You are on page 1of 6

Abdullah Bin Abbas - Ulama Umat Ini

Rabu, 11 November 2009 15:17 Khalid M. Khalid

Ada persamaan antara Abdullah bin Abbas dengan Abdullah bin Zubair. Kedua-duanya berjumpa dan berinteraksi dengan Rasulullah ketika mereka masih kanak-kanak. Ketika Rasulullah wafat, Abdullah bin Abbas masih lagi belum dewasa. Namun, beliaulah manusia yang sejak kecilnya telah belajar erti kedewasaan dan prinsip hidup dari Rasulullah saw., di mana Rasulullah sendiri memberikan perhatian yang khusus kepada beliau; mendidik dan mengajarkan hikmah kepadanya. Dengan iman yang kukuh, akhlak mulia dan ilmu yang Iuas, beliau berjaya duduk di kedudukan tertinggi bersama-sama dengan sahabat Rasulullah. Beliau merupakan anak lelaki kepada Abbas bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Abbas ialah bapa saudara Rasulullah saw. Beliau digelar "Habr" (ulama umat ini) kerana akal fikirannya yang cerdas, hatinya yang bersih dan pengetahuannya yang Iuas. Sejak kecil, Abdullah bin Abbas telah mengetahui matlamat hidupnya, dan hal ini semakin jelas setelah Rasulullah mengelus bahunya lalu berdoa, "Ya Allah, ajarkan kepadanya ilmu agama dan takwil." Selepas itu, pada waktu yang berbeza-beza, Rasulullah sering mengulangi doa ini kepada sepupunya itu. Sejak itu, Abdullah bin Abbas menyedari bahawa dirinya diciptakan untuk ilmu dan pengetahuan. Di samping itu, kebolehan akalnya memberikan dorongan yang kuat kepadanya untuk melalui jalan itu. Meskipun ketika Rasulullah saw. wafat, beliau baru berusia 13 tahun, tetapi sejak kecil beliau selalu hadir dalam majlis ta'lim baginda. Beliau tidak mahu masa kecilnya berlalu dengan siasia. Setelah Rasulullah wafat, beliau sangat gigih mempelajari Islam dari para sahabat, terutamanya yang belum sempat beliau pelajari dari Rasulullah. Pada fikirannya, sudah tertanam tanda tanya yang besar, sehinggakan jika beliau mendengar ada seseorang yang mengetahui sesuatu ilmu atau menghafal sesebuah hadis, beliau segera berjumpa dengan orang itu lalu belajar dengannya. Otaknya yang bijak dan selalu dahagakan ilmu mendorongnya untuk meneliti setiap apa yang didengarinya. Beliau bukan hanya menghimpun ilmu pengetahuan, tetapi juga meneliti sumber-sumbemya. Beliau pernah menceritakan pengalamannya, 'Aku pernah bertanya kepada tiga puluh orang sahabat Rasul saw. mengenai satu masalah." Beliau juga pernah menggambarkan kegigihannya untuk mencari ilmu, "Setelah Rasulullah saw. wafat, aku berkata kepada seorang pemuda Ansar, 'Marilah kita bertanya kepada para sahabat Rasulullah, ketika jumlah mereka ketika ini masih banyak."

