You are on page 1of 23

BAHAGIAN 1

OBJEKTIF LAPORAN 1. Untuk mengkaji kerelevanan subjek Kemahiran Hidup bersepadu sekolah menengah. 2. Untuk mengkaji dan menganalisa kerelevanan subjek Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah berteraskan prinsip-prinsip Pendidikan Vokasional. 3. Untuk mengkaji ciri-ciri yang terdapat pada subjek Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah. 4. Untuk mengenalpasti kriteria-kriteria yang menjadi tunjang ke arah pembentukan kurikulum subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. 5. Untuk menilai saling kaitan antara matlamat dengan kandungan kurikulum subjek Kemahiran Bersepadu sekolah menengah.

PENGENALAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidik ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar pelajar boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan

penyenggaraan. Disamping itu, masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.

MATLAMAT KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan seharian. OBJEKTIF KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKEOLAH MENENGAH Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk membolehkan pelajar : 1. Mengamalkan daya usaha, kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit. 2. Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan

mendapatkan idea dari pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. 3. Menjalankan kerja-buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian. 4. Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu. 5. Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul. 6. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa. 7. Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan. 8. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos. 9. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek. 10. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH Kandungan mata pelajaran ini diolah mengikut bidang pelajaran yang mengandungi beberapa unit pembelajaran. Unit pembelajaran ini dihuraikan dalam bentuk tajuk atau aktiviti. Mata pelajaran ini terbahagi dua bahagian iaitu Reka Bentuk dan Teknologi. Manakala bahagian Pilihan mempunyai empat bidang

pembelajaran dalam Bahagian Teras dan mengambil salah satu daripada empat bidang pembelajaran dalam bahagian pilihan. Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran

mengikut bahagian adalah seperti berikut : BAHAGIAN TERAS 1. Reka Bentuk dan Teknologi 1.1 Organisasi Bengkel dan Keselamatan a) Pengurusan organisasi bengkel dan keselamatan 1.2 Reka cipta a) Pengenalan masalah b) Pencetusan, penjanaan dan pemilihan idea c) Perekaan projek d) Pemilihan reka bentuk e) Perancangan pembinaan projek f) Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek g) Pendokumentasian 1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek a) Pengenalan bentuk dan teknologi b) Faktor reka bentuk c) Jenis bahan pengikat d) Alatan tangan dan pengikat e) Proses

f) Reka bentuk projek 1.4 Elektrik a) Sumber dan kegunaan elektrik b) Jenis wayar dan kerja pendawaian c) Mengira kos tenaga elektrik d) Pengenalan motor arus terus 1.5 Elektronik a) Nama, simbol dan fungsi komponen b) Membaca dan menterjemahkan lukisan semantik c) Penghasilan projek 1.6 Kerja Paip a) Pengenalan sistem bekalan air di rumah b) Jenis paip, penyambung paip dan bahan pemasangan paip c) Jenis kelengkapan paip d) Kerja penyenggaraan 1.7 Lukisan Teknik a) Alatan lukisan teknik b) Jenis garisan c) Unjuran ortografik 1.8 Jahitan a) Mesin jahit b) Penghasilan artikel 1.9 Masakan a) Perancangan menu b) Penyediaan dan penyajian hidangan c) Etika makan

1.10

Tempat Kediaman a) Ruang tempat kediaman b) Keselesaan tempat kediaman

c) Penjagaan tempat kediaman d) Susun atur alatan dan kelengkapan 1.11 Tanaman Hiasan a) Pembiakan secara keratan b) Penanaman c) Penjagaan anak pokok d) Pemasuan semula

BAHAGIAN PILIHAN 1. Kemahiran Teknikal 1.1. Lukisan Teknik a) Lukisan isometrik b) Lukisan hamparan c) Lukisan keratin penuh 1.2. Elektrik a) Jenis litar elektrik b) Penggunaan meter pelbagai c) Unit kawalan utama bekalan elektrik domestik d) Kuasa elektrik 1.3. Elektronik a) Nama, simbol dan fungsi komponen b) Membaca dan menterjemah lukisan skematik c) Penghasilan projek

1.4.

