Professional Documents
Culture Documents
Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku
Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku
MODEL KOUNIN
Kounin Teoris disiplin dan pengurusan kumpulan. Matlamat Integrasi pengajaran dengan disiplin.
Kewaspadaan Kumpulan Memusatkan perhatian semua murid lain apabila respons seorang murid sedang diberikan. Menggalakkan Akauntabiliti Komunikasi kepada semua murid bahawa penyetaan mereka sedang diperhatian dan ditaksir. Format Penyertaan Tinggi Menggunakan pelajaran untuk mentakrifkan tingkah laku murid apabila mereka tidak menjawab soalan guru secara langsung. Peralihan Kelancaran peralihan di antara dua aktiviti.
Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Dikenali sebagai kesan riak (ripple effect)
Guru harus sedari semua aktiviti yang berlaku di dalam bilik darjah pada setiap masa. Dikenali sebagai withitness.
Kebolehan memberi peralihan yang lancar di antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan yang berkesan.
Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap ahli kumpulan mempunyai akauntabiliti dalam pembelajaran dan memastikan pembelajaran optimal berlaku. Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam belajar bilik darjah.
Memperkenalkan teori realiti dalam kaunseling pada tahun 1950-an Menambah teori kawalan dalam teori kaunseling pada awal tahun 1980-an. Rukun Asas Teori Kawalan -Mengandaikan tingkah laku manusia sebagai usaha untuk mengawal dunia kita sebagai sebahagiannya, dengan tujuan
Bahasa Aktif
Menurut Glasser, bahasa aktif menyatakan tingkah laku yang digunakan oleh orang apabila mereka berusaha mengawal alam sekitar untuk memenuhi keperluan mereka.
Contoh:
Glasser menyamakan tingkah laku menyeluruh sebagai kereta dengan empat roda.
KOMPONEN BERTINDAK
KOMPONEN BERASA
BELAKAN G DEPAN
KOMPONEN BERFIKIR
KOMPONEN FISIOLOGI
Mengikut teori kawalan, orang yang memerlukan kaunseling ialah orang yang memilih tingkah laku destruktif dengan tujuan memperoleh semula kawalan hidup mereka. Orang itu biasanya menggunakan tingkah laku bersedih, sakit dan sengsara untuk mengawal orang lain, demi memenuhi keperluan-keperluannya.
INGAT!!!!!
Prinsip asas teori kawalan adalah jangan membenarkan orang menggunakan sakit atau sengsara untuk mengawal orang yang berharap agar membantu memenuhi keperluankeperluannya.
KAUNSELING REALITI
Untuk membantu klien mengenal pasti dan memahami keperluannya dari segi hidup, kuasa, keupayaan, kebebasan dan keseronokan.
Untuk membantu klien membina gambar mental yang realisitik demi memenuhi keperluan asas mereka. Untuk membantu klien membina dan mengamalkan tingkah laku yang boleh menolongnya supaya memenuhi keperluan masa kini dan masa depan. Untuk membantu klien mengelakkan daripada kawalan tingkah laku yang negatif terhadap orang lain.
RUMUSAN
Pengurusan bilik darjah adalah penting untuk membentuk iklim bilik darjah yang kondusif agar keberkesanan P&P dapat dipertingkatkan. Iklim bilik darjah yang kondusif dapat diwujudkan melalui aplikasi pelbagai model disiplin seperti:
Modifikasi Tingkah Laku Skinner Disiplin Asertif Canter Akibat Logikal Dreikaurs Model Kelompok Kounin Terapi Realiti Glasser