You are on page 1of 6

Ciri masyarakat kufur nikmat-Di dalam ayat tersebut Allah Swt berfirman: ( ) Dan Allah telah membuat suatu

membuat suatu perumpamaan dengan sebuah negeri atau kota . Al-Quran al-Majid menyerupakan dan membuat perumpamaan orang-orang kafir yang mengingkari nikmat-nikmat Allah dengan sebuah kampung[1]berpenduduk yang memiliki kekayaan matertial dan imaterial yang melimpah. Kampung ini dicirikan dengan empat karakter berikut ini: 1. (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman. ( ) Ciri pertama kampung atau negara ini adalah sebuah kampung atau negara yang aman. Memang, rasa aman adalah termasuk nikmat Ilahi yang paling penting. Karenanya ia didahulukan penyebutannya dari nikmat-nikmat lainnya. Sebenarnya, apabila suatu tempat atau suatu daerah yang berpenduduk telah kehilangan keamanannya, maka ia juga akan kehilangan sistem ekonomi yang baik. Demikian juga, ia akan kehilangan kenyamaan belajar-mengajar, serta pengembangkan keahlian dan kegiatan industri. Bahkan pelaksanaan ibadah, dan syiar-syiar agama pun menjadi tidak kondusip dan tidak semarak lagi. Artinya sebuah kegiatan tidak akan bisa berjalan secara maksimal tanpa terciptanya sebuah keamanan.

Masyarakat dan bangsa Indonesia tentu tidak akan lupa ketika menghadapi berbagai problem di tengah-tengah perjuangan suci membela tanah air dan mengusir penjajahan Belanda. Dan termasuk kesulitan yang dialami oleh umat islam pada waktu itu dalam pelaksanaan ibadah. Sebagian kaum muslimin di tengah-tengah shalatnya mendengar suara bom dan tembakan sehingga membuat mereka khawatir dan tidak tenang dalam beribadah. Mereka merasakan ketidaksempurnaan pelaksanaan shalatnya. Karena itu, kondisi aman merupakan kenikmatan yang sangat besar yang berpengaruh terhadap cara pelaksanaan ibadah. KUFUR 1. - Allah - Rasulullah 2. Kufur hakikat - Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah - Contoh : tidak mengaku balasan di akhirat : menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran Kufur nimat - Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makluk ciptaanNya - Contoh : menggunakan nikmat ke jalan maksiat : boros membelanjakan harta 3. Cara mengelak diri dari terjerumus kekufuran - Teguhkan keimanan kepada Allah - Sentiasa mendalami ilmu akidah - Jauhi diri daripada berkawan dengan mereka yang terlibat dengan kufur 4. Faktor dalaman dan luaran yang mendorong kekufuran Faktor Dalaman - Pegangan ajaran agama Islam lemah - Tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah S.W.

Fakor Luaran - Terengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan hidup

- Kesempitan hidup sehingga mereka sanggup melakukan kufur untuk untuk memenuhi keperluan hidup. 5. perbezaan kufur nimat dan kufur hakikat :

Allah SWT sebenarnya telah menyediakan segalagalanya di alam ini untuk kemudahan manusia mentadbir dan memakmurkan alam ini yang antaranya berupa harta .Manusia disuruh supaya berusaha mendapatkannya dan menjaganya agar dibelanjakan ke arah memakmurkan kehidupan ini dalam acuan yang dikehendaki Allah SWT. Fir Allah SWT sebenarnya telah menyediakan segalagalanya di alam ini untuk kemudahan manusia mentadbir dan memakmurkan alam ini yang antaranya berupa harta .Manusia disuruh supaya berusaha mendapatkannya dan menjaganya agar dibelanjakan ke arah memakmurkan kehidupan ini dalam acuan yang dikehendaki Allah SWT. Firman Aman A
BUDAYA BERHUTANG Budaya berhutang kelihatan sudah menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat kita. Perkara ini berpunca kerana sikap berbelanja melebihi kemampuan kewangan semasa. Biarpun kekurangan mempunyai wang tunai atau wang simpanan, tetapi nafsu meluap-luap untuk membeli tetap tinggi. Jika dahulu hanya golongan miskin yang biasa dikaitkan dengan berhutang kerana memenuhi keperluan terdesak, tetapi hari ini golongan kaya dan sederhana juga terbabit dengan budaya berhutang untuk hidup bermewah-mewahan Orang yang terlibat dengan budaya berhutang secara tidak wajar sebenarnya berada dalam lingkungan sikap tidak mahu susah dan tidak faham tentang maksud sebenar ikhtiar. Lantaran pegangan standard kesempurnaan gaya hidup yang terlampau tinggi, mereka terpaksa mendapatkan sumber kewangan dengan cara berhutang untuk memenuhi kesempurnaan ini. Hutang dijadikan sebagai cara mendapatkan sumber bagi menyelesaikan masalah kelemahan mengurus kewangan mereka sendiri. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282: Maksudnya: Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan (ingatlah) Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Jelas, amalan berhutang tidak sepatutnya dijadikan budaya dalam masyarakat kerana akan timbul banyak keburukan. Dalam kehidupan, amat penting kita mempunyai kemahiran mengurus wang secara bijak kerana menjamin hayatan tayyibah (kehidupan yang baik) serta bebas dari cengkaman hutang. Langkah ini dapat membimbing dan menjamin keselamatan diri daripada kefakiran dan kekufuran.: Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya. Mereka berkata: Apa itu, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Hutang. Setiap yang berhutang wajib membayarnya. Sekiranya kita membayar hutang, cukai, zakat dan sebagainya, sudah pasti hasil pungutan itu dapat diagih dan digunakan untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan rumah golongan fakir dan miskin, membiayai kebajikan rakyat yang memerlukan, menyedia dan melengkapkan kemudahan awam seperti jalan raya, hospital, masjid, sekolah dan seumpamanya. Selain itu, tunggakan hutang yang