Asas Elektromekanikal a) Pengenalan pergerakan mekanikal b) Pengenalan pergerakan elektromekanikal

1.5.

Enjin a) Jenis dan kegunaan pengikat dan mencantum

b) Bahagian luar enjin c) Bahagian dalam enjin d) Edaran empat lejang e) System enjin f) Menservis enjin 1.6. Perniagan dan Keusahawanan a) Pengenalan kepada perniagaan b) Asas keusahawanan c) Konsumerisme

2. Ekonomi Rumah Tangga 2.1. Pemakanan dan Pengurusan Sajian a) Diet seimbang b) Perancangan menu c) Prinsip memasak d) Kaedah memasak e) Penyediaan dan pengajian makanan f) Rekacipta resepi 2.2. Bater a) Jenis bater b) Penyediaan makanan 2.3. Kuih Tempatan a) Sumber kuih tempatan b) Penyediaan makanan 2.4. Kaedah Membuat Biskut dan Kek a) Gaul dan ramas b) Putar 2.5. Pakaian a) Fabrik b) Pemilihan pakaian c) Penjagaan pakaian 2.6. Jahitan

a) Proses jahitan b) Penghasilan projek jahitan 2.7. Perniagaan dan Keusahawanan a) Pengenalan kepada perniagaan b) Asas keusahawanan 3. Pertanian 3.1. Kompos a) Pengenalan b) Bahan membuat kompos c) Pembinaan kompos d) Pengurusan e) Penggunaan 3.2. Tanaman Sayuran a) Jenis sayuran b) Penyediaan tanah c) Penanaman d) Penjagaan e) Pemungutan f) Giliran tanaman 3.3. Haiwan kesayangan a) Pengenalan b) Pemilihan haiwan kesayangan c) Perumahan d) Penjagaan e) Kebajikan haiwan 3.4. Ternakan Ikan Air Tawar a) Penegnalan b) System penternakan c) Penyediaan kolam atau tangki d) Melepaskan benih ikan kedalam kolam atau tangki e) Pengurusan ternakan f) Pemungutan hasil

g) Pemasaran h) Pengiraan kos 3.5. Ladskap a) Pengenalan b) Tanaman dalam landskap c) Reka bentuk landskap d) Pelandskapan e) Penyenggaraan 3.6. Perniagaan dan Keusahawanan a) Pengenalan kepada perniagaan b) Asas keusahawanan c) Konsumerisme 4. Perdagangan dan Keusahawanan 4.1. Pengenalan Kepada Perniagaan a) Konsep dan kepentingan perniagaan b) Perkembangan perniagaan dan masa depannya c) Bentuk dan jenis perniagaan d) Milikan perniagaan e) Faktor mempengaruhi 4.2. Penubuhan dan Pengendalian Perniagaan a) Langkah-langkah menubuhkan perniagaan kecil b) Pengendalian perniagaan c) Bantuan perniagaan 4.3. Dokumen Perniagaan a) Kepentingan dokumen b) Jenis dokumen c) Maklumat penting dalam dokumen 4.4. Pnegeluaran a) Pengertian pengeluaran b) Factor pengeluaran c) Bidang pengeluaran d) Kaitan pengeluaran dengan permintaan

e) Proses pengeluaran f) Pengiraan kos 4.5. Keusahawanan a) Konsep keusahawanan b) Ciri utama usahawan c) Usahawan dalam negeri d) Peranan kerajaan dalam membantu usahawan 4.6. Pengenalan kepada pemasaran a) Pengertian pemasaran b) Fungsi pemasaran c) Objektif dan aktiviti pemasaran d) Masalah pemasaran e) Strategi pemasaran 4.7. Komsumerisme a) Pengguna dan konsumerisme b) Hak dan tanggungjawab pengguna c) Tanggungjawab pengeluar kepada pengguna d) Peranan persatuan pengguna dan kerajaan 4.8. Peranan persatuan pengguna dan kerajaan simpan kira a) Menyimpan rekod b) Merekod urus niaga c) Imbangan duga d) Akaun penamat e) Kunci kira-kira

