You are on page 1of 10

Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavioris Perkara J.B.Watson Ivan P.Pavlov E.L.

ThorndikePengkaji/pelopor teori Pengkaji pembelajaranemosi manusiaPelopor konseppelaziman klasikPelopor psikologi Amerika dalampelaziman operan Pendapat Manusia mewarisi 3emosi semulajadi iaitutakut, marah dan kasihsayangSetiap ransangan akanmenimbulkan gerak balasPembelajara cuba jayadan hukum penting Hasil kajian Emosi manusia/perubahannya adalahdipelajari melalui prosespelazimanPembelajaran bolehberlaku akibat kaitanantara ransangan dangerak balasPembelajaran bolehBerjaya secara cuba jaya dan pengulangan Eksperimenmelibatkanproses/hukum Proses pelaziman Proses pelazimanProses penghapusanProses pembelajaransemulaProses pemulihansemertaProses generalisasiProses diskriminasiHukum kesedianHukum latihanHukum kesan Kajiandijalankankeatas Seorang bayi berumur 9bulan, seekor tikus putihyang jinak dandentuman yang kuatSeekor anjing, loceng danmakananSeekor kucing, sangkar,selak dan makanan
http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/ksuratrasmi.htm ( bi)

Pengenalan Petroleum juga dikenali sebagai minyak mentah. Ia merupakan sesuatu bahan organik yang terdiri daripada karbon dan hidrogen sahaja yang disebut bahan hidrokarbon. Petroleum wujud dalam banyaknya di dalam tanah dalam bentuk cecair, gas, separuh pepejal atau pepejal, ataupun lebih daripda satu bentuk di sesuatu tempat itu. Petroleum memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita kerana ia merupakan sumber tenaga yang penting kepada kita. Selain itu, petroleum merupakan bahan asal dalam industri petrokimia yang membuat pelbagai jenis bahan kegunaan misalnya pembuatan bahan-bahan plastik. Sumber petroleum adalah terhad dan tidak boleh diperbaharui. Oleh itu, kita harus berjimat cermat semasa menggunakannya.

Sifat Petroleum Apakah warna petroleum? Petroleum mempunyai banyak warna yang berbeza seperti warna hitam dan coklat kekuning-kuningan. Petroleum yang berwarna hitam adalah bersifat asphalt manakala petroleum yang berwarna hijau adalah bersifat parafin. Apakah bau petroleum? Ia sangat sukar untuk menghidu bau petroleum yang berlainan. Tetapi petroleum yang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi dipanggil "masam" manakala petroleum yang mengandungi sedikit atau tiada sulfur dipanggil "manis" Apakah rasa petroleum? Berminyak. Kebanyakan petroleum mengandungi kandungan minyak parafin yang tinngi.

Enapan 4.6 ribu juta tahun dahulu 4.6 ribu juta tahun dahulu, udara bumi terdiri daripada karbon, nitrogen dan hidrogen. Tiga setengah juta ribu tahun dahulu, munculnya bakteria pertama di bumi. Beberapa spesis sahaja berjaya hidup selepas revolusi bumi. Organisma yang lebih kompleks wujud. Ikan pertama telah wujud sejak 500 juta tahun dahulu. 500 juta tahun dahulu Tumbuhan dan haiwan darat mula muncul. Laut cetek hilang dan menyebabkan kematian dan revolusi beberapa spesis ikan. 300 juta tahun dahulu, amfibia dan reptilia muncul. 250 juta tahun dahulu, mamalia pertama wujud di bumi. Sekumpulan reptilia mengalami evolusi dan bertukar menjadi dinosor. Kemudian, mereka belajar terbang maka munculnya burung. Organisma laut telah menyesuaikan diri kepada pertukaran bumi dan telah meninggalkan bahan mentah untuk petroleum hari ini. 65 juta tahun dahulu Sebuah asteroid telah melanggar bumi dan kebakaran berlaku. Kebanyakan haiwan mati dalam kebakaran ini dan menyebabkan kepupusan dinosor dan tumbuhan. Kemudian, spesis baru muncul. Haiwan berdarah panas yang dapat menyesuaikan diri dalam beberapa iklim wujud. Amfibia yang hidup di darat dan laut juga wujud. Bunga telah membiak dengan mengeluarkan bau wanginya untuk mendapatkan serangga sebagai agen pembiak. Primat kecil muncul di atas pokok. Organisma laut yang berjaya hidup membiak dan meninggalkan kebanyakan petroleum hari ini di bumi. 23 juta tahun dahulu Zaman batu ais menyebabkan bumi berada dalam keadaan beku. Apabila berakhirnya zaman batu ais, ais di bumi telah cair dan menyebabkan kenaikan dalam paras laut. Apabila ini berlaku, daratan berkurangan dan permukaan kontur bertukar. Manusia dan haiwan terpaksa bergerak ke kawasan yang lebih tinggi kerana kenaikan paras laut. Sebahagian hidupan tidak berjaya hidup kerana pertukaran ini. Iklim bumi bertukar secara mendadak sehingga keadaan bumi sekarang. Hanya batu enapan yang terbentuk pada suatu jangka masa dahulu mengandungi petroleum. Ahli saintis merujuk kepada fosil dan debunga yang terperangkap dalam batu untuk menentukan umur batu tersebut. Petroleum dihasilkan dengan banyak 23 juta tahun dahulu. Apakah itu fosil? Fossil adalah sisa-sisa tumbuhan dan haiwan yang diawetkan. Tanpa fosil, kita tidak akan mengetahui tentang tumbuhan dan haiwan purba. Dimanakah enapan organik terkumpul dan diawetkan? Kawasan seperti tepi pantai yang tidak menerima banyak oksigen dan membolehkan bahan organik ditanam tanpa gangguan bakteria merupakan kawasan yang baik untuk enapan organik.

