You are on page 1of 4

Ada Apa Dengan iPod Nano?

iPod nano adalah adalah keluarga Apple kedua yang saya beli selepas iPhone 4. Sebenarnya saya dah lama tertarik dengan iPod nano ini cuma belum sampai masanya nak beli. Maklumlah sebelum beli kena buat sedikit research dulu dari laman web tentang apa sahaja produk yang hendak kita beli.

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan iPod nano ini ialah fungsinya. Antaranya fungsinya yang menarik perhatian saya ialah boleh dijadikan jam, memang cool kan. Dengan penambahan 18 clock face menyebabkan iPod nano ini semakin cun bila dijadikan jam. Untuk music pula, iPod nano adalah pilihan terbaik kerana ia mudah di bawa kemana-mana sahaja. Saya memilih untuk mengambil iPod nano 8GB kerana cukup untuk saya simpan MP3 yang saya minat di situ.

Bagi mereka yang mementingkan fitness iaitu suka berjoging iPod nano boleh dijadikan alat untuk mengesan sejauh mana pergerakkan anda. Tapi kena beli kasut Nike original ok baru boleh. Dalam pada itu, iPod nano yang terbaru ini adalah able to rotate maknanya kita boleh buat rotation kat iPod nano yang kita gunakan mengikut kesukaan kita.

iPod nano didatangkan dengan pelbagai warna antaranya biru, hijau, pink, orange, silver dan hitam. Namun saya memilih untuk membeli iPod nano yang berwarna hitam. Memandangkan tiada stock untuk warna hitam dekat Switch pada masa itu jadi saya kena tunggu beberapa hari.

Selepas tiga hari menunggu baru pihak Switch call memberitahu bahawa iPod nano yang saya order dah sampai. Perasaan time tu memang excited bila mendapati iPod nano yang saya order dah sampai hehe. Lepastu saya terus ke Switch untuk mendapatkan iPod nano saya. Harga tak mahal sangat 8GB RM449, kalau yang 16GB tambah sikit je lagi RM529.

Memandangkan tujuan asal saya beli iPod nano adalah untuk dijadikan jam maka tidak lengkap rasanya kalau saya tak beli talinya. Namun sedkit kecewa apabila brand yang saya research dari internet tidak ada stock lagi iaitu brand LunaTik.

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk beli brand infuse yang agak cool juga, saya pilih warna brown. Harga dia boleh tahan juga RM99. Ohya satu lagi, untuk mengelakkan screen iPod nano yang touch screen itu calar saya telah beli

screen protector yang boleh tahan harganya haha RM 38. Nak buat macam mana kita tak tau buat kena beli ajelah hehe.

Antara lain iPod nano ini boleh digunakan untuk mendengar radio, dibekalkan dengan earphone sama macam iPhone 4. Kalau korang rasa berminat dengan iPod nano ini boleh dapatkan di Switch. Setakat itu saja review untuk iPod nano dan infuse for iPod nano. Kalau ada pertanyaan boleh tinggalkan kat ruangan komen.

You might also like