You are on page 1of 6

Jurnal 1

Pemerolehan Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Melayu Subramaniam, Vijayaletchumy (2000) Universiti Putra Malaysia
Skop Kajian Kajian ilmiah ini dijalankan dengan tujuan mengenal pasti perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak melayu.

Tempat Kajian Kajian ini melihat pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak pada setiap pemeringkatan usia. Pemerhatian dilakukan ke atas 32 orang kanak-kanak bangsa Melayu yang m empat tahap pemeringkatan pemerolehan bahasa. Tempat kajian kanak-kanak tersebut ialah di Taman Asuhan Kanak-kanak Mardi, Serdang.

Kaedah Kajian Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian ke atas aspek-aspek pemerolehan dan kecekapan berbahasa kanak-kanak. Bahan-bahan berupa gambar digunakan untuk aktiviti bercerita yang bertujuan merangsang kanak-kanak bertutur. Ujaran kanakkanak ini dirakam dan dianalisis oleh penyelidik.

Dapatan Kajian Dapatan daripada pemerhatian tersebut adalah hasil daripada proses seperti temubual yang berlaku secara dirancang dan tidak dirancang. Kanak-kanak sudah dapat menguasai aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis pada peringkat menjelang tatabahasa dewasa dan peringkat kecekapan penuh. Manakala pada peringkat awal pemerolehan bahasa yang melibatkan kanak-kanak 0:5 bulan hingga 5:0 tahun, didapati kanak-kanak tersebut dapat mengujarkan peraturan bahasa dalam bahasa Melayu dengan mudah.

Hasil Kajian Hasil kajian menunjukkan bahawa kecekapan kanak-kanak menguasai kata nama adalah berdasarkan kepada kata yang selalu di gunakan di rumah. Kanak-kanak hanya akan menggunakan kata yang mudah dan ketara daripada pemerhatian mereka. Pemerolehan kata nama kanak-kanak tidaklah berlaku secara mudah. Dalam proses pemerolehan ini, kanak-kanak selalu menggunakan strategi simplifikasi( permudahan) bagi menggambarkan makna yang telah mereka kuasai.

Cadangan Kajian ini turut mencadangkan beberapa perkara penting yang merangkumi aspekaspek pembelajaran kanak-kanak di peringkat prasekolah, dan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa sewaktu kanak-kanak berada di peringkat awal pemerolehan bahasa. Sesungguhnya semua pihak yang terlibat dalam pendidikan adalah bertanggungjawab untuk memperkembangkan potensi diri kanak-kanak dalam kecekapan bahasa. Cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini merupakan cadangan untuk para guru, ibu bapa dan pihak-pihak yang terlibat dengan pendidikan prasekolah, iaitu penggubal sukatan pelajaran dan penerbit buku. Semua pihak bertanggungjawab dalam memberi perhatian dan rangsangan kepada kanak-kanak untuk memastikan tahap penguasaan bahasa mereka terus berkembang selaras dengan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak

Kesimpulan Jurnal 1 Kanak-kanak Melayu belajar berpandukan keadaan persekitaran,pemerolehan bahasa mereka yang mereka aplikasikan juga adalah melalui orang disekeliling mereka contohnya ibu atau ayah.Kanak-kanak Melayu menggunakan bahasa yang biasa mereka dengar atau disebut di rumah.Pendedahan dan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dapat meningkatkan lagi pemerolehan bahasa mereka.Apa jua peralatan yang ada di sekeliling mereka,mereka akan meninterpertasikan mengikut bahasa mereka tersendiri,yang mana pemerolehan bahasa itu mereka belajar dari orang sekeliling mereka.

Jurnal 2 Pengesanan Awal Masalah Bahasa Kanak-kanak Dan Implikasi Terhadap Persediaan Persekolahan (Asia Community)

Perolehan bahasa mungkin satu-satunya perkembangan paling asas diperoleh oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri untuk pendidikan formal. Biasanya, kanak-kanak memperolehi bahasa dengan mudah. Walaubagaimanapun, kadang-kadang sesuatu kesilapan berlaku, sistem sokongan sangat penting untuk menolong individu dan keluarga apabila masalah itu dijangka.