Mengapa ahli geologi petroleum berminat dalam enapan? Batu enapan yang mengambil berjuta-juta tahun untuk membentuk mengandungi petroleum. Apabila serpihan batu berkumpul menjadi lapisan, sisa tumbuhan mikroskopik dan haiwan terperangkap dalam enapan. Kemudian ia akan mengalami tekanan dan haba. Proses ini menghasilkan petroleum. Bagaimana batu membentuk batu? Angin dan hujan menghakis kerak bumi. Batu-bata terhakis akan menetap di kawasan tanah rendah dan tepi pantai. Enapan yang membentuk lapisan ini dipanggil strata. Batu enapan terbentuk apabila strata dimampatkan. Dimanakah enapan terkumpul? Lapisan batu basin enapan mengandungi petroleum. Kebanyakannya terkumpul di kawasan tepi pantai dan pentas. Kawasan-kawasan ini kaya dengan hidupan laut dan enapan dari sungai. Kebanyakan basin enapan adalah 25 juta tahun. Basin enapan tertua adalah 40 juta tahun. Mengapa sesetengah kawasan tepi pantai kaya dengan petroleum? Pada suatu masa dahulu, paras laut bumi adalah lebih rendah. Tasik dan laut cetek telah mengumpul enapan yang kaya dengan bahan organik yang membentuk petroleum sekarang. Mengapa batu-bata enapan penting bagi pembentukan petroleum? Ia merupakan punca petroleum kerana bahan organik yang terperangkap di dalamnya membentuk petroleum. Petroleum dicari dengan merujuk batu-bata Dari masa ke masa, batu yang kelihatan keras bertukar. Setiap hari, batu-bata dihakis oleh angin, hujan dan haba. Berjuta-juta tahun dahulu serpihan batu lama membentuk batu baru dalam proses batu. Ahli geologi dapat mengetahui bagaimana dan dimana batu tersebut dibentuk dengan mengkajinya. Ira batu merupakan cara yang paling mudah untuk mengenal batu tersebut. Ira batu menolong ahli geologi menghuraikan maklumat tentang batu tersebut. Ira batu ditentukan melalui saiz dan susunan partikel. Batu-bata yang kaya dengan tenaga 1200 meter tepi pantai di permukaan bawah laut, batu pasir dijumpai dalam basin petroleum. 25 juta tahun dahulu, semasa serpihan kuarza dan mineral-mineral lain dihakis dari batu-bata besar, ia dibawa ke tasik, sungai dan laut. Maka batu pasir terbentuk. Minyak yang terperangkap dalam batu-bata ini dibentuk dari batu yang mungkin terletak lebih mendalam dalam laut. Sisa-sisa tumbuhan dan haiwan dari punca batu ini ditanam bersama dengan partikel-partikel batu dan terperangkap dalam batu yang baru dibentuk. Dari masa, bahan organik yang tertanam akan bertukar menjadi petroleum kerana terdedah kepada haba dan tekanan. Minyak akan naik ke atas ke dalam kawasan petroleum batu pasir. Kerang purba organisma laut membentuk batu kapur. Batu kapur berasal dari kawasan gas asli yang terletak 2000 meter di

