You are on page 1of 15

Ayat (Sintaks) Sintaksis kajian berkenaan binaan/struktur ayat.

Definisi

Ayat ialah struktur (susunan perkataan) yang mengandungi topik cerita (subjek) dan cerita mengenai topik tersebut (predikat), serta mempunyai makna yang lengkap dan logik.

Unsur/Komponen Ayat

Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunan subjek diikuti oleh predikat.

Ayat subjek + predikat

Contoh: Siti + membaca buku di dalam biliknya. Siti - subjek. Membaca buku di dalam biliknya - predikat.

Selain subjek dan predikat, sesuatu ayat mungkin juga mengandungi objek, pelengkap dan keterangan/penerang. Objek ialah unsur yang hadir selepas frasa kerja transitif. Oleh itu, objek ialah sebahagian daripada predikat.

Contoh: Ali + memukul ular itu. Ali - subjek

Memukul ular itu - predikat Memukul - frasa kerja transitif Ular itu - objek

Pelengkap pula ialah unsur yang hadir selepas sesetengah frasa kerja tak transitif. Oleh itu, pelengkap juga ialah sebahagian daripada predikat.

Contoh: Siti + pergi ke sekolah. Siti - subjek Pergi ke sekolah predikat Pergi - frasa kerja tak transitif Ke sekolah - pelengkap

Keterangan boleh hadir dalam pelbagai posisi ayat tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu keterangan subjek dan katerangan predikat. Keterangan subjek hadir sebelum/selepas subjek dan membentuk sebahagian daripada subjek.

Contoh: Seorang pelajar + dipilih untuk menyertai program itu. Seorang pelajar - subjek Seorang - keterangan (bilangan)

Contoh: Pelajar itu + dipilih untuk menyertai program tersebut. Pelajar itu - subjek Itu - keterangan (ketentuan)

Contoh: Dua orang pelajar USM + dipilih untuk menyertai program itu. Dua orang pelajar USM - subjek

Dua orang - keterangan (bilangan dan penjodoh bilangan) USM - keterangan (pemilik)

Keterangan predikat dapat dibahagikan kepada beberapa subkategori. Antaranya adalah keterangan frasa kerja (adverba), keterangan FN objek dan keterangan pelengkap.

(1) a. Siti menelaah bersungguh-sungguh pelajarannya.. b. Siti membaca novel kegemarannya. c. Dia menjadi pensyarah universiti.

Dalam (1a), frasa bersungguh-sungguh ialah keterangan bagi frasa kerja menelaah. Dalam (1b), frasa kegemarannya ialah keterangan bagi FN objek novel. Dalam (1c), frasa universiti ialah keterangan frasa nama pelengkap pensyarah. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut:

(1) a. Siti menelaah pelajarannya.. b. Siti membaca novel. c. Dia menjadi pensyarah.

Jenis-jenis Ayat

Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.

Ayat Dasar

Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).

Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).

a) FN + FN Siti + guru.

b) FN + FAdjektif Siti + pandai.

c) FN + FSN (sendi nama) Siti + di dalam bilik.

d) FN + FKerja Siti + tidur.

Ayat Terbitan

Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.

a) Ayat Tunggal

Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.

Contoh: Siti guru sekolah rendah. Siti tidur di dalam biliknya.

b) Ayat Majmuk

Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu gabungan, pancangan dan campuran.

a) Ayat majmuk gabungan

Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan menjadi satu ayat majmuk.

1. Dia pandai menyanyi. 2. Dia pandai berlakon. 3. Dia pandai menggubah lagu. 4. Dia pandai mengarah filem. 5. Dia pandai menulis skrip. 6. Dia pandai berlawak.

Ayat majmuk: Dia pandai menyanyi, berlakon, menggubah lagu, mengarah filem, menulis skrip dan berlawak.

b) Ayat majmuk pancangan

Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu lagi ayat kecil / klausa).

Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya bergantung pada kewujudan ayat induk).

Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu komplemen dan relatif.

i) Ayat majmuk pancangan komplemen (bahawa, supaya/agar)

Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.

