You are on page 1of 4

Pengenalan Kemajmukan masyarakat Malaysia telah mewarnai proses pembangunan politik di Malaysia.

Oleh demikian, bagi memahami persoalan, hubungan timbal balik antara pembangunan politik dan hubungan etnik, aspek-aspek kemajmukan masyarakat Malaysia perlu disentuh terlebih dahulu. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep

masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. Jadi, pembangunan politik yang stabil diperlukan bagi memupuk hubungan etnik yang harmonis secara formal melalui institusi dan tindakan politik. Institusi dan tindakan politik yang dimaksudkan ialah reaksi terhadap Malayan Union, perjanjian persekutuan, penggubalan perlembagaan, pembentukan parti politik, pilihanraya, dan kerjasama parti-parti politik membentuk gabungan.

Konsep modenisasi dan pembangunan politik. Konsep modenisasi merujuk kepada suatu proses transformasi atau perubahan berencana dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat. Falsafah modenisasi berkait rapat dengan teori evolusionisme, bahawa perkembangan negara miskin ke arah masyarakat moden tidak dapat dielakkan. Manakala secara praktikalnya, modenisasi bertitik tolak dengan pembangunan sains dan teknologi yang membawa manusia Eropah menguasai alam sekitar dan mencari kekayaan. Masyarakat mengalami proses perubahan secara berencana dan tidak berencana. Proses transformasi dalam segala aspek kehidupan masyarakat telah

dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuhi oleh semua bangsa atau negara merupakan satu konsep modenisasi melalui proses perubahan masyarakat secara berencana. Manakala, proses perubahan masyarakat tidak berencana pula melalui proses pembaratan iaitu proses peniruan gaya hidup barat yang tidak disertai oleh sesuatu usaha perubahan secara berencana. Perubahan yang berencana yang kemudian disebut sebagai modenisasi, iaitu suatu proses di mana matlamat, metod, dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan. Sejarah modenisasi dunia bermula dari modenisasi Eropah yang digerakkan oleh perkembangan besar dari dua revolusi iaitu Revolusi Perancis dan Revolusi Industri. Dua perkembangan besar ini telah membawa kepada dunia ilmu pengetahuan dan maklumat. Revolusi Perancis telah membuat modenisasi politik dengan mengubah sistem politik feudal Eropah manakala, Revolusi Industri membawa modenisasi ekonomi dengan mengubah sistem ekonomi Eropah. Perkembangan dua revolusi ini menyebabkan berlakunya penjajah melalui imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme merupakan penjajahan perdagangan oleh British East India Company dan Dutch East India Comapany, manakala kolonialisme penjajahan di wilayah terpilih bertujuan mendapatkan barang mentah, buruh, dan pasaran.

Modenisasi mengandungi dua aspek utama, iaitu pembangunan politik dan pembangunan ekonomi. Pembangunan politik merupakan perubahan berencana yang melibatkan perubahan dalam aspek-aspek tertentu yang membawa kepada peralihan daripada bentuk politik yang lama (tradisional) kepada yang baru. Modenisasi politik Eropah menjadi model bagi modenisasi politi di negara membangun. Modenisasi politik bermatlamat untuk pembinaan negara bangsa. Secara umumnya, pembinaan negara bangsa dapat diertikan sebagai suatu wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan, atau kerajaan dan warganaegara atau bangsa. Pembinaan negara bangsa ini penting dalam projek modenisasi kerana kegiatan ekonomi memerlukan masyarakat nasional yang stabil dan berintegrasi yang baik. Oleh demikian, masyarakat yang harmonis diperlukan bagi mewujudkan satu negara bangsa. Antara cabaran modenisasi politik untuk membina sebuah negara bangsa adalah gabungan wilayah yang berbeza, gabungan etnik yang berbeza, penjajahan, dan migrasi. Oleh demikian, suatu negara yang memiliki gabungan etnik yang berbeza seperti Malaysia, sasaran atau matlamat pembangunan politik ialah pembinaan negara bangsa. Pembinaan negara bangsa ini dapat dilaksanakan dengan lebih mudah jika rakyat menjalinkan hubungan yang harmonis antara etnik-etnik di Malaysia. Tambahan pula, pembinaan negara bangsa dpat dicapai melalui beberapa kaedah yang bersifat top down seperti penghayatan ideology negara, penerapan dasardasar awam yang ditentukan oleh pihak Kerajaan, dan pemupukan semangat nasionalisme melalui symbol-simbol negara. Pembentukan dan pelaksanaan dasar khas seperti dasar pendidikan nasional, kebudayaan nasional, dan ideology nasional sebagai metod dalam modenisasi politik sesebuah negara. Pencapaian modenisasi politik sesebuah negara diukur secara kualitatif dan kuantitatif, iaitu melalui kejayaan dasar-dasar nasioanal, kekerapan konflik, kekerapan pilihanraya, ukuran perbandingan dengan negara lain dan kebebasan bersuara. Penilaian terhadap dasar-dasar awam menjadi asas pengukuran kejayaan pembinaan negara bangsa. Namun demikian, pengukuran mengukur pencapaaian negara bangsa

bukan sesuatu yang mudah berbanding mengukur pembangunan ekonomi melalui statistik dan perangkaan. Selain bermatlamatkan pembinaan negara bangsa, pembangunan politik juga turut melibatkan perubahan dalam aspek structural dan budaya sehingga membawa kepada perubahan sistem politik masyarakat. Tiga proses utama berlaku dalam pembangunan politik di Malaysia iaitu perbezaan structural politik, sekularisasi budaya politik, dan penyertaan rakyat dalam politik. Struktur politik yang berubah ialah struktur politik yang bersifat feudal atau autotarian kepada struktur politik yang berpegang kepada kepada prinsip trias politica yang membahagikan kuasa pemerintahan kepada tiga badan iaitu badan kehakiman, badan perundangan, dan badan eksekutif. Walaupun badan ini terpisah tetapi saling mengawasi. Sekularisasi politik pula perubahan budaya politik daripada budaya politik feudal menjadi budaya politik yang memisahkan dua unsur iaitu agama dan negara. Penyertaan rakyat dalam proses politik pula, rakyat yang menentukan pemimpin mereka. Pembangunan politik dalam konteks mewujudkan amalan demokrasi dianggap tercapai apabila terdapat komponen-komponen seperti parti-parti politik, majlis perwakilan rakyat atau parlimen, perlembagaan negara, dan pilihanraya dalam suatu sistem politik. Kewujudan empat-empat unsure menjadi ukuran suatu negara bagi mengamalkan amalan demokrasi. Dua perkara yang saling mempengaruhi dalam menentukan tercapainya pembangunan politik sesebuah negara adalah pembinaan negara bangsa dan perubahan dalam aspek structural.

You might also like