You are on page 1of 16

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

SERAPAN IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN ASING : PENGARUH DAN KESANNYA TERHADAP MASYARAKAT ISLAM 1. PENDAHULUAN Serapan ideologi asing ke dalam masyarakat Islam di negara ini sudah lama melanda dan penularannya berlaku secara halus sehingga tidak disedari oleh umat Islam. Sama ada sedar atau tidak, pemikiran masyarakat Islam masa kini telah berubah kepada pemikiran asing dan kalau tidak dibenteras melalui pelbagai kaedah ianya boleh menjejaskan akidah umat Islam itu sendiri. Tulisan ini akan membincangkan tentang takrif ideologi, konsep ideologi, sejarah kemunculan penyebaran ideologi dan kesan terhadap masyarakat Islam. 2. TAKRIF Jika diteliti dalam beberapa kamus popular masa kini, takrif ideologi dapat diberikan kepada beberapa pengertian. Antaranya, ideologi ditakrifkan sebagai visi yang bersifat komprehensif. Ideologi juga bermaksud menawarkan perubahan melalui proses

pemikiran normatif. Jika dilihat takrif ideologi dalam bentuk yang lebih luas, ianya bermaksud suatu sistem pemikiran abstrak (tidak hanya sekadar pembentukan idea) yang diterapkan pada masalah umum sehingga mampu membuat konsep. Contoh, ideologi dalam politik.1 Pemikiran asing yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah apa-apa fahaman, falsafah, prinsip, kepercayaan dan adicita yang bersumberkan pemikiran barat adalah termasuk dalam takrif ini. 3. KONSEP IDEOLOGI DALAM PEMIKIRAN BARAT Fahaman humanisme adalah suatu ideologi yang membawa manusia kepada penolakan agama atau berpaling daripada konsep theologi (ketuhanan). Ideologi ini lebih kepada budaya penganutnya mementingkan diri sendiri. Kefahaman ini telah menjadi pegangan masyarakat Barat yang akhirnya melahirkan berbagai-bagai isme seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme dan sebagainya. Fahaman ini kini menular ke dalam masyarakat Islam melalui pelbagai saluran. Kesannya umat Islam terpisah daripada agama dan intima bangsa.2

1
2

http://id.wikipedia.org/wiki/Ideologi Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh, (2010) Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda. Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia, halaman 1.

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

Fahaman humanisme juga dikenali sebagai fahaman materialisme kini telah berjaya menguasai sebahagian besar kelompok sosial dengan pelbagai jenama. Secara ringkasnya, fahaman humanisme dapat digambarkan pada Jadual 1 di bawah; Jadual 1 : Rangkaian Ideologi Humanisme (Taha & Anis Malik. 2005; Al-Rawi & Fuad Muhsin. 2009; Harun Yahya, 2009, ubahsuai)

liberalisme pobialisme

pragmatisme

demokrasi kapitalisme HUMANISME pluralisasi sosialisme

globalisasi sekularisme saintisme

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

Jika diteliti pada Jadual 1, terdapat beberapa pemikiran yang berkembang luas dalam masyarakat Barat. Antaranya bentuk pemikiran yang berlandaskan akal manusia dan logik. Di bawah ini akan dijelaskan beberapa ideologi yang terkenal masa kini. a) Humanisme berasal dari Eropah. Ia mula berkembang pada zaman Renaissance pada abad ke-15 dan 16 Masihi (Abdul Hadi, 2009). Humanisme merupakan satu agenda yang memusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Sementara itu, Harun Yahya dalam bukunya Ancaman Global Freemasonary, mengatakan humanisme merupakan satu ancaman ke atas agama Islam. Fahaman ini menolak agama, menafikan hak ciptaan Allah. Fahaman ini bukanlah satu fahaman yang baru muncul tetapi ia berasal daripada doktrin Kabbalah, iaitu hasil peninggalan fahaman Raja Mesir Kuno. Fahaman ini telah muncul lebih awal daripada falsafah Yunani yang dibawa oleh Socrates, Plato dan Aristoteles. (Abdul Hadi, 2009)

