You are on page 1of 10

MASALAH PENDENGARAN Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar bunyi dengan jelas.

Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit di mana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan, sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk. CIRI-CIRI MASALAH PENDENGARAN Kurang memberi perhatian. susah mengikut peraturan. tidak aktif dalam perbincangan. selalu berkhayal. perlukan bantuan rakan. cara percakapan yang ganjil. ada masalah kesihatan. JENIS MASALAH PENDENGARAN 1 Hilang pendengaran jenis konduktif Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. 2 Hilang Pendengaran jenis sensori neural Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. 3 Hilang pendengaran jenis campuran Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural. PERINGKAT-PERINGKAT MASALAH PENDENGARAN Ringan: Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 25dB - 40 dB. Kanak-kanak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan dalam jarak yang dekat dan berupaya untuk berkomunikasi dengan orang yang normal. ii. Sederhana: Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 41 dB - 60dB. Kanak-kanak perlu diberi bantuan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan. iii. Sed. Teruk: : Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 61 dB - 70 Db Kanak-kanak sukar untuk mendengar bunyi- bunyi Pertuturan dan pertuturan kanak-kanak ini tidak jelas kerana pengalaman yang terhad.

iv. Teruk : Keupayaan untuk mendengar bunyi antara 71 dB - 90 dB. Pada tahap ini kanak-kanak sukar untuk memperolehi pertuturan. v. Amat Teruk: Keupayaan untuk mendengar bunyi 91 dB dan ke atas . Kanak-kanak sukar untuk mendengar, bertutur dan memerlukan alat bantuan pendengaran serta terapi pertuturan. Pada tahap ini juga, kanak-kanak ini memerlukan bahasa isyarat untuk tujuan berkomunikasi. Anda mungkin juga meminati: KEMAHIRAN BERBAHASA masalah penglihatan DISLEKSIA DEFINISI 1. Berasal dari bahase Yunani- DYN susah, LEXIA tulisan. 2. Gangguan dlm belajar, daya pemikiran mereka normal, susah membaca, menulis, mengeja dan mengira sekalipun. CIRI-CIRI Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain. Sering berlaku di kalangan lelaki. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anakanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa Membantu anak-anak bermasalah Disleksia Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : 1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak 2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan 3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : * Terapi pertuturan * Latihan pendengaran dengan bantuan komputer

LinkWithin

* Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) 1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) 2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) 3. Merasa pergerakan bibir 4. Menulis huruf atau perkataan 4. Langkah-langkah pemulihan : * Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur * Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan) * Gunakan video atau kaset untuk belajar 5. Program pemulihan khusus : * Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Wednesday, May 11, 2011


Ciri-ciri Disleksia
Kebiasaannya disleksia dapat dikenalpasti pada peringkat awal persekolahan mereka. Ciri-ciri kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pada peringkat prasekolah dan peringkat sekolah rendah (6-12 tahun)

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak mempunyai kemahiran bertutur yang lambat dan sukar untuk memahami arahan. Mereka sangat suka mengganti perkataan semasa bercakap dan tidak suka duduk diam. Kanak-kanak ini juga mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah. Mereka tidak boleh mengikat tali kasut dengan betul. Mereka sangat sukar untuk mengimbangkan badan mereka dan kadang-kadang mereka mudah terjatuh semasa menaiki tangga. Kanak-kanak disleksia juga sangat suka mengganti perkataan dengan perkataan lain serta hiperaktif.

Kanak-kanak ini seringkali terlupa kepada nama-nama benda atau matapelajaran yang dipelajari di sekolah. Oleh sebab yang demikian, murid disleksia dianggap bodoh oleh sesetengah guru kerana mereka sukar mengingati benda-benda yang diajar oleh guru. Kesukaran mengingat ini terjadi kerana kecelaruan sistem dan fungsi pada otak dan menyebabkan murid disleksia seringkali ketinggalan dalam mata pelajaran. Namun begitu, kanak-kanak disleksia mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan berminat terhadap perkara-perkara baru. Mereka sangat suka bertanya banyak soalan kerana berminat untuk mengetahui sesuatu perkara.

Kanak-kanak disleksia sekolah rendah pula terbahagi kepada dua peringkat iaitu murid yang berumur 6 hingga 9 tahun dan peringkat kedua ialah berumur 9 tahun hingga 12 tahun.

i) 6 hingga 9 tahun - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca - Keliru dengan kiri dan kanan - Tulisan cermin atau terbalik ii) 9 hingga 12 tahun - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang - Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral - Kesukaran mempelajari bahasa lain

- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan - Jenis orang yang suka senyap - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiran bersosial Anda mungkin juga meminati: Jenis-jenis Disleksia Pengenalan kepada Disleksia Punca-punca Disleksia

LinkWithin

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

(i) Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Sebagai contoh, mereka keliru dengan huruf b d, c e, j g, p q, m w, dan m n. (ii) Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi

oleh disleksia auditori. Sebagai contoh, mereke keliru dengan bunyi huruf seperti h s, m n, f s, b d, b p, j g dan t d. (iii) Disleksia visual-auditori Disleksia jenis ini merupakan disleksia yang paling teruk kerana melibatkan kedua-dua deria iaitu deria penglihatan dan pendengaran. Ia melibatkan kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.
An

Wednesday, May 11, 2011


Punca-punca Disleksia
Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punya terjadinya disleksia ialah melibatkan tiga faktor iaitu keturunan atau genetik, biologi dan kematangan. i) Keturunan atau genetik Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah tahap keterukkannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15,1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun temurun. ii) Biologi Pada kebiasaannya, sejarah kanak-kanak disleksia semasa dilahirkan adalah tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau

kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan kepada perkembangan mereka. Sebahagian daripada kerosakan otak akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini adalah minimum. iii) Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem saraf mereka. Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak ini merupakan salah satu kemungkinan punca terjadinya disleksia. Menurut Rourke (1991), kanak-kanak yang mengalami disleksia mempunyai pelbagai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami kecederaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi secara berbeza berbanding kanak-kanak normal yang lain. Menurut Galaburda dan Tallal (1991), sistem pemprosesan auditori dan visual pada otak individu yang mengalami disleksia selalunya lebih kecil sebanyak 27 % berbanding dengan individu normal.

Wednesday, May 11, 2011


Definisi Desleksia
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Menurut Mercer (1991), disleksia ialah ketidakupayaan yang teruk dalam membaca, melibatkan kesukaran dalam kefahaman dan perhubungan di antara bunyi-bunyi dan huruf-huruf. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula mendefinisikan murid-murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia ialah murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Wednesday, May 11, 2011


HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas Memperseimbangkan

peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.

Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat. Semua (Education for all).

Menekankan Pendidikan Bagi Segala

program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.

Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad,

intergrasi sosial, (mainstreaming).


Menghasilkan

intergrasi

berfungsi,

intergrasi

setempat

dan

pengsealiran

individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.

Menghasilkan

Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara. Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka. Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.

Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).

Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain. Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary. Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan. Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluankeperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja. Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri. Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan. Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.

Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM. supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional). pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.

Menentukan

Menentukan

Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK. pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.

Menentukan

You might also like