You are on page 1of 65

SELAMAT DATANG

SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS)

PENCERAMAH: TN. HJ. YUSOFF BIN YAHYA BAHAGIAN KHIDMAT NASIHAT PENGURUSAN KEWANGAN
Perbendaharaan Malaysia Putrajaya www.treasury.gov.my

KONSEP BELANJAWAN
Belanjawan merupakan suatu penyataan Hasil dan Perbelanjaan bagi suatu masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan negara dan rakyat; Ianya memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju dan kedudukan ekonomi negara.

OBJEKTIF BELANJAWAN Untuk menentukan agensi Kerajaan diberikan peruntukan yang sewajarnya bagi digunakan dengan cekap dan berkesan untuk setiap program dan aktiviti selaras dengan Dasar Belanjawan Negara

KOMPONEN BELANJAWAN Komponen utama Belanjawan ialah Hasil dan Perbelanjaan; Hasil terdiri hasil cukai dan bukan cukai; Perbelanjaan terdiri Perbelanjaan Mengurus dan Perbelanjaan Pembangunan; Perbelanjaan Mengurus terdiri Perbelanjaan Bekalan dan Tanggungan

ANGGARAN PERBELANJAAN 2007 MENGIKUT SEKTOR


Sektor Pentadbiran Am Ekonomi Sosial Keselamatan Sektor Lain* Simpanan Luar Jangka JUMLAH
Nota * Tanggungan dan Bayaran Pindahan (pencen, hutang negara,ganjaran)

Mengurus (RM Juta) 10,253 9,645 39,997 14,665 38,423 112,986

Pembangunan (RM Juta) 2,648 20,827 14,218 6,817 2,000 46,510

Jumlah (RM Juta) 12,904 30,472 54,215 21,482 38,423 2,000 159,496

HASIL NEGARA
Hasil 2003 Hasil Cukai -Cukai Langsung -Cukai Tak Langsung Hasil Bukan Cukai Jumlah Hasil 64,891 43,016 21,875 27,717 92,608 Tahun (RM Juta) 2004 72,050 48,703 23,347 27,347 2005 80,594 53,543 27,051 25,710 2006 86,630 61,572 25,058 36,916 123,546 2007 95,794 70,116 25,678 39,021 134,815

99,397 106,304

HASIL DAN PERBELANJAAN


Tahun Hasil (RMJuta) 92,608 99,397 106,304 123,500 134,815 Perbelanjaan (RMJuta) Mengurus 75,224 91,298 97,744 107,700 112,986 Pembangunan 39,353 28,864 30,534 35,800 44,510 Jumlah Perbelanjaan (RMJuta) 114,577 120,162 128,278 143,500 157,496

2003 2004 2005 2006 2007

KUMPULAN WANG DISATUKAN Satu Kumpulan Wang di mana semua hasil Kerajaan yang diperolehi kecuali wang berkaitan dengan Agama Islam dimasuk dan diperakaunkan di dalamnya. Wang dalam Kumpulan Wang Disatukan ini tidak boleh dikeluarkan tanpa diluluskan oleh sesuatu undang-undang.

AGENSI YANG TERLIBAT DALAM BELANJAWAN Agensi Pusat-Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perkhidmatan Awam Agensi PelaksanaKementerian/Jabatan/Badan Berkanun

SISTEM BELANJAWAN MENGURUS 1957- Sistem Belanjawan Tradisional ( berasaskan line items ) 1968- Sistem Belanjawan Program dan Prestasi(SBPP) 1990- Sistem Belanjawan Diubahsuai (MBS)

SISTEM BELANJAWAN PROGRAM DAN PRESTASI (SBPP)


SBPP merupakan suatu pendekatan pengurusan belanjawan strategik Mula dilaksanakan sejak tahun 1968 Memberi penekanan ke atas prestasi program/aktiviti Menitikberatkan hubungan input,output dan impak Ciri utama ialah Penentuan Objektif,Struktur Program/aktiviti,Pengukuran Prestasi dan Penilaian Program

KELEMAHAN SBPP
Fokus penyediaan,pemeriksaan dan pelaksanaan tahap line-items Petunjuk prestasi tidak dipentingkan dalam pengurusan sumber-sumber Pendekatan penyediaan botton-up Belanjawan tidak digunakan sebagai alat pengurusan Penurunan kuasa berkaitan keputusan kewangan terhad

