You are on page 1of 8

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK07/3 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG RENGAM MINIT MESYUARAT BAHASA MELAYU BIL. 1/2012 Tarikh Masa Tempat Pengerusi : 29 DISEMBER 2011 : 10.30 pagi : Bilik Mesyuarat Persada Budi : Puan Saripah Jamaaton bt Syed Ariffin

Kehadiran Guru : 17 orang Guru yang hadir : 1. Tn. Hj Safruddin b. Mohd Salleh 2. En. Kamaruddin b. Abu Bakar 3. En. Nik Syukri b. Daud 4. En. Wagiman b. Parjo 5. Pn. Rosita bt. Kemin 6. Pn. Nik Hasni bt. Nik Mahmood 7. Pn Hjh. Sokiah bt. Siren 8. Pn. Siti Halijah bt. Laungeng 9. Puan Norazirawati bt. Mat Arof Guru Yang Tidak Hadir: 18. Pn. Mazlina bt. Yahaya (Cuti Bersalin) Turut Hadir : Puan Nik Hasni bt Nik Mahmood 1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah Tindakan : Puan Saripah Jamaaton bt Syed Ariffin 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru panitia Bahasa Melayu dalam mesyuarat panitia Bahasa Melayu Kali Pertama bagi sesi 2012. Tindakan : Puan Saripah Jamaaton bt Syed Ariffin Pengerusi menyampaikan kepada guru- guru struktur organisasi panitia Bahasa Melayu sesi 2012 kepada semua guru.

10.

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Pn. Faudziah bt. Rasad Pn. Rasidah bt. Rosli Pn. Roslizah bt. Ismail Pn Riyanti bt. Tumin Pn. Rushizah bt. Basir Pn. Zahrah bt. Abdullah Pn. Nik Norsuhada bt. Nik Man Pn. Fazni Shuhada bt. Fauzi

1.3

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Struktur organisasi panitia Bahasa Melayu 2012: Ketua Panitia Penolong Ketua Panitia Setiausaha Penyelaras Tingkatan Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5 : Pn Saripah Jamaaton bt Syed Ariffin : Pn. Riyanti bt Tumin : Pn. Fazni Shuhada bt Fauzi : En. Wagiman b. Parjo : Pn. Mazlina bt Yahya : Pn. Rosita bt. Kemin : Pn. Rosliza bt Ismail : Pn. Rasidah bt Rosdi Tindakan : Puan Saripah Jamaaton bt Syed Ariffin

2.

UCAPAN GURU KANAN MATA PELAJARAN 2.1 Guru Kanan Mata pelajaran iaitu Puan Nik Hasni bt. Nik Mahmood menyatakan pengajaran & pembelajaran akan bermula pada 4 Januari 2012. Beliau mengucapkan tahniah kepada Puan Saripah Jamaaton bt Syed Ariffin kerana dilantik sebagai Ketua Panitia pada tahun 2012 dan menyatakan ucapan terima kasih kepada Puan Rosita selaku ketua panitia tahun 2011. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru dan berbangga dalam pencapaian PMR tahun 2011 dan berharap akan mencapai kelulusan 100% pada tahun 2012. Post mortem PMR melibatkan semua guru dan guruguru tingkatan 1,2 dan 4 perlu menyediakan pelajar kepada Peperiksaan Awam. Beliau meminta kerjasama antara guru pagi dan petang untuk mempertingkatkan akademik pelajar dan menjayakan setiap program demi meningkatkan kecemerlangan pelajar. Pn. Nik Hasni juga menyatakan kursus BahasaMelayu yang ditawarkan biasanya lebih banyak melibatkan guru-guru sesi petang. Tindakan : Puan Nik Hasni bt. Nik Mahmood MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS 3.1 Minit mesyuarat yang lalu diedarkan kepada guru-guru dan dibacakan oleh ketua panitia. En. Kamaruddin b. Abu Bakar mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan
dan disokong oleh Puan Norazirawati bt. Mat Arof.

3.

Tindakan : Ketua Panitia 4.


