You are on page 1of 1

PENGENALAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 3. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidik ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar pelajar boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan. Disamping itu, masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan.

You might also like