You are on page 1of 46

BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA

NAMA: Madihah Binti Mohd Fakhirudin Fatimah Syahirah Binti Mohamed Noor Farihan Binti Che Lah Norashelia Binti Mohd Nor

PENGERTIAN DAN KONSEP BUDAYA


Secara umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

KONSEP BUDAYA
Perkataan budaya berasal daripada cantuman

perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu budhi dan daya . Perkataan budhi yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuasaan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim,1963)

DEFINISI BUDAYA
Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

CIRI-CIRI BUDAYA
Dipelajari
Dikongsi Bersifat sejagat

Diwarisi

Ciri- ciri Budaya Berubah-ubah

Simbolik

Pandangan semesta

PENGERTIAN MENURUT TOKOH-TOKOH


EDWARD B. TAYLOR memberikan satu tarif klasik mengenai konsep kebudayaan (dalam bukunya Primitive Culture, London,1871) merupakan satu keseluruhan yang mengandungi semua ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang- undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Kebudayaan

A. L. KROEBER dan CLYDE KLUCKHOHN menjelaskan bahawa; Kebudayaan terdiri daripada pola-pola tingkah laku yang eksplisit dan implisit, yang diperolehi dan disampaikan melalui simbol-simbolteras kebudayaan terdiri dari idea-idea yang bercorak tradisi (yang terbit dan dipilih dari proses sejarah) terutama sekali nilai-nilai yang terikat dengannya.

ROBERT REDFIELD berpendapat bahawa; Kebudayaan merupakan satu persefahaman yang dikongsi bersama.
(The Folk Culture of Yucatan 1941)

MALINOWSKI berpendapat bahawa; Kebudayaan adalah pada asasnya suatu tindakbalas terhadap keperluan-keperluan manusia.
(A Scientific Thoery of Culture)

Kebudayaan meliputi hasil-hasil kehidupan berkelompok yang bercorak;

Budaya Kebendaan (artifact) Budaya Bukan Kebendaan (mentifact)

Segala ciptaan manusia yang berbentuk objek seperti alat, bangunan, senjata dan kenderaan.

Suatu ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat resam, undangundang dan sebagainya.

KEPELBAGAIAN KELOMPOK
Kepelbagaian kelompok adalah masyarakat

majmuk yang terdiri daripada berbagai kelompok ras dan etnik yang berlainan yang berada di bawah satu sistem pemerintahan. Menurut J.S Furnivall kepelbagaian kelompok terdiri daripada berbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun bernaung di bawah satu sistem politik yang sama, tapi kehidupan kelompok ini adalah berasingan.

ROBERT MERTON, 1968 Kelompok terdiri daripad satu kumpulan manusia yang saling berinteraksi dengan cara tertentu, merasakan diri mereka dimiliki dan dianggap oleh ahli-ahli lain sebagai ahli.

KAUM MELAYU
Adat perpatih Diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan. Menekankan konsep demokrasi dan muafakat Raja bukan raja mutlak Pembahagian harta dilebihkan kepada anak perempuan

KAUM MELAYU
Adat temenggung Amalan seluruh masyarakat Melayu semenanjung kecuali N.Sembilan Menekankan pemerintahan raja mutlak Keutamaan kpd kaum lelaki Banyak dipengaruhi oleh agama Islam

KAUM MELAYU
Perayaan perayaan keagamaan Aidilfitri Aidil adha Nuzul Quran Maulud Nabi Awal Muharram

KAUM MELAYU
Kesenian (Tarian, pertahanan diri dan lain- lain) Wayang kulit Mak Yung Kuda Kepang Menora Joget Gamelan

KAUM MELAYU
Pakaian Sarung Pakaian Cik Siti Wan Kembang Pakaian Puteri Perak Baju Kurung Teluk Belanga Baju Kebaya Labuh Baju Riau Pahang

KAUM MELAYU
Perkahwinan Merisik Bertunang Pelamin dan bersanding

KAUM CINA
Pelajaran Amat mementingkan dan menitikberatkan pelajaran Kalendar Orang Cina Bermula dari hari pertama anak bulan dan berakhir selama 29 atau 30 hari Setiap tahun dinamai dgn nama binatang seperti harimau, tikus, naga dan ular

KAUM CINA
Keinginan mendapat anak pertama lelaki kerana

mengekalkan nama keluarga dan orang yang mengendalikan upacara roh kepada ibu bapa yang meninggal Upacara pengebumian Sering mengadakan perarakan apabila kematian berlaku. Perarakan yg diringi oleh bunyi- bunyi muzik yg menelan kos yg besar.
Apabila seseorang memasuki umur 60 tahun

menandakan sudah layak memasuki persatuan keranda ia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai keranda yg baik.

