You are on page 1of 1

Pengenalan kepada Rekaan Corak Bunga Berkembang Tema yang digunakan dalam hasil karya ini adalah flora.

Seperti yang dapat dilihat dalam lukisan, corak bunga yang belum berkembang telah digunakan. Teknik gurisan telah digunakan dalam penghasilan karya ini. Lukisan ini telah menggunakan krayon sebagai bahantara. Karya ini dimulakan dengan mewarna lapisan warna yang pertama pada kertas lukisan dengan menggunakan krayon. Warna panas dan warna sejuk telah digunakan dengan banyak untuk menghasilkan kesan yang lebih menarik. Selepas lapisna pertama telah disiapkan, lapisan kedua akan diwarnakan untuk menutupi lapisan pertama tadi. Warna yang digunakan untuk lapisan kedua adalah hitam. Akhir sekali, dengan menggunakan pensel mekanikal (bahagian hujung yang tajam tanpa ubat pensel), corak bunga mula dilukiskan dengan menggunakan teknik gurisan. Di sekolah rendah, lukisan ini boleh digunakan sebagai bahan untuk menimbulkan kesedaran murid terhadap alam sekitar yang semakin terancam. Murid-murid harus memupuk nilai sayang kepada alam sekitar. Manusia haruslah berhenti daripada terus memusnahkan alam yang indah ini. Semua langkah pemeliharaan dan pemuliharaan seharusnya bermula sejak kecil lagi. Jadi, sebagai cadangan aktiviti p & p, murid boleh disuruh untuk melukiskan tumbuhan yang mereka sukai atau bunga-bungaan yang ditanami di kawasan sekeliling mereka.

You might also like