You are on page 1of 21

SainsdanTeknologiDalamPeradabanMelayuIslam1

SatuTinjauanUmum OsmanBakar,2PhD
Mukadimah Setiap peradaban yang lengkap lagi bersepadu semestinya mempunyai sains dan teknologi. Ini adalah kerana sains dan teknologi merupakan salah satu bahagian terpentingmanamanaperadaban.Malahbolehdikatakanbahawatidakmungkin wujud peradaban yang tidak mempunyai sebarang sains dan teknologi. Manusia telah dicipta oleh Allah s.w.t sebagai makhluk yang pandai membina peradaban. Apabilamanusiamahumembentukperadabanmakadiaakanmenciptasainsdan teknologi bagi mencapai pelbagai tujuan hidup dan bagi memenuhi pelbagai keperluan hidup, iaitu daripada yang bersifat kebendaan dan jasmani hinggalah kepadayangbersifatkeintelektualandankeruhanian. Cuma, ada banyak peradaban di dunia dan juga ada banyak tradisi sains dan tradisi teknologi. Ada banyak peradaban kerana terdapat banyak sistem

KertasinidibentangkandiMajlisIlmu2010yangberlangsungdiBandarSeriBegawan,BruneiDarussalampada26 29Julai2010. 2 Penulis ialah Profesor Emeritus Falsafah Sains di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti MalayadanTimbalanKetuaPegawaiEksekutif,InstitutAntarabangsaKajianTinggiIslam,Malaysia(IAIS).
1

kepercayaan, banyak pandangan semesta (worldview) dan banyak pandangan hidup. Lain sistem kepercayaan, pandangan semesta dan pandangan hidup, lain peradaban. Yang saya maksudkan dengan lain peradaban ialah lain sistem kemasyarakatan, sistem nilai hidup, budaya ilmu, falsafah hubungan manusia dengan alam sekitar, falsafah teknologi dan falsafah kesenian. Secara khususnya, lain pandangan semesta dan sistem kepercayaan, lain pula tradisi sains dan teknologi. Kenyataan ini bermakna bahawa pandangan semesta dan sistem kepercayaanmeninggalkankesanyangsangatmendalamkeatascorakaktivitidan budaya sains dan teknologi. Dengan kata lain, sebanyak mana peradaban maka sebanyakitulahjugatradisisainsdanteknologi. Kesimpulanyang sangatbermaknainimembolehkankita membuat penegasan bahawa peradaban Islam mempunyai tradisi sains dan teknologi yang tersendiri. Lantaran itu, sebilangan ahli sejarah sains pada zaman kontemporari telah menyuarakan pendapat bahawa adalah wajar sekali sains dan teknologi dalam peradabanIslamitudinamakansainsIslamdanteknologiIslam.3Adanyakesamaan tradisi sains dan teknologi dalam peradaban Islam dengan tradisi sains dan teknologi dalam peradabanperadaban lain tidak dinafikan. Akan tetapi turut terdapatbanyakperbezaanantaratradisitradisiinidantambahanpulaperbezaan

SayasendirimenyokongkuatpendapatiniyangmuladiketengahkanolehsarjanaMuslimterkenal,SeyyedHossein Nasr dalam tesis PhDnya yang disiapkan di Universiti Harvard pada 1958. Tesis ini telah diterbitkan dengan judul IntroductiontoIslamicCosmologicalDoctrines(Cambridge,USA:HavardUniversityPress,1964).Untukversibahasa Melayu buku ini, sila lihat Pengantar Doktrin Kosmologi Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), edisibaru.

perbezaaniniagakbesarlagiketara.Disampingituwujudpertaliantasawwurdan konseptual yang amat rapat antara pemikiran sains dan budaya teknologi dalam peradabanIslamdengansitemkeprcayaandanpandangansemestaIslam.Didapati bahawa prinsip paling utama yang mendasari seluruh pemikiran sains dan teknologi dalam peradaban Islam di zaman silam serta menentukan hala tujunya ialah prinsip kesatuan atau prinsip tawhid. Dapatan ini adalah selaras dengan kedudukan ajaran tawhid sebagai ruh agama Islam.4 Semua pertimbangan ini memperkukuhkan pendapat bahawa gagasan sains Islam dan teknologi Islam adalahsangatwajar. Pertimbangandiatasmewajarkanpulakitamembuatpenegasanbahawawujud sains dan teknologi di Alam Melayu yang dapat disifatkan sebagai sains dan teknologi MelayuIslam. Kewujudan peradaban MelayuIslam adalah suatu fakta dan suatu hakikat sejarah yang tidak dapat dinafikan. Demikian juga tidak dapat dinafikan bahawa peradaban MelayuIslam itu merupakan salah satu cabang utamaperadabanIslamsedunia.PeradabanMelayuIslamdancabangcabanglain peradaban Islam sedunia seperti peradaban Arab, peradaan Parsi, peradaban IndiaIslam dan peradaban Turki berkongsi prinsip dan ajaran pokok yang bersumberkanagamaIslamtentangsistemkemasyarakatan,sistemperundangan,