permukaan bawah laut. 20 juta tahun dahulu lapisan kerang purba yang dimampatkan membentuk batu kapur. Batuan Obsidian Magma yang muncul daripda teras bumi menyejuk, mengeras dan membentuk batu igneus. Batu igneus tidak mengandungi petroelum tetapi baru-baru ini petroleum dijumpai dalam retakannya.

Batu Kapur Fossiliferous Bahan seperti serpihan batu, tumbuhan dan haiwan membentuk batu enapan. Bahan organik yang terperangkap bertukar menjadi petroleum

Gneiss Batu metamorf terhasil apabila batuan kerak bumi terdedah kepada haba dan tekanan. Retakan batuan ini mengandungi petroleum.

Pemanasan minyak mentah membahagikannnya kepada beberapa jenis molekul. Penyulingan minyak mentah bermula dengan memanaskan minyak mentah dalam suhu 335oC di dalam relau. Minyak mentah diasingkan oleh haba kepada beberapa komponen. Setiap komponen mengewap dalam suhu berbeza. Komponen-komponen ini mengalami kondensasi dan menyejuk di dulang-dulang dalam tingkat-tingkat terentu. Metana terhasil di tingkat teratas. Nafta sederhana dikumpulkan untuk kegunaan reformat iaitu komponen untuk dicampurkan dalam petrol. Hasil seperti petrol, diesel dan kerosin dihasilkan selepas pemprosesan selanjutnya.

Penyulingan hanya menghasilkan nafta sederhana dengan jumlah yang kecil untuk dicampurkan dalam petrol, kerosin dan diesel. Proses peretakan merupakan proses memecahkan molekul minyak mentah kepada molekul yang lebih kecil. Proses ini boleh menghasilkan dua kali ganda minyak petrol, diesel, dan kerosin setong. Propana & butana Gasoline Bezina Nafta Kerosin Gas / minyak <0oC 0-70oC 70-140oC 140-180oC 180-250oC 250-350oC

Nafta diambil dari peringkat penyulingan dan peretakan diproses menjadi nafta oktana tinggi di unit reformat. Proses ini mengeluarkan kotoran dan memaksa molekul oktana rendah mengeluarkan hidrogennya, menjadikan saiznya lebih kecil supaya molekul oktana tinggi terhasil. Kemudian, reformat dicampurkan ke dalam petrol oktana tinggi. Minyak Jet Nafta tinggi Kerosin Diesel Kerosin Diesel Petrol Nafta rendah, sederhana, tinggi Reformat Butana MTBE Kerosin . 6% 94% . 10% 90% . 26% 65% 5% 4% 100%

Jenis-jenis minyak 1. Gas-gas petroleum - metana, etana, propana & butana 2. Bahan api penerbangan - kapal terbang jet 3. Petrol - Kenderaan bermotor 4. Kerosin 5. Minyak diesel - Jentera-jentera berat 6. Pelincir - mengurangkan geseran mesin 7. Bitumen - membina jalanraya

PENGENALAN Petroleum terbentuk berjuta-juta tahun dahulu daripada hidupan laut yang mati, kemudian tertimbus oleh lumpur dan pasir. Apabila hidupan laut mati , bangkai mereka tenggelam ke dasar laut, kemudian ditimbus oleh sedimen . Melalui tindakan bakteria , pereputan separa berlaku dalam keadaan kekurangan oksigen. Penguraian seterusnya di bawah suhu dan tekanan yang tinggi akhirnya menghasilkan petroleum dan gas asli. Petroleum berkumpul apabila terperangkap di antara dua lapisan batuan yang tidak telap.Gas asli biasanya terkumpul di atas cecair petroleum. Gas asli terutamanya terbina daripada metana , sedikit etana , propana serta hidrokarbon berat . Petroleum terdiri daripada campuran hidrokarbon yang kompleks yang boleh diasingkan kepada pecahan berlainan melalui kaedah penyulingan berperingkat kerana setiap pecahan mempunyai takat didih yang berlainan.

You might also like