Ayat induk : Dia menegaskan sesuatu. Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.

Perhatikan: Kewujudan ayat kecil bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan adalah terikat dengan kewujudan ayat induk dia menegaskan sesuatu.

ii) Ayat majmuk pancangan relatif (yang)

Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ali.

Ayat induk : Orang meminjam buku itu. Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ali.

c) Ayat Majmuk Campuran

Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.

Contoh: Ali membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur nyenyak di dalam bilik masing-masing.

Ali membaca buku. ayat dasar. Kawan-kawannya yang keletihan .... ayat majmuk pancangan relatif.

Proses Penerbitan Ayat

Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan, pengguguran dan penyusunan semula/pemindahan unsur. Dalam bahagian ini akan dibincangkan proses yang dapat menerbitkan ayat yang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama. Dengan kata lain, ayat yang tidak bermula dengan frasa nama. Hal ini perlu dijelaskan kerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenis perkataan/frasa, misalnya kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidak boleh mengisi posisi ini.

Nota: Istilah yang biasa digunakan untuk proses penerbitan ayat ialah proses sintaksis atau transformasi.

a) Ayat bermula dengan FK, FA dan FSN

Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah penyusunan semula urutan subjek dan predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat atau sebahagian unsurnya akan dipindahkan ke pangkal ayat, lalu mengubah pola ayat menjadi predikat + subjek atau predikat (sebahagian) + subjek + predikat (sebahagian). Oleh sebab predikat ayat mungkin terdiri daripada frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) atau frasa sendi nama (FSN), ayat yang terjana akan bermula dengan jenis frasa ini.

(2) a. Berdamai juga mereka akhirnya. b. Sungguh indah pemandangan di pantai ini. c. Di sinilah rumah saya.

Ayat (2a) bermula dengan FK berdamai, ayat (2b) bermula dengan FA sungguh indah dan ayat (2c) bermula dengan FSN disinilah. Ayat (2a) diterbitkan melalui pemindahan sebahagian unsur predikat berdamai juga akhirnya manakala ayat (2b) dan (2c) diterbitkan melalui pemindahan seluruh predikat. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut:

(2) a. Mereka berdamai juga akhirnya. b. Pemandangan di pantai ini sungguh indah. c. Rumah saya di sinilah.

Nota: Oleh sebab ayat yang melalui proses transformasi penyusunan semula ini berstruktur terbalik, iaitu predikat + subjek, ia juga dikenali sebagai ayat songsang. Proses yang menerbitkannya dikenali juga sebagai penyongsangan ayat.

b) Ayat bermula dengan kata kerja, kata adjektif, kata tunjuk dan kata hubung

Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah pengguguran perkataan. Dalam proses ini, perkataan yang menjadi inti bagi FN yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat digugurkan, meninggalkan unsur keterangan bagi FN berkenaan untuk mengisi posisi subjek ayat. Oleh sebab keterangan bagi sesuatu FN boleh terdiri daripada KK, KA, kata tunjuk atau kata hubung, ayat yang terjana akan bermula dengan jenis perkataan ini.

(3) a. Membaca meluaskan pengetahuan. b. Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan. c. Itu menara Kuala Lumpur. d. Yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

Semua ayat (3a-d) telah melalui pengguguran kata nama yang menjadi inti FN subjek. Dalam ayat (3a), KN yang digugurkan ialah hobi (daripada FN hobi membaca). Dalam ayat (3b) KN yang digugurkan ialah warna (daripada FN warna putih).

Dalam ayat (3c), KN yang digugurkan ialah bangunan (daripada FN bangunan itu). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (menara Kuala Lumpur ialah FN). Jika tidak, ayat (4a) dan (4b) yang dijana tidak gramatis.

(4) a. Bangunan itu sangat cantik. a. *Itu sangat cantik. b. Bangunan itu di Kuala Lumpur. b. *Itu di Kuala lumpur.

Pengguguran KN bangunan daripada FN bangunan itu menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA sangat cantik (4a) dan FSN di Kuala Lumpur (4b).

