You are on page 1of 2

SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Sejarah perlembagaan persekutuan bermula dengan rombongan merdeka selepas kemenangan Parti Perikatan dalam

Pilihan Raya Majlis Perundangan pada tahun 1955.Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu teleh berunding dengan raja-raja Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan yang kemudiannya terbentuk satu rombongan kemerdekaan.Rombongan tersebut telah diwakili oleh wakil-wakil daripada Parti Perikatan iaitu Tunku Abdul Rahman,Tun Dr.Ismail.Tun H.S.Lee dan Tun Abdul Razak manakala wakil-wakil raja-raja Melayu terdiri daripada Dato Panglima Bukit Gantang,Abdul Aziz Othman,Dato Mohd Seth dan Dato Nik Ahmed Kamil.Matlamat rombongan ini ialah merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.Perjanjian London telah dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd,setiausaha Tanah Jajahan British yang berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Antara perkara yang teleh dipersetujui ialah tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,pelantikan suruhanjaya bebas untuk mengubal perlembagaan,Parti Perikatan tidak mengambil alih perniagaan British,1 perjanjian pertahanan dipersetujui bagi menjaga keselamatan dan kepentingan ekonomi British di Persekutuan Tanah Melayu,konsep raja diperkenalkan dan penbahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.Parti Perikatan telah bersetuju dengan pembentukan Suruhanjaya Reid dalam penyediaan perlembagaan.Suruhanjaya ini telah dipengerusikan oleh Lord William Reid manakala angatanya terdiri daripada Sir Ivor Jennings,Sir William McKell,Tuan B.Malik dan Tuan Abdul Hamid.Antara tugas suruhanjaya ini ialah merangka sebuah perlembagaan yang merdeka bagi Persekutuan Tanah Melayu,membentuk dan menentukan kuasa kerajaan pusat,menjamin kedudukan khas raja-raja Melayu dan mewujudakan 1 rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu.Antara cadangan suruhanjaya ini yang telah dipinda bagi memuaskan hati semua pihak antaranya sebuah negara persekutuan di bentuk dengan pembahagian kuasa pusat dan kuasa negeri,kerakyatan jus soli bagi mereka yang lahir di Tanah Melayu,mengekalkan kedudukan keistimewaan orang Melayu tanpa menjejaskan kaum yang lain,konsep raja berperlembagaan dikekalkan,bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan tetapi,agama Islan sebagai agama rasmi.Parlimen British telah mempersetjui cadangan Suruhanjaya Reid dan akhirnya Majlis Perundangan Persekutuan telah mengesahkan draf Perlembagaan Merdeka

dan pada 15 Ogos 1957 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan telah diadakan diantara raja-raja Melayu dengan British. Antara isi Perlembagaan Merdeka ialah pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu,Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara,pentadbiran negara berasaskan demokrasi berparlimen,Perdana Menteri sebagai ketua pentadbiran yang di bantu oleh sebuah kabinet,bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,keistimewaan orang Melayu dikekalkan tanpa mengurangkan keistimewaan kaum yang lain,kerakyatan terbuka kepada sesiapa sahaja yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya peristiwa kemerdekaan telah diadakan pada pukul 12.00 tengah malam 30 0gos 1957 di hadapan Kelab Sultan Selangor.Bendera UNion Jack telah diturunkan dan dinaikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.Pada keesokannya 31 Ogos 1957 ,pemasyuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dilakukan di Stadium Merdeka,Kuala Lumpur.Tunku Abdul Rahman telah membacakan pengisytiharaan kemerdekaan dan seterusnya melaungkan seruan Merdeka dan disambut oleh rakyat.Antara kandungan Pemasyuran Kemerdekaan ialah Persekutuan Tanah Melayu mencapai sebuah negara yang merdeka serta berdaulat,penguasaan British terhadap Negeri-Negeri selat terbatal,Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.Pada masa itu Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Perlis,Pahang,Kedah,Kelantan,Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Pulau pinang,Terangganu.

You might also like