You are on page 1of 4

2.

2 Model Model Komunikasi


Menurut Zawiyah Mohammad Yusof, model dihasilkan untuk mewakili sesuatu dan menerangkan bagaimana sesuatu itu berfungsi. DeFleur et al, 2005, menyatakan model ialah satu huraian yang mudah dalam bentuk grafik yang meringkaskan kes dan menerangkan keadaan yang sebenarnya berlaku dalam situasi atau proses tertentu. Deutsch (1952) telah membincangkan kegunaan model-model komunikasi dalam sains sosial. Beliau memberi empat fungsi model yang berbeza iaitu mengorganisasikan, heuristic, prediktif dan pengukuran. Model komunikasi yang awal lebih mudah tetapi menjadi kompleks kemudiannya apabila semakin banyak sarjana mengkaji bidang ini dan

mengetengahkan pelbagai definisi.

Berikut merupakan

antara

model-model

komunikasi yang bakal diterangkan dengan lebih lanjut. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Model Linear Lasswell Model Linear Shannon dan Weaver Model Bundar Schramm Model Transaksional Model SMSP Model Gegelung Haliks Model Pragmatik

Model Linear Lasswell Lasswell merupakan tokoh yang terawal membangunkan model komunikasi iaitu pada tahun 1948 (Miller, 2002). Model yang dirumuskan oleh Lasswell disebut sebagai Model Linear. Linear disini menunjukkan bahawa proses komunikasi bergerak dalam garisan lurus dari peringkat awal hingga akhir. Ini bermaksud komunikasi berbentuk satu hala dan satu proses yang melibatkan seorang bertindak ke atas seorang yang lain. Terdapat lima elemen yang menjelaskan urutan tindakan dalam membentuk komunikasi yang boleh dilihat dalam Model Linear ini.

Siapa Sumber

Berkata apa Mesej

Saluran apa Medium

Kepada siapa Penerima

Apa kesannya Kesan

Rajah 1.1 Model linear Lasswell

Model linear Lasswell mudah difahami apabila merujuk kepada perbualan antara dua pihak. Pihak yang pertama dianggap pihak yang memulakan suatu komunikasi apabila menghantar mesej kepada pihak yang lain. Sebagai model komunikasi yang terawal, model ini mengendalikan bahawa komunikator mempunyai tujuan tertentu dalam mempengaruhi si penerima mesej. Oleh itu, komunikasi bolehlah disimpulkan sebagai suatu proses untuk mempengaruhi, meyakinkan atau memujuk. Dalam hal ini, model ini juga sering mengandaikan bahawa mesej selalunya menpunyai kesan. Walaubagaimanapun, Lasswell tetap dikritik hebat kerana mengabaikan elmen maklum balas dalam komunikasi.

Model Linear Shannon dan Weaver Model yang diperkenalkan oleh Lasswell ini kemudiannya diteliti dan dikembangkan oleh Claude E. Shannon dan Warren Weaver (1949). Mereka bekerjasama mencipta satu model yang menggambarkan komunikasi sebagai satu aliran maklumat dari satu sumber menuju ke satu destinasi. Ini bermaksud sumber menghasilkan mesej yang perlu disampaikan kepada pihak lain, iaitu penerima atau destinasi. Model linear Shannon dan Weaver juga dikenali sebagai model matematik. Teori ini telah menjadi peransang yang amat penting dan berpengaruh bagi perkembangan model-model lain dan teori dalam komunikasi. Walaubagaimanapun, model ini sebenarnya mengembangkan idea Lasswell dengan menambah elemen hingar (noise) kepadanya. Hingar disini merujuk pada talian telefon yang terputusputus atau aktiviti yang mengalihkan perhatian si pengirim atau si penerima mesej. Ini bermaksud isyarat yang dikirim oleh sumber atau si penghantar boleh terjejas

lalu mengakibatkan destinasi atau si penerima tidak menerima isyarat serupa. Hal ini menjejaskan keberkesanan proses komunikasi.

Sumber Maklumat

Mesej

Pemancar

Signal

Signal diterima

Smbr hingar

Penerima

Mesej

Destinasi

Pengirim

Mesej

Penerima

Rajah 1.2 Model Linear Shannon dan Weaver

Model Shannon dan Weaver kemudiannya dikembangkan oleh DeFleur pada tahun 1966 khususnya mengenai hubungan antara makna yang dihasilkan dengan mesej yang diterima. Model linear terutamanya yang dibangunkan oleh Lasswell, Shannon dan Weaver merupakan titik tolak untuk memahami komunikasi antara perorangan.

Model Bundar Schramm Model bundar (circular) diketengahkan oleh Wilbur Schramm (1954). Model ini diperkenalkan kerana Schramm mendapati ada kelemahan yang ketara dalam model linear. Model komunikasi linear menetapkan dan memisahkan peranan si penghantar dan si penerima mesej. Menurut Schramm, proses komunikasi tidak bermula pada si penghantar dan berakhir pada si penerima di tempat tertentu sebaliknya komunikasi berlaku tanpa ada penghujungnya. Model Schramm juga dikenali sebagai model interaktif. Interaktif disini bermaksud si penerima atau si pendengar perlu bertindak balas kepada pengirim atau sumber. Model ini memfokuskan kepada individu yang terlibat dalam proses komunikasi dan melihat

komunikasi sebagai satu proses yang melibatkan tindak balas. Oleh itu, disini maklum balas pada mesej dilihat sebagai ciri utama dalam model interaktif.Model interaktif ini merupakan satu usaha menambah baik model linear. Namun, ia masih tidak sepenuhnya menggambarkan proses komunikasi manusia. Satu kelemahan ketara model ini ialah adanya perasaan persamaan sedangkan lazimnya komunikasi berlaku secara tidak seimbang lebih-lebih lagi apabila dipengaruhi oleh faktor sumber, kuasa dan juga masa.

MESEJ
Penyahkod Penterjemah Pengekod Penyahkod Penterjemah Pengekod

MESEJ

Rajah 1.3 Model Bundar Schramm

You might also like