Dalam ayat (3d) KN yang digugurkan ialah bangunan (daripada FN bangunan yang tinggi itu). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (menara Kuala Lumpur ialah FN). Jika tidak, ayat (5a) dan (5b) yang dijana tidak gramatis.

(5) a. Bangunan yang tinggi itu sangat cantik. a. *Yang tinggi itu sangat cantik. b. Bangunan yang tinggi itu di Kuala Lumpur. b. *Yang tinggi itu di Kuala lumpur. Pengguguran KN bangunan daripada FN bangunan yang tinggi itu menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA sangat cantik (5a) dan FSN di Kuala Lumpur (5b). Ayat asal bagi (3a-d) adalah seperti yang berikut: (3) a. Hobi membaca meluaskan pengetahuan. b. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan. c. Bangunan itu menara Kuala Lumpur. d. Bangunan yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

Ayat Terbitan

Ayat terbitan boleh didefinisikan sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau tranformasi daripada ayat dasar.Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu penyusunan semula,peluasan dan pengguguran

Proses Penyusunan Semula

Ayat yang mengalami penyusunan semula ialah ayat yang diubah menjadi ayat pasif,ayat yang mempunyai dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi dan juga ayat songsang.Dalam proses ini ayat akan mengalami perubahan namun maksud yang ingin disampaikan masih tetap sama.Terdapat tiga proses penyusunan iaitu a) Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif b) Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat c) Dan juga penyusunan menjadi ayat songsang. (a) Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif menjadi Subjek Ayat Pasif. Proses penyusunan ayat ini terjadi apabila ayat aktif ditukar menjadi ayat pasif.Frasa Nama yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam ayat pasif.Contohnya Ayat aktif : Ali menampar adik Ayat pasif : Adik ditampar oleh Ali Ali menampar adik merupakan ayat aktif dimana objek kepada ayat tersebut ialah adik.Apabila ia dipasifkan dan di susun semula maka kita dapat melihat dalam contoh ayat pasif tersebut dimana adik telah menjadi subjek dalam ayat tersebut. (b) Penyusunan Semula Objek Sipi menjadi Objek Tepat Dalam banyak ayat,terdapat ayat yang mempunyai satu objek namun ada juga ayat yang mempunyai dua objek.Maka ia dipanggil sebagai objek tepat dan objek sipi.Objek tepat adalah objek yang berada diawal dan objek sipi berada selepas objek tepat. (a) Ibu memarahi Ali dan Abu. (b) Ibu memarahi Abu dan Ali. Dalam contoh (a) kita dapat melihat bahawa Ali merupakan objek tepat tetapi selepas dilakukan penyusunan semula kita akan dapat melihat sebagaimana dalam contoh (b) dimana Abu pula menjadi objek tepat dan Ali menjadi objek sipi. (c) Penyusunan Semula menjadi Ayat Songsang Penyusunan semula ayat juga boleh dilakukan dengan menyongsangkan ayat tersebut.Contohnya (a) Ali telah berjaya menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root. (b) Menjadi jutawan selepas memenangi pertandingan Power Root,Ali berjaya. Jika perhatikan susunan ayat dalam contoh (a) dan juga (b),kita akan dapat melihat kedudukan predikat yang berbeza.Ali beraya yang berada didepan ayat telah bertukar menjadi di belakang ayat.Maka ayat tersebut telah di songsangkan. Proses Perluasan