KONSEP MBS
MBS adalah Sistem Belanjawan Program dan Prestasi (SBPP) yang diubahsuai dengan amalan dan keperluan Malaysia Menggunakan pendekatan baru, konsep Topdown dan Let Managers Manage Memberikan penekanan ke atas pengukuran prestasi dan penilaian program dengan menggunakan dokumen Perjanjian Program Dilaksanakan secara perintis 3 agensi tahun 1990

CIRI-CIRI MBS
Batas Perbelanjaan, Perjanjian Program , Laporan pengecualian, Penilaian Program, Pendekatan lebih menyeluruh terhadap kawalan perbelanjaan.

BATAS PERBELANJAAN
Merupakan satu jumlah peruntukan yang ditetapkan di peringkat permulaan proses belanjawan tahunan untuk sesuatu agensi untuk membiayai Dasar Sedia Ada bagi tahun kewangan berkenaan. Batas Perbelanjaan tidak boleh dilampaui semasa mengemukakan cadangan Belanjawan bagi Dasar Sedia Ada

PERJANJIAN PROGRAM
Merupakan persetujuan antara agensi dengan Perbendaharaan mengenai input yang akan digunakan, output dan impak yang hendak dicapai untuk setiap aktiviti

LAPORAN PENGECUALIAN
Merupakan suatu laporan yang disediakan oleh agensi mengenai tahap prestasi sesuatu aktiviti yang tidak memperolehi pencapaian sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian program Perlu kenalpasti input dan output yang terkeluar dari varian,beri penjelasan serta cadangan mengatasinya

PENILAIAN PROGRAM
Merupakan penilaian secara mendalam ke atas sesuatu aktiviti Mesti dinilai sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 5 tahun Laporan Penilaian Program perlu dikemukakan kepada Perbendaharaan untuk tujuan analisis prestasi sesuatu program/aktiviti serta pertimbangan Dasar Baru dan Penjimatan daripada Pengubahsuaian Dasar

PENDEKATAN MENYELURUH TERHADAP KAWALAN PERBELANJAAN Mengurangkan kawalan secara terperinci, kawalan tertumpu kepada jumlah peruntukan Mengurangkan/menghapuskan secara berperingkat-peringkat kawalan terperinci yang tertentu Kuasa menguruskan peruntukan kewangan diturunkan keperingkat agensi dan seterusnya digalakkan ke bawah. Kelonggaran pindah peruntukan diberikan (PP10/92)

PINDAH PERUNTUKAN Kelonggaran pindah peruntukan diberikan kepada Pegawai Pengawal di bawah PP 10/92 Pegawai Pengawal diberikan kuasa membuat pindah peruntukan : - Di antara Objek Am di dalam aktiviti yang sama - Di antara Aktiviti di dalam Program yang sama

PROSES BELANJAWAN DALAM MBS


Peringkat pertama melibatkan Dasar Sedia Ada berasaskan Batas Perbelanjaan yang diberikan. Peruntukan tersebut diagihkan mengikut keutamaan bagi mencapai objektif agensi. Perjanjian Program perlu disediakan sebagai dokumen cadangan Dasar Sedia Ada Peringkat kedua melibatkan penyediaan keperluan tambahan melalui Dasar Baru dan One-Off serta Pengubahsuaian Dasar

DASAR SEDIA ADA


Semua Program/aktiviti yang dijalankan dalam tahun semasa ( kecuali one-off) yang telah mendapat kelulusan Kabinet/Pihak Berkuasa Persekutuan/Perbendaharaan

DASAR BARU
Sesuatu program baru/aktiviti baru yang diluluskan oleh pihak berkuasa seperti Jemaah Menteri/Perbendaharaan, ianya termasuk perluasan, pembesaran dan tambahan Dasar Sedia Ada; Ianya merupakan perbelanjaan berulang; Kesemua peruntukan Dasar Baru akan jadi peruntukan Dasar Sedia Ada bagi tahun berikutnya

CONTOH DASAR BARU


Penubuhan Unit Baru Aktiviti Baru Pertambahan Kadar Sewa Ruang Pejabat

ONE-OFF
Merupakan Perbelanjaan luar biasa yang tidak dapat dielakkan dan tidak berulang; Contohnya seperti pembelian aset/peralatan pejabat, pindah pejabat,ubahsuai pejabat dan sebagainya