Doktrin

pemikiran

humanisme

seringkali

meletakkan

konsep

matlamat

menghalalkan cara. Bagi mencapai maksud tersebut, apa sahaja boleh dilakukan demi mencapai matlamat walaupun terpaksa melanggar peraturan dan hukum Allah. Demikian juga dalam konsep kebebasan hidup, hendaklah diperjuangkan oleh semua pihak. Sementara itu, dalam konteks kenegaraan, kerajaan dan ritual agama hanya timbul setelah berlaku pertembungan dalam kehendak-kehendak tersebut. Tetapi dengan adanya kemajuan teknologi, mereka bergerak atas nama globalisasi. (Taha, 2005) b) Materialisme, pragmatisme, liberalisme dan globalisasi semuanya lahir daripara kefahaman humanisme. Jika dilihat dari aspek istilah nampak berbeza, tetapi sebenarnya fahaman dan ideologi itu mempunyai persamaan iaitu bertentangan dengan ajaran Islam. Semuanya lahir daripara revolusi tindakan kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal Eropah. Penolakan yang amat ekstrim terhadap agama membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan dan ketaksuban yang keterlaluan boleh membawa kepada bentuk penyembahan diri yang jelas bertentangan dengan konsep al-Qur`an dan Hadith Nabi. c) Demokrasi pada asasnya lahir daripada sistem yang diguna pakai oleh golongan sosialis dan golongan kapitalis. Dasar demokrasi adalah lebih kepada sistem pemerintahan sesebuah negara. Sistem ini mengasingkan penguasaan sultan / raja 3

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

ke atas pentadbiran dan pengurusan negara. Demokrasi memperkenalkan Lembaga Perwakilan Rakyat (Parlimen) mencakupi legislatif (perundangan), fungsi pengawasan ke atas pentabdiran negeri di bawahnya dan fungsi pentadbiran yang bertanggung-jawab pentadbiran. d) Kapitalisme amat mementingkan keuntungan dan menafikan hak orang lain khususnya dalam aspek perniagaan. Contoh, amalan riba / interest berkonsepkan keuntungan dan penindasan terhadap golongan miskin secara tidak langsung. Di samping itu memberi keuntungan kepada orang kaya raya. Pada dasarnya persaingan dalam perniagaan adalah diharuskan. Namun, konsep kapitalisme membawa jurang yang amat jauh dalam struktur masyarakat. Amalan riba dan sistem monopoli menjadi asas kapitalisme yang dilihat berat sebelah. e) Komunisme mungkin dilihat lebih adil memberikan hak persamaan kepada semua manusia. Nampak jauh berbeza dengan kapitalisme tetapi sebenarnya sama dari sudut penyembahan kepada kehendak manusia; cuma dengan cara yang berbeza, iaitu dengan menyamakan kehendak agar semua kehendak dipenuhi. Contoh, penagih dadah dibenarkan memiliki sejumlah dadah untuk dirinya sendiri. Melebihi had itu baru dikira salah. Anda boleh menagih dadah di mana-mana sahaja kerana itu kehendak mereka yang perlu dipenuhi. Kerajaan hanyalah mampu menyediakan tong sampah khas untuk picagari dadah agar tidak mengganggu orang lain yang tidak terlibat dengan dadah. f) Sekularisme, sosialisme dan pluralisasi mengakui bahawa arak dan judi bukan suatu yang baik untuk manusia. Arak dan judi juga merupakan kepala segala kejahatan. Tetapi apa yang Barat lakukan untuk mengelakkan rakyatnya daripada dicemari oleh najis arak dan judi? Kehendak manusia mengatasi segala kebaikan dan maslahah. Seks bebas dianggap sebagai keinginan hawa nafsu manusia yang perlu dipenuhi. Kerana itu, di Barat di dapati banyak kedai adult shop di celahcelah deretan kedai lain tumbuh bagaikan cendawan dan ianya diterima oleh masyarakat dengan baik. Tidak menjadi kesalahan kerana ianya tidak lebih dari serve kehendak sebahagian anggota masyarakat (Taha, 2005). g) Globalisasi membawa maksud dunia tanpa sempadan, semua manusia berada dalam ruang alam yang satu, mendapat taujihat yang satu dalam tamadun yang satu (al-Rawi, 2009). Globalisasi sebenarnya telah mencabul kedaulatan sesebuah 4 dalam melaksanakan sistem, struktur dan organisasi