Apabila diketahui adanya risiko kebantutan atau masalah dalam perkembangan bahasa (contohnya, bayi yang dilahirkan Sindrom Down)keluarga akan diberi panduan dalam interaksi dengan bayi mereka, jadi potensi optimum bayi boleh disedari.Kesinambungan untuk perkembangan bahasa pragmatik bayi berkembang maju dari perkongsian perhatian dengan orang dewasa (contohnya, kedua-dua melihat pada permainan bergerak yang sama), mengikut apa yang orang dewasa perhatikan,(contohnya, orang dewasa menunjuk gambar dalam buku) dan mengarahkan perhatian orang dewasa (contohnya, kanak-kanak menunjuk ke arah pejalan kaki).

Skop Kajian kajian ini bertumpu kepada kepentingan kemahiran pra-verbal yang mempengaruhi perkembangan kemahiran verbal kemudian hari. Kajian ini berfokus kepada.Bilakah penggunaan bahasa pra-verbal yang awal muncul pada bayi normal.Adakah terdapat sebarang perbezaan pencapaian antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak yang bermasalah dalam bidang pragmatik.

Kaedah kajian Kajian perintis ini bertumpu kepada pra-verbal tahap tinggi, kemahiran pragmatik untuk menuding, memberi dan menunjuk. ESCS (Early Social Communication Scales) telah dipilih sebagai alat ujian utama untuk diperhatikan, dalam tiga tempoh,

Interaksi antara pengkaji dengan setiap satu daripada tujuh kanak-kanak yang normal, tujuh kanak-kanak Sindrom Down dan tujuh kanak-kanak Autisme.Kemahiran-kemahiran yang disebut sebelum ini wujud antara umur 10 16 bulan.Manakala perbezaan dan kebantutan dicatat antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak istimewa.Kajian perintis ini bertumpu kepada pra-verbal tahap tinggi, kemahiran pragmatic untuk menuding, memberi dan menunjuk.

ESCS (Early Social Communication Scales) telah ditentukan sebagai bahan utama kajian untuk diperhatikan, dalam tiga tempoh, interaksi antara pengkaji dengan setiap satu daripada tujuh kanak-kanak yang normal, tujuh kanak-kanakSindrom Down dan tujuh kanak-kanak Autisme.Kemahiran-kemahiran yang disebut sebelum ini wujud antara umur 10 16 bulan.Manakala perbezaan dan kebantutan dicatat antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak istimewa.

Cadangan Untuk membantu mengesan kebantutan awal pragmatik pada kanak-kanak dengan keperluan khas dan mereka yang berisiko bagi menyediakan mereka satu permulaan komunikasi yang lebih baik dan menyediakan mereka peluang untuk alam persekolahan yang dengan lengkapi dengan pelbagai system pembelajaran yang berseuaian dengan tahap perkembangan mereka.

Kesimpulan Jurnal 2 Terdapat perbezaan antara kanak-kanak normal dan kanak-kanak istimewa.Mereka mempunyai tahap perkembangan dan pencapaian yang berbeza.Kanak-kanak yang normal lebih cepat dan mudah untuk menguasai sesuatu kemahiran.Manakala bagi kanak-kanak istimewa atau autisme mereka pula perlu diberikan perhatian yang khusus dan diberi pendedahan yang berulang kali bagi membolehkan mereka

mencapai sesuatu kemahiran yang diajar.Pengesanan awal ini amat penting bagi mengetahui tahap penguasaan dan juga masalah yang mereka hadapi.Apabila mereka tidak berupaya untuk menguasai pemerolehan bahasa yang sepatutnya mereka kuasai pada peringkat umur mereka tetapi hanya mampu menggunakan tangan atau pergerakan lain sebagai isyarat,maka kaedah yang bersesuaian akan di tentukan bagi menentukan teknik pembelajaran dan aktiviti yang bersesuaian untuk mereka.

