You are on page 1of 19

UNIVERSITI MALAYA

(PROGRAM DPLI ) 2012 PMFD 5103 PENDIDIKAN JASMANI & KEGIATAN KOKURIKULUM

Mengikut Petifor (1999), Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat melalui pengalaman pembelajaran yang bersistematik. Ia juga membentuk kanakkanak yang mantap secara keseluruhannya (whole child) melalui pembangunan aspek2 afektif, kognitif dan psikomotor.

Menurut Dauer (1995), Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman pergerakan. Menurut Jabatan Pendidikan dan Sains, London (Capel, 2000), bahawa Pendidikan Jasmani adalah suatu proses pembelajaran yang bertujuan untuk membangunkan pengetahuan tertentu, kemahiran dan kefahaman serta mengalakkan kecekapan fizikal.

Menurut Freeman (1997), Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamat pendidikan yang menumpukan pada pembangunan keseluruhan individu. Menurut Jenny (1961), William (1964), Lumpkin (1990), Pendidikan Jasmani selain memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia juga terlibat dalam perkembangan mental dan sosial.

Menurut Anspaugh & Ezell (1995), Pendidikan Kesihatan merupakan proses untuk mengembang dan membekalkan pengalaman pembelajaran terancang dalam cara memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku. Green & Kreuter (1991) mendefinisikan Pendidikan Kesihatan sebagai sebarang gabungan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dibentuk untuk membolehkan tindakan-tindakan sukarela yang bermanfaat terhadap kesihatan.

Menurut Jawatankuasa Bersama Pengistilahan Pendidikan Kesihatan Amerika Syarikat (1991), proses Pendidikan Kesihatan merupakan kontinum pembelajaran yang membolehkan individu membuat keputusan secara sukarela, mengubah suai dan mengubah keadaan sosial dalam meningkatkan kesihatan.

Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup Sihat.

Selepas mengikuti program Pendidikan Jasmani, murid boleh : 1. mempertingkatkan dan mengekalkan

kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; 2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;

3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;

4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan


dan keselamatan semasa menyertai

pelbagai kegiatan fizikal;


5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan 6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

Selepas mengikuti program Pendidikan Kesihatan, murid boleh : 1. mempertingkatkan pengetahuan kesihatan

diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran;


2. menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan;

3. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman; 4. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai

rutin harian; dan


5. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

TUNJANG UTAMA PENDIDIKAN JASMANI


Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu: Kecergasan

Kemahiran
Kesukanan

a) Kecergsan beasaskan kesihatan i. Daya tahan kardiovaskular

ii. Daya tahan otot iii. Kekuatan otot iv. Kelenturan

v. Komposisi badan

Sambungan

b) Kecergasan berasaskan perlakuan i. ii. iii. iv. v. Koordinasi Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa tindakbalas

vi.

Kepantasan

(a) Pergerakan asas (b) Permainan (c) Olahraga (d) Gimnastik (e) Pergerakan kreatif

a) Keselamatan b) Pengurusan c) Kerjaya d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan

(f) Rekreasi
(g) Kesenggangan

e) Etika

TUNJANG UTAMA PENDIDIKAN KESIHATAN


Sukatan pelajaran disusun mengikut tiga tunjang pembelajaran, iaitu: Kesihatan Diri dan Keluarga

Gaya Hidup Sihat


Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran.

i. Kesihatan Diri ii. Perasaan iii. Kekeluargaan

i. Pemakanan ii.Pengurusan konflik dan stres iii.Penyalahgunaan Bahan

i. Keselamatan ii.Penyakit Berjangkit iii.Pertolongsn Cemas

You might also like