KAUM CINA Perayaan


o Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Ching

Ming , Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan. Pakaian o Samfoo(kombinasi blaus dan seluar), Cheongsam

KAUM INDIA Sistem kasta


Brahman-golongan bangsawan Ksyatria-golongan pahlawan Vaisya-rakyat biasa Sudra- golongan hamba ambi

Pakaian Sari, dhotis, vestis dan kurtas (pakaian ke kuil dan perayaan bagi lelaki)

KAUM INDIA Perayaan


Deevapali, Thaipusam, Thai Ponggal

Makanan Chappati, parratta dan puri Tidak makan daging babi atau lembu

MASYARAKAT SARAWAK
Budaya (The Head Hunters) Budaya (utai basai gagamit-tidak ada masalah besar

tidak boleh diselesaikan Tinggal di rumah panjang Banyak menghasilkan kraf tangan seperti anyaman, bakul rotan Menghasilkan ukiran kayu dan perahu Jenis tarian= ngajat,berpencaha, berkuntau, main kerichap, main chekak

MASYARAKAT SABAH
Mempunyai pelbagai kebudayaan dan adat

resam.Antaranya ketika berlaku kematian proses pengebumian melibatkan seluruh masyarakat. Unggun api dihidupkan bagi menghalau hantu dan roh jahat. Wujud konsep mihad (menangisi mayat), memojuk (memandikan mayat), menguman(menghias mayat), lobong (kubur), panukup (kenduri) Adat mintuhun (menjejakkan kaki bayi ke tanah) Turut menghasilkan kraf tangan

BANGSA
Merupakan suatu kesatuan manusia yg hidup dalam

sesebuah negara
Kewujudan dlm kumpulan manusia dgn beberapa

ciri yang sama


Persamaan ini boleh terjadi daripada pelbagai

perkara seperti unsur- unsur jasmani, politik dan kebudayaan

Sodaro, 2001
Suatu kumpulan besar yang ahli- ahlinya

mempunyai kepercayaan bahawa mereka semua terikat atas asas perkongsian identiti sebagai suatu kumpulan manusia atau masyarakat.
Masyarakat ini biasanya terikat oleh persamaan

hubungan sejarah ,kebudayaan dan nenek moyang yang sama.

Kellas, 1998
Mempunyai beberapa objektif kumpulan iaitu

daripada sudut pemilikan wilayah leluhur, bahasa, agama dan bermatlamatkan pemerintahan sendiri oleh mereka.
Kumpulan ini bersifat eksklusif dan menganggap

mereka yang diluar kumpulan sebagai orang asing

Menurut John Stuart Mill, bangsa ialah rumpun

manusia yang terikat oleh taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka berbanding dengan rumpun bangsa yang lain.
Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan

wilayah, budaya, sejarah dan agama.


Menurut Kamus Dewan m/s 122 bangsa bermaksud

jenis manusia dari satu asal keturunan atau maksud kedua adalah kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.

Identiti sesuatu bangsa dibentuk atau dikenali

berdasarkan persamaan budaya, bahasa, asal-usul sejarah dan mungkin juga agama yang dimiliki atau diwarisi bersama oleh anggota kumpulan bangsa itu sejak turun temurun sejak zaman nenek moyang yang asal

Ada bangsa di dunia ini yang tidak mempunyai negara. Misalnya,bangsa Scots atau Welsh, atau bangsa Catalan dan Alsace di Eropah, tidak mempunyai negara sendiri. Jadi dari segi taraf undang-undang dan politiknya bangsa Scots atau Welsh disebut warganegaraBritish atau Britisher, tetapi bangsanya ialah Scots atau Welsh.

Perasaan terikat dengan identiti bangsa cukup sukar dihapuskan kerana pembentukan identiti ini bersifat asliah atau Primordial, sudah tentu tertanam dalam minda dan ingatan kolektif sesuatu bangsa itu sejak turun-temurun.

SUSUN LAPIS KELAS SOSIAL


Atasan
Pertengahan atasan Pertengahan bawah Pekerja

Bawahan

ISTILAH KELAS SOSIAL

Ahli-ahli dalam 1 kelas sosial terdiri daripada1 kelompok manusia yang menduduki tempat yang sama dalam hierarki susun lapis

Ahli-ahlinya mempunyai ganjaran yang sama

Istilah yang lebih teknikalbbagi menyatakan kelas sosial SSE

Kriteria-kriteria bagi mengukur SSE seseorang ialah pendapatan, prestij pendidikan, tahap pendidikan yang dicapai, kekayaa dan keturunan

Walaupun dimensi susun lapis ini bebas antara satu sama lain, dimensi-dimensi tersebut saling berkaitan

Berdasarkan dimensi-dimensi tersebut, ahliahli sosiologi pada hari telah mengenalpasti lima kelas atau SSE, iaitu kelas bawahan, kelas pekerja, kelas pertengahan bawahan, kelas pertengahan atas dan kelas atasan.

