You are on page 1of 8

INDAHNYA ALAM PERSEKOLAHAN (Oleh: Amirah Adabiah binti Rumzisham) Pelbagai kenangan indah terukir sepanjang enam tahun

di sekolah rendah dan dua tahun di sekolah menengah. Tahun ini , aku akan melangkahkan kaki ke tingkatan tiga. Pasti banyak lagi kenangan yang bakal aku himpunkan di diari hatiku, yang tidak akan aku lupakan seumur hayatku. Salah satu kenangan yang masih tersemat kukuh di dalam lubuk hatiku adalah pengalaman sewaktu menyertai sebuah perkhemahan pengakap yang diadakan di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Pada tanggal 27 Februari 2011, Persatuan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana telah mengadakan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah. Perkhemahan tersebut telah diadakan di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Aku merupakan salah seorang daripada empat puluh orang peserta yang menyertai perkhemahan tersebut. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Perkhemahan tersebut telah berlangsung selama dua hari satu malam. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mengisi masa yang terluang. Perjalanan ke Sungai Congkak bermula seawal jam 7.30 pagi. Pasukan kami telah menaiki sebuah bas yang telah ditempah oleh guru pengiring iaitu Encik Danial Khan dan Puan Maynaka. Jarak dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana ke Sungai Congkak adalah kira-kira 42km iaitu lebih kurang dua jam perjalanan. Kami tiba di Sungai Congkak pada jam 9.45 pagi. Setibanya di sana, kami telah diberikan taklimat mengenai perkhemahan oleh guru pengiring. Selesai taklimat, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan menerima tugasan yang berlainan kerana masa itu emas. Banyak aktiviti boleh dijalankan walaupun masa yang ada adalah singkat. Semuanya menguji kecekapan dan kerja sama dalam kumpulan. Jam tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Perut kami mulai berkeroncong. Kumpulan yang ditugaskan untuk memasak lantas menyediakan juadah bagi mengisi perut kami yang kosong. Kami makan penuh selera berlatarkan hutan menghijau dan unggas yang bagaikan muzik alam. Selepas kenyang mengisi perut, guru pengiring mengarahkan kami untuk berkumpul. Aktiviti jungle tracking akan diadakan. Guru pengiring menerangkan tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk perasaan cinta akan alam semula jadi sekaligus mendedahkan kepada para peserta tentang pelbagai spesies tumbuhan yang jarang didengar. Semua pelajar dikehendaki mendaki mengikut trek yang telah disediakan bagi mengelakkan daripada sebarang kecederaan. Hari semakin gelap. Para peserta pergi membersihkan diri. Ada yang mandi, solat dan ada yang turut menyalakan unggun api. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Para peserta dan guru pengiring bekerjasama menghias dan menyediakan tempat bagi malam kebudayaan yang bakal berlangsung.

Alam persekolahan merupakan alam yang cukup indah bagiku.

Menjelang waktu malam, semua peserta dihiburkan dengan nyanyian dan tarian daripada peserta yang terpilih. Tidak kering gusi kami melihat persembahan yang melucukan daripada para peserta setiap kumpulan. Malam seperti mencemburui kami. Tamatnya persembahan kebudayaan, menandakan sudah tiba masa untuk kami tidur di khemah yang telah didirikan selepas taklimat di pagi hari. Keesokan harinya, kami bangun seawal jam 6.00 pagi untuk menunaikan solat Subuh seterusnya mengemas tapak perkhemahan dan pulang semula ke sekolah. Kami pulang dengan seribu kenangan dan pengalaman yang akan tersemat erat dalam ingatan sepanjang jalan kehidupan ini.

