Doa Majlis Rasmi Sekolah

You might also like

You are on page 1of 2

MAJLIS RASMI SEKOLAH

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)




,

Ya Karim , Ya
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah
kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah
kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi
mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati
kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)




,

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan
kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan
kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami
untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi
perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan
kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami,
pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan
masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan
nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

You might also like