DapataniniadadibincangkandenganpanjanglebardalambukusayaTawhidandScience:IslamicPerspectiveson Religion and Science (Sahah Alam: Arah Publications, 2008), second edition. Untuk versi buku ini dalam bahasa Indonesia,silalihatOsmanBakar,TauhiddanSains:PerspektifIslamTentangAgamadanSains(Bandung:Pustaka Hidayah,2008),edisikedua.
4

budaya sains dan teknologi, falsafah kesenian dan dimensidimensi peradaban seterusnya.PadamasayangsamaperadabanMelayuIslammempunyaiperbezaan dengan cabangcabang lain peradaban Islam. Faktor utama yang menyebabkan wujudnyaperbezaanperbezaaniniialahfaktorrumpunbangsadankeetnikan. BagiperadabanMelayuIslam,penentukelainannyaialahfaktorkeMelayuandi manaunsurunsurutamanyaialahbahasaMelayudanadatresamMelayu.Faktor alam semula jadi dan faktor iklim turut mempengaruhi kelainan. Selaras dengan hujahhujah tersebut di atas maka dapat dikatakan bahawa sebagai salah satu dimensi peradaban MelayuIslam, sains MelayuIslam mempunyai banyak kesamaan dengan sains yang dihidupkan serta dikembangmajukan di bahagian bahagian lain dunia Islam di samping mempunyai perbezaanperbezaan tertentu dengannya. Maka salah satu pendekatan baik untuk meninjau kedudukan sains dan teknologi dalam peradaban MelayuIslam serta pencapaiannya dalam bidang tersebut ialah dengan cara melihat sains dan teknologi MelayuIslam sebagai sebahagian daripada sains dan teknologi Islam global. Dengan berbuat demikian, kita boleh bandingkan perkembangan, kemajuan dan juga kelemahan sains dan teknologiMelayuIslamdenganperkembangansainsdanteknologidalamcabang cabang lain peradaban Islam dengan berdasarkan kriteriakriteria keilmuan dan keislamanyangsama.BagitradisisainsdanteknologiIslam,duakriteriaterpenting

ialah keselarasan dengan prinsip tawhid dan keselarasan dengan prinsipprinsip syariatIslam. Ataspertimbangansepertiyangdinyatakandiatassayalebihcenderunguntuk mengambilpendekatanini.Olehitu,dalamkertasini,sayaakanmembincangkan sesuatu aspek sains dan teknologi MelayuIslam itu dengan sentiasa merujuk kepada sains dan teknologi Islam secara keseluruhannya sebagai konteks perbandingan dan penilaian. Justeru itu saya akan memulakan tinjauan tentang duniasainsdanteknologiMelayuIslamdenganperbincanganmengenaiilmudan pemikirankosmologinya.Meskipunperbincanganiniagakringkassahajanamunia penting untuk ditonjolkan di peringkat awalawal lagi bagi tujuan menegaskan kepentingan dan keistimewaan ilmu kosmologi dalam sains Islam. Menurut pendapat umum para sarjana yang membuat kajian perbandingan tentang pelbagai tradisi sains dan teknologi yang terdapat dalam sejarah peradaban manusia, ilmu kosmologi adalah merupakan ilmu dasar yang paling serta merta diperlukan bagi pengembangan dankemajuan semuacabangsains. Peranan ilmu kosmologi sebagai ilmu dasar teratas bagi semua cabang sains dilihat sebagai palingterserlahdalamtradisisainsdanteknologiIslam. Oleh yang demikian, kalaulah pada umumnya peranan kosmologi dalam sains dan teknologi Islam sedemikian penting maka begitulah juga sepatutnya peranan kosmologidalamsainsdanteknologiMelayuIslam.Samaadaperanankosmologi
5

