You are on page 1of 1

Pendidikan

merupakan

salah

satu

aspek

yang

terpenting

dalam

sesebuah

negara. Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segi peni ngkatan ekonomi, budaya, politik, sosial, dan sebagainya. Dengan pendidikan kehidupan manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Pendidikan juga merupakan asas penting kepada setiap individu. Pelbagai usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam sesebuah negara bagi memastikan semua rakyatnya menerima pendidikan. Terdapat beberapa kepentingan pendidikan terhadap pembangunan negara Malaysia. Salah satu daripadanya ialah kepentingan pendidikan dalam sektor ekonomi. Pertanian merupakan asas ekonomi kebanyakan negara di dunia. Dengan perubahan masa, struktur ekonomi ini berubah dari sektor pertanian ke sektor perindustrian. Perubahan struktur ini boleh berlaku sama ada secara terancang. Ia dikatakan secara terancang apabila melalui proses yang disusun oleh kerajaan bagi tujuan pencapaian sesuatu matlamat. Dengan adanya pendidikan, sektor ekonomi mampu menyumbang peratus yang tinggi dalam pendapatan negara. Selain itu, kepentingan pendidikan dalam politik. Dalam bidang pendidikan, khususnya sesebuah sekolah, kuasa adalah milik pentadbir dan guru-guru kanan dalam herarki pentadbiran. Pihak pengurusan sekolah mempunyai sumber kuasa dalam hal tertentu yang menyebabkan arahan dan dominasi politik mereka dipatuhi. Dominasi politik dalam konteks ini adalah berupa kuasa yang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan, menentukan budaya pengurusan dan komunikasi dalam organisasi. Dalam hal ini, kuasa dan politik dalam pendidikan amat penting dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan sesuatu perkara. Akhir sekali, kepentingan pendidikan ialah dalam melahirkan generasi yang boleh memimpin negara supaya menjadi maju dan setanding dengan negara maju yang lain. Melalui pendidikan, seseorang itu akan mendapat ilmu. Jadi, ilmu tersebut dapat digunakan dalam mentadbir dan mengurus negara kita. Keadaan ini menyebabkan negara lain akan menghormati dan memandang tiggi terhadap negara Malaysia. Kesimpulannya, semua pihak perlulah saling bekerjasama di antara satu sama lain supaya kita dapat melahirkan generasi yang mampu mentadbir negara dengan baik dan saksama. Kita juga perlu sedar tentang kepentingan pendidikan terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara.

You might also like