You are on page 1of 2

Taklimat Tempat Kerja Selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua yang bakal bekerja di Genting World

Resort. Sebelum itu, saya ucapkan tahniah kerana anda telah dipilih untuk bekerja di sini selepas sesi temuduga yang anda sudah lalui. Salam 1 Malaysia. Saya selaku Penolong Pengurus Jabatan Sumber Manusia ingin memberi sedikit taklimat tentang peraturan-peraturan dan etika kerja di Genting World Resort. Saya berharap tiada sesiapa pun melakukan kesalahan atau kesilapan yang melanggar peraturan dan dikenakan tindakan tatatertib. Sila memberi perhatian yang sepenuhnya. Saya akan menerangkan tentang tawaran gaji terlebih dahulu. Sebelum itu, sila mengenal pasti anda semua telah memperolehi sepucuk surat tawaran kerja yang menyatakan tarikh bekerja, tawaran gaji bekerja dan tempat bekerja ditugaskan. Gaji anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada setiap 28 hari bulan. Jika wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun anda, sila merujuk ke pejabat kami. Sesiapa yang tidak mempunyai akaun bank Maybank, sila memohon akaun bank tersebut secepat mungkin dan hantarkan nombor akaun anda ke pejabat kami. Gaji anda adalah tetap mengikut surat tawaran disertakan komisen yang dibahagi samarata antara kalangan jenis tempat bekerja. Seperti contoh, semua restoran di Genting World Resort hanya membahagikan jumlah komisen bulanan sama-rata sebagai komisen pekerja Genting World Resort sahaja. Manakala, komisen bagi pekerja di First World Resort tidak akan dicampuraduk dan dibahagikan kepada pekerja Genting World Resort. Saya jelaskan sekali lagi bahawa Genting World Resort dan First World Resort adalah entiti berasingan. Jika anda rela bekerja lebih masa, anda akan diberi elaun lebih masa yang 1.5 kali ganda daripada gaji normal sejam anda. Sila merujuk kepada pengurus anda untuk mengetahui maklumat lanjut. Selain itu, sesetengah pekerja akan menerima gaji mereka dalam bentuk kad kredit bulanan seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran. Sila merujuk kepada kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut. Pendapatan yang lain dalam bentuk wang, tips dan cip tawar-menawar yang diberi oleh pelanggan akan dibahagikan mengikut peraturan tempat anda bekerja. Sesetengah restoran membenarkan pekerja mereka menerima tips secara individu dan sesetengah restoran tidak. Untuk mengenal maklumat lanjut, sila merujuk kepada pengurus anda. Anda juga dilarang mengutip cip tawar-menawar yang dicicir oleh pelanggan. Sesiapa yang berbuat demikian akan dihadapkan ke sesi soal jawab kami sebelum tindakan tatatertib diambil. Anda tidak boleh menukar tempat bekerja sesuka hati melainkan dipersetujui oleh kedua-dua pengurus tempat bekerja. Anda dikenakan memakai kad pekerja sepanjang waktu bekerja. Kad pekerja juga merupakan identiti anda dan kad matrik untuk melalui pondok keselamatan dan blok

bangunan asrama. Kad pekerja akan dikeluarkan selepas anda mengambil foto berpakaian baju seragam. Sesiapa yang menghilangkan kad pekerja akan dikenakan denda sebanyak RM15 untuk mendapatkan kad pekerja semula. Setakatlah taklimat saya dan anda semua akan diagihkan ke tempat kerja masing-masing sebentar lagi. Sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada saya pada seisi soal jawab sebentar. Selepas seisi soal jawab, anda akan diiringi untuk mengambil baju seragam masing-masing. Terima kasih.

You might also like