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

negara dan bangsa baik dari segi bahasa, budaya, undang-undang, tanah air dan agamanya. (Ghazali 1998; al-Jabiri 1997). Bukan itu sahaja, globalisasi mengakibatkan masyarakat Islam hanyut tanpa batasan agama dan berakhlak mulia. Merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai kemanusiaan yang dirancang oleh orentalis Barat. (al-Jamil, t.t.) Sementara itu, jika dilihat ancaman ideologi ini di Malaysia, didapati globalisasi berjaya melahirkan bangsa Melayu yang tiada identiti kemelayuan dan ketimurannya. Akibatnya mereka hilang jatidiri sebagai anak Melayu serta kurang berpegang teguh kepada agama. Globalisasi juga menjadikan sesuatu bangsa itu seringkali tunduk kepada agenda dan kehendak orang lain. h) Hegemoni. Konsep yang terkandung dalam globalisasi iaitu hegemoni atau kekuasaan. Hegemoni bukan sahaja bermaksud kekuatan tentera tetapi juga merangkumi kekuatan ekonomi, idea, agama, etika, peradaban dan lain-lain. Hegemoni Barat bukan sahaja terletak kepada kekuatan tentera, malah menguasai aspek nilai, budaya, termasuk jugalah agama. (Ghazali, 1998). i) Sekularisme merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual dalam masyarakat masa kini. Dalam konsep ajaran Islam, agama tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan hidup dan kenegaraan, (Harusani, 2009). Justeru, konsep sekularisme secara terang-terang memusuhi Islam. Istilah-istilah sekularisme, sekularisasi, sekular tidak boleh dihubung-kaitkan dengan Islam. ( al-Attas 1978; al-Qaradawi 1977). Dalam konteks di Malaysia, Islam diiktiraf sebagai agama rasmi negara. Dalam aspek yang lain, ia bertindak sebagai perlindungan terhadap undang-undang Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, proses globalisasi yang sedang rancak berjalan, lambat laun akan mencabar undang-undang setiap negara. Apabila kubu pertahanan ini lemah dan penduduk Islam bukan kelompok majoriti, sudah tentu kedudukan Islam dan bangsa Melayu akan tergugat. (Ugi Suharto, 2007) 4. SEJARAH KEMUNCULAN DAN PENYEBARAN IDEOLOGI Di negara Barat, para penyebar ideologi telah melalui beberapa pengalaman perit dan sengsara kerana kehidupan mereka ditindas teruk oleh agama mereka sendiri.

Contoh, para paderi dan pengikutnya tidak membenarkan memiliki harta kekayaan tetapi peraturan ini tidak terpakai untuk gereja. Suatu ketika dulu gereja memiliki harta yang banyak.

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

Mereka juga menderita kerana disuruh berkorban demi untuk agama serta dijanjikan pengampunan dosa bagi mereka yang bertarung bermati-matian melawan tentera Islam dalam perang Salib. Kesengsaraan mereka berterusan selama beratus-ratus tahun sehingga timbullah idea untuk kembali melawan arus. Ketika ini mereka melalui zaman kegelapan yang dikenali sebagai Dark Age.

Sementara itu, Islam menempuh zaman kegemilangan dan waktu yang sama dunia Barat mengalami zaman kemunduran. Islam merupakan kuasa terbesar seluruh dunia. Pada ketika ini pengaruh gereja masih lagi kuat di kalangan orang Eropah. Gereja menekan penganutnya supaya memohon keampunan kepada Pope. (Azlan Khalili bin Shamsudin, 1994:7) Sehingga akhirnya, para penganut kristian mula bangkit menentang amalan kuno gereja yang dilihat tidak membawa kemajuan. Bermulalah pengasingan agama dari sistem keseluruhan hidup mereka. Ada yang menganggap sains adalah tuhan dan seterusnya berubah menjadi aties, percayakan logik akal, membuat keputusan memerlukan bukti dan sebagainya. Malahan menganggap semua agama di dunia ini sama sahaja. Setelah penjajahan minda mula dikuasai, mereka meneruskan dengan era penjajahan ke atas negara-negara Islam. Objektif utama mereka adalah untuk membaratkan

pemikiran orang Islam. Kesan ke atas negara Islam ialah berlakunya pemindahan ideologi yang negatif terhadap umat Islam. Negara Islam yang dijajah oleh Barat telah berpecah dan wilayahnya dibahagikan kepada wilayah-wilayah tertentu. (Dasar pecah dan perintah) Sebagai contoh, kerajaan Moghul yang diasaskan pada abad 16 Masihi telah diambil alih kuasa politik sepenuhnya oleh kerajaan Inggeris. Begitu juga Perancis telah menakluk Algeria dan Sahara, termasuk Malaysia pernah dijajah oleh berbagai-bagai kuasa asing. Sehingga kini, walaupun penjajahan sudah berakhir, namun kesan-kesan penjajahan terutama dari aspek psikologi dan intelektual masih ketara. Jiwa anak bangsa terus dijajah. Seorang sarjana Islam, Khurshid Ahmad mengatakan bahawa penjajah berselindung di sebalik cogan kata civilizing mission . Katanya: in the first wave of the contact they came as merchants and missionaries and in the final surge. They wielded the arms and conquered these land as the ambassadors of a higher civilization . (Khurshid Ahmad 1979:6) Kesannya: 6