KERANAMU AYU
(Muhd. Yafis bin Rosli) 5 Berlian Hatiku yang hancur dahulu kini telah pulih. Kini, baru aku mengetahui perasaan bahagia dan kasih sayang daripada seseorang setelah sekian lama aku menanti akan dirinya. Penantianku selama berbelas-belas tahun akhirnya membuahkan hasil apabila aku berjaya menjadikannya isteriku yang sah, walaupun banyak perubahan yang berlaku dalam dirinya. Aku tetap bersyukur kerana hanya dia yang memberi semangat untuk aku terus hidup dan menghitung hari-hariku. Kali terakhir aku melihatnya adalah sewaktu aku ingin menyiapkan tugasan akhirku di universiti. Berat hati saya untuk meninggalkan awak di universiti ini sorang-sorang, kataku kepadanya. Saya pun sama, tapi awak hendaklah menyelesaikan tugasan terakhir itu, ya!? Tapi tugasan ini amatlah jauh iaitu di kawasan pedalaman dan mengambil masa dua tahun untuk menyiapkannya. Sanggupkah awak menunggu saya?? Hendak buat macam mana lagi. Awak terpaksa melakukannya demi masa depan kita nanti. Awak jangan risau. Saya akan sabar menanti kepulangan awak. Baiklah, saya percaya akan awak dan sekembalinya saya nanti, saya akan melamar awak. Ok, jawabku dengan gembira. Aku merupakan anak yatim piatu dan kisahku bermula di sebuah universiti yang terkemuka di Kuala Lumpur. Aku merupakan seorang penuntut universiti yang amat dikenali ramai kerana kenakalanku. Sudah menjadi hobiku dan teman-temanku untuk mengusik dan membuli pelajarpelajar yang lain. Tidak ketinggalan profesor juga turut aku kenakan. Boleh dikatakan di universiti itu hampir kesemuanya mengenaliku dan gentar apabila melihatku sehingga mereka mengelarku Budak Setan. Tahun ini tahun terakhirku di universiti. Walaupun sudah banyak kali aku menerima surat amaran, namun aku masih diberi kesempatan. Mungkin tahun ini merupakan tahun terakhirku. Hati kecilku tertawa gembira tatkala terkenangkan pelbagai kenakalan yang telah aku lakukan. Di samping kenakalanku, aku amat berminat tentang kamera kerana aku beranggapan kenangan terindah harus kita rakamkannya. Aku mengambil jurusan jurugambar di universiti ini. Pelbagai gambar yang aku rakamkan seperti haiwan dan tumbuhan. Aku amat tertarik akan keindahan alam semula jadi. Hanya gambar manusia iaitu gadis, yang belum aku pernah aku rakamkan lagi. Yafis ! Yafis ! kedengaran namaku dipanggil dengan bersungguh-sungguh. Cepat ke kantin ! Ada pelajar baru. Bolehlah kita kenakan dia, kata salah seorang daripada teman-temanku. Aku dengan bingkas menyuruhnya mencari seekor cicak dan aku terus ke kantin untuk melihat keadaan pelajar baru tersebut. Dia seorang gadis yang cantik bernama Ayu. Aku seakan-akan jatuh hati kepadanya. 1

