You are on page 1of 10

GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (ABM) PERJAWATAN TAHUN 2012 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TUJUAN

1.

Tujuan garis panduan ini ialah untuk memberi panduan penyediaan

cadangan permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) bagi tahun 2012.

LATAR BELAKANG

2.

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(KPM)

merupakan

salah

sebuah

Kementerian yang diberi kebenaran oleh Agensi Pusat untuk memohon perjawatan melalui ABM (Perjawatan) pada setiap tahun. Semua perjawatan yang dipohon adalah berdasarkan kepada persetujuan dan norma perjawatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

3.

JPN

diminta di

menyediakan bawah

cadangan

keperluan

perjawatan mengikut

bagi aktiviti

sekolah/institusi

kawalannya

masing-masing

berdasarkan unjuran keperluan dan keupayaan sebenar pada tahun hadapan. Sebarang unjuran yang dibuat hendaklah berasaskan kepada data sebenar pada tahun semasa dan ditambah dengan data anggaran kemasukan pada tahun hadapan.

4.

Kementerian telah memperkenalkan pengiraan perjawatan berasaskan

sekolah pada tahun 2008 bermula dengan Aktiviti Rendah dan telah diteruskan kepada semua aktiviti pada tahun 2009. Pihak JPN yang menyediakan data dan maklumat asas bagi setiap sekolah/institusi hendaklah memastikan bahawa data yang diberi adalah data sebenar sesuai dengan keupayaan fizikal seperti bilangan
1

bilik darjah, makmal dan bengkel yang akan dapat menampung bilangan murid yang diunjurkan. Maklumat ini adalah penting bagi membolehkan KPM memohon perjawatan yang tepat.

5.

Semua data/maklumat yang disediakan dalam permohonan akan disemak

dan diteliti oleh Kementerian sebelum dibentangkan kepada pengurusan tertinggi KPM sebelum dikemukakan kepada Agensi Pusat untuk pertimbangan dan kelulusan.

DASAR KAWALAN SAIZ PERKHIDMATAN AWAM

6.

Kerajaan masih menguatkuasakan dasar kawalan saiz perkhidmatan awam

dan penjimatan perbelanjaan Negara yang telah digariskan melalui beberapa Pekeliling Perbendaharaan, Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Surat Pekeliling KPM. Berikut ialah cabutan daripada Pekelililing

Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2011 : GARIS PANDUAN BAGI PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUN 2012 DAN 2013 ;

PERJAWATAN

23.

Kerajaan akan memastikan saiz perkhidmatan awam terus terkawal bagi memastikan agensi Kerajaan mempunyai saiz yang bersesuaian dengan tugas dan fungsi selaras dengan objektif penubuhannya. Di dalam menimbangkan permohonan penyusunan semula struktur organisasi dan pengukuhan perjawatan, Kementerian/Agensi perlu mengkaji semula struktur organisasi dan perjawatan sedia ada supaya tidak berlaku pertindihan fungsi bagi memastikan semua jawatan sedia ada melaksanakan tugas secara optimum. Kerajaan

juga akan menggunakan pendekatan baru dalam pembangunan organisasi melalui kaedah multi tasking dan outsourcing.

24.

Selaras dengan langkah Kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemat, kaedah penempatan semula (redeployment) dan tukar ganti (tradeoff) perjawatan sedia ada akan dilaksanakan bagi mengurangkan beban kewangan Kerajaan. Kementerian/Agensi bertanggungjawab memastikan struktur organisasi adalah mantap dan dinamik bagi memenuhi keperluan pelaksanaan GTP, ETP dan RMKe-10.

PENYEDIAAN CADANGAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS PERJAWATAN TAHUN 2012

7.

Semasa menyediakan data/maklumat dalam cadangan ABM (Perjawatan)

Tahun 2012, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :

7.1

Data sebenar yang berakhir pada 31 Januari 2011

Kedudukan data/maklumat yang disahkan pada 31 Januari 2011 diberikan oleh pihak pentadbir sekolah/institusi meliputi perkaraperkara berikut mengikut sekolah/instiusi: i) ii) iii) Data bilangan murid dan kelas pra sekolah Data bilangan murid dan kelas integrasi pendidikan khas Data bilangan murid biasa mengikut kelas tahun(SR)/

tingkatan(SM) iv) v) vi) vii) Data bilangan kelas yang dicadangkan akan dibuka Data bilangan fizikal bilik darjah yang dijadikan kelas Data bilangan makmal Data bilangan bengkel
3

viii) ix)

Data bilangan penghuni asrama(jika ada) Data bilangan murid dan kelas matapelajaran KHB, MPT,

MPV, Sains Tingkatan 6 dan Bahasa Antarabangsa x) xi) xii) Data bilangan Murid Islam di SJK(C) dan SJK(T) Bilangan Sekolah baru yang dijangka buka pada tahun 2012 Bilangan Sekolah yang tidak dapat dibuka dalam tahun 2011 (telah diluluskan perjawatan)

Semua data/maklumat hendaklah menggunakan format-format yang dibekalkan bagi memudahkan semakan dan perkiraan jawatan berdasarkan sekolah/institusi. Selain daripada sekolah diperlukan itu maklumat asas

bagi tujuan pengesahan sekiranya timbul

kekeliruan atau semakan yang akan dibuat secara rawak untuk tujuan pengesahan data/maklumat.

