You are on page 1of 3

salah disisi undang-undang namun ia menjejaskan matlamat menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.

Etika kerja yang baik adalah kombinasi di antara sifat amanah, objektif dalammembuat keputusan, mempunyai pegangan dan prinsip moral yang kukuh, peribadiyang mulia, mempunyai kewibawaan dan integriti yang tidak dipersoalkan sertaprestasi kerja yang berkualiti. Etika kerja yang digariskan bukan sahaja dapat mengekal dan memeliharakepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, malah dapat memupuktanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan di antara anggotaperkhidmatan awam dan mewujudkan suasana kerja yang sihat. Peranan anggota perkhidmatan awam Peranan anggota perkhidmatan awam adalah menyeluruh dan meliputipelbagai bidang. Dari penggubalan dasar sehinggalah ke pelaksanaan perkara kecilyang berkaitan secara langsung dengan kepentingan orang awam. Tanggungjawabyang dipikul serta kuasa yang ada pada seseorang anggota perkhidmatan awamtertakluk kepada pangkat, jawatan atau tugas yang harus dilaksanakan. la meliputiperkara seperti kutipan hasil, penguatkuasaan undangundang menentukanperaturan dan perjalanan perdagangan dan perusahaan, pengangkutan, persediaaninfrastruktur, pengeluaran lesen, dan kententeraman awam serta keselamatan negara. Di samping itu anggota perkhidmatan awam terdiri daripada mereka yangdilantik untuk berkhidmat secara tetap. Dasar-dasar negara pula adalah sesuatuyang berkesinambungan (continuity). Oleh itu hasrat serta tuntutan supaya prestasiperkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap yang oemerlang adalah suatuperkara yang mutlak. Sebuah perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan harus mampumelaksanakan sesuatu program yang digariskan dengan penuh tanggungjawab danberetika. Justeru itu penghayatan nilai murni di kalangan anggota perkhidmatanawam seperti mengutamakan pelanggan, kesedaran terhadap kualiti, akauntabiliti,integriti dan nilainilai murni yang lain harus sentiasa ditekankan bagi mewujudkansebuah perkhidmatan awam yang cemerlang. Adalah penting bagi anggola perkhidmatan awam untuk sentiasa bcrlaku adildan menampakkan keadilan kepada mata rakyat. Sebarang perilaku anggotaperkhidmatan awam yang boleh ditafsirkan sebagai tidak selaras dengan nilai dannorma masyarakat bukan sahaja dianggap tidak beretika malah dapat menggugatkeutuhan kerajaan. Setiap indiyidu yang memasuki sesuatu perkhidmatan tentunya mempunyaipengharapan tertentu dari sudut kemajuan dirinya, pengelahuan, gaji dan taralhidup. Ini bermakna bahawa ia membawa bersamanya nilai dan sikap tertentumengenai sumbangannya kepada perkhidmatan dan juga negara. 2 Pihak majikan pula mempunyai tanggungjawab tertentu terhadap anggotaperkhidmatan awam yang memasuki sesebuah organisasi berasaskan kepadapengetahuan, kelulusan dan kebolehan yang didapati daripada seseorang itu iadilantik untuk bckerja dan memberi jaminan dari segi ganjaran dan juga syarat-syarat perkhidmatannya.