Nah ! Cepat masukkan cicak ini ke dalam tin minumannya, kata salah seorang temantemanku kepadaku. Apabila Ayu bangun sahaja dari tempat duduknya, aku bagaikan lipas kudung berlari ke arah air tinnya dan memasukkan cicak tersebut ke dalamnya. Sesudah itu aku kembali semula ke teman-temanku untuk mentertawakannya. Semuanya berjalan dengan lancar. Saat yang ditunggu-tnuggu telah tiba. Kami yang duduk berhampiran dengannya hanya sabar menanti untuk melihatnya meminum air tin yang berperisa cicak. Ayu meminum air tersebut seolah-olah tiada apa yang berlaku dan dengan sepantas kilat kami tertawa terbahak-bahak melihat keadaannya seperti hendak muntah. Selepas itu, dia pengsan dan aku mula menggelabah. Teman-temanku mengajak aku beredar dari situ. Dia pengsan tu!, kataku kepada teman-temanku. Alaa, biarkan sajalah. Macamlah kau pertama kali buat kerja seperti ini. Memanglah!! Tapi tidak pernah seteruk ini. Aku dengan segera mengangkatnya ke bilik kesihatan dan menunggunya sehingga sedar. Aku juga mengeluarkan cicak tersebut kerana khuatir akan kesihatannya bertambah teruk. Kau dah ok, Ayu? Tiba-tiba kedengaran suara sahabatnya. Dah, jawabnya. Terima kasih kerana telah bawa saya ke sini, katanya kepadaku. Ayu! Dia yang telah meletakkan cicak ke dalam minuman kau. Dia budak setan kat universiti ini. Mari kita pergi dari sini. Aku hanya terdiam kerana menyesal. Keesokannya aku mencari Ayu untuk memohon maaf . Hai Ayu! Sapaku kepadanya setelah berjumpanya di hadapan perpustakaan. Saya akan memaafkan awak sekiranya awak memohon maaf kepada semua orang yang telah awak kenakan dan tidak akan mengulanginya lagi. Kemudian, baru saya akan maafkan awak,jawabnya dengan serius lalu meninggalkanku keseorangan bersama fikiranku yang tidak henti-henti asyik memikirkan jumlah pelajar dan profesor yang telah aku kenakan. Aku telah mengambil keputusan untuk meminta maaf kepada semua yang telah aku kenakan. Gempar tentang kejadian ini menyebabkan ramai pelajar melihatku dikenakan hukuman setelah membuat profesor Ahmad cirit-birit selama satu minggu. Aku mengambil keputusan ini kerana aku ingin berubah dan yang paling penting aku ingin mengenali Ayu dengan lebih dekat lagi kerana aku sudah mula jatuh cinta kepadanya. Mahukah Ayu memaafkan saya ? Saya telah meminta maaf kepada semua orang yang pernah saya kenakan. Ya, saya tahu. Saya maafkan awak, jawabnya sambil tersenyum.

Aku dan dia semakin rapat dari hari ke hari. Aku juga telah berubah dan tidak lagi bersahabat dengan teman-temanku yang nakal itu. Hubunganku dengan Ayu terjalin erat dan kami mempunyai banyak persamaan. Aku telah menyatakan hasratku untuk menyuntingnya menjadi suri hidupku suatu hari nanti. Aku tidak mahu menyimpan perasaan itu lebih lama kerana aku takut Ayu akan disambar orang lain. Aku mahu dia yang menjadi temanku untuk menjalani hidup ini. Bukan saya tak sudi tapi bukankah lebih baik kalau awak habiskan tahun terakhir ini dulu, jawab Ayu dengan nada yang manja. Aku bagaikan kecewa tetapi aku sangat mengerti akan maksudnya, jawabku di dalam hati. Esok saya akan bertolak untuk menyiapkan tugasan terakhir saya. Ok! , awak tidak boleh lupakan saya, ok ? Baiklah, awak jangan risau kerana saya akan membawa kenangan kita dan gambar-gambar Ayu. Aku meninggalkan Ayu dengan hati yang berat. Keranamu Ayu, aku akan pastikan segulung ijazah akan kugenggam juga akhirnya. Aku mahu kau berbangga denganku. Yang paling penting, aku akan mengubah keburukanku demimu Ayu. Semuanya keranamu Ayu , hatiku berbisik. Lamunanku terhenti sewaktu Ayu menghampiriku dengan secawan kopi panas dengan aroma yang cukup merangsangkan. Aku cukup bahagia sejak hidup dengan Ayu. Ayu telah banyak merubah cara hidupku. Aku amat bersyukur kerana dipertemukan dengannya. Semoga hidup kami akan terus diselimuti kebahagiaan.