Rumusan Berdasarkan kajian kes yang telah dibuat,teori perkembangan ( Jean Piaget) dapat di kaitkan dengan kes tersebut.Piaget menyatakan bahawa tahap Pra-operasi merupakan perkembangan yang paling penting kerana ia melibatkan penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja.

Setiap benda hidup saling berhubungan antara satu sama lain untuk membentuk satu jaringan dalam kehidupan. Tumbuh-tumbuhan walaupun tidak kelihatan secara jelas jenis perhubungan yang berlaku, namun perkaitan tetap wujud seperti terjadinya proses pendebungan bagi menghasilkan induk baru. Haiwan juga berhubungan dengan mewujudkan suara dan bunyi-bunyian yang hanya akan difahami oleh spesiesnya sahaja. Semut contohnya saling berkomunikasi dengan menggunakan sesungut apabila bertembung dengan semut-semut yang lain. Begitu juga bagi manusia yang akan berkomunikasi dengan menggunakan bentuk yang lebih meluas dan komplikated iaitu penggunaan bahasa yang pelbagai antara bangsa yang berbeza, isyarat, tanda, bahasa badan, pergerakan mata, ekspresi emosi dan sebagainya. Pembentukan dan perkembangan bahasa ini sebenarnya telah bermula sejak bayi lagi dan semakin kompleks sejajar dengan peningkatan usia kanak-kanak.

Dalam teori Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak amat jelas dan ketara pada tahap praoperasi iaitu semasa kanak-kanak berumur 2-7 tahun. Menurut para ahli psikologi, sehingga kanak-kanak berumur empat tahun, mereka sudah menguasai kosa kata, gramatika, makna semantis/paragmatis, dan wacana yang berhubungan dengan pengalaman mereka sehari-hari (Miller, 1979). Kanak-kanak mudah menyerap semua bahasa yang didengar setiap hari bergantung dengan lingkungan keluarga dan masyarakat di mana dia dibesarkan. Seperti contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu jika dibesarkan dalam keluarga yang bercakap setiap hari dalam bahasa Inggeris, lama-lama kelamaan akan fasih dalam bahasa Inggeris. Perkembangan bahasa berlaku secara berperingkat-peringkat. Ianya bermula dengan perkembangan bahasa ego yang berfungsi untuk mengungkap keinginan diri tanpa memerhatikan keinginan dan komunikasi dua arah. (Miller, 1979). Bahasa ini diungkap semasa anak-anak menginginkan suatu keperluan, iaitu jika lapar, mereka akan bercakap dan mengadu kepada ibunya. Pada tingkat umur tertentu, barulah anak secara sederhana dapat menanggapi keinginan orang lain dalam

berkomunikasi secara pragmatis dan secara perlahan mula menunjukkan minat untuk berbual dan bercakap tentang sesuatu isu.

Pembentukan bahasa berkembang lagi setelah anak-anak mula bersekolah sehinggalah mereka menguasai bentuk-bentuk bahasa yang lebih rumit seperti bahasa penulisan yang lebih formal. Sebenarnya perkembangan dan pembentukan bahasa tidak pernah berakhir sehingga akhir hayat seseorang. Pembentukan bahasa akan sentiasa berkembang jika seseorang itu menginginkan perkembangan tersebut berlaku. Contoh yang jelas dapat dilihat apabila ramai individu berusaha untuk menguasai bahasa selain daripada bahasa ibundanya.Disebabkan ini,maka pelbagai kursus-kursus pembelajaran bahasa di institusi-institusi pendidikan telah disediakan. Proses asimilasi, akomodasi dan adaptasi yang diketengahkan oleh Piaget akan sentiasa berlaku dalam hidup manusia sehinggalah dewasa.

You might also like