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

Muslim countries were chained down to slavery and western imperialism firmly established itself in these lands. Muslim were the woest sufferers under this political hegemony of the West . (Khurshid Ahmad, 1979:6)

Proses menerapkan ideologi pembaratan juga disebarkan kepada tokoh pimpinan masyarakat Islam. Tokoh harakah Islam Anwar al-Jundi (Anwar al-Jundi 1983:14) pernah mengatakan bahawa hubungan rapat antara penjajahan dan pembaratan dalam konteks kepimpinan dilihat amat merbahaya. Antara petikan beliau adalah sebagai berikut; Hubungan antara penjajahan dan penjajahan fikiran (pembaratan) sangatlah berkait rapat. Gerakan pembaratan adalah mempunyai matlamat, falsafah dan pimpinan yang mengarahkannya. Ianya adalah perancangan terbesar dan jangka masa panjang untuk menguatkan kedudukan penjajah. Tujuan ini tidak akan tercapai tanpa penjajahan pemikiran kerana rancangan Barat ialah untuk memusnahkan perpaduan umat Islam dan memisahkan mereka dari segala nilai dan tradisi hidup kepada ideologi kebaratan . Lord Macaulay pernah menyebut ketika merancang sistem pelajaran baru di India, persoalan pembentukan pemikiran masyarakat setempat adalah objektif terutama sekali diperjuangkan. we must do our best to form a class who may be interpreters between us and the millions whom we govern, a class of persons, Indians in blood and colour but english in taste, in opinions, in morals and in intellect . (Khurshid Ahmad 1979:10) British telah berjaya untuk melahirkan anak-anak didik mereka dalam menentukan masa depan negara. Mereka tidak menggunakan kekerasan untuk mengubah anak bangsa umat Islam, malah mereka lebih berminat untuk membentuk satu generasi yang mengikut acuan mereka. Kata seorang pujangga Islam:

Firaun tidak akan menjadi terkenal kerana membunuh para bayi, sekiranya idea untuk mengasaskan sebuah kolej telah terlintas di pemikirannya, pemerintapemerintah Timur memukul kepala musuh mereka. Mereka dari Barat pula mengubahkan peribadinya . (Azlan Khalili bin Shamsudin, 1994:55)

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

Allama Muhamad Iqbal seorang ahli falsafah Islam yang telah menyelami pendidikan Barat telah menukilkan dalam sajak beliau:

Janganlah engkau tidak hiraukan pendidikan yang engkau terima, Melaluinya jiwa sebuah negara dapat dibunuh, Layankanlah egonya dengan asid pendidikan, Apabila ianya berlembut, berikanlah ia bentuk yang engkau suka . (Azlan Khalili bin Shamsudin, 1994:57) Meskipun Muhamad Iqbal ini mendapat pendidikan Barat, beliau bukan sahaja terselamat dari pengaruh negatifnya, malah telah membawa khazanah-khazanah yang amat berharga seperti menghidupkan semula keyakinan diri dan pengukuhan risalah Islam: Aku telah mematahkan pukauan pendidikan moden, aku mengutip hasilnya dan membiarkan pukatannya, Allah mengetahui sebagaimana cara Nabi Ibrahim, aku duduk dalam api dengan penuh ketenangan . Orientalis Belanda Snouck Hurgronje menerangkan, semakin kuat rakyat yang dijajah mengikut anutan Barat, semakin bebas ia dari agama Islam. Peradaban Barat haruslah ditanam pada orang yang diajajah kelas atasan yang diharapkan akan memimpin dan mempengaruhi bangsanya. Asiosasi ini yang akan ikat rakyat kepada penjajah haruslah diciptakan dengan pendidikan, iaitu dengan menanamkan kebudayaan penjajah pada kaum atasan. Ini dapat dilihat dari petikan kata-kata Snouck Hurgronje: Pendidikan dan pengajaran sanggup membebaskan kaum Muslimin dari agama Islam . ( A. Hashimy 1968:29)

Untuk menyekat perkembangan Islam didapati tidak berjaya. Justeru, apa yang dapat mereka lakukan adalah menyempitkan nature perkembangan agama Islam sehingga ianya terbatas dalam hal-hal spiritual sahaja. Jika dilihat di Tanah Melayu, inilah yang berlaku dan kesannya sehingga kini masih terasa. Antara penjuangan mereka untuk menghakis perundangan Islm dalam negara Islam dan memastikan masyarakat setempat mengekalkan keadaan tersebut :

Kesan dari penjajahan terhadap perjalanan hukum di negara Islam sangat ketara. Semuanya telah dihakiskan sedikit demi sedikit. Ketika negara-negara Islam dijajah 8

