You are on page 1of 26

BML3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SEMESTER MAC 2012

KANDUNGAN KURSUS

BAB 1: PENGENALAN BAB 2: FONETIK BAB 3: FONOLOGI BAB 4: SISTEM EJAAN RUMI BAHARU

BAB 1
PENGENALAN

Topik Perbincangan

Definisi bahasa Ciri-ciri bahasa Fungsi bahasa Peranan bahasa Melayu

Definisi Bahasa

Satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari dan digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung / berkomunikasi (Bloch & Trager, 1942) Bahasa sebagai suatu set ayat yang mempunyai had panjang dan tersusun dengan menggunakan suatu set unsur yang terhad (Chomsky, 1957)

Mencerminkan kebudayaan penuturnya, yakni cara hidup dan persekitaran fizikal dan sosial (Asmah Haji Omar, 1986) Bersifat bukan naluri untuk menyampaikan perasaan, idea, emosi dan keinginan melalui simbol-simbol yang dilahirkan secara sedar ( Sapir, 1941)

Ciri-ciri Bahasa

Bahasa mempunyai pelbagai fungsi. Anderson (1972), telah mengemukakan 8 prinsip asas bahasa, iaitu:

Mempunyai sistem Terdiri daripada lambang-lambang bunyi Bersifat arbitrari Bersifat unik Terbina daripada kebiasaan-kebiasaan Berfungsi untuk berkomunikasi Berhubung erat dengan budaya masyarakat tempat bahasa itu dituturkan Sentiasa berubah-ubah

(i) Bahasa mempunyai sistem


Sistem bermaksud peraturan bahasa. Dalam bahasa Melayu - ada imbuhan, sistem menulis kata jamak, sistem pembinaan ayat, Hukum DM dan sebagainya.

(ii) Bahasa terdiri daripada lambang-lambang bunyi

Bunyi-bunyi vokal yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia sahaja melalui rongga hidung, mulut dan tekak yang disertai dengan hembusan dari paru-paru. Bunyi-bunyi tersebut merupakan lambang yang dikonsepsikan melalui pendengaran manusia. Contoh: sistem vokal bahasa Melayu :[a],[e],[i], [o], [ ], [u], [],[ ]

(iii) Bahasa bersifat arbitrari

Tidak ada hubungan yang logik antara bunyi bahasa sebagai lambang dengan benda yang dilambangkan. Setiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi menyatakan benda yang sama. Contoh: kuda (Melayu), ma (Mandarin),horse (Inggeris), cheval (Perancis) pred (Jerman), paard (Belanda)

Pengungkapan sesuatu lambang dibuat secara suka hati atau mana suka - penutur mempunyai kebebasan menamai sesuatu benda. Kebebasan ini disebut arbitrari atau sewenang-wenang. Kebebasan tidak mutlak, bergantung kepada persetujuan masyarakat.

(iv) Setiap bahasa bersifat unik

Dimanifestasikan oleh individu tertentu yang bertutur dalam bahasa tertentu dengan maksud atau tujuan tertentu pada waktu tertentu.

(v) Bahasa terbina daripada kebiasaan-kebiasaan

Wujud kesan daripada kebiasaan dan tradisi. Terdapat hubungan antara bunyi dengan benda yang dilambangkan, iaitu bunyi-bunyi imitatif yang dikenali dengan istilah anatomapia seperti wanwan (Jepun), knaf (Perancis) dan bowbow (Inggeris) untuk menyatakan bunyi anjing menyalak

(vi) Bahasa digunakan untuk berkomunikasi

Digunakan oleh penutur untuk berhubung antara satu sama lain Terlibat dalam hubungan linguistik dan bukan linguistik.
lisan, tulisan, bahasa isyarat Bukan linguistik bahasa badan
Linguistik

(vii) Bahasa berhubung erat dengan budaya

Bahasa menjadi petunjuk kepada sesuatu kebudayaan Bahasa juga menentukan sesuatu bidang

(viii) Bahasa sentiasa berubah-ubah

Bersifat dinamik dan berubah mengikut peredaran waktu. Contoh


Bahasa Klasik
Kereta lereng Iktisad Tetuang udara Iltizam

Bahasa Moden
Basikal Ekonomi Radio komitmen

Fungsi bahasa dalam komunikasi

Alat perhubungan seharian. Melibatkan penutur dengan pendengar atau penulis dan pembaca. Bahasa bersifat dinamis- berbeza mengikut situasi.

Tujuh fungsi bahasa

Halliday (973)
a)

fungsi instrumental b) fungsi pengendalian c) fungsi pemerian d) fungsi interaksi e) fungsi peribadi f) fungsi heuristik g) fungsi khayalan

Fungsi instrumental

Melayani sesuatu perkara yang menyebabkan sesuatu peristiwa berlaku. Ayat-ayat ini merupakan tindakan-tindakan komunikatif yang menghasilkan keadaan tertentu. Contoh: -Cepat, masuk bilik!

Kemaskan nota-nota yang berselerak ini.

Fungsi pengendalian

Bertindak untuk mengawasi serta mengendalikan sesuatu peristiwa yang berlaku lazimnya bertindak untuk mengendalikan serta mengatur orang lain contoh:-kalau kamu ponteng kelas, markah kamu akan dipotong.

Fungsi pemerian

Penggunaan bahasa untuk membuat penyataan-penyataan, menyampaikan faktafakta dan pengetahuan, menjelaskan atau melaporkan. Contoh: Pasukan Brazil telah dikalahkan oleh pasukan Perancis dalam perlawanan suku akhir piala dunia 2006 di Jerman

Fungsi interaksi

Untuk menentukan supaya hubungan dapat dipertahankan dan berlangsung secara berpanjangan. Untuk menentukan supaya hubungan interaksi dapat berlaku, maka hal ini memerlukan pengetahuan luas tentang loghat, tatacara pergaulan, adat istiadat, budaya dll.

Fungsi peribadi

Memberikan kesempatan kepada seseorang untuk menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksi yang mendalam terhadap sesuatu. Keperibadian seseorang biasanya ditandai dengan penggunaan fungsi bahasanya semasa berhubung dengan orang lain.

Fungsi Heuristik

Melibatkan penggunaan bahasa untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan mempelajari selok belok lingkungan. Seringkali disampaikan dalam dalam bentuk pertanyaan-pertanyaan yang memerlukan jawapan. Contoh: Mengapa matahari panas.( 5W1H)

Fungsi khayalan

Melayani penciptaan sistem atau gagasan yang bersifat khayalan. Contoh: cerpen, sajak, novel, angan-angan individu bebas menentukan tajuk.

Ketujuh-tujuh fungsi bahasa ini saling melengkapi.

You might also like