You are on page 1of 2

Dasawarsa ini, tidak kira umur, bangsa mahupun negara, mesti terdapat sebilangan daripada kami yang menghadapi

masalah yang serius, iaitu masalah ketagihan dadah. Nasihat sudah, kempen pun sudah, namun masalah ini masih berpanjangan. Kita selalu ditekankan tentang betapa bahayanya dadah itu kepada kita, tetapi subgolongan ini tetap berkeras untuk meninggalkan najis dadah itu. Dari aspek individu, adalah amat jelas melalui tingkah laku si penagih. Dia akan mula menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul dengan rakan-rakan penagih lain serta golongan yang melakukan jenayah. Dia tidak akan bertanggungjawab dengan kerjanya mahupun persekolahannya. Secara fizikalnya, si penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan sentiasa berada dalam keadaan yang khayal. Dia boleh kehilangan nafsu seks, mudah pitam atau pengsan dan berperasaan ganas tanpa sebab. Ketagihan yang dirasai oleh si penagih yang berlebihan berkemungkinan akan menyebabkan dia sakit perut ataupun mati akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah, menyebabkannya mudah untuk dijangkiti penyakit seperti kancing gigi dan mandul. Apabila dilihat menerusi aspek keluarga, semestinya maruah dan nama baik keluarga si penagih tercalar akibat perbuatannya itu. Si penagih akan menjadi seperti parasit dalam keluarganya, duit, masa dan tenaga habis dilabur untuk rawatannya di pusat serenti, dengan harapan dia akan berubah. Rumah tangga menjadi porak peranda serta perpecahan antara ahli keluarga tidak mustahil untuk berlaku. Jika dihalusi pada skop social, ketenteraman akan terjejas disebabkan oleh beleluasanya jenayah yang berlaku di sesebuah kawasan itu demi memperoleh wang untuk membeli dadah. Statistik menunjukkan 40% banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti sudah tentu akan menjejaskan

keamanan, ketenteraman dan ketertiban peraturan dan undangundang negara. Akhir sekali, negara juga terima kesan akibat perbuatan ini. Antaranya termasuklah kurang tenaga kerja yang menyumbang kepada ekonomi negara. Selain itu, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos untuk menyediakan pusat pemulihan, penyelenggaraan program-program pencegahan dan banyak lagi demi membanteras masalah dadah ini daripada lebih teruk lagi. Sesungguhnya, pada pendapat saya semuanya bermula dari rumah, tidak kiralah pengaruh kawan atau media atau apaapa sekalipun, adalah tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk dan mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan yang berguna untuk menjadi pengganti pemimpin pada masa hadapan. (342 patah perkataan)

You might also like