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

oleh Barat, perundangan Islam telah bertukar kepada perundangan penjajah .( Razali Nawawi 1983 : 24)

Snouck Hurgronje juga mencadangkan beberapa langkah untuk digunakan oleh penjajah Belanda di Indonesia. Langkah-langah yang dicadang itu adalah :

1. Islam sebagai sebagai doktrin politik mestilah dihapuskan. 2. Kefahaman tentang Islam adalah cara hidup yang menyeluruh mestilah dihapuskan. Islam hanyalah peribadatan semata-mata. 3. Pendidikan ala Barat diperkenalkan untuk menggantikan pendidikan Islam ala pasantren di Indonesia. Di Malaysia, British mengatur golongan pentadbir Melayu sebagai ejen penjajah dikenali sebagai the higher subordinate class scheme pada tahun 1910. Tujuannya untuk melahirkan pegawai-pegawai Melayu (Malay Administrative Service) setaraf dengan British Malayan Civil Service. Bagi mencapai matlamat tersebut, British mendidik orang Melayu dengan menanam nilai-nilai keBaratan melalui institusi pendidikan. Contoh, menubuhkan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) tahun 1905. Mereka telah berjaya melahirkan bangsa Melayu berfikiran Barat. Mereka tidak menggunakan kekerasan tetapi melalui kaedah mendidik dan memujuk.

Demikianlah antara kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Barat dalam penyebaran ideologi kepada masyarakat Islam. Kerja-kerja yang mereka lakukan sedikit demi sedikit dapat merubah keyakinan akidah, akhlak dan syariat Islam. Kesannya, timbullah berbagai-bagai krisis terhadap kepercayaan umat Islam sendiri. Walaupun terdapat segelintir orang Islam yang terselamat dari pengaruh tamadun Barat yang negatif, ramai di kalangan masyarakat Islam telah mengalami perubahan radikal hasil daripada pendidikan Barat hinggakan panduan Islam tidak dapat diterima oleh akal mereka. KESAN IDEOLOGI DAN PEMIKIRAN ASING TERHADAP MASYARAKAT ISLAM Agama Islam merangkumi akidah, akhlak dan syariat. Ajaran Islam tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia melalui jalan dakwah dan penyebaran ilmu pengetahuan. Kejayaan ini telah menarik minat Barat untuk mengambil ilmu tersebut dan mereka membawa balik untuk di kembangkan di dunia Eropah. Sementara itu, ajaran Kristian

5.

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

pula banyak berlaku pertembungan tidak sihat sehingga melahirkan berbagai-bagai ideologi yang mempertikaikan kesahihannya.

Ideologi yang terdapat unsur ajaran menyeleweng ini dibawa masuk ke dalam pemikiran masyarakat Islam sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesannya ia dapat menjauhkan mereka yang kurang mendalami ajaran Islam untuk menolak Islam dengan mudah. Contoh, seperti golongan muktazilah, golongan wahabi dan sebagainya berjaya memecah belahkan umat Islam. Mereka saling mempertahankan ideologi masing-masing dengan pelbagai alasan dan hujah. Ideologi ini terbahagi kepada tiga kategori. Pertama, mereka yang mengkaji dan mengamalkan Islam. Kedua, mereka yang tidak faham langsung dan jahil tentang Islam, dan ketiga, mereka yang jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil) tetapi mahu bercakap mengenai Islam.

Terhadap golongan kedua dan ketiga, kesan pemikiran dan ideologi amat merbahaya untuk masyarakat Islam. Mereka seringkali dilihat sebagai golongan perosak agama serta memecah belahkan umat Islam kerana jahil murakkab yang menebal. Selain itu, kesan daripada ideologi sesat ini meresap masuk ke dalam urusan kehidupan umat Islam seharian. Antara kesan yang nyata ialah mereka membahagikan urusan keduniaan dan urusan ibadah secara berasingan. Urusan pentadbiran dipisahkan dalam Islam. Sepatutnya, Islam itu satu cara hidup yang lengkap dalam seluruh aspek kehidupan manusia.

Selain dari itu, terdapat juga ideologi yang giat mengembangkan pengaruh dalam masayrakat. Antaranya ideologi Lions Club berfahaman seperti freemason. Mereka berselindung di sebalik nama persaudaraan, keamanan dan sebagainya. Ideologi freemason dipelopori oleh bangsa Yahudi bertujuan untuk menguasai bangsa lain. Selanjutnya diterangkan kesan ideologi ke atas masyarakat Islam dengan lebih jelas seperti di bawah.