ANALSIS PENCAPAIAN MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU PMR 2011

Tahun 2009 2010 2011

Bil calon 417 443 445

% Lulus 99.50 98.65 97.08

Bil gagal 2 6 13

GP 2.11 1.94 2.02

Bil A 82 186 168

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Gagal 2011 3F = 12 3B = 1 Nearmiss cemerlang = 0 Nearmiss menguasai = 1 (3F) 5. PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEBAGAI TOV 2011 Bil Pelajar 306 309 320 5.1 TOV 2012 % Lulus GP 90.43 2.90 90.26 2.45 87.07 4.65 ETR 2012 % Lulus GP 100 2.45 100 1.99 100 3.00

Tingkatan 2 3 5

Pengerusi berharap keputusan peperiksaan akan lebih cemerlang kerana kebanyakan pelajar-pelajar yang lemah telah dipindahkan ke SMK Dato Ibrahim Majid. Pengerusi menyatakan pelajar Tingkatan 3D dan 3F yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina dan India akan dibahagikan kepada kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan : Semua guru En Nik Syukri b. Daud menyatakan terdapat kesilapan di dalam analisis keputusan peperiksaan PMR 2011 iaitu di bahagian nama guru yang mengajar. Guru yang tercatat iaitu En. Nik Syukri b. Daud ditukarkan kepada guru yang bertanggungjawab mengajar 3C iaitu Pn. Norazirawati bt. Mat Arof Tindakan : Semua guru

5.2

6.

PROGRAM PENINGKATAN KURIKULUM 6.0 Antara program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2012 ialah : 6.1.1 Transkripsi Program transkripsi akan diteruskan seperti biasa. Pelajar perlu menyalin 10 atau lebih bahan transkripsi. Cara pengurusan dan pengendalian program transkripsi setiap tingkatan akan dibincangkan oleh penyelaras tingkatan bersama guru-guru. En. Kamaruddin b. Abu Bakar memberitahu tentang komen daripada ibu bapa pelajar tentang buku pelajar yang tidak digunakan secara optimum. Pengerusi bersepakat bersama guru-guru dan memutuskan pelajar dibenarkan untuk menggunakan buku transkripsi pada tahun sebelumnya dan mengadakan modul terkumpul. Puan Rushizah mencadangkan agar transkripsi dikurangkan dan pengerusi menyarankan kelas yang lemah perlu
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

memperbanyakkan transkripsi sebaliknya kelas cemerlang memperbanyakkan latihan. Tindakan : Semua guru 6.1.2 Pamantapan / Pemulihan Esei Program ini dijalankan oleh guru yang mengajar mengikut keperluan kelas masing-masing. Tindakan : Semua guru Latihan Terancang Semasa Cuti Pelajar akan diberi kerja rumah terancang dan selaras pada waktu cuti bulan 3 dan 5. Tingkatan 3 akan diberikan 60 soalan objektif manakala tingkatan 4 dan 5 akan diberikan soalan Tatabahasa. Tindakan : Semua guru Klinik Bahasa Program ini khusus untuk pelajar yang berpotensi untuk lulus dan memunyai kemahuan untuk belajar. Seramai 40 pelajar akan dipilih dan mengikuti sesi khas klinik di Bilik MBMMBI. Tindakan : Semua guru Modul soalan Pelajar akan dibekalkan dengan modul soalan kertas 1 dan latihan akan dibuat secara intensif di dalam kelas. Tindakan : Semua guru Gemilang Bahasa Program ini difokuskan kea rah peningkatan jumlah pelajar untuk mendapatkan tahap cemerlang (A) dalam PMR. Program dijalankankan oleh guru yang mengajar mengikut kelas masing-masing. Tindakan : Semua guru Jom Lulus Program ini difokuskan kepada pelajar near miss untuk menguasai Percubaan PMR dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Pelajar tersebut akan dikenalpasti dan diberi panduan/latih tubi khusus. Tindakan : Semua guru

6.1.3

6.1.4

6.1.5

6.1.6

6.1.7

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

7.

INTERVENSI 7.1 Guru Kanan Mata pelajaran telah menyatakan tentang Ujian Intervensi pada awal mesyuarat iaitu ujian ini perlu dijalankan untuk setiap tingkatan pada minggu pertama. En Wagiman Parjo bertanggungjawab untuk menyediakan Ujian Intervensi manakala untuk tingkatan 3,4 dan 5 guru mata pelajaran dipertanggungjawabkan menyediakan soalan. Tindakan : Semua guru PENGURUSAN KEWANGAN 8.1 Peruntukan kewangan adalah sebanyak RM 6686.00 untuk Panitia Bahasa Melayu. 8.2 Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) Pengerusi meminta guru-guru memberi cadangan pembelian buku secara kasar. Buku sistem bahasa akan dibekalkan secara percuma kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5. Guru tingkatan 5 dilengkapkan dengan Modul Bahasa Melayu manakala buku sistem bahasa yang pernah diminta oleh guru menengah rendah boleh diambil di bilik ABM. Tindakan : Semua guru

8.

