Professional Documents
Culture Documents
Version Tradisional
Version Tradisional
5 cawan Beras wangi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh) 1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air cawan susu + cawan air, nanti manis sangat nasi tu) 5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut) Garam secukup rasa.
2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis 2 ulas bawang putih juga diris nipis 1 inci halia dihiris halus 1 biji buah pelaga 1 biji bunga lawang 3 inci kulit kayu manis 3 sudu minyak sapi (ghee) 2 sudu margerin atau butter 1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah) Daun pandan 2 helai kalau ada.
Kismis Badam Gajus Bawang goreng Hirisan daun bawang dan daun sadri
Cara memasak
1. Cara membuat air rebusan ayam atau daging. 2. Ayam/daging di basuh dan di potong 3. Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam. 4. Kandungan air mestilah cukup untuk nasik seperti di atas (kat bahan2 tu !) 5. Ambil air sahaja untuk nasi. Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos. 6. Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar. 7. Walla, you guys will enjoy this dish. Kalau nak impress minah/ mat saleh tu, can try these two dishes. Kalau aunty lalu pun rasanya korang tak nampak dah.
1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan tu ke dalam rice cooker. 2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk 3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.) 4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali. 5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu 6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasik ni. 7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi. 8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak. 9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah. 10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak.
Untuk hiasan
Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning. Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng Bawang merah di mayang nipis dan di goreng Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.
Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahanbahan hiasan.
NASI MINYAK
2 mangkuk beras 2 mangkuk air cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang ( serba sikit untuk menumis) (A) bawang putih .... 3 ulas } halia....................satu inci setengah } blend hingga halus (B) bawang besar......setengah biji } 3 sudu besar minyak masak 2 sudu besar minyak sapi atau margarine garam & perasa susu segar l cawan
1. panaskan periuk, masukkan minyak dan minyak sapi/magarine 2. masukan bahan (A) 3. tumis bahan (B)
4.setelah naik bau masukan air semangkuk, garam/perasa dan susu segar 5.masukan beras, tutup periuk, sampai masak. (boleh masak dalam rice cooker.....kalau hendak masak lebih gandakan bahan diatas