FORMAT DASAR BARU/ONE-OFF


AGENSI PROGRAM AKTIVITI TAJUK CADANGAN BUTIR PERBELANJAAN KEPERLUAN PERJAWATAN PENJELASAN

PANDUAN MELAKSANAKAN MBS


MBS memberi penekanan kepada prestasi program dan aktiviti; Pelaksanaan MBS melibatkan proses belanjawan yang merangkumi proses penyediaan, pelaksanaan,pemantauan dan penilaian; Persediaan di peringkat Perbendaharaan ( Bahagian Belanjawan) termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemandu dan persediaan keperluan asas seperti tatacara, prosedur belanjawan.

PANDUAN MELAKSANAKAN MBS (peringkat agensi)


Menubuhkan Jawatakuasa Pelaksanaan MBS bagi memantau pelaksanaan dan menangani isu dan masalah berkaitan, termasuk mengkaji kedudukan struktur aktiviti/program, menentukan bidang kuasa yang diturunkan kebawah,cara pelaksanaan MBS, mengemaskini sistem laporan prestasi dan kawalan pengaliran maklumat serta kawalan buku vot

KONSEP VARIAN
Suatu tahap yang dipersetujui untuk sesuatu petunjuk prestasi yang mana agensi tidak perlu mengemukakan laporan pengecualian. Tahap ini dalam bentuk peratus atau nilai sebenar. Sekiranya pencapaian terkeluar dari tahap varian tersebut, laporan pengecualian perlu disediakan

KONSEP THRESHOLD
Satu nilai yang ditetapkan oleh Perbendaharaan bagi sesuatu agensi yang mana nilai tersebut diguna sebagai ukuran untuk menentukan jumlah peruntukan tambahan yang wajar diluluskan bagi Dasar Baru/One- Off Nilai Threshold perlu diambilkira semasa agensi memohon peruntukan tambahan

PENGGUNAAN THRESHOLD
Digunakan semasa memohon peruntukan tambahan samada Dasar Baru atau One-Off Peruntukan tambahan tidak akan dipertimbangkan oleh Perbendaharaan sekiranya jumlah yang dipohon kurang dari nilai Threshold Jumlah keperluan tambahan tidak boleh diagregatkan bagi tujuan Threshold Peruntukan tambahan dipertimbangkan setakat yang melebehi Threshold berkenaan

AGIHAN BATAS PERBELANJAAN


Agensi diberi kebebasan membuat agihan di antara program dan aktiviti yang mereka yakin mencapai prestasi terbaik asalkan ianya selaras dengan keutamaan dasar Kerajaan Bebas mengagihkan antara Objek Am asalkan segala tanggungan dapat dibayar

PENGIRAAN BATAS PERBELANJAAN


BP2008=DSA2007+(DB2007-Aset)-DB2006 yang tidak dilaksanakan+2% kenaikan emolumen -Peruntukan Badan Berkanun hendaklah dikeluarkan daripada pengiraan DSA dan DB agensi - Kenaikan 2% adalah untuk emolumen (OA10000 2007) -BP2009 berasaskan BP2008 dan CDB 2008

PROSES PENYEDIAAN BELANJAWAN


(10) WARAN PERUNTUKAN KEPADA KEMENTERIAN/ JABATAN (9) WARAN AM KEPADA AKAUNTAN NEGARA (1) PEKELILING PERBENDAHARAAN

(8) YBMK BENTANG BELANJAWAN DI PARLIMEN

(2) PENYEDIAAN BELANJAWAN OLEH AGENSI

(7) PERBENDAHARAAN MENIMBANG/MELULUS BELANJAWAN

(3) PEGAWAI PENGAWAL MENGKAJI/MELULUS/MENYELARASKAN ANGGARAN KEMENTERIAN/JABATAN

(6) MESYUARAT PEMERIKSAAAN BALANJAWAN (5) AGENSI PUSAT MENGKAJI CADANGAN BELANJAWAN (4) KEMUKAKAN CADANGAN KEPADA AGENSI PUSAT

BELANJAWAN DUA TAHUN SEKALI


Batas Perbelanjaan ditetapkan untuk dua tahun dalam tahun pertama Agensi perlu sediakan keperluan peruntukan untuk dua tahun dalam tahun pertama Pemeriksaan Belanjawan dibuat sekali untuk