9.

HAL-HAL LAIN 9.1 Peperiksaan/UPK Senarai penyedia soalan akan ditetapkan kemudian. 9.2 Tindakan : Semua guru ULBM/PLBS Ketua Panitia meminta semua guru mengira semua fail yang sedia ada dan menambah fail yang tidak mencukupi. Tindakan : Semua guru Plan J 9.3.1 Pengerusi meminta Rancangan Tahunan disediakan oleh Penyelaras Tingkatan besama guru yang mengajar tingkatan tersebut. Penyelaras juga diminta membuat perbincangan mengenai Plan J dan menyimpannya dalam bentuksoft copy. Tindakan : Penyelaras tingktan 9.3.2 Ketua Panitia meminta Standard Akademik iaitu Penetapan Sasaran Kerja Tahunan dibuat seperti biasa. Berikut ialah Standard Akademik yang telah dipersetujui atas perbincangan semua guru:-

9.3

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Ringkasan/Rumusan Karangan Bergambar Karangan Umum Novel Latihan Objektif Latihan Komsas Pemahaman

Menengah Rendah Menengah Atas 10 15 10 10 10 10 20 5 10 set 20 set 15 set 25 set Tindakan : Semua guru

9.4

Kajian Tindakan Pengerusi memberitahu guru-guru boleh membuat Kajian Tindakan secara sukarela mengikut keputusan sekolah. Tindakan : Semua guru Kursus Dalaman Melalui perbincangan bersama, Kursus Dalaman akan dikendalikan oleh En Nik Syukri b. Daud dan Tn. Hj Safruddin b. MohdSalleh manakala kursus Micro Teaching akan dikendalikan oleh En Kamaruddin b. Abu Bakar. Ketua Panitia meminta guru-guru memberi cadangan kursus yang diperlukan pada tahun 2012. Cadangan kursus adalah seperti berikut: i) Kursus Penandaan Kertas 2 PMR ii) Kursus Tatabahasa En. Wagiman memberitahu para guru diminta memasukkan tajuk keselamatan jalan raya dalam silibus Bahasa Melayu. Tindakan : Semua guru Pengerusi menetapkan tarikh Tentatif Mesyuarat Panitia iaitu : 1) 29 Disember 2012 2) 26/27 April 2012 3) 6/7 Ogos 2012 4) 26/27 September 2012 Tindakan : Semua guru Pengerusi memberitahu guru-guru pemantauan P&P dan pencerapan adalah mengikut jadual pentadbir. Tindakan : Semua guru

9.5

9.6

9.7

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

9.8

Ketua Panitia memberitahu Agihan Tugas Program akan ditetapkan mengikut keperluan dan ketetapan guru. Tindakan : Semua guru Sukatan Pelajaran perlu di selesaikan mengikut ketetapan sekolah iaitu : Tingkatan 1 dan 2 : Awal Oktober Tingkatan 3 : Julai Tingkatan 4 : Awal Oktober Tingkatan 5 : Julai Tindakan : Semua guru Ketua Panitia menggalakkan guru-guru menghasilkan inovasi sekurang-kurangnya modul P&P. Tindakan : Semua guru Pengerusi meminta maklum balas daripada guru-guru setiap tingkatan mengenai jenisjenis buku yang akan digunakan sepanjang tahun 2012. Para guru sebulat suara bersetuju untuk menggunakan buku-buku berikut sepanjang tahun 2012 iaitu: i. Tingkatan 1 & 2: Penulisan, Pemahaman, Latihan Tatabahasa, Nota Komsas, Latihan Komsas, Transkripsi ii. Tingkatan 3 : Modul Karangan, Latihan Tatabahasa, Komsas iii. Tingkatan 4 : Penulisan, Latihan Tatabahasa, Komsas, Rumusan iv. Tingkatan 5 : Modul, Komsas Tindakan : Semua guru

9.9

9.10

9.11

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disedikan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

(FAZNI SHUHADA FAUZI) Setiausaha, Panitia Bahasa Melayu, Smk Simpang Rengam.

(SARIPAH JAMAATON SYED ARIFFIN) Ketua Panitia, Panitia Bahasa Melayu SMK Sipang Rengam.

. (PN NIK HASNI BT NIK MAHMOOD) GKM Bahasa, SMK Simpang Rengam.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor | 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like