You are on page 1of 8

TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA BAGI SESI 2011/2012 1. Permohonan adalah dipelawa daripada pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda mulai Sesi 2011/ 2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Multimedia sahaja) untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Program dan institusi-institusi yang ditaja adalah seperti berikut: PROGRAM INSTITUSI Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Pahang (UMP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Universiti Multimedia (MMU) Universiti Teknologi Petronas (UTP) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

2.

Ijazah/Diploma (IPTA)

Ijazah (IPTS)

3.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN (a) Syarat-syarat Asas (i) (ii) (iii) Warganegara Malaysia; Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Jan 2011; Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama (1) pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan seperti yang disenaraikan di perenggan 2 di atas: (a) peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan (b) peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI). (b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik) Pemohon yang sedang mengikuti pengajian atau pemohon yang telah diterima masuk ke IPT seperti yang disenaraikan di perenggan 2 sama ada peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2010/2011 perlu mempunyai salah satu kelayakan akademik seperti berikut: (i) Pelajar Baru di Tahun Pertama kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012. SYARAT MINIMUM AKADEMIK Gred A- dalam 7 subjek dan Kepujian dalam lain-lain subjek termasuk Bahasa Melayu

(iv)

BIL.

KELAYAKAN

PERINGKAT

1.

SPM 2010

Diploma

BIL.

KELAYAKAN

SYARAT MINIMUM AKADEMIK CGPA 3.50 (Minimum 4 subjek dengan gred minimum B) CGPA 3.50 (Minimum 10 subjek dengan gred minimum Jayyid Jiddan)

PERINGKAT

2.

STPM 2010

Ijazah Pertama

3.

STAM (di samping mempunyai SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia) Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia/ UIA/ Program Asasi IPTA/ Pra-Universiti/ Foundation/ Alpha/ Diploma A-Level (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA) International Baccalaureate (IB) (Kemasukan ke universiti bertaraf APEX dan UIA)

Ijazah Pertama

4.

CGPA 3.50

Ijazah Pertama

5.

12 mata (gred minimum B dalam 3 subjek)

Ijazah Pertama

6.

37 mata

Ijazah Pertama

ii. Pelajar Sedia Ada Tahun Kedua (2) dan Ke Atas.


BIL. KELAYAKAN PENCAPAIAN (MINIMUM)

1.

Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian dan Farmasi)

CGPA 3.50

4.

BIDANG TAJAAN

BIL.
1

BIDANG
Kritikal

KURSUS
Perubatan, Pergigian dan Farmasi.

Keutamaan

Sains Tulen, Sains Perhutanan, Sains Kesihatan Bersekutu, Sains Pengurusan Alam Sekitar, Sains Pertanian, Bioteknologi, Teknologi Maklumat, Sains dan Teknologi. Sastera Ikhtisas Sains Perubatan Veterinar, Undangundang, Senibina, Sains Aktuari, Ukur Bahan, Ukur Tanah, Kejuruteraan, Perancangan Bandar dan Wilayah, Perakaunan. Sastera Hubungan Antarabangsa, Pengajian Islam, Sains Politik dan Ekonomi.

Profesional

Lain-lain

5.

BIDANG-BIDANG YANG TIDAK DITAJA (i) (ii) Pendidikan; Penerbangan;

(iii) Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan; (iv) Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux); (v) Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;

(vi) Bidang/ Kursus yang mensyaratkan saudara/ saudari mengambil/ mengikuti sebahagian daripada subjek/ mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan (vii) Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

6.

KURSUS PERUBATAN/ PERGIGIAN/ FARMASI Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi di peringkat Ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat khusus di perenggan 3(b) di atas.

7.

CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON (i) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan. Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain. Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012. Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation. Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa. Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

(ii)

(iii) (iv)

(v)

(vi)

(vii)

(viii)

(ix)

8.

KADAR BIASISWA

JENIS ELAUN

ELAUN SARA HIDUP (SETAHUN) RM

ELAUN BUKU (SETAHUN) RM

ELAUN ALAT PERKAKAS (SETAHUN) RM

ELAUN TESIS (SEKALI SAHAJA) RM

ELAUN KERTAS PROJEK (SETAHUN) RM

ELAUN LATIHAN AMALI (SEHARI) RM

YURAN PENGAJIAN (SETAHUN) RM

Kadar A* Diploma (a) Sastera (b) Sains (c) Teknologi (d) Senibina (e) Perubatan Bersekutu Ijazah Pertama (a) Sastera (b) Sains (c) Teknologi (d) Senibina (e) Perubatan (i) Veterinar (ii) Perubatan, Farmasi, Pergigian 8,400 7,560 7,560 7,560 7,560 7,560

Kadar B**

6,426 6,426 6,426 6,426 6,426

400 400 400 400 400

50 100 150 250 250

150 150 150 150 150

IPTA 966 UITM 400

8,400 8,400 8,400 8,400

7,140 7,140 7,140 7,140

600 600 600 600

100 200 300 500

300 300 300 300

150 150 150 150

10 10 10 10

1,100.00 1,240.00 1,400.00 1,400.00

7,140

1,000

500

300

150

10

1,700.00

9,240

7,854

1,000

500

300

150

10

1,800.00

Tambang Kapal Terbang (2 Hala) Peringkat Diploma/Ijazah Setahun: Pelajar Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya RM700.00 Pelajar Semenanjung ke Sabah dan sebaliknya RM1,000.00 Pelajar Labuan ke Sarawak dan sebaliknya RM400.00 Pelajar Labuan ke Sabah dan sebaliknya RM100.00 Pelajar Sarawak ke Sabah dan sebaliknya RM500.00

Kadar yuran pengajian peringkat Ijazah adalah untuk semua IPTA kecuali UiTM. Kadar yuran pengajian bagi UiTM peringkat Ijazah adalah sama seperti peringkat Diploma, iaitu sebanyak RM400.00, manakala yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan.

9.

TEMPOH KONTRAK Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dikehendaki berkhidmat dengan Kerajaan dan sekiranya enggan, tuntutan ganti rugi akan dikenakan. Tempoh berkhidmat dengan Kerajaan dan amaun tuntutan ganti rugi adalah seperti di bawah:
TEMPOH BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN AMAUN GANTI RUGI (RM)

PERINGKAT/TEMPOH PENGAJIAN

Kursus Bukan Profesional

Kursus Profesional*

IPTA

IPTS

Peringkat Diploma: 3 tahun atau kurang Lebih dari 3 tahun 3 4 5 6 70,000 100,000 Kos Sebenar

Peringkat Ijazah: 4 tahun atau kurang Lebih dari 4 tahun Kursus Perubatan dan Pergigian 4 5 6 7 10 110,000 130,000 250,000 Kos Sebenar

*Catatan: Kursus Profesional meliputi kursus-kursus seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Seni Bina, Perakaunan, Kejururawatan, Undang-Undang, Penilaian Harta, Ukur Bahan dan Ukur Tanah.

10.

CARA MEMOHON Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut: (i) Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 1 Ogos 2011 dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my; Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan; Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses; Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011; Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011 sebagai bukti permohonan telah dibuat; Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 0388853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin Jumaat); dan Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat pidn2011@jpa.gov.my.

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

11.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Ogos 2011 (Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

12.

KEPUTUSAN PERMOHONAN Keputusan permohonan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my pada 23 September 2011 (Jumaat). TAMAT 8

You might also like