yang sepatutnya ini telah berlaku atau tidak dalam sejarah peradaban Melayu Islamperludisahkanmelaluikajianyangtelitilagiterperinci.Padapendapatsaya, kajianyangtelahdijalankansetakatiniterhadapsainsdanteknologiMelayusudah pun mencukupi untuk menunjukkan adanya pertalian rapat antara kosmologi MelayuIslam dan cabangcabang sains dan teknologi yang dikembangmajukan olehumatMelayuIslam. KosmologiMelayuIslam Kosmologi ialah ilmu mengenai kosmos atau alam semesta. Dalam tradisi ilmu Islam istilah yang biasa digunakan untuk merujuk kepada kosmos ialah alalam. Dalam peradaban Islam, definisi atau takrif kosmos mengandungi rujukan khusus kepadaTuhan.AhliahlifikirIslammentakrifkanalalamsebagaihimpunansegala sesuatuselainAllah(masiwaAllah).Olehyangdemikian,kosmosIslammeliputi alamghaibyangdihuniolehmakhlukmakhluksepertimalaikatdanjinyangtidak boleh dicerap dengan pancaindera dan diketahui menerusi pengajian saintifik dalam pengertian moden. Ini berbeza dengan kosmologi moden yang terhad cakupannya kepada apa yang boleh diketahui manusia berdasarkan pengalaman pancaindra dan pandangan minda saintifik. Dalam kosmologi MelayuIslam juga terdapat penggunaan istilah yang sama untuk kosmos, iaitu alalam yang juga difahamidenganpengertianyangsama.
6

Kosmologi ialah cabang ilmu yang membicarakan persoalanpersoalan pokok tentangalamsemesta.Diantarapersoalanpersoalaninitermasuklahyangberikut: 1. Persoalantentangasalusulalamsemesta; 2. Persoalantentanganatomi,strukturatauperlembagaanalamsemesta; 3. Persoalantentangasaskewujudandansistemperjalananalamsemesta; 4. Persoalantentangmatlamatdankesudahanalamsemesta. Dalam usaha para ahli kosmologi Islam untuk menangani persoalanpersoalaan tersebutdiatasdanpersoalanpersoalanlainkosmologiyanglebihkecilbeberapa teori dan perspektif kosmologi telah diketengahkan oleh mereka. Teoriteori dan perspektifperspektif kosmologi ini boleh disifatkan sebagai mazhabmazhab kosmologidalamperadabanIslam.Tegasnya,mazhabmazhabkosmologiIslamini masingmasing mempunyai perspektif yang tersendiri tentang asal usul dan struktur kosmos, tentang peranan dan matlamatnya dan juga tentang hubungan antaraTuhandanalamsemestasertahubunganantaramanusiadankosmos.Ilmu kosmologi yang terkandung dalam pelbagai perspektif inilah yang mempengaruhi serta mencorakkan sains dan teknologi Islam sebagaimana ianya juga mempengaruhidanmencorakkantradisikeseniandankesusastraanIslamdanilmu kemasyarakatan Islam. Dalam falsafah sains Islam, segala cabang ilmu sains tabii
7

dan ilmu matematik dianggap sebagai cabangcabang ilmu kosmologi. Kenyataan ini dengan sendirinya menegaskan betapa eratnya hubungan ontologi dan hubungan epistemologi antara ilmu kosmologi dengan sains tabii dan sains matematik. Di antara mazhabmazhab kosmologi yang paling terkenal dan yang sangat berpengaruh dalam peradaban Islam termasuklah [1] aliran kosmologi yang diasaskan oleh para failasuf daripada mazhab almashshaiyyun (Peripatetics), khasnya alKindi, alFarabi dan Ibn Sina; [2] aliran kosmologi atomistik yang diasaskan oleh ahliahli ilmu kalam, yakni kaum almutakallimun (Dialectical Theologians); [3] aliran kosmologi harmonik dan matematik yang diasaskan oleh pengikutpengikut Pithagoras di dunia Islam, khasnya Ikhwan alSafa dan Umar Khayyam; daan [4] mazhab kosmologi yang diasaskan dan dimajukan oleh para ulama tasawuf, khasnya aliran yang dikaitkan dengan nama Muhyi alDin Muhammad ibn alArabi (560638 H/11651240 TM) yang berasal dari Murcia, Andalusia. DiantaraempataliranutamakosmologiIslamyangtelahsayasebutkandiatas hanyaduaaliransahajayangtersebarluaskeAlamMelayudanyangmempunyai pengikutpengikutdarikalanganpemikirpemikiryangterkemukadanberpengaruh dirantauini.Duamazhabyangdimaksudkanialahalirankosmologimutakallimun dan aliran kosmologi tasawuf. Di Alam Melayu aliran kosmologi kaum
8