A. Kesan Ideologi Sekularisme 1. Memisahkan Islam dan politik. Mereka mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersih dan politik adalah kotor. Kerana itu, Islam dan politik tidak boleh dicampurkan kedua-duanya sekali dalam satu masa. Dari pandangan Islam, Islam membentuk politik menjadi bersih kerana Islam sukakan bersih, cekap, amanah,

10

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

toleransi, telus dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Islam menentang kekotoran, penindasan dan sebarang bentuk penipuan. 2. Sekularisme juga menghalang perlaksanaan hukum-hukum perundangan Islam atau Syar ie dengan alasan tidak sesuai pada masa kini. Agama hanyalah untuk penjagaan diri masing-masing. 3. Pemikiran ini juga memfitnahkan umat Islam dengan pelbagai supaya pemikiran umat Islam dibayangi ketakutan. Mereka juga berusaha menakutkan masyarakat bukan Islam dengan pelbagai agenda bertujuan untuk menjauhkan daripada mendapat maklumat tentang Islam yang sebenar. 4. Cara hidup juga diubah supaya bertentangan dengan Islam seperti mendedahkan aurat, seks bebas dan pesta-pesta yang membawa kepada keruntuhan akhlak. 5. Menghidupkan semula amalan-amalan jahiliyyah seperti minum arak, pesta sosial oleh golongan remaja secara bebas dan membunuh anak. B. Kesan Ideologi Nasionalisme 1. Memecahkan perpaduan umat Islam melalui saluran politik 2. Dasar pecah dan perintah. Negara Islam dipecahkan kepada sempadan, wilayah, daerah, kampung, desa dan sebagainya. Kemudian ditiupkan semangat kebangsaan, suku, puak kedaerahan. 3. Melalui pendidikan, mengangkat martabat negara masing-masing dengan sejarah zaman jahiliyyah negara tersebut sehingga menenggelamkan sejarah Islam yang gemilang. Sebagai contoh di Mesir, mengagungkan kehebatan Firaun, di Iran dengan agama Majusi, dan kehebatan patung Baalbek di Lubnan.

C. Kesan Ideologi Kapitalisme 1. Sistem ini menjadikan umat Islam bersikap matlamat menghalalkan cara. Hidup mencari keuntungan dunia sehingga menjadikan rakyat bertungkus lumus mencari kesenangan hidup tanpa mempedulikan masyarakat yang lain. Sebagai contoh, menghalalkan sistem riba, menggalakkan rakyat berjudi, menganjurkan pesta minum arak dan sebagainya. 2. Berlakunya salah guna kuasa demi mengaut keuntungan tanpa mementingkan kemaslahatan masyarakat. Sebagai pemilik modal, mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga sanggup merobek sistem keadilan/perundangan bagi memenuhi kehendak pemilik modal. 3. Dalam bidang politik, fahaman ini seringkali berlaku pembaziran harta awam, pemilikan harta awam yang berlebihan dan melahirkan penjajahan ekonomi negara-negara miskin. 11

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

4. Menjadikan jurang pendapatan rakyat tidak selaras. Golongan orang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya. 5. Golongan ini sentiasa memperjuangkan kebebasan dalam beragama, kebebasan menyuarakan pendapat, kebebasan pemilikan harta benda berpandukan sistem kapitalis, kebebasan dalam tingkah laku, pakaian dan sebagainya.

D. Kesan Ideologi Komunisme 1. Fahaman komunisme bercanggah dengan akidah Islam yang boleh membawa umat Islam ke arah kemunduran. Mereka mengingkari kewujudan Allah, perkara ghaib serta hari kiamat. 2. Ideologi komunis ini bersifat tidak berperikemanusiaan. Pemimpin ideologi ini memeras keringat rakyat dan merampas harta milik mereka. Pemimpin masyarakat membuat peraturan dan rakyat dikehendaki mengikut tanpa pertikaian. Rakyat bekerja untuk kepentingan negara sahaja.

E. Kesan Ideologi Sosialisme 1. Menjadikan kebendaan sebagai matlamat utama dalam hidup serta menjauhkan agama Islam daripada terlibat secara aktif. Tidak wujud persoalan Halal dan Haram, yang wujud hanyalah untung dan rugi. 2. Merampas hak-hak orang perseorangan dan mempertikaikan kebebasan mereka, malah seringkali berlaku penipuan dan salahguna kuasa dalam urusan mengendalikan hak milik umum. 3. Menghapuskan semangat tolong menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. 4. Dalam konteks akidah, mereka menerapkan bahawa mempercayai semua alam semesta, manusia dan kehidupan merupakan material yang sifatnya berkembang melalui evolusi masing-masing. Contoh, adanya hubungan jenis antara lelaki dan wanita melahirkan anak. 5. Golongan ini menafikan ciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makluk. 6. Keperluan agama hanyalah bersifat hiasan/tampalan hidup semata-mata, bukan sebagai suatu cara hidup.

