You are on page 1of 5

Definisi Dan Kategori Bahan Bantu Mengajar Definisi Bahan Bantu Mengajar Adalah segala kelengkapan yang digunakan

oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Dibahagikan kepada 3 kategori: a) BBM bukan elektronik BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya b) BBM berbentuk elektronik Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Membina Bahan Pengajaran Bukan Elektronik Aktiviti yang boleh dijalankan untuk proses membina bahan pengajaran bukan elektronik ialah: 1. Permainan Bahasa 2. Pemintal Lidah 3. Pasangan Minimal 4. Lakonan Permainan Bahasa Konsep cara mempelajari bahasa melalui permainan. Kelebihan: Membolehkan murid membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan, frasa atau ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Bertindak sebagai bahan rangsangan sama ada pada awal, pertengahan atau akhir pembelajaran Dalam proses P&P, permainan bahasa lebih merupakan teknik mengulang kaji dan pengukuhan kepada murid. Masa untuk permainan bahasa dianggap sebagai masa beristirahat yang berfaedah. Murid berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar kerana biasanya murid akan bertindak balas secara spontan.

Ciri Dapat mengukuhkan kemahiran bahasa murid. Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara murid-murid, muridguru. Penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti. Arahan dan peraturan yang jelas. Dapat dijalankan dalam waktu dan tempat yang sesuai. Contoh Bingo Perkataan Mencari Perkataan Tersembunyi Mencari Harta Kata Silang Kata Dua Suku Kata Arnab dan Kura-kura Pemintal Lidah Bermaksud satu ayat atau frasa yang mudah tetapi sukar untuk disebut denganjelas dan tepat atau ungkapan yang direka bentuk mengandungi kata-kata yang mempunyai suku kata mudah, mempunyai persamaan rima dan ada kaitan

ceritanya tetapi susah untuk disebut dengan betul dan pantas.

Kelebihan Melatih murid untuk bercakap dengan baik Memberi keyakinan kepada murid Berfikir secara kreatif dan kritis Mengelakkan perasaan malu Menambah perbendaharaan kata sedia ada murid-murid terlibat. Kelemahan Sesuai untuk murid-murid bahasa pertama sahaja Kurang menyeluruh kerana tidak sesuai untuk murid-murid yang cacat lidah Perlukan latihan secara berterusan Pasangan Minimal Merupakan sepasang kata daripada bahasa yang sama dan terhasil hanya dibezakan oleh satu bunyi yang kecil tetapi dituturkan semula oleh para penuturnya sebagai dua perkataan berbeza. Kelebihan Melatih untuk sebutan dengan betul Keyakinan kepada murid yang ada masalah sebutan Mengelakkan perasaan malu Menambah perbendaharaan kata Kelemahan Hanya sesuai kepada murid bahasa kedua dan bermasalah pembelajaran Kurang menyeluruh kerana tidak sesuai untuk murid yang cacat lidah/bibir Perlukan latih tubi berterusan Perlukan murid menguasai asas suku kata terlebih dahulu

Lakonan Merupakan pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Lakonan dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaansebenar atau meniru cara dan bentuk kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Penyediaan Skrip Lakonan Menyediakan skrip lakonan yang bersesuaian dengan objektif pengajaran Mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid Kenal pasti kumpulan sasaran sebelum menulis skrip Skrip juga harus mengambil kira kebolehan pelakon yang akan melakonkan watak Skrip yang ditulis harus mengambil kira penglibatan murid secara keseluruhan bilik darjah Skrip harus menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai dengankumpulan sasaran

You might also like