mashshaiyyunnampaknyasenasibdenganalirankosmologiPithagoras.Walaupun ontologi (ilmu kewujudan) dan kosmologi ahliahli falsafah mashshaiyyun seperti alFarabi,IbnSinadanIbnRushdadadikritikdalamtulisanpemikirpemikirMelayu klasik Islam seperti Nur alDin alRaniri yang merujuk kepada aliran tersebut dengan nama falasifah tetapi kritikan ini tidak menunjukkan adanya sebilangan ilmuwan Melayu yang telah menjadi penganut dan penyebar fahaman mashshaiyyun. Boleh dikatakan bahawa kecuali di dunia berbahasa Parsi falsafah Peripatetik tidakmendapatpembelaanlagisepelasiadiseranghebatolehImamalGhazzalidi dalam karya polemik masyhurnya Tahafut alfalasifah (Kecelaruan Fikiran Kaum Falasifah). Di bahagianbahagian lain dunia Islam termasuk Alam Melayu, pemikiran kefalsafahan pasca Imam alGhazzali hanya dihidupkan menurut dua perspektif sahaja, iaitu perspektif ilmu kalam baru yang diasaskan oleh ulama terkenal ini sendiri dan perspektif tasawuf. Tulisantulisan Hamzah Fansuri mengesahkan kebenaran kenyataan ini, setidaktidaknya bagi Alam Melayu. Sebagai contohnya, apabila Hamzah Fansuri ingin menonjolkan perbezaan pendapat yang penting di antara mazhabmazhab intelektual tentang persoalan persoalan metafizik dan kosmologi yang rumit (juga persoalanpersoalan epistemologi dan psikologi ruhaniah), biasanya beliau merujuk kepada pendapat duagolongansahaja,iaituahliahlitasawuf(ahlulsuluk)danulamakalam.
9

Walaupun kosmologi mashshaiyyun tidak bertapak di Alam Melayu tetapi ini tidakbermaknabahawailmusainsyangdikaitkandenganmazhabmashshaiyyun juga langsung tidak tersebar di rantau ini. Didapati bahawa sebahagian ilmu perubatanIbnSinaadatersebardisesetengahkalanganahliperubatantradisional Melayu di zaman silam. Kita tahu bahawa Ibn Sina ialah tokoh ahli falsafah dari mazhabPeripatetik.BeliaujugaahliperubatanIslampalingmasyhur.Dalamsistem pengelasanilmuIslam,ilmuperubatan(ilmaltibb)merupakancabangilmusains tabii. Ibn Sina sendiri menegaskan perkara yang sama tentang kedudukan ilmu perubatan di dalam sistem pengelasan ilmu yang dihasilkannya. Kalau kita teliti tulisantulisanbeliautentangilmuperubatan,terutamasekalitentangfalsafahnya, makakitaakandapatiadanyabeberapaaspekpertaliankonseptualantarafalsafah perubatanbeliaudenganteorikosmologinya.Darisegiinibolehlahkitamembuat dakwaan bahawa terdapat sedikit sebanyak pengaruh kosmologi Peripatetik ke atassainstradisionalMelayuIslam. Kita boleh membuat dakwaan yang sama bahawa perspektif kosmologi menurut mazhab Pithagoras tidak tersebar ke Alam Melayu meskipun terdapat unsurunsur matematik MelayuIslam yang dapat dikesan pada akhirnya kepada ideaidea matematik yang disumbangkan oleh Pithagoras. Aliran kosmologi PithagorasmenonjolkansifatsifatdannamanamaTuhanyangadakaitandengan ilmudan aktivitimatematiktetapitidak sifatsifatdan namanama Nyayang lain.
10