7.2

Pengiraan

Perjawatan

berasaskan

sekolah

bagi

Aktiviti

Pendidikan Rendah, Menengah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru

Pemeriksaan ABM Tahun 2012 berasaskan sekolah bagi semua aktiviti diteruskan pada tahun ini bagi memohon perjawatan yang optimum bagi setiap sekolah dan institusi. Sekiranya data yang diberikan adalah tepat maka bilangan perjawatan yang akan dipohon adalah lebih tepat dan stabil pada tahun hadapan. Oleh itu perhatian yang lebih haruslah ditumpukan khasnya kepada sekolah/institusi yang memerlukan tambahan perjawatan kerana ada cadangan pertambahan bilangan fizikal bilik darjah, makmal, bengkel dan perluasan MPV/MPT/Bahasa Antarabangsa. Jika sekiranya tiada perubahan bilangan perjawatan adalah tidak berubah pada tahun hadapan.
4

7.3

Norma Perjawatan Guru dan Staf Sokongan Di Sekolah :

Norma Perjawatan (Pindaan sehingga tahun 2009) akan digunakan sebagai asas bagi memohon perjawatan pada tahun 2012. Sebarang cadangan jawatan di luar Norma Perjawatan hendaklah dikemukakan secara berasingan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

7.4

Pembukaan Kelas yang dikawal oleh Kementerian

Seperti yang telah diputuskan KPM memantapkan pembukaan atau perluasan kelas-kelas berikut adalah dibawah kawalan bahagian tertentu. Oleh itu sebarang cadangan baru atau perluasan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan seperti berikut:

Bahagian yang Bil 1 2 3 4 5 6 7 Mata Pelajaran Kelas Pra sekolah Mata Pelajaran Vokasional(MPV) Mata Pelajaran Teknikal(MPT) Kelas Aliran Agama(KAA) Kelas Bahasa Antarabangsa Kelas Tingkatan Enam Kelas Pendidikan Khas bertanggung jawab BPSH BPK BPTV BPI BPK BPSH B.Pend. Khas

8.

Untuk memudahkan pelaksanaan dan penyelarasan semakan dan pemeriksaan data/maklumat beberapa format diperlukan. Format format tersebut hendaklah dicetak dan disalinkan secara soft copy dalam bentuk CD atau disket seperti berikut:

(a)

Aktiviti Pendidikan Rendah

i) ii) iii)

Kawalan JPN (SRH) / JPN (SRB) Lampiran A hingga Lampiran H Borang SR-1 bagi sekolah yang berubah

(b)

Aktiviti Sekolah Menengah Harian / Bestari / Model Khas

i) ii) iii)

Kawalan JPN SMH / JPN SMB / JPN M. KHAS Lampiran A hingga Lampiran L SM-1 Bagi Sekolah yang berubah

(c)

Aktiviti Asrama

Format ASR 1

(d)

Staf Sokongan

Format AKS

9.

Bagi Format AKS, JPN dikehendaki menyediakan senarai sekolah- sekolah yang sedang beroperasi pada tahun 2011 dan akan

beroperasi sepanjang tahun 2012.

Format tersebut juga hendaklah

dicetak dan disalinkan di dalam bentuk CD, disket atau soft copy.
6

PERHATIAN KHAS

10.

Pihak JPN/Bahagian diminta merancang dan menyelaras sebaik mungkin pertambahan murid, pembukaan kelas baru dan sesi persekolahan (satu sesi atau dua sesi) pada tahun 2012 terutama yang melibatkan pertambahan jawatan. Ini kerana pihak Agensi Pusat tidak akan melayan sebarang permohonan pertambahan jawatan di sekolah/institusi di luar ABM Perjawatan Tahunan.

11.

Pihak JPN hendaklah menyediakan 5 salinan secara hard copy kepada Bahagian ini bagi cadangan keseluruhan permohonan berdasarkan format yang telah disediakan.

PENUTUP

Tarikh

akhir

bagi

melengkapkan

semua

format-format

yang

berkaitan

dan

mengemukakan cadangan ABM Perjawatan Tahun 2012 kepada Bahagian ini adalah sebelum atau pada 18 Mac 2011.

Cawangan Perjawatan Dan Naziran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia Februari 2011

LAMPIRAN A

MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) SEKOLAH MENENGAH

PENYELARAS : PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 MATA PELAJARAN VOKASIONAL Pembinaan Domestik Membuat Parabot Seni Reka Tanda Kerja Paip Domestik Pendawai Domestik Kimpalan Arka dan Gas Menservis Automobil Menservis Motosikal Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyaman Udara Menservis Peralatan Elektrik Domestik Rekaan dan Jahitan Pakaian Katering dan Penyajian Pemprosesan Makanan Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut Hiasan Dalaman Asas Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Gerontologi Asas dan Perkhidmatan Gerlatrik Lanskap dan Nurseri Akuakultur dan Haiwan Rekreasi Tanaman Makanan Produksi Multimedia Grafik Berkomputer PD MP SRT KPD Pen. D KAG MA MM MPPPU MPED RP KPD Pem. M PMDR HAD APAK GAPG LN AHR TM PMDR GB KOD MPV

Mata Pelajaran Baru Yang Dikira Di Bawah MPV 23 24 Reka Cipta ICT RC TMK

LAMPIRAN B

MATA PELAJARAN TEKNIKAL (MPT) SEKOLAH MENENGAH

PENYELARAS : JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

BIL 1 2 3 4 5 6

MATA PELAJARAN Ekonomi Rumah Tangga Sains Pertanian Lukisan Kejuruteraan Teknologi Pendidikan Perdagangan Prinsip Perakaunan

KOD MPT ERT SP LK TK PD PA

LAMPIRAN C

KELAS AMALI DI SEKOLAH MENENGAH BIL 1 MATA PELAJARAN Bilangan Kelas Perdagangan/Kemahiran Hidup Bersepadu (Tingkatan 1 - Tingkatan 3)

Bilangan Kelas Amali (Tingkatan 6)

1 2 3 4 5

Fizik Kimia Biologi Computing Pendidikan Seni Visual

10

You might also like