dodge.

Menghasilkan Kesan Air Pada Teks 1. Buka fail kerja baru berlatarbelakang hitam dan pastikan anda memilih mod RGB. Taipkan sebarang teks di atasnya.

Modul Bab 2.indd 30

3/1/12 3:34:01 PM

Perisian Penghasilan Imej untuk Media Digital dalam Bilik Darjah | 31

2. Daripada menu bar, pilih; a) Filter | Blur | Gaussian Blur.... Pilih radius 1,0 pixel b) Layer | Flatten Image c) Image | Rotate Canvas | 90 CW d) Filter | Stylize | Wind... Pilih Wind dan From the right e) Filter | Stylize | Solarize f) Image | Rotate Canvas | 90 CCW 3. Hasilnya..

LATIHAN
Dengan menggunakan teknik-teknik Photoshop yang telah dipelajari, anda diminta untuk menghasilkan satu kulit buku program. Anda boleh memilih salah satu tema di bawah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Hari Sukan Sekolah Hari Guru Sambutan Hari Kebangsaan Sambutan Hari Maulidul Rasul Hari Terbuka Sekolah

Modul Bab 2.indd 31

3/1/12 3:34:01 PM

Modul Bab 2.indd 32

3/1/12 3:34:01 PM

You might also like