Pemuda itu menjawab, "Kamu ini sangat pelik, Abdullah. Adakah kamu sangka orang lain akan memerlukanmu, sedangkan para sahabat masih lagi bersama mereka?" Pemuda itu pun pergi, sementara aku tetap bertanya kepada para sahabat. Aku pernah mendengar bahwa seorang sahabat memiliki satu hadis. Maka aku pergi ke rumahnya. Ketika itu, beliau sedang tidur siang. Aku bentangkan kainku di depan pintunya untuk duduk. Aku terus menunggu sehingga tubuhku penuh dengan debu yang diterbangkan angin. Ketika beliau sudah bangun dan keluar rumah lalu mendapatiku, beliau berkata "Hai sepupu Rasulullah, apakah yang membuatkanmu datang ke rumahku? Kalaulah kau utus orang memberitahuku, aku akan datang ke rumahmu." Aku berkata, "Tidak! Engkau yang lebih layak untuk aku jumpa. Aku ingin belajar hadis daripadamu." Begitulah. Pemuda kita ini tidak berhenti bertanya lalu menganalisis dan mengkaji jawapan yang didapatinya dengan otak yang bijak. Dari semasa ke semasa, pengetahuan dan ilmu yang dimilikinya bertambah banyak, sehinggakan ketika usianya yang masih muda, beliau telah memiliki sikap bijak, kehati-hati dan mempunyai gaya berfikir orang tua-tua. Bahkan, Khalifah Umar bin Khattab selalu melibatkannya bersama untuk menyelesaikan setiap masalah besar. Beliau memanggilnya "Pemuda yang Sudah Tua". Abdullah bin Abbas pernah ditanya, "Bagaimana kau dapatkan ilmu ini?" Beliau menjawab, "Dengan banyak bertanya dan tidak berhenti berfikir." Dengan lidah yang tidak berhenti bertanya, dengan otak yang tidak berhenti berfikir, dengan sikap tawadhu'nya dan dengan akhlaknya yang mulia, Abdullah bin Abbas menjadi "Ulama Umat lni". Sa'ad bin Abi Waqqas menggambarkannya dengan ayat-ayat berikut. "Aku tidak pernah melihat orang yang sangat cepat memahami, sangat lapang dada, sangat luas ilmunya, dan sangat penyantun, selain Abdullah bin Abbas. Aku lihat Khalifah Umar bin Khattab melibatkannya dalam urusan-urusan rumit, padahal beliau sudah memiliki para penasihat dari kaum Muhajirin dan Ansar yang pernah menyertai Perang Badar. Abdullah bin Abbas berbicara dan Umar tidak mengetepikan ucapan Abdullah." Ubaidillah bin Utbah juga pernah berkata tentangnya. "Tiada seorang pun yang lebih mengetahui tentang hadis Rasulullah saw. selain daripada Abdullah bin Abbas. Tidak ada seorang pun yang lebih mengetahui tentang keputusan yang dibuat Abu Bakar, Umar dan Usman selain Abdullah bin Abbas. Tiada seorang pun yang lebih memahami suatu pendapat kecualinya. Dan, tiada seorang pun yang lebih mengetahui tentang syair, bahasa dan budaya Arab, tafsir al-quran, kira-kira dan hukum perwarisan, kecuali dia. Beliau menyediakan satu hari untuk mengajar feqah, satu hari untuk tafsir, satu hari untuk kisah peperangan, satu hari untuk syair dan satu hari untuk budaya Arab. Setiap

ulama hormat kepadanya dan bagi setiap orang yang bertanya, beliau mempunyai jawapannya." Seorang muslim penduduk Basrah menggambarkannya pula sebagai berikut. Ketika pemerintahan Khalifah Ali, Abdullah bin Abbas menjadi gabenor di sana, "Beliau menggunakan tiga perkara dan meninggalkan tiga perkara. 1. Menggunakan hati ketika berbicara. 2. Menggunakan pendengarannya ketika orang lain berbicara. 3. Menggunakan yang paling mudah jika terjadi masalah. Lalu beliau meninggalkan 1. Perdebatan yang tiada kesudahannya. 2. Berkawan dengan orang-orang tercela. 3. Hal-hal yang semestinya dijauhi." Penguasaannya terhadap pelbagai cabang ilmu membuatkan orang tercengang. Beliau merupakan ulama mumpuni dalam semua bidang keilmuan. Beliau menguasai ilmu tafsir dan tafsir Al Qur'an, fiqh, sejarah, bahasa, dan sastera Arab. Kerana itulah beliau menjadi rujukan semua pakar. Orang rmai dari segala penjuru datang berguru kepadanya. Seorang rakannya bercerita, "Aku pernah melihat majlis ta'lim Abdullah bin Abbas. Seandainya seluruh penduduk Quraisy berbangga dengannya, sudah mencukupi. Aku melihat banyak orang mengantre di depan rumahnya sehinggakan jalan depan rumahnya sesak. Disebabkan padatnya, mereka tidak boleh bergerak ke mana,mana. Lalu aku rnenemuinya, memberitahukan bahwa orang telah mengantre di depan rumah. Beliau berkata kepadaku, "Tolong ambilkan aku air." Lalu beliau berwudhu kemudiannya duduk. Setelah itu beliau berkata, "Keluarlah dan panggillah mereka yang ingin bertanya tentang AI Qur'an dan tafsirnya." Aku keluar dan memanggil mereka. Mereka masuk sehinggakan rumah itu penuh. Semua pertanyaan mereka dijawab dengan memuaskan. Kemudian beliau berkata kepada mereka, "Cukup! Berikan peluang kepada yang lain." Mereka keluar untuk memberi peluang kepada yang lain. Beliau berkata kepadaku, "Panggillah mereka yang ingin bertanya tentang halal dan haram." Aku memanggil mereka. Mereka masuk sehingga rumah itu penuh. Semua pertanyaan yang mereka ajukan dijawab dengan memuaskan. Kemudian beliau berkata kepada mereka, "Cukup! Berikan peluang kepada yang lain." Mereka pun keluar. Beliau berkata kepadaku, "Panggillah mereka yang ingin bertanya tentang hukum pewarisan. Aku memanggil mereka. Mereka masuk sehingga rumah itu penuh. Semua pertanyaan yang mereka ajukan dijawab dengan memuaskan. Kemudian beliau berkata kepadaku, "Panggillah mereka yang ingin bertanya tentang bahasa dan sastera Arab." Aku memanggil mereka.