TEKAD (Oleh: Nurnabilah binti Masron) 5 Berlian Jaz duduk termenung di hadapan rumah Opah sambil memerhatikan beberapa orang kanak-kanak bermain.Terpancar kegembiraan di setiap wajah mereka ,setenang air di sungai yang tiada halangannya. Sudah seminggu dia di rumah Opah.Cuti yang diberikan selama dua minggu sebelum dia ke Jepun dimanfaatkan sepenuhnya.Pelbagai aktiviti dia telah lakukan.Mandi sungai,mengait buah-buahan bersama Atuk dan Amir,sepupunya serta mengelilingi kampung dengan basikal tua milik datuknya.Tidak mungkin dia dapat rasai suasana kampung apabila sampai di Jepun nanti. Jepun.....ya, Jepun.Amat gagah namanya di mata Jaz. Negara serba membangun dan maju. Dia bakal melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Tokyo.Namun dia masih memikirkan hal lalu.Mengapa Mama dan Papa menentangnya? Menentang kemahuannya untuk merantau dan berdikari? Dia tidak mengerti. Jaz terus memandu pulang ke rumah Opah selepas majlis perpisahan berakhir. Dia benar-benar berkecil hati dengan Mama dan Papanya. Jaz dah telefon Mama?soal Opah lalu duduk di sebelah cucu kesayangannya.Opah membelai lembut kepala cucunya itu. Opah tak faham.Mereka takkan sokong Jaz. Lebih-lebih lagi Papa.Tiada gunanya Jaz cakap dengan mereka,luah Jaz. Jauh di sudut hatinya, dia berkecil hati dengan sikap ibu bapanya. Kenapa cucu Opah ni? Kenapa Jaz cepat berputus asa? Tuhan tidak suka hambanya berputus asa tanpa usaha terlebih dahulu.Lagipun,ini masa depan Jaz. Jaz berhak membuat pilihan ,balas Opah dengan panjang lebar dengan harapan Jaz akan mendengarnya. Jaz terkesima. Ada benarnya kata-kata Opah itu.Kenapa dia tidak mencuba?Titisan air mulai jatuh dari kelopak matanya. Opah memeluk Jaz dengan erat,seolah-olah memahami apa yang dirasakan oleh cucunya itu. Mata dato` Jamil memandang tajam ke arah perempuan berambut hitam. Suasana semakin tegang. Datin Dania tidak mampu berbuat apa-apa. Dia tidak tahu siapakah yang mahu dipertahankan. Dato` Jamil ataupun Jazzabel. Aku takkan benarkan engkau pergi. Apa yang kaudapat dengan memilih bidang itu? Kauhanya membuang masa. Membuang wang aku juga,. Jerkah Dato` Jamil kepada Jazz. 1

Papa, kenapa takberikan Jazz peluang? Biarlah Jazz hidup berdikari. Jazz sendiri yang tentukan hidup dan masa depan Jazz,balas Jazz mempertahankan pendiriannya. Semua pelajar yang akan berlepas ke Jepun telah berkumpul di suatu bilik. Mereka mendengar taklimat daripada pensyarah dan duta Jepun sebelum berlepas. Pelbagai reaksi dapat dilihat. Ada yang menangis dan ada yang gembira. Jazz memandang ke arah keluarganya. Mereka melambai-lambai ke arah Jazz. Sayangnya Papa tiada di situ. Perjalanan ke Jepun mengambil masa selama empat jam setengah. Pengumuman penerbangan mulai kedengaran. Jazz mengorak langkah ke arah keluarganya. Suasana pilu mula menyelubungi mereka. Jazz bersalam dengan ahli keluarganya sambil memohon restu dan kemaafan. Tidak jauh dari situ,mata Jazz menangkap kelibat seseorang. Seseorang yang sangat dikenalinya. Jazz tidak menyangka Papa akan datang. Datang mengucapkan selamat jalan kepadanya. Jazz menghulurkan tangannya lalu memeluk Papanya. Jazz akan membuktikan, Papa. Tunggu Jazz pulang lima tahun lagi,ujar Jazz dengan yakin. Niat di hati harus diteruskan walau apapun risikonya. Pelukan dilonggarkan. Jazz mencapai begnya lalu mengucapkan selamat tinggal . Dia menuju ke balai pelepasan lalu hilang ditelan lautan manusia yang seiring menuju impian bersama-samanya. Dia berjalan dengan yakin dan tidak akan berpatah semula. Pendiriannya dan tekadnya sudah cukup teguh. Dia tidak akan melepaskan peluang yang telah diberikan oleh Papa.

You might also like