You are on page 1of 5

PJK TINGKATAN 3 BAHAGIAN A PENDIDIKAN JASMANI Soalan Objektif

1. Apakah yang dimaksudkan dengan daya tahan kardiovaskular? A. Keupayaan jantung dan paru-paru mengedar darah ke otot-otot B. Keupayaan mengedar darah beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan daripada otot C. Keupayaan mengedar darah tidak beroksigen ke otot-otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan daripada otot D. Keupayaan system kardiovaskular untuk membekalkan oksigen

2. Sistem kardiovakusar terdiri daripada yang berikut KECUALI A. Jantung B. Rangkaian arteri dan vena C. Hati D. Paru-paru

3. Apakah aktiviti yang fizikal yang perlaksanaannya hampir sama dengan latihan Paarlauf ? A. Lari berdua B. Berjalan pantas C. Lari berhalangan D. Lari berganti-ganti

4. Aktiviti apakah yang sesuai dilakukan dalam latihan piramid ? A. Membuat satu larian bersiri yang melibatkan pelbagai jarak atau masa larian B. Melakukan larian berpasangan yang dikendalikan secara berganti-ganti C. Menggunakan mesin bebanan untuk melatih otot D. Melakukan latihan aerobik untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular

5. Antara yang berikut, aktiviti yang manakah paling sesuai dilakukan di atas trek bagi memudahkan menganggar jarak larian ? A. Latihan piramid B. Lompat tali Soalan Struktur 6. Susunkan langkah-langkah untuk melakukan lompat tali dengan betul A Ayun kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk memulakan lompatan B Lompat melepasi tali dan mendarat pada kedua-dua bebola kaki. C- Pilih tali yang sesuai dengan ketinggian dan berdiri dengan kedua-dua belah kaki hampir rapat D - Teruskan ayunan menggunakan pergelangan tangan E- Pegang pemegang tali dengan selesa dan biarkan tali berada di belakang kaki 7. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah. a. Antara aktiviti yang dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah latihan Paarlauf, latihan Piramid, lompat tali dan latihan isometrik b. Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua kompenan iaitu kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor c. Aktiviti latihan paarlauf ialah lari berganti-ganti secara berpasangan di atas dua kawasan padang yang dipisahkan oleh satu garisan penengah. d. Paru-paru berfungsi membekalkan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah. e. Lompat tali adalah satu aktiviti bersifat aerobik yang dilakukan sekurangC. Latihan Paarlauf D. Latihan isometrik

kurangnya 5 minit daripada kadar 70% - 80% kadar nadi maksimum. 8. Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.

tahan otot

latihan isotonik

intensiti

meningkatkan latihan bebanan

a. Latihan isometrik boleh ________________ daya tahan otot tanpa melibatkan perubahan saiz otot. b. Aktiviti daya tahan otot melibatkan ________________ yang rendah dan repetisi yang tinggi. c. Penggunaan alatan atau beban perlu semasa melakukan _____________________ d. Komponen kecergasan yang berkait dengan otot terdiri daripada daya __________, kekuatan otot dan kuasa otot. e. Aktiviti ______________ boleh dilakukan bagi meningkatkan daya tahan otot.

BAHAGIAN B PENDIDIKAN KESIHATAN Soalan Objektif 1. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan secara berlebihan berbanding dengan keperluan dirinya sendiri, apakah kesan yang bakal berlaku ? A. Sihat C. Obesiti B. Suka tidur D. Suka bersenam 2. Julia suka makan makanan yang manis-manis. Kesan pengambilan gula yang diambil oleh Julia secara berlebihan dalam makanan harian itu boleh menyebabkan penyakit A. Gastrik C. Obesiti B. Jantung D. Kencing manis 3. Antara yang berikut, yang manakah merupakan amalan pengambilan makanan yang diambil secara berlebihan berpunca daripada faktor psikologi? A. Mengatasi kekecewaan dan kebimbangan B. Tabiat pemakanan keluarga C. Masa makan D. Pemakanan yang tidak seimbang 4. Siapakah di antara berikut memainkan peranan sebagai ketua keluarga ? A. Ibu B. Datuk C. Abang

D. Ayah 5. Apakah peranan dan tanggungjawab isteri atau ibu ? A. Ketua keluarga B. Role model C. Menjaga amanah D. Berlaku adil Soalan Struktur 6. Isikan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul
pampasan kehamilan cemerlang agama perkahwinan

a. Pendidikan _____________ dapat memberikan pengetahuan, moral dan pengajaran yang baik kepada pelajar mengenai larangan seks sebelum berkahwin. b. Hubungan seks sebelum pasangan itu berkahwin, boleh menyebabkan __________. c. Antara ciri-ciri keluarga yang bahagia ialah anak-anak mendapat peluang pendidikan yang ___________ mengikut bidang yang diminati. d. Menggandakan pengambilan makanan sebagai ____________ kerana tidak makan hidangan sebelumnya merupakan amalan yang perlu dielakkan. e. ____________ merujuk kepada ikatan yang sah antara lelaki dan perempuan untuk menjadi pasangan suami dan isteri. 7. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah. a. Institusi kekeluargaan merupakan suatu institusi sosial yang asas di dalam sebuah keluarga. b. Faktor persekitaran dan psikologi boleh mempengaruhi amalan pengambilan makanan secara berlebihan. c. Masalah berat badan berlebihan dan obesiti boleh diatasi dengan mengelakkan situasi yang boleh menyebabkan kita makan secara berlebihan d. Mengatakan YA kepada seks sebelum berkahwin dapat

menyebabkan pasangan itu lebih setia dan bahagia akhirnya. e. Antara keburukan seks sebelum berkahwin ialah mencemarkan maruah keluarga, menjatuhkan maruah diri, penyakit kelamin dan peningkatan kecemerlangan di dalam pelajaran masing-masing. 8. Lengkapkan jadual yang berikut. Ahli keluarga a. Peranan / Tanggungjawab Bertanggungjawab memberi kasih sayang dan kemesraan keluarga b. Menjadi contoh seperti imej diri, tingkahlaku dan tutur kata kepada keluarga c. Berperanan memberi nafkah kepada keluarga serta memberi pendidikan kepada anak-anak d. e. Menjaga maruah diri dan kehormatan diri serta keluarga Membantu menyara keluarga dalam bentuk kewangan atau tenaga

You might also like