You are on page 1of 2

Assalamualaikum Wbt. Dan Selamat Sejahtera.

KSSR adalah singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah, yang juga merupakan kurikulum baru yang telah diperkenalkan pada tahun 2011. Sebenarnya, ia adalah berasal daripada KBSR yang telah diperkukuh dan ditambahbaik melalui transformasi kurikulum dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan kurikulum di sekolah. KSSR ini memberi penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan, pengurangan bilangan mata pelajaran, serta memberi perhatian kepada pentaksiran berasaskan sekolah. Selain daripada itu, penghayatan dan pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotism juga diberi tumpuan melalui penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. KSSR turut memperkenalkan 3 elemen nilai tambah iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berperibadian mulia. Ini merupakan langkah pertama Kementerian untuk membentuk modal insan yang berpotensi untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Kebanyakan negara maju telah mengimplemantasikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari ia adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Melalui KSSR, ia telah menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah. Ini bertepatan sekali kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah suatu yang mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Selain daripada itu, peningkatan siswazah yang bergraduasi setiap tahun tidak berkadar terus dengan peluang pekerjaan tetapi pengangguran. Ini menyebabkan terjadinya pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. Di dalam KSSR turut memperkenalkan elemen keusahawanan yang sememangnya mempunyai potensi besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan bilangan siswazah yang menganggur sebaik sahaja bergraduat pada masa hadapan.Dengan ini, negara bukan sahaja melahirkan modal insan yang berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi malah berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi masa kini. Sehubungan dengan itu, setiap modal insan harus dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam KSSR. Murid akan didedahkan dengan kemahiran tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid dalam pencarian maklumat yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga dapat melahirkan modal insan yang celik IT untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya, transformasi kurikulum ini amat bertepatan sekali dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang dinamik seiring dengan keperluan dan cabaran abad ke-21.

You might also like