You are on page 1of 10

Oleh : Bella Shukur Tasnem Ameer

MAKSUD
Rangkap 1: Syair ini mengungkap makna riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada semua manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik. Rangkap 2: ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira Rangkap 3: Orang sebegini berpura-berpura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangka warak iaitu tidak memintengkan keduniaan. Dia juga sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduaniaan. Rangkap 4: Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk.

Rangkap 5:Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya ganjaran tertentu. Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan. Rangkap 7: Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat yang sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan atau untuk mendapatkan pengaruh. Rangkap 8: Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.

TEMA
Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

PERSOALAN
Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain. Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam melakukan amal ibadat. Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik amal ibadat. Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat. Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian. Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan riak yang dlakukan oleh manusia.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR


Terdiri daripada 8 rangkap Mempunyai 4 baris serangkap Semua baris dalam setiap rangkap adalah rangkap maksud Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris Mempunyai 8 hingga 14 suku kata sebaris Rima akhir bagi puisi ini aaaa Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas

GAYA BAHASA
Pemilihan kata (diksi) yang indah Contoh: Terkadang bercakap ilmunya mantik; Bicara alhayat konon diselidik Bahasa Arab: Contoh: jazbah;kasad;wali Simile: Contoh: Terkadang jazbah seperti gila Asonansi: Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i) Aliterasi Contoh: Kemudian dinyatakan makna (pengulangan bunyi konsonan, k)

NILAI
Kejujuran Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh Tuhan Kebersihan fizikal dan me Contoh: Mementingkan aspek kembersihan diri walaupun sibuk berama ibadat.

PENGAJARAN
Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebrang perkara atau tugas. Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan sebahagian daripada iman Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat terpuji. Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

Kerajinan: Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis keraian Kesederhanaan Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitan keduniaan Bertanggungjawab: Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan

You might also like