BAHAGIAN 2

ANALISA LAPORAN KERELEVANAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH MENENGAH BERASASKAN KEPADA PRINSIP-PRINSIP PENDIDIKAN VOKASIONAL. Kerelevanan 1. Kerelevanan sukatan pelajaran Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Matapelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar pelajar boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Oleh yang demikian, dalam bahagian ini deskripsi tentang kerelevanan bidang pembelajaran dalam subjek ini adalah seperti berikut : BAHAGIAN TERAS : 1. Reka bentuk dan teknologi Bidang ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran asas teknologi yang membolehkan mereka dan membentuk serta menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif. Produk yang dihasilkan adalah produk yang berfungsi dan berkesan

khususnya di tempat tinggal dan di tempat kerja. Dari aspek kurikulum, bidang ini merangkumi teknik, operasi dan proses

pembuatan yang melibatkan aktiviti seperti pemasangan, penyenggaraan dan baik pulih dalam kerja elektrik, elektronik dan paip. Pelajar juga di dedahkan kepada lukisan teknik, penggunaan pelbagai bahan binaan dan kemahiran dalam masakan, jahitan, mengurus tempat kediaman dan tanaman hiasan. Penekanan dalam bidang reka bentuk dan teknologi ini

dilihat relevan ke arah penyediaan pelajar berasaskan kepada pekerjaan. BAHAGIAN PILIHAN : 1. Kemahiran teknikal Bidang Kemahiran Teknikal ini merangkumi unit pembelajaran yyang membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dalam lukisan teknik, elektrik dan elektronik. Melalui lukisan teknik pelajar mampu menghasilkan mengaplikasikan kehidupan harian. Bidang ini juga menyediakan pelajar dengan pengetahuan lukisan projek. Pelajar elektrik juga dan akan dapat dalam

pengetahuan

elektronik

peringkat awal dalam asas elektromekanikal dan engin satu silinder empat lejang. Dengan demikian pelajar boleh membanding beza antara sistem elektromekanikal dan sistem mekanikal disamping mampu membuat keja penyenggaraan mudah. Unit Perniagaan dan Keusahawanan pula menyediakan pengetahuan kepada pelajar bagi membolehkan mereka menjelajah peluang-peluang perniagaan atau keusahawanan yang boleh diceburi dalam bidang ini. Kerelevanan pilihan Kemahiran Teknikal ini dapat dilihat

berdasarkan kepada pengaplikasian praktikal berdasarkan kepada teori yang telah dipelajari. Kesannya, aplikasi pengajaran dan pembelajaran bidang ini dapat memberi pengetahuan yang berguna untuk kelangsungan hidup pada masa hadapan. 2. Ekonomi rumah tangga Bidang ekonomi rumahtangga kemahiran menyediakan mengenai murid dengan dan

pengetahuan

dan

makanan

pemakanan, pengurusan sajian, pakaian dan jahitan. Pelajar berpengetahuan mengenai diet dan pemilihan menu yang seimbang untuk merancang kerja dan menghasilkan masakan seperti kuih tempatan, bater, kek dan biskut serta hidangan utama

dan sampingan. Pelajar juga berpengetahuan dalam pemilihan stail pakaian serta menghasilkan artikel dan pakaian. Unit Perniagaan dan Keusahawanan menyediakan pengetahuan kepada pelajar yang membolehkan mereka menjelajah peluang-peluang

perniagaan atau keusahawanan yang boleh diceburi dalam bidang ini. Bidang ini juga membolehkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan harian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat menimbulkan minat murid untuk

menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang berkaitan. Maka pilihan pengajian dalam bidang ini dilihat relevan dan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3. Pertanian Bidang pertanian memberi penekanan kepada lima tajuk iaitu Tanaman Sayur, Haiwan Kesayangan, Ternakan Ikan Air Tawar Dan Landskap. Pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran praktis yang berkaitan dengan aktiviti membuat kompos,

mengusahakan tanman sayuran, memelihara haiwan kesayangan, melakukan aktiviti menternak ikan air tawar dan perlandskapan. Pendedahan kepada asas perniagaan dan keusahawanan dalam bidang pertanian juga diberi penekanan. Pelajar dipupuk dengan nilai-nilai murni iaitu sikap penyayang, penyabar, tekun, berdikari, kreatif, produktif, mencintai alam sekitar dan mengamalkan budaya mesra alam. Dalam era pembangunan pertanian kini pilihan bidang ini merupakan bidang yang relevan ke arah melahirkan pelajar yang produktif dalam bidang pertanian. 4. Perdagangan dan Keusahawanan Bidang ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan serta amalan perniagaan dan dan keusahawanan yang melibatka perniagaan,