dibayar boleh memulih sesuatu situasi selepas rakyat ditimpa bencana seperti banjir, ribut taufan, gempa bumi, dan tanah runtuh dan juga sebagai keperluan jihad di jalan Allah SWT. Sikap lupa diri sesetengah daripada kita yang berhutang walaupun mampu untuk membayar dan sihat tubuh badan, amatlah dikesali. Rasulullah SAW pernah mengulas sikap manusia yang lupa diri ini sebagaimana diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir yang mafhumnya Amalan suka berhutang membelenggu dan memberi kesan buruk kepada diri, keluarga, dan negara. Individunya juga menghadapi masalah kesihatan fizikal, mental dan emosi seperti muflis, mengalami tekanan perasaan, sakit jantung, dipandang serong, tidak suka bergaul, hilang keceriaan diri, tiada ketenangan jiwa, menjejaskan mutu kerja, terlibat dengan rasuah, pecah amanah, perceraian, bahkan ada yang tergamak bunuh-membunuh. Paling malang, masalah hutang ini berlanjutan sehingga membebankan anak cucu atau ahli waris yang lain. Dosa tidak membayar hutang sangat berat, selain berdosa, hilang pahala amal dan kita akan di azab oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah Yusuf tentang kitaran hidup yang kadang kala senang dan ada masanya susah. Justeru, apabila kita dalam keadaan senang, berjimat cermatlah dan ingati keadaan golongan yang kurang dari kita. Manakala jika kita senang, bantulah untuk meringankan bebanan orang lain sebagai amal jariah. Persoalan besar timbul ialah mengapa masih terdapat segelintir masyarakat kita begitu liat, sukar dan sengaja melarikan diri dalam menjelaskan hutang piutang mereka?. Sudahlah dikelilingi hutang sedia ada seperti hutang perumahan, kenderaan, pengajian, cukai tanah, ditambah pula dengan hutang peribadi. Akhirnya beban membayar balik hutang melebihi pendapatan sehingga menjejaskan kemampuan untuk menyediakan keperluan asas keluarga. Di antara punca yang dikenalpasti ialah masih ada yang kurang kesedaran tentang tanggungjawab untuk menjelaskan hutang dan tidak mengetahui tentang kesan sekiranya mereka gagal membayar hutang

MENCARI dan memiliki harta kekayaan diizinkan agama kerana Allah Maha Berkuasa menjadikan dunia dan segala isinya dalam keadaan sedia diterokai serta dimiliki oleh manusia. Allah Maha Kaya mencipta dan memiliki secara mutlak semua ini tidak sama sekali berhajat kepada segala khazanah yang dijadikan-Nya. Sebaliknya, manusia yang lebih berhajat kepada Allah dan segala khazanah di atas dunia ini. Firman Allah yang bermaksud: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan cari apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatkan akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat. (Surah al-Jumuah, ayat 10) Walaupun Islam menggalakkan kita berusaha mencari harta kekayaan, kita diingatkan supaya melakukan usaha yang halal dan dibenarkan syariat. Islam melarang sama sekali kita mencari harta kekayaan dengan jalan yang salah seperti terbabit perbuatan menipu, mencuri, merompak, merasuah atau salah guna kuasa. Allah berfirman yang bermaksud: Dan jangan kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (Surah al-Baqarah, ayat 188) Mengurus dan mentadbir harta secara betul dan menepati kehendak syariat satu tanggungjawab besar. Sesungguhnya kurniaan harta kekayaan suatu anugerah dan nikmat tetapi ia juga sebahagian daripada ujian Allah.

Mereka yang miskin dan melarat akan diuji dengan kemiskinan manakala yang kaya pula akan diuji dengan kekayaan. Oleh itu, kurniaan harta kekayaan kepada kita bukan semata-mata hasil apa yang kita usahakan bahkan ia juga ujian terhadap diri kita. Namun persoalan besar timbul di sini ialah, bagaimanakah kurniaan harta kekayaan ini dikatakan sebagai ujian Allah? Firman Allah yang bermaksud: Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendahkan diri ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi hati mereka keras dan syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka sudah lakukan. Kemudian apabila mereka melupakan apa yang sudah diingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang sudah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-Anam, ayat 43-44) Perlu difahami, kesenangan dan kekayaan bagi orang yang kufur dan berbuat derhaka kepada Allah bukan kesenangan hakiki, sebaliknya umpan daripada Allah untuk mengangkat suatu kaum kepada darjat yang tinggi. Jika mereka kufur, akhirnya mereka dibinasakan Allah dengan azabnya yang datang secara tiba-tiba. Manusia paling baik ialah mereka yang sentiasa mensyukuri nikmat harta dengan cara menggunakan harta secara bijaksana bagi tujuan kebaikan untuk kehidupan diri, keluarga dengan bersedekah atau mengeluarkan zakat.

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan. Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat. Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus? Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah an-Nahl, ayat 18) Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT. Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka. Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita. Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepadaNya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 155-157) Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian. Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum

mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta. (Surah al-Ankabut, ayat 2-3) Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula. (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya. Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang kufur nikmat. Anda mungkin juga meminati:

You might also like