Mereka masuk sehingga rumah itu penuh. Semua pertanyaan yang mereka ajukan dijawab dengan memuaskan." Selain memiliki daya ingatan yang kuat, bahkan luar biasa, Ibnu Abbas juga memiliki kecerdasan dan kepintaran yang istimewa. Hujahnya sangat jelas seperti cahaya matahari. Logiknya tidak hanya membuat lawan bicaranya terdiam, bahkan juga membuatnya terpesona oleh keindahan dan kecerdasannya. Meskipun ilmunya sangat luas dan hujahnya sangat berkesan, tetapi beliau tidak pernah menjadikan dialog dan diskusi sebagai medan untuk berlawan kecerdasan dan keluasan ilmu, lalu berbangga jika sudah mampu mengalahkan lawannya. Tidak! Akan tetapi, beliau menjadikan dialog dan diskusi sebagai salah satu cara untuk mengetahui kebenaran. Telah lama beliau ditakuti oleh kaum Khawarij kerana logiknya yang tepat dan tajam. Beliau pernah diutus oleh Khalifah Ali kepada sekelompok besar dari orang Khawarij. Terjadilah dialog antara mereka. Apa yang beliau kemukakan sangat memukau orang yang menyaksikan. Cukup kami nukilkan sebahagian daripada dialog panjang itu. Abdullah bin Abbas bertanya kepada mereka, ''Apakah yang menyebabkan kamu membenci Ali?" Mereka menjawab, "Kami membencinya kerana tiga perkara. Pertama, beliau menyerahkan keputusan tentang masalah agama kepada manusia, padahal Allah telah berfirman, 'Tiada hukuman kecuali ditetapkan Allah.' Kedua, beliau berperang, tetapi tidak menawan pihak musuh juga tidak mengambil harta rampasan perang. Seandainya pihak lawan itu orang kafir, bererti harta mereka halal dan jika mereka itu orang muslim, darah mereka dilindungi. Ketiga, ketika menyerahkan keputusan kepada orang lain, beliau rela melepaskan jawatan Khalifah dan mematuhi keinginan musuh. Jika beliau bukan Khalifah bagi orang mukmin, maka beliau ialah Khalifah bagi orang kafir." Maka mulailah Abdullah bin Abbas meluruskan hawa nafsu mereka. Beliau berkata, "Kamu katakan bahawa Ali menyerahkan keputusan mengenai masalah hukum Allah kepada manusia. Apa salahnya? Bukankah Allah telah bertlrman, 'Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang ihram. Barangsiapa antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah menggantikannya dengan binatang ternak yang sama dengan buruan yang dibunuhnya, menurut apa yang diputuskan oleh dua orang yang adil antara kamu.' (al Ma'idah, 5:95) Nah, atas nama Allah, jawablah pertanyaanku, 'Manakah yang lebih penting, menyerahkan keputusan kepada manusia dalam masalah nyawa kaum muslimin atau dalam masalah kelinci yang harganya satu dirham?'" Para pemimpin Khawarij itu terkejut mendapat jawapan seperti ini. Abdullah bin Abbas melanjutkan hujahnya, "Tentang ucapan kamu bahwa beliau berperang tetapi tidak melakukan penawanan dan mengambil harta rampasan perang, maka ucapan kamu ini sungguh keterlaluan. Apakah kamu ingin menjadikan Ummul Mu'minin Aisyah ra., isteri Rasulullah, sebagai tawanan dan pakaiannya sebagai harta rampasan perang?" Wajah orang Khawarij itu berubah pucat. Mereka menutup wajah mereka dengan tangan. Kemudian, Abdullah bin Abbas melanjutkan hujahnya, "Sedangkan tuduhan kamu bahwa beliau rela melepaskan jawatan sebagai Khalifah kaum muslimin sehingga proses penyerahan