Ayat yang mengalami perluasan ialah ayat terbitan yang mana berasal dari ayat dasar.Proses perluasan terjadi apabila ditambah unsur lain atau unsur baharu.Dalam ilmu bahasa Melayu terdapat beberapa jenis proses perluasan (a) Perluasan frasa nama sebagai objek (b) Perluasan frasa nama sebagai predikat (c) Perluasan dengan kata hubung (d) Perluasan melalui proses komplementasi (a) Perluasan Frasa Nama sebagai Subjek. Perluasan frasa nama sebagai subjek berlaku dengan proses pemancanganyang.Ia dilakukan melalui proses relativasi.Contohnya (a) Bomba memadam kebakaran (b) Bomba itu abang saya (c) Bomba yang memadam kebakaran itu adalah abang saya Dalam ayat (a) dan (b) merupakan dua ayat yang berbeza.Bagi mengabungkan ayat terbabit maka yang telah dipancangkan kedalam ayat terbabit menjadi contoh di (c).Dalam keadaan yang sebenar bomba tersebut perlu diulang sebanyak dua kali namun ia hanya diulang sekali sahaja sebagai subjek dalam ayat tersebut. (b) Perluasan Frasa Nama sebagai Predikat Perluasan Frasa Nama sebagai predikat dapat dilakukan dengan memancang frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan predikat yang digugurkan sebagaimana contoh dibawah (a) Ibu membeli sayur (b) Sayur itu segar (c) Ibu membeli sayur yang segar Ayat (a) dan (b) merupakan ayat asal yang belum lagi mengalami proses perluasan predikat.Dalam ayat 9c) kita dapat melihat berlakunya proses perluasan predikat apabila frasa relatif yang telah dipancangkan kedalam ayat tersebut.Frasa nama yang sama dalam ayat tersebut telah digugurkan. (c) Perluasan dengan Kata Hubung Perluasan ayat dengan kata hubung boleh berlaku dengan menggunakan kata hubung bagi mengagbungkan dua atau lebih ayat. Antara kata hubung ialah dan,serta,lalu,jika,walaupun,sungguhpun,kerana dan sebagainya.Antara contoh perluasan dengan menggunakan kata hubung ialah 1. (a) Ali suka belajar 1.(b) Abu suka belajar 1.(c) Ali dan Abu suka belajar Dalam contoh tersebut kata hubung dan telah digunakan bagi perluasan ayat tersebut. 2.(a) Ali suka belajar 2.(b) Rakan-rakan Ali suka belajar 2.(c) Ali serta rakan-rakannya suka belajar

Dalam contoh 2 kata hubung serta telah digunakan. 3.(a) Ali rajin 3.(b) Ali penyakit lelah 3.(c) Ali rajin tetapi mempunyai penyakit lelah Dalam contoh 3,kata hubung tetapi telah digunakan untuk menghubungkan ayat (a) dengan ayat (b).
(d) Perluasan melalui Proses Komplementasi

Perluasan melalui proses komplentasi bermaksud mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkan ayat tersebut kepada satu ayat lain sebagai ayat komplemen dan pelengkap sebagaimana contoh dibawah (a) Kerajaan memberitahu (b) Ekonomi Malaysia meningkat (c) Kerajaan memberitahu bahawa ekonomi Malaysia meningkat. Dalam contoh (a) dan juga (b) merupakan ayat yang belum mengalami proses komplementasi dan contoh (c) adalah contoh yang sudah mengalami proses komplementasi dengan adanya perkataan bahawa. Proses Pengguguran Proses pengguguran boleh diertikan sebagai satu proses penerbitan ayat baharu yang terbentuk daripada dua atau lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama pada bahagian subjek mahupun bahagian predikat.Salah satu daripada unsur yang sama tersebut tidak akan diulang tetapi akan digugurkan,seperti subjek yang sama,atau kata kerja yang sama mahupun objek yang sama.Dalam hukum bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran iaiatu a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek. b) Pengguguran frasa predikat c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif. (a) Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek. Pengguguran frasa nama sebagai subjek boleh berlaku dalam dua proses iaiatu (a) Pengguguran subjek dalam ayat perintah (b) Pengguguran subjek yang sama dalam ayat majmuk .(a)(a). Pengguguran Subjek dalam Ayat Perintah. Subjek yang digugurkan dalam ayat perintah ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diri nama kedua iaitu kamu,awak,anda dan yang sama maksud dengannya.Contoh Ayat Perintah : Kamu kemari menjadi mari!!.
.(a)(b) Pengguguran Subjek yang sama dalam Ayat Majmuk