pengurusan

etika

perniagaan,

dokumen

menyimpan rekod, pengeluaran, konsumerisme, pemasangan dan simpan kira. Tujuan bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sika

seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing. Pelajar didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Pelajar juga boleh bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang

bertanggungjawab. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan ini relevan dalam era perkembangan ekonomi kini. Maka penawaran pilihan bidang pengajian ini dilihat sebagai suatu keperluan ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai sifat dan sikap usahawan. 2. Kerelevanan jam pembelajaran Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah jam pembelajaran yang diperuntukan untuk pengajaran teori dan praktikal adalah tiga waktu seminggu (3jam). Jika dinilai secara kasar, pembahagian jam pembelajaran untuk subjek ini boleh dianggap sebagai kurang efisien. Namun begitu, perlu difahami bahawa jam pembelajaran tiga waktu ini sebenarnya relevan dengan pengisian kurikulum kemahiran bersepadu kerana pada peringkat ini penekanan lebih kepada pengetahuan kemahiran asas dalam bidang-bidang yang ditawarkan. 3. Kerelevanan tempat pembelajaran Kebanyakan sekolah menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran subjek Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah ini secara teori dan praktikal dalam tempat yang sama. Hal ini dilihat kurang relevan dari aspek keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran untuk subjek ini. Adalah lebih baik sekiranya tempat pengajaran teori dan pengaplikasian praktikal dilaksanakan ditempat yang berbeza serta kondusif.

Keseimbangan Berdasarkan kurikulum subjek Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah, ia dilihat seimbang dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Mata pelajaran ini juga tidak terlalu bersifat akademik. Perlaksanaan subjek ini lebih memberikan

penekanan kepada kemahiran untuk meneruskan kelangsungan hidup. Maka dari prinsip keseimbanganjelas menunjukkan bahawa subjek ini relevan untuk ditawarkan kepada pelajar.

Gabung Jalinan Sebelum kita meninjau aspek prinsip gabung jalinan yang terdapat dalam subjek Kemahiran Hidup sekarang, mari kita tinjau terlebih dahulu perkembangan sejarah pendidikan vokasional. a) Laporan Razak Laporan ini juga dikenali juga sebagai Penyata Jawatankuasa 1956 yang juga merupakan laporan pendidikan yang pertama dikeluarkan kerajaan Malaysia. Laporan ini menyatakan bahawa semua sekolah perlu menggunakan sukatan pelajaran dan bahasa pengantar yang sama dan ia meliputi semua peringkat pelajaran iaitu rendah, menengah dan universiti. Bagi pendidikan teknik, ia meliputi tiga tahap iaitu sekolah tukang, sekolah teknik dan maktab teknik. Kemudian Laporan Razak manyatakan secara khusus bahawa mata pelajaran teknik diaturkan pada tiga peringkat di atas dn diadakan secara terpisah dengan pendidikan akadmik. b) Laporan Rahman Talib, 1960 Laporan ini memberi penekanan kepada pendidikan menengah dan setiap rakyat diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran. Laporan ini merupakan asas kepada Akta Pelajaran Pertama dan ia telah menganjurkan supaya pendidikan teknik dan vokasional dipelbagaikan lagi. Junior Trade School dan Rural