keputusan itu selesai, maka perhatikanlah apa yang dilakukan Rasulullah pada peristiwa Hudaibiyah ketika beliau baginda surat perjanjian antara baginda dengan orang Quraisy. baginda berkata kepada penulis, 'Tulislah, "Inilah yang telah dipersetujui oleh Muhammad utusan Allah.'" Lalu utusan-utusan Quraisy menyela, 'Demi Tuhan, seandainya kami mengakuimu sebagai utusan Allah, kami tentu tidak menghalangimu ke Baitullah dan tidak pula memerangimu. Oleh itu, tulislah, "Inilah yang telah disetujui oleh Muhammad bin Abdullah.'" Rasulullah berkata kepada mereka, 'Demi Allah, sesungguhnya aku ini utusan Allah, meskipun kamu mendustakannya.' Baginda berkata kepada penulis, 'TulisIah apa yang mereka mahu. Tulislah, "Inilah yang telah dipersetujui oleh Muhammad bin Abdullah."'" ltulah dialog antara Abdullah bin Abbas dengan orang-orang Khawarij yang menarik. Setelah dialog itu, 20 ribu orang dari mereka menyatakan kepuasan mereka terhadap hujah yang dinyatakan Abdullah bin Abbas, lalu tidak lagi memusuhi Khalifah Ali ra. Ibnu Abbas bukan hanya memilik ilmu yang Iuas, bahkan juga memiliki akhlak orang yang berilmu dan akhlak para ulama. Dari aspek kedermawanan dan sifat pemurah, beliau merupakan seorang panutan dan simbol. Beliau memberikan hartanya kepada siapa saja yang memerlukan, seperti beliau memberikan ilmunya kepada mereka. Orang-orang yang hidup dengannya menceritakan, "Kami tidak pernah melihat rumah yang lebih banyak makanannya, minumannya, buah-buahannya dan ilmunya, selain rumah Ibnu Abbas." Hati dan jiwanya bersih suci, tiada sebarang perasaan iri hati atau kebendaan. Keinginannya yang tak pernah hilang ialah harapannya agar setiap orang, baik yang dikenalinya maupun tidak, dapat melakukan kebaikan. Beliau pernah berkata, "Setiap kali aku mengetahui suatu ayat dari Kitabullah, aku berharap semua orang mengetahui seperti apa yang kuketahui. Setiap kali aku mendengar seorang pemimpin antara para pemimpin kaum muslimin, yang memimpin dan memutuskan dengan adil, maka aku turut berasa tenang dan berdoa untuknya, padahal aku tidak mempunyai kepentingan terhadapnya. Setiap kali aku mendengar turunnya hujan di satu daerah kaum muslimin, maka aku merasa tenang, meskipun aku tidak mempunyai haiwan gembalaan di daerah sana." Ibnu Abbas juga merupakan seorang ahli ibadah yang khusyu' dan bertawakal. Beliau melakukan qiamullail pada malam hari dan berpuasa pada siang hari. Beliau sering menangis ketika solat atau membaca Al Qur'an, seakan-akan kedua-dua belah matanya telah menghafal jalan yang dilalui oleh air matanya di kedua-dua pipinya. Ketika beliau membaca ayat-ayat AI Qur'an yang berisi ancaman, kematian atau hari kebangkitan, maka esak tangisnya bertambah keras. Selain itu, beliau juga seorang yang berani, boleh dipercayai dan memiliki pemikiran yang cerdas. Ketika terjadi perselisihan antara Ali dengan Mu'awiyah, beliau mengeluarkan beberapa pendapat yang menunjukkan kecerdasannya yang tinggi dan gaya yang mengutamakan cara lembut daripada kekerasan, dan lebih mengutamakan logik daripada cara paksa.

Ketika Husain hendak pergi ke Iraq untuk memerangi Ziyad dan Yazid, Ibnu Abbas memegang tangannya dan berusaha keras untuk menghalangnya. Ketika beliau mendengar kematian Husain, beliau sangat sedih, sehingga tidak keluar-keluar rumah. Setiap kali terjadi persengketaan antara sesama kaum muslimin, Ibnu Abbas selalu mengusulkan cara damai, dialog dan kelembutan. Betul, beliau ikut berperang bersama pihak Ali ketika menghadapi Mu'awiyah, tetapi beliau lakukannya kerana peperangan itu pada awalnya sebagai tamparan keras yang harus dilakukan terhadap pembangkangan yang mengancam keutuhan agama dan kesatuan umat. Begitulah Ibnu Abbas mengisi hidupnya dengan menyemai ilmu dan hikmah ke seluruh rongga dunia, menyebarkan aroma dan ketakwaannya. Pada usia ke-71, beliau dipanggil menghadap sang Pencipta yang Maha Agung. Kota Thaif menyaksikan perarakan panjang, menghantar pemergian seorang mukmin ke syurga. Ketika jasadnya mengambil tempat di kubur, langit bagaikan digoncang oleh gema janji Allah yang pasti benar. Wahai jiwa yang tenteram, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai. Masuklah ke dalam barisan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku."

You might also like