F. Kesan Ideologi Demokrasi 1. Rakyat berhak menentukan corak politik dan pemerintahan negara. Rakyat juga berhak menurunkan kembali kekuasaan itu dengan mengadakan pemilihan kepimpinan baru termasuk mengubah peraturan yang sesuai dengan kehendak rakyat.

12

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

2. Rakyat bebas memilih agama masing-masing, bebas memiliki hak kepunyaan harta, bebas dalam tingkah laku dan bebas bersuara. 3. Ideologi ini dilihat seringkali mencampur aduk antara ideologi kapitalis dan ideologi sosialisme sebagai usaha untuk menutup beberapa kelemahan yang ada pada sistem itu. Contoh, mewujudkan sistem keadilan sosial atau sistem kesejahteraan negara agar tidak menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. 6. TERBAIK ADALAH IDEOLOGI ISLAM Dalam konteks akidah Islam, penganutnya hendaklah mengesakan Allah, mengagungkan Allah sebagai pencipta alam ini, menyembah Allah yang menguasai langit dan bumi, memuji Allah yang menguasai serta mengetahui alam ghaib dan alam nyata, pentadbir semesta alam dan pengatur bagi sesuatu yang dicipta-Nya. Orang-orang yang diberikan pemikiran yang sihat diminta supaya memperhati dan memikirkan kejadian alam yang indah, lautan yang terbentang luas, gunung-ganang yang tersergam indah, langit biru tanpa tiang yang kukuh, edaran bulan dan matahari mengikut orbitnya 12 jam siang dan 12 jam malam, jarak matahari dengan bumi yang sesuai dengan suhu kepanasannya dan sebagainya. Semuanya ini menunjukkan kekuasaan Allah yang tidak boleh dipertikaikan oleh manusia. Bolehkah manusia berbuat sesuatu tanpa bantuan dari Allah? Bolehkah manusia membina bangunan pencakar langit tanpa adanya ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi melaksanakan-nya tanpa adanya pertolongan dari Allah? Semuanya tidak akan berjaya tanpa sifat pemurah Allah ke atas hamba-Nya yang cukup lemah dalam segala hal. Dari sekecil-kecil urusan hinggalah kepada urusan yang sebesar-besar urusan, manusia tidak dapat mengurus tadbir tanpa kudrat dan iradah Allah.

Jadi, adalah mustahil manusia yang hidup di atas muka bumi Allah ini tidak mengakui dan mengesakan Penciptanya. Ideologi yang mereka cipta itu adalah bersifat sementara sahaja. Kenapa tidak memilih ideologi Islam yang lengkap untuk seluruh hidup manusia. Islam adalah penyelamat ummah. Islam memperkenalkan sistem ekonomi Islam (mu amalat) yang menguntungkan dan tidak menindas umatnya, bebas daripada amalan riba dan tiada unsur penipuan dalam sistem ini.

Dalam urusan menjaga kemaslahatan sosial pula, Islam memperkenalkan hukum hudud, takzir, hukum mu alafat sebagai menjaga ketertiban hidup bermasyarakat. 13

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

Manusia boleh menggubal atau meminda ndang-undang yang berkaitan peraturan semasa seperti menentukan peraturan trafik sama ada di jalan raya atau sebagainya. Namun, undang-undang yang berkaitan hukum syarak, hanya Allah sahajalah yang mengetahui baik buruknya terhadap keperluan manusia. Justeru, manusia tiada berhak untuk mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya atau sesuaikah hukum Allah dilaksanakan dalam masyarakat masa kini yang sangat meruncing. 7. PENUTUP Berdasarkan penjelasan di atas, dapatlah difahami bahawa kini terdapat berbagai ideologi dan sistem yang wujud berasaskan fikiran dan nafsu manusia yang menebal dalam masyarakat masa kini. Semua ideologi tersebut dilihat tidak membawa kebaikan kepada semua pihak kerana terdapat pelbagai kelemahan. Sebaliknya jika dilihat dari ideologi Islam, ianya membawa kesejahteraan kepada semua orang. Kerana matlamat hidup manusia ialah untuk mendapat kebahagian dan kesejahteraan. Jadi, sebagai pilihan terbaik, ideologi Islam adalah amat sesuai dan releven untuk semua lapisan masyarakat. Oleh itu, sebagai umat Islam hendaklah berusaha menyampaikan dakwah kepada semua orang tanpa mengira status, pangkat, fahaman politik dan sebagai. Mereka diseru supaya tidak terpengaruh dengan ideologi asing yang disebarkan oleh musuhmusuh Islam dalam pelbagai bentuk dan strategi. Sebaliknya dekatilah para alim ulama pada setiap waktu dan ketika. Jangan memusuhi atau sakiti mereka kerana ulama menunjuk jalan ke arah kebaikan dan keamanan sejagat. Wa al-Allah hu a lam.

