You are on page 1of 1

Pelajar-pelajar pintar / Berbakat Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, pelajar-pelajar pintar cerdas ialah pelajar-pelajar

yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat daripada pelajar normal. Pelajar-pelajar ini dianggap mempunyai kebolehan yang luar biasa.

Pelajar-pelajar ini memerlukan program pendidikan khas yang berbeza daripada program pendidikan biasa, untuk mencungkil potensi mereka. Golongan ini biasanya mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding pelajarpelajar biasa. Ujian kecerdasan boleh dilaksanakan untuk mengenal pasti pelajar pintar cerdas yang bertujuan mengukur tahap kecerdasan dan intelek golongan ini. Seseorang pelajar yang mempunyai IQ 120 ke atas dikategorikan sebagai pelajar cerdas.

Pelajar-pelajar pintar cerdas mempunyai cirri-cirinya yang tersendiri. Dari segi akademik, mereka mempunyai daya ingatan yang kuat, dapat berfikir secara logic, fleksibel atau meluas. Mereka juga mempunyai daya cipta dan berupaya mengeluarkan idea dan rekaan baru, di samping mempunyai stamina yang kuat. Bagaimanapun, pelajar-pelajar ini manghadapi masalah dari segi psiko-sosial, iaitu masalah pergaulan, kelakuan dan emosi. Mereka juga menghadapi masalah perkembangan bahasa yang lambat, perbendaharaan kata yang keras, mengemukakan soalan bertalu-talu, suka bergaul dengan orang yang lebih tua dan suka mencari helah.

You might also like