Dalam pembinaan ayat majmuk yang terdiri daripada dua atau lebih ayat,maka sering berlaku pengulangan subjek yang sama.Oleh itu,salah satunya perlu digugurkan.Sebagaimana contoh dibawah (a) Ali suka Aminah (b) Ali suka Embong (c) Ali suka Aminah daN Embong Dalam contoh diatas berlaku pengulangan subjek iaitu Ali.Oleh itu Ali telah digugurkan. Pengguguran Frasa Predikat Pengguguran frasa predikat dalam hukum ilmu bahasa Melayu berlaku dalam dua bentuk iaitu (a) Pengguguran seluruh frasa predikat (b) Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat .(a) Pengguguran Seluruh Frasa Predikat Pengguguran seluruh frasa predikat bermaksud pengguguran seluruh sebarang predikat dalam ayat majmuk.Contohnya (a) Ali suka memancing (b) Abu suka memancing (c) Abu dan Ali suka memancing Dalam contoh diatas predikat suka memancing telah digugurkan salah satunya dan menjadi sebagaimana contoh (c).Proses pengguguran seluruh predikat ini boleh berlaku dengan menggugurkan frasa nama predikat yang serupa,menggigurkan frasa kerja predikat yang serupa,menggugurkan frasa adjektif dan juga pengguguran frasa sendi nama. .(b) Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat Pengguran bahagian-bahagian frasa predikat berlaku dalam empat keadaan iaitu i) Oleh+FN dalam ayat pasif ii) Kata bantu yang serupa iii) FN sebagai objek yang serupa iv) FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif (b) (i) Pengguguran Objek +FN dalam Ayat Pasif Dalam sistem ayat pasif,frasa sendi nama oleh + FN boleh digugurkan sebagaimana contoh dibawah (a) Perompak itu ditembak oleh pengawal keselamatan (b) Perompak itu ditangkap Dalam contoh (a) merupakan ayat pasif yang lengkap.Selepas berlaku pengguguran objek+FN mana ia menjadi sebagaimana contoh di (b)
(b)(ii) Pengguguran Kata Bantu yang Serupa

Dalam menggabungkan ayat tunggal yang mempunyai kata bantu yang serupa,kata bantu tersebut boleh digugur sehingga hanya tinggal satu sebagaimana contoh dibawah (a) Ali boleh melompat (b) Ali boleh menendang (c) Ali boleh melompat dan menendang Dalam contoh (c) kita dapat melihat bahawa kata bantu boleh telah digugurkan (b)(iii) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek yang Serupa Dalam ayat majmuk terdapat FN nama yang bertindak sebagai objek yang serupa,maka objek tersebut akan digugurkan sehingga tinggal satu sahaja.Contohnya (a) Ali menangkap ular itu (b) Ali membunuh ular itu (c) Ali menangkap dan membunuh ular itu Dalam contoh (c) kita akan dapat melihat secara jelas bahawa ular itu telah digugurkan. (b)(iv) Pengguguran Frasa Nama sebagai Objek Selepas Kata Kerja yang Membawa Makna Adjektif Frasa nama objek yang hadir selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif dalam ayat boleh digugurkan.Contohnya (a) Kemalangan itu menakutkan kami (b) Kemalangan itu menakutkan Dalam contoh diatas dengan pengguguran objek selepas kata kerja menjadikan kata kerja tersebut membawa makna adjektif. Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku apabila frasa nama itu di relativisasikan dan digantikan dengan perkataan yang.Contohnya (a) Bomba itu ibu saya.Bomba memakai baju seragam (b) Bomba yang memakai baju seragam itu ibu saya. (c) Yang memakai baju seragam itu ibu saya Dalam ayat diatas telah berlaku proses relativisasi dimana perkataan yangtelah berada didepan ayat. Pengguguran Kata Nama Inti Frasa Nama Kata nama inti yang terbina daripada KN(inti)+Penerang boleh digugurkan sehingga tertinggal bahagian penerangnya sahaja.Contohnya (a) Kegiatan penyeludupan merugikan negara (b) Penyeludupan merugikan negara Dalam contoh diatas dapat kita melihat bahawa diambil penerangnya sahaja

You might also like