Mazhab ini menonjolkan alam semesta atau kosmos sebagai sebuah karya matematik dan menyifatkan Tuhan yang menghasilkan karya itu sebagai Ahli MatematikMahaAgung.SebilanganahlimatematikIslamtermasuklahIkhwanal Safa (kurun kesepuluh dan kurun kesebelas Masehi) dan Umar Khayyam (sezamandenganImamalGhazzali)telahmenganutiajarankosmologiPithagoras ini. SepertiyangtelahsayategaskantadiduamazhabkosmologiIslamyangpaling berpengaruh di Alam Melayu ialah kosmologi aliran mutakallimun dan kosmologi alirantasawuf.Kosmosgolonganmutakallimunmenonjolkankosmossebagaihasil ciptaan Tuhan menurut Iradat dan KudratNya. Aspek hakikat ketuhanan yang diutamakan oleh golongan ini ialah Iadat dan Kudrat Ilahi. Golongan ini kuat mengkritik aliran kosmologi falsafah kerana dalam pandangan mereka konsep kejadian kosmos menerusi aktiviti pentaakulan (intellection) atau pencahayaan (illumination) semacam menafikan peranan Iradat dan Kudrat Allah. Golongan mutakallimun itu sendiri didapati telah berpecah kepada beberapa mazhab. Kita sediamaklumbahawadiAlamMelayumazhabnyayangpalingberpengaruhialah mazhabAshariyyahterutamanyamenuruttafsirandanhuraianImamalGhazzali. Sains Islam banyak disumbangkan oleh golongan falasifah dari mazhab

Peripatetik. Tetapi sebahagian besar sains Islam yang lain disumbangkan oleh mazhabmazhabintelektual yang lain danjugaahliahlisains yang tidakdikaitkan
11

dengan manamana mazhab pemikiran. Golongan mutakallimun ialah di antara mereka ini yang telah meninggalkan kesan besar ke atas sains Islam. Kosmologi golongan ini dikenali di kalangan para sarjana moden sebagai kosmologi atomistik (atomistic cosmology). Kosmologi ini membuahkan teoriteori atom dalamsainsIslam. OlehkeranakosmologiAshariyyahsangatberpengaruhdiAlamMelayudan

kosmologi ini meninggalkan kesan besar ke atas teori atom yang dikira penting kepada sains fizik maka adalah wajar dikaji sejauh mana teori atom ini telah dibincangkan oleh para ulama Melayu dalam kerangka mereka menghuraikan akidah ahl alsunnah waljamaah menurut fahaman Ashariyyah. Tidak berapa lama dahulu di zaman moden ini perspektif kosmologi Ashariyyah dianggap oleh para pengkritiknya sebagai perspektif antisains kerana atomisme dilihat sebagai bercanggah dengan prinsip kebersebaban (causality) yang diperjuangkan oleh golongan falasifah sedangkan menurut pengkritikpengkritiknya sains hanya mungkin dihidup dan dimajukan sekiranya prinsip kebersebaban dipertahankan. TetapipadahariiniperspektifkosmologiAshariyyahdanfahamanatomismeyang berkaitandengannyamuladihargai.Perubahanpersepsidanpenghargaaniniada kaitan dengan perkembangan mutakhir dalam dunia fizik moden. Menurut segolongan ahli fizik moden, fenomena alam di peringkat zarah atau juzuk atom yang terkecil lebih mudah difahami dan diterima hakikatnya sekiranya ia dilihat
12

dari perspektif atomisme seperti yang diketengahkan oleh para mutakallimun daripadamazhabAshariyyun.Apapun,menurutahliahlifizikiniyanglebihtepat lagi digelar ahliahli fizik kuantum sesuai dengan pengkhususan dan kepakaran mereka dalam pengajian fenomena kuantum, prinsip kebersebaban seperti yang difahami dan diajarkan oleh ahliahli sains dan falsafah daripada mazhab Peripatetiktidaklagidapatdipakaiuntukmenanganifenomenaalamdiperingkat mikroataukuantum. Kosmologi ahliahli tasawuf pula menonjolkan kosmos sebagai manifestasi (tajalli) namanama Tuhan pada keseluruhannya. Kosmos ini ialah sebuah kitab simbolsimbol atau lambanglambang untuk membimbing manusia dalam perjalanan ruhaniahnya. Ia juga diibaratkan sebagai sebuah penjara dari mana seseorang yang arif harus membebaskan dirinya bagi mecapai kebebasan dan kemurnian yang abadi. Perspektif kosmologi tasawuf ini terhurai dengan jelasnya terutama sekali di dalam tulisantulisan Ibn alArabi yang diketahui mempunyai pengaruhbesardikalangansebilanganilmuwandanulamaMelayu. Jika kita meninjau pemikiran kosmologi tokohtokoh ilmuwan Melayu zaman silamsepertiHamzahFansuri,NuralDinalRaniridanShaykhDaudalFatanimaka kitadapatmengesanbetapabesarnyapengaruhkosmologitasawufterhadapidea ideakosmologimereka.DalamkesHamzahFansuripemikirankosmologinyatidak terkumpuldalamsebuahtulisanyangkhususmembincangkanilmukosmologi.Ida
13

