You are on page 1of 14

Bil

Sumber

Tandakan / atau

1 Buku ilmiah 2 Jurnal 3 Akhbar 4 Majalah 5 Orang sumber 6 Melawat tempat


kajian 7 Internet

8 Televisyen 9 Radio 10 VCD/DVD 11 Sumber-sumber


lain

SEJARAH S.M.K TUN ABANG HAJI OPENG


SMK Tun Abang Haji Openg dikenali dengan nama asalnya Across River Secondary School yang kemudiannya ditukarkan dengan nama sekarang sempena nama Gabenor Pertama Sarawak iaitu Yang Terutama Tun Abang Haji Openg Bin Abang Sapiee. Pembukaan rasmi sekolah ini disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Haji Abdul Rahman Yaakub iaitu Ketua Menteri Sarawak Ke-3 pada 6 November 1970. Tapak asal sekolah ini terletak berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pengetua pertama yang memimpin sekolah ini ialah Encik Mathen Mark sehingga 1971. Setelah beroperasi selama 25 tahun di Jalan Siol, SMK Tun Abang Haji Openg berpindah ke premis sekarang di Jalan Demak pada 17 Ogos 1994 yang ketika itu di bawah pimpinan Encik Ahmad Bin Haji Hamdan, Pengetua yang ke-11. Di lokasi sekarang, yang seluas 10.1 hektar, terbinanya bangunan yang tersergam indah. Sehingga kini 14 orang pengetua telah memimpin sekolah ini. Bilangan pelajar seramai 1493 pada tahun 2010 dengan tenaga pengajar seramai 98 orang dan dibantu oleh 22 orang staff sokongan. Pada tahun 2007, sekolah seni Kuching menumpang di SMK Tun Abang Haji Openg sehingga ke hari ini. Bilangan pelajar asrama semakin sedikit bagi memberi ruang kepada pelajar sekolah seni Kuching yang berstatus asrama penuh.

HASIL KAJIAN
LATAR BELAKANG SEKOLAH
SMK Tun Abang Haji Openg dikenali dengan nama asalnya Across River Secondary School yang kemudiannya ditukarkan dengan nama sekarang sempena nama Gabenor Pertama Sarawak iaitu Yang Terutama Tun Abang Haji Openg Bin Abang Sapiee. Pembukaan rasmi sekolah ini disempurnakan oleh Y.A.B Datuk Haji Abdul Rahman Yaakub iaitu Ketua Menteri Sarawak Ke-3 pada 6 November 1970.Nama panggilan untuk SMK Tun Abang Haji Openg kini ialah SMK TAHO.

VISI
Sekolah Berkesan dan Cemerlan Sentiasa

MISI
Membangunkan potensi pelajar melalui pengurusan berkualiti dan berkesan dalam bidang akademik,kokurikulum dan sahsiah

LOGO SEKOLAH

IKRAR PELAJAR
Bahawasanya kami, Pelajar-pelajar SMK Tun Abang Haji Openg Dengan ini berikrar Bahawa kami akan berusaha mecapai kecermelangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Kami akan mematuhi segala peraturan sekolah Menghormati kedua-dua ibu bapa kami,guru-guru kami Dan menjadi insane yang berakhlak mulia.

Kami berjanji akan menjadi insane yang berilmu. Kami akan berbakti kepada sekolah ,ibubapa,masyarakat Dan Negara kami

LAGU SEKOLAH
(SEKOLAH BERSERI,Pelajar bestari) SMK Tun Abang haji Openg Sekolah kami yang tercinta Pelbagai kaum budaya Harmoni dan bahagia.

SMK Tun Abang Haji Openg Sekolah kami indah permai Bersukan dan bepersatuan Amalan menuju wawasan.

Sekolah Berseri Pelajar Bestari Jadi misi yang bererti Teras azam bina harapan Untuk kejayaan insan.

Wahai rakan putera-puteri Mari kita tabur bakti Teguh iman jati diri Untuk ibu pertiwi

SENARAI KANDUNGAN
Aspek Tajuk kajian Senarai kandungan Penghargaan Objektif kajian Kaedah kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Muka surat

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya Ainul Asyraf B. Abdul Mutalib dari tingkatan 2 Angsana ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini. Saya ingin menggucapkan terima kasih kepada ibubapa iaitu Encik Abdul Mutalib B. Ahmat dan Puan Zarina Binti Masni kerana telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan kajian ini. Terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah saya iaitu Puan Jamilah dan Puan Rabiah yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam melaksanakan kerja kursus ini. Akhir sekali,saya mengucapkan terima kasih kepada abang saya iaitu Ahmat Amrin kerana telah menunjak ajar saya menggunakan kemudahan ICT dengan baik. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan saya iaitu Mukhriz kerana telah member pelbagai idea yang menarik untuk mneghasilkan kajian ini..

OBJEKTIF KAJIAN
Melalui kajian ini,saya dapat memupuk sikap bannga kepada sekolah.. Saya dapat meningkatkat kemahiran mencari,merekod dan mengumpul tentang sejarah sekolah. Saya dapat mengenali asal usul dan sebagainya yang berkaitan dengan sekolah Saya dapat memupuk sikap bertanggungjawab dan bangga terhadap sekolah

KAEDAH KAJIAN
KAEDAH PEMERHATIAN Saya dan rakan-rakan juga bersekolah di SMK Tun Abang Haji Openg. Kami telah mengkaji tentang sejarah sejarah yang ada.. KAEDAH MELAYARI INTERNET Saya turut melayari internet yang disediakan di sekolah saya untuk mendapat sumber bagi melaksanakan kerja kursus sejarah ini PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DOKUMEN Saya telah membuat rujukan daripada majalah rasmi sekolah dan bahan- bahan bercetak yang lain yang penah diterbitkan oleh pihak sekolah.

RUMUSAN
Akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian iini. Melalui kajian ini, saya berbangga kerana bersekolah di SMK TAHO kerana:

Mempunyai tenaga pengajar yang berwibawa. Peranan guru sangat penting bagi memastikan kejayaan intitusi sekolah sebagai pemangkin budaya ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat. Sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru dan orang lain yang sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara. Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah sekolah, ini dapat menanam rasa setia dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya menyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawab bersama semua pihak. Sekolah ini juga menyediakan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan selesa untuk semua, warga sekolah sepatutnya merasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin.

RUJUKAN
Puan Jamilah dan Puan Rabiah,guru sejarah SMK TAHO Internet
http://www.scribd.com/doc/53254922/Contoh-Kerja-Kursus-Sejarah-Ting-2 http://sabkranau.bpi.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=186 :kerja-kursus-sejarah-tingkatan-2&catid=63:home http://www.scribd.com/doc/27659937/Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2-2009

Majalah SMK TAHO Diari sekolah

LAMPIRAN

GAMBAR SMK TUN ABANG HAJI OPENG DI TAPAK ASAL BERHADAPAN WISMA BAPA MALAYSIA

17 OGOS 1994, SMK TUN ABANG HAJI OPENG BERPINDAH DI TAPAK BARU DI JALAN DEMAK

You might also like