14

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

Bahan Rujukan A. Hashimy, (1968) Menaklukkan Dunia Islam, Surabaya. Abdul Hadi Awang, (2009) Fahaman dan Ideologi Umat Islam, Gombak : Penerbit PTS. Azlan Khalili bin Shamsudin, (1994) Islam Dan Tentangan Budaya Barat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Al-Hajrasyi, Fuad (1999) Hasan al-Banna Hamil Liwa al-Dakwah fi al-Qarn al-Isyrin. Kaherah : Dar al-Tabi wa al-Nasyr al-Islamiyah. Al-Jabiri, Mohamad Abid, (1997) Qadaya al-Fikr al-Arabiy al-Muasir, Beirut : Markaz Dirasat al-Wehdah al-Arabiyah. Al-Jamil, Sayyar, (t.t.) Al-Awlamah wa al-Mustaqbal. Amman : al-Ahaliyah li al-Nasyr wa alTauzi . Al-Jundi Anwar, (1983) Al-Taghrib Akhtar al-Tahaddiyat fi Wajb al-Islam, Terj. Prof. Madya Dr. Ishak Mohd Rejab, Pengaruh Barat: Cabaran Paling Merbahaya Kepada Umat Islam, Kuala Lumpur : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Al-Jundi, Anuar, (2000) Hasan al-Banna al-Daeyah wa al-Mujaddid wa al-Syahid. Damsyik : Dar al-Qalam. Al-Rawi, Fuad Muhsin, (2009) Al-Fikr al-Islami fi Muwajahah al-Fikr al-Gharbi. Amman : Dar al-Ma mun li al-Nasyr wa al-Tauzi . Al-Sisi, Abbas, (2001) Hasan al-Banna Mawaqif fi al-Dakwah wa al-Tarbiyah. Kaherah : Dar al-Tauzi wa al-Nasyr al-Islamiyah. Al-Tilmithani, Umar, (1984) Hasan al-Banna al-Mulham al-Mawhub. Kaherah : Dar al-Tauzi wa al-Nasyr al-Islamiyah. _______, (1991) Majmu ah Rasail li al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna. Kaherah: Dar alTauzi wa al-Nasyr al-Islamiyah. Bruce Aune (1970), Rationalism, Empiricism and Pragmatism : An Introduction, Colonial Press Inc, USA. 1970.p.27-34. Coleman,William Oliver (1955), Rationalism and Anti-rationalism in Economics, Edward Elgar Publishing Limited, England,1955,p.12-30. the origins

Ghazali Darusalam (1998) Dakwah Islam dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distribution. Harun Yahya (2009) Ancaman Global http://www.harunyahya.com/indo/buku/globalfreemasonry03.htm#33 Freemasonary.

Khurshid Ahmad, (1979), Islam and the West, Lahore : Islamic Publication Ltd. Razali Nawawi, (1983) Hukum Islam Dipertikai, Kuala Lumpur : ABIM. Ridwan Mohamad Nor & Ahmad Adnan Fadhil, (t.t.) Islam Liberal dan Pluralisme Agama, 15

Laporan dan Kajian R&D Ogos 2010 : Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing Jabatan Agama Islam Selangor

Kuala Lumpur : Jundi Resources. Rusydi Alias & Nor Saleha Mohd. Salleh, (2010) Pemikiran al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Dua Agenda. Konvensyen Pemikiran Hasan al-Banna dalam Melakar Agenda Bangsa di UNITEN, Bandar Baru Bangi, pada 30 Jan 2010, anjuran Ikatan Muslimin Malaysia. Taha, Anis Malik, (2005) Al-Ta adudiah al-Diniyah: Ru yah Islamiah, Gombak : Unversiti Islam Antarabangsa Malaysia. Teuku Iskandar, Dr. (1985), Kamus Dwibahasa, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ugi Suharto, (2007) Pemikiran Islam Liberal, Shah Alam : Dewan Pustaka Fajar.

Artikel ini disediakan oleh : DR. ABDUL MUNIR BIN ISMAIL & MOHAMAD HAIDAR

16

You might also like