idea kosmologi beliau perlu dikutip dari beberapa buah tulisannya yang lebih banyak tertumpu kepada perbincangan tentang hakikat ketuhanan dan pengalamankaumahlitasawufmencariTuhandanmengenaliNya. AlRaniriadamenulisrisalahkhastentangkosmologi.Risalahiniyangberjudul Badkhalqalsamawatwalard(AsalUsulKejadianLangitdanBumi)merupakan jilidpertama(ataubabmenurutistilahAlRanirisendiri)daripadakaryaterkenal beliau,iaituringkasnyaBustanalsalatinyangsemuasekaliterbahagikepadatujuh jilid. Isikandungan risalah ini sangatmenarik kalau dilihat dari sudut pandangan kosmologi saintifik pada kurun keduapuluh ini kerana berbeza halnya dengan perbincangan kosmologi Hamzah Fansuri yang bersifat metafizik sematamata tulisanalRaniriiniturutmemuatkanrujukankepadakejadianlangitfizikaldengan matahari dan bintangbintangnya daripada sejenis asap dan kejadian bumi daripada sejenis buih. Kosmologi moden yang juga mengemukakan teori asal usul alam kosmos daripada sejenis asap sedang mencari jawapan yang lebih memuaskan kepada persoalan mengenai rupa jirim pertama yang daripadanya terjadilangitdanbumi. Kosmologi Shaykh Daud alFatani pula boleh dirumuskan daripada beberapa buah karangannya, misalnya kitab alManhal alsafi. Tujuan utama buku ini ialah untuk membincangkan ilmu hakikat (science of Reality) dari sudut pandangan ahliahli tasawuf. Buku ini juga menerangkan makna beberapa lambang (dalam
14

bahasa Arab, jamaknya rumuz) dan istilah yang biasa digunakan oleh ahliahli tasawuf dalam ilmu hakikat kerana perbincangan tentang ilmu ini semestinya melibatkan penggunaan ilmu perlambangan atau simbolisme. Ilmu hakikat memangbanyakmerujukkepadaideaideakosmologimenurutdefinisikosmologi yangtelahsayaberikansebelumini. Ketigatigapemikirinimenerimapadaumumnyaideaideaasaskosmologiyang telah diperjelaskan oleh ulama tasawuf sebelum mereka, khasnya ideaidea yang telah dipopularkan oleh Ibn Arabi. Berikutnya, saya ingin menyentuh secara ringkas tiga daripada ideaidea ini yang saya kira mempunyai implikasi tasawwur ataukonseptualdengansains: [1]konseptajalli:Tuhanmenciptakosmosmenerusitajalli.Seluruhkosmosadalah tajalliNamaNamaAllahdalamertikatabahawakewujudankosmosiniadalahcara Allah menyatakan kenyataan DiriNya. Hamzah Fansuri mengambil konsep tajalli sebagai tajuk bab kelima dalam karya prosanya Asrar alarifin. Shaykh Daud al Fatani membahagikan tajalli ini kepada tiga peringkat, iaitu [a] tajalli dhat, [b] tajalli sifat dan [c] tajalli afal. Sekiranya kita ingin mengetahui hubungan konsep antara sains dan hakikat ketuhanan maka konsep tajalli dan konsep afal adalah amatrelevanuntukdifahami. [2] konsep alayan althabitah (archetypes or immutable entities): objekobjek yangwujudsebagaimaklumatdalamilmuAllahtetapiyangbelummenjadimaujud
15

atau beroleh kewujudan menerusi titah kun. Amat menarik pandangan sebilangan sarjana yang menghujahkan bahawa salah satu sebab mengapa teori evolusi dalam biologi moden tidak dapat diterima dalam pemikiran Islam ialah keranateoriinibertentangandengankonsepalayanalthabitah. [3] konsep adam (tiada): bagi Ibn alArabi dan pengikutpengikutnya di Alam Melayu mereka membezakan di antara tiada yang mutlak (aladam almutlaq) dantiadayangnisbiataurelatif(aladamalidafi).Konseptiadayangmutlaq merujuk kepada sesuatu yang mustahil wujud. Oleh itu konsep ini tidak boleh dikenakankepadaalayanalthabitahkeranaentitientitiinimempunyaikeadaan kewujudantertentudidalamilmuTuhan. Walaupun pada teorinya ilmu kosmologi mempunyai hubungan yang nyata dengan semua cabang sains tabii dan sains matematik namun pada praktiknya tidak semua aspek dan dimensi hubungan itu diperlihatkan sebagai kenyataan dalam sesebuah tradisi sains dan teknologi. Dalam konteks perbincangan kita tentang sains dan teknologi dalam peradaban MelayuIslam, ada dua isu yang perlu dijelaskan. Pertama, isu seluas mana ilmu kosmologi dalam sejarah peradabanIslamseduniajugaterdapatdiAlamMelayu.Kedua,isusetakatmana ilmukosmologiyangadadalammindaMelayudiaplikasikankepadailmusainsdan teknologi. Pada pendapat saya, walaupun sudah banyak kajian yang telah dijalankansetakatinitentangkeduaduaisuini,namunmasihbanyaklagiwarisan
16

intelektual dan saintifik MelayuIslam yang belum dikaji atau yang belum ditafsirkandenganmemuaskan. SainsMelayuIslam KeluasancakupansainsIslamdalamteoridanpraktikterakamdalampengelasan ilmuyangtelahdihasilkanolehramaiilmuwansepanjangsejarahperadabanIslam. Padaumumnya,menurutsistempengelasanilmuini,adaduakelompokilmuyang dihasilkandalamperadabanIslamyangrelevandenganperbincangandalamkertas ini. Kelompok pertama merujuk kepada sains tabii dan segala cabangnya. Kelompokkeduamerujukkepadasainsmatematik.Ilmumantikterkandungdalam pengelasanilmuinitetapipadaumumnyaiatidakdianggapsebagaicabangsains. Sebaliknya, ia dilihat sebagai ilmu alat yang amat penting untuk kemajuan sains. Dalam sejarah peradaban MelayuIslam memang terdapat pengajaran dan pemakaian ilmu mantik hingga kepada zaman sekarang. Kajian dan tulisan yang dihasilkanolehahliahlisejarahsainssepertiShaharirMohdZaindanMohammad AlinorAbdulKadirjelasmenyokongpendapatini.5 Ilmu matematik Islam merangkumi cabangcabangnya seperti arithmetik, geometri, astronomi, muzik, algebra, optik, ilmu mekanik, dan ilmuilmu kejuruteraan. Sebahagian besar cabangcabang ilmu matematik yang tersebut di

MuhammadAlinorbinAbdulKadir,EpistemologidanSilogismaDalamSumberBertulisTamadunMelayu,Kesturi, jil.17(1&2),hal.3752.

17

atasyangpernahdikembangmajukandalamperadabanIslamdiluarAlamMelayu telah juga dikembangkan di Alam Melayu pada pelbagai tahap. Pengetahuan matematik dalam cabangcabang yang dimaksudkan telah diaplikasi dan digunasuaikan dalam pelbagai kehidupan masyarakat MelayuIslam. Sebagai contoh, pengetahuan ini telah digunakan dalam usaha memperkembangkan beberapajenistakwimdirantauini.KajianBaharuddinZainalmenegaskanbahawa salah satu ciri ketara pengaruh takwim pascapengislaman ialah penulisan unit takwimsecarakuantitatifyanglengkap.6 Mengenai bidang kejuruteraan, sebelum zaman moden, ia merupakan sebahagian daripada ilmu matematik seperti yang jelas kelihatan dalam sistem pengelasan ilmu. Pada zaman moden ilmu kejuruteraan tidak lagi dikira sebagai cabang ilmu matematik. Namun demikian pengetahuan matematik banyak terkandungdidalamilmukejuruteraan.DalamAlamMelayuapayangdisebuthari inisebagaiilmukejuruteraanbiasanyadikelompokkandibawahbidangteknologi. PadahakikatnyaadalahjelasbahawabidangteknologitradisionalMelayumeliputi beberapacabangilmukejuruteraan. Sains tabii Islam meliputi ilmuilmu seperti geologi, kimia, fizik, botani, zoologi danilmupsikologitermasukpsikologikognitif.Pengetahuandalamsemuabidang sainstabiiiniterdapatdiAlamMelayusebagaimanaiajugaterdapatdibahagian

BaharuddinbinZainal,PerkembanganAsasAsasSainsTakwimdiAlamMelayu,Kesturi,jil.17(1&2),hal.1836.

18

bahagian lain dunia Islam. Salah satu aspek ilmu psikologi kognitif ialah perbincangantentangsifatdanfungsiakalfikiran.Isuiniadadibincangkandalam tulisantulisanklasikMelayuIslam. TeknologiMelayuIslam Ruang lingkup penghasilan dan aplikasi teknologi MelayuIslam adalah luas. Memang benar bahawa pada umumnya teknologi MelayuIslam berada pada tahap yang mudah. Akan tetapi perlu diambil ingatan bahawa ukuran kejayaan sesebuah sistem teknologi bukanlah sematamata darjah atau tahap kecanggihannya. Mungkin yang lebih penting lagi ialaah pertimbangan sama ada bentukteknologiberkenaandapatmemenuhikeperluansemasayangdikehendaki. Tujuan utama teknologi ialah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Sekiranya sesuatu bentuk teknologi berjaya menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat maka ia dianggap sebagai satu kejayaan dan kemajuan meski pun ia tidak dikira sebagai canggih dalam pengertian teknologimoden. Dalam membandingkan antara teknologi tradisional Melayu dengan teknologi moden kita juga harus mempertimbangkan faktor dampak masingmasing teknologi. Falsafah teknologi tradisional agak berbeza dengan falsafah teknologi moden. Sistem dan bentuk teknologi tradisional mengutamakan hubungan harmonis antara manusia dan alam sekitar. Sebenarya dewasa ini sudah semakin
19

meningkatkesedaranmanusiaterhadapdampaknegatifteknologimodenkeatas alam sekitar. Oleh itu sering kedengaran sekarang ini seruan agar manusia menciptateknologiyangdapatmenjaminpembagunanmampan. Dalam membincangkan teknologi MelayuIslam tidak mencukupi sekadar kita menunjukkan keluasan ruang lingkup penghasilan teknologi tersebut dengan menyenaraikan bidangbidang teknologi dalam peradaban MelayuIslam. Perlu juga diketengahkan ialah perbincangan tentang falsafah teknologi MelayuIslam dan perbincangan tentang kepintaran dan kepandaian Melayu berteknologi. Seperti yang ditegaskan oleh beberapa pengkaji teknologi Melayu7 dalam Alam Melayuahliteknologidigelartukangataupandai.Istilahtukangmerupakanistilah umumuntukahliteknologiMelayu.Seseorangtukangialahorangyangmahiratau pandaimembuatsesuatubarang.OlehituperbincangantentangteknologiMelayu ialahperbincanganmengenaitukangdanpertukangan. Sudah banyak kajian dijalankan tentang teknologi Melayu. Daripada kajian kajian ini kita mendapat gambaran betapa luasnya cakupan bidang penghasilan pertukangan dan teknologi Melayu. Kebanyakan kajian dijalankan dari perspektif sejarah sosiobudaya dan sejarah sosioekonomi. Jarang sekali kajian dibuat daripadaperspektifsejarahdanfalsafahteknologi.Mungkinkitadapatgambaran

WanRamliWanDaud,SejarahPerkembanganTeknologiMelayu:SatuKajianAwal,Mohd.YusofHj.Othman, Penyelenggara,SainsdanMasyarakat:WacanaSejarahdanFalsafahSains(KualaLumpur:DewanBahasadan Pustaka,2009,hal.1453).


7

20

yang lebih baiktentang kedudukan, peranan dan perkembangan teknologi dalam peradaban MelayuIslam sekiranya kajian dari perspektif sejarah dan falsafah teknologiinibolehdiusahakan.

21

You might also like