KELAS BAWAHAN

Kelas sosial yang paling terendah sekali. Terdiri daripada orang-orang miskin, daif dan tidak menikmati ganjaran dan sumber-sumber sosial.

KELAS PEKERJA

Ahli-ahlinya terdiri daripada kolar biru atau bekerja dengan tangan Jenis pekerjaan yang dibuat adalah pekerjaan mahir atau separa mahir

KELAS PERTENGAHAN BAWAHAN

Terdiri daripada pekerja-pekerja kolar putih Pekerja-pekerja tidak memerlukan pendidikan universiti. Walaupun terdapat beberapa jenis pekerjaan memerlukan latihan selama 2 atau 3 tahun selepas sekolah menengah

KELAS PERTENGAHAN ATASAN

Terdiri daripada orang-orang profesional dan ahli perniagaan Kebanyakan daripada mereka mendapat pendidikan universiti dan ijazah lanjutan

KELAS ATASAN

Terdapat 2 golongan 1)Kelas atasan atas 2)Kelas atasan bawah

JANTINA
DEFINISI
Keadaan yang diwarisi semasa dilahirkan. Ketaksamaan paling nyata di kalangan manusia. Paling nyata dapat dilihat dengan mata kasar. Perkembangan jantina perlu dibimbing dan dikawal

ciri-ciri yg disanjung tinggi oleh sesebuah masyarakat. Jika berlaku penyelewengan jantina, maka akan dibimbing ke jalan yang betul.

SETIAP ORANG MEMPUNYAI BEBERAPA IDENTITI JANTINA IAITU:


Biologi
Alat kelamin (trait asas)
Tumbuh janggut, pecah suara,

Ditetapkan kebudayaan
Dinamakan keunggulan

perubahan bentuk badan (trait sekunder)

kejantinaan Cth: anak lelaki mesti agresif, anak perempuan lemah lembut

Peranan Taburan hormon dalam

badan
Lelaki dari segi zahir/biologi

tetapi berkelakuan perempuan Contoh : James Morris Jan Morris

jantina/tingkahlaku masyarakat mengikut pembahagian jantina


Bapa adalah orang yang

mencari nafkah dalam kebanyakan masyarakat manakala wanita menjaga anak

TRAIT-TRAIT PERANAN JANTINA LELAKI DAN PEREMPUAN


TRAIT LELAKI Kuat, atletik Kurang runsing tentang ketuaan/rupa diri Pencari nafkah Tiada emosi Logikal, rasional, objektif, intelektual Pemimpin, bebas Agresif Berorientasikan kejayaan Tidak pemalu TRAIT PEREMPUAN Lemah, tidak atletik Runsing tentang ketuaan/rupa diri Tinggal di rumah Emosional/sentimental Tidak tekal, pelupa,ikut perasaan Pengikut,submisif Bergantung kepada orang lain Pemalu Mudah dipengaruhi Pasif

AGAMA DAN KEPERCAYAAN


DEFINISI
Sistem kepercayaan dan amalan di mana satu

kelompok manusia mempunyai tafsiran dan gerak balas yang tersendiri kepada apa yang mereka anggap suci dan kudus.

CIRI-CIRI AGAMA
Setiap agama mengambil berat perkara-perkara

yang dianggap suci dan kudus. Agama mempunyai 1 set kepercayaan/rukun yang tersendiri Agama mempunyai amalan/ritual yang tersendiri. Hampir semua agama mempunyai kepercayaan tentang kehidupan yang baik

Sumber pengertian Integrasi sosial Kawalan sosial Perubahan sosial

Agama primitif Agama usang Agama sejarah Agama moden awal Agama moden

BAHASA
DEFINISI Satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang sewenang-wenang tetapi mempunyai struktur.

Bahasa tidak boleh dipelajari tanpa interaksi

sosial dengan orang lain. Alat utama masyarakat bagi menyalurkan kebudayaan. Pembelajaran bahasa melibatkan aspek-aspek nahu dan pengalaman ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat. Apabila mempelajari sesuatu bahasa, kita bukan sahaja mempelajari nahunya tetapi juga pengalaman bersama yang ada dalam sesebuah masyarakat. Bahasa membentuk identiti kelompok.

Apabila bahasa digunakan beramai-ramai, ia

melambangkan penyatuan masyarakat kerana ia mencerminkan pengetahuan mengenai tradisi dan peristiwa semasa. Bahasa juga dapat memecahbelah masyarakat. Sekiranya ramai bertutur dalam satu bahasa, maka yang bertutur dalam bahasa lain adalah kelompok luar

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like