Extansion School juga telah digabungkan menjadi sekolah teknikal dan namanya ditukar kepada Technical Secondary School dan Trade Secondary School. Pada zaman tersebut aliran sesebuah pendidikan sangat penting hingga persaingan yang ketara dapat dilihat antara sekolah teknik dengan sekolah akademik. c) Dasar Pelajaran Aneka Jurusan, 1965 Dasar ini memperkenalkan sekolah yang menekankan sistem akademik. Kemudian, subjek akademik diperluaskan lagi agar matapelajaran pratik dapat diterapkan dalam matapelajaran akademik. Matapelajran praktik merupakan matapelajaran yang bersifat elektif dimana pelajar tingkatan perlu memilih satu subjek elektif iaitu : pertanian, ekonomi rumahtangga, perdagangan dan seni perusahaan. Hal ini dapat memberi laluan kepada perkembangan dalam bidang teknikal dan memenuhi

permintaan pelajar dalam pelbagai bidang. d) Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979 Laporan ini menekan kepada pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Ia juga dikenali sebagai Laporan Mahathir. Terdapat banyak perubahan yang dilakukan antaranya ialah

merealisasikan sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Menegah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, dan

memperkenalkan subjek Kemahiran Hidup bagi menggantikan empat matapelajaran elekktif dari Laporan Aneka Jurusan iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Keusahawanan dan Perdagangan. Kurikulum yang bersepadu ini dapat merealisasikan gabungan tiga domain tanpa pemisahan. Berdasarkan perkembangan dasar-dasar yang dikeluarkan kerajaan, dapat kita lihat bahawa kurikulum subjek Kemahiran Hidup Bersepadu relevan dengan prinsip gabung jalin iaitu dengan menyepadukan empat subjek elektif menjadi satu subjek yang dinamakan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Keluasan Dalam bahagian ini, aspek keluasan (broad based) yang terdapat dalam kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah akan dibincangkan. Setelah dilihat, kurikulum subjek ini tidak tertumpu kepada satu aspek atau bidang sahaja. Penyatupaduan empat elektif dalam bahagian teras bertepatan dengan prinsip keluasan. Walaupun pelajar memilih satu elektif sahaja, mereka juga berpeluang

mempelajari asas-asas bahagian elektif yang lain pada bahagian teras. Kesimpulannya, subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ini adalah relevan untuk ditawarkan berdasarkan ketepatannya dengan prinsip keluasan.

Kedalaman Aspek kedalaman (narrow based) pula akan dibincangkan dalam bahagian ini. Seperti yang kita sedia tahu bahawasanya subjek Kemahiran Hidup sekolah menegah menawarkan empat elektif pada bahagian pilihan. Bahagian ini memberi pengatahuan yang lebih mendalam bagi setiap elektif yang dipilih oleh pelajar. Pelajar akan diajar dengan lebih terperinci dalam bahagian ini. Kemahiran praktik juga ditekankan. Hal ini bertepatan dengan prinsip kedalaman. Oleh itu, subjek Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menegah ini adalah relevan kepada pelajar.

Kepelbagaian Bagaimanahkah menengah ini subjek relevan Kemahiran dengan Hidup prinsip Bersepadu kepelbagaian sekolah akan

dibincangkan dalam bahagian ini. Kurikulum subjek ini meliputi pelbagai perkara terutamnya tentang kemahiran-kemahiran untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai contoh, dalam subjek ini pelajar berpeluang untuk mempelajari perkara-perkara seperti

pengurusan rumahh tangga, pertanian, kemahiran-kemahiran teknikal serta asas-asas keusahawanan dan perdagangan. Hal ini menunjukkan

bahawa subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ini tidak bergantung dengan satu aspek sahaja. Maka dapat kita lihat bahawa subjek ini relevan dan bertepatan dengan prinsip kepelbagaian dalam

kurikulumnya.

Berasaskan sekolah dan pekerjaan Kurikulum subjek Kemahiran Hidup Bersepadu ini adalah selari dengan prinsip berasaskan sekolah dan pekerjaan. Hal ini kerana subjek

Berasaskan performans dan kompetensi Kontekstual dan Eksperiensial Globalisali Artikulasi dan Koordinasi Non-terminal Fleksibel

KEKUATAN DAN KELEMAHAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU SEKOLAH MENGAH

KESIMPULAN

RUJUKAN

I.

SUKATAN PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1,2,3, 2007, PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

II.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUN 2010 KHB TING.1, TERAS DAN PILIHAN.

III.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUN 2010 KHB TING.2, TERAS DAN PILIHAN.

IV.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUN 2010 KHB TING.3, TERAS DAN PILIHAN.

V.

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KHB PILIHAN 4 PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN.

You might also like