Apabila seseorang anggota perkhidmatan awam menerima tawaran perlantikanjawatan, ia secara moral dan psikologikal adalah berjanji untuk menunaikantangungjawab dengan penuh amanah. Seseorang yang tidak beramanah bermakna ia mempunyai nilai yang rendahterhadap dirinya. Dalam perkhidmatan awam, seseorang yang beramanah itubermakna ia menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan tekun dan mengikutkeupayaannya selaras dengan ungkapan "Berkhidmat Untuk Negara" yangmendasari setiap surat rasmi organisasi. Pemberian daripada kcrajaan adalahsetimpal sebagai ganjaran jika ia menunaikan tugas dan tanggungjawabnya dengansaksama. Usaha-usaha ke arah pengwujudan perkhidmatan awam yang cemerlang Jika ditinjau usaha yang dibuat dalam memupuk dan menanam nilai-nilai murnidi kalangan anggota perkhidmatan awam selama ini ternyata bahawa ia adalahsesuatu yang berterusan. Matlamatnya cuma satu iaitu untuk meningkatkan kualitihasil kerja. Usaha kerajaan untuk meningkatkan imej dan prestasi perkhidmatan awamdimulakan semenjak awal 1960-an lagi Pendekatan yang digunakan kebanyakannyaberlegar di sekitar perubahan struktur, perubahan sistem dan prosedur, peningkatankeberkesanan teknologi maklumat dan automasi pejabat serta pembangunan tenagamanusia. Walaupun usaha-usaha ini sudah membuahkan hasil namun ia masih bolehdipertingkatkan 1agi. Dalam tahun 1980-an penekanan ditumpukan kepada usahamemupuk sikap dan nilai anggota perkhidmatan awam supaya sifat-sifat ini menjadilebih mantap. Ketika program lain masih diteruskan terdapat anggapan betapa perludiwujudkan suatu etika perkhidmatan yang menyeluruh yang dapat memandu setiapanggota perkhidmatan awam sama ada dalam tugas harian ataupun dalam corakkehidupannya. Kesedaran ini wujud berasaskan penilaian serta orientasi baru hasil daripadabeberapa program reformasi dan penilaian yang dijalankan di peringkat makro dandi peringkat agensi sendiri. Perubahan struktur, sistem, prosedur dan sebagainyadiwujudkan dan dikawal oleh manusia. Ini bermakna asas prestasi pelaksanaansesuatu tindakan itu banyak bergantung kepada sifat manusia sendiri. Untuk mengubah dan meningkatkan prestasi dan imej sesuatu perkhidmatanatau organisasi, tumpuan haruslah diberikan kepada manusia itu sendiri dari segisikap dan nilai serta keupayaannya untuk meningkatkan pengetahuan dan 3 kemahiran. Ini memerlukan usaha mengubah sikap dan nilai anggota perkhidmatan awam. Terdapat dasar khusus yang dirangka mengenai penerapan nilai murni danetika kerja yang positif. Antaranya ialah Teras Perkhidmatan Awam (Januari, 1979),Etika Perkhidmatan Awam dan Konsep Perkhidmatan Cemerlang (Disember. 1980).Dasar Pandang Ke Timur (Februari, 1982), Bersih, Cekap dan Amanah (April, 1982),Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran (1982), Kepimpinan Melalui Teladan(Mac, 1983) dan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang (November, 1989). Sementaraitu. Rukunegara yang menjadi teras falsafah negara juga turut menggariskan"kesopanan dan kesusilaan" sebagai salah satu prinsip utamanya. Di samping itu pemimpin-pemimpin negara pula sering membuat penekananmengenai pembentukan sikap dan amalan nilai yang positif. Gerakan-gerakanseperti revolusi mental, revolusi hijau, berdikari dan seumpamanya jelasmenunjukkan harapan pemimpin negara terhadap penerapan nilai murni dan etikakerja yang positif.

Di pihak lain, pemimpin tertinggi perkhidmatan awam juga sering mengingatkananggota perkhidmatan awam mengenai penting nya nilai murni dan etika kerja yangpositif. Malah Ketua Setiausaha Negara sendiri turut mengungkapkan beberapa nilaimurni yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awamseperti yang termaktub dalam buku Tonggak Dua Belas: Penerapan Nilai, Normadan Etika Perkhidmatan Awam. Dari aspek yang lain usaha penerapan nilai murni ini turut menggunakan medialatihan sebagai salah satu strategi pelaksanaan. Dalam hal ini kursus-kursus induksimemainkan peranan utama kerana ia adalah latihan pertama yang dihadiri olehsetiap anggota perkhidmatan awam yang baru dilantik. Selain itu, nilai-nilai yang ingin diketengahkan juga menjadi faktor penentudalam kemajuan kerjaya seseorang anggota perkhidmatan awam seperti yangterkandung dalam Laporan Nilaian Prestasi. Antara nilai itu adalah akhlak yang baik,kebolehan berkomunikasi, perawakan, pergaulan dan sebagainya. Beberapa larangan juga dinyatakan dengan jelas melalui arahan-arahanperkhidmatan dan tatacara dari perkhidmatan tertentu. Semua ini adalah peraturanyang merangkumi tatalaku dan apa yang diharapkan dari setiap anggota per-khidmatan awam. Secara umumnya etika yang perlu menjadi pegangan dalamperkhidmatan awam ialah bersih, cekap dan amanah. la harus diterjemahkansebagai suatu nilai bersama atau satu superordinate goal. Pengenalan dasar dan program untuk membentuk sikap dan nilai murni dikalangan anggota perkhidmatan awam adalah selaras dengan fahaman dan amalandi kalangan pakarpakar pengurusan organisasi dan budaya kerja organisasi masaini. Pakar-pakar pengurusan membuktikan bahawa syarikat swasta yang cemerlangsememangnya mempunyai budaya kerja organisasi yang kukuh. Ini dibuktikan olehsyarikat-syarikat korporat yang bertaraf antarabangsa seperti IBM, SONY,Matsushita, McDonald's dan lain-lain. 4 Di atas kesedaran inilah usaha penerapan nilai murni dan etika kerja yangpositif di kalangan anggota perkhidmatan awam sentiasa dipandang bcrat.Kesedaran ini lebih dirasakan perlu apabila negara meletakkan pembentukanbudaya kerja cemerlang sebagai asas untuk mencapai kejayaan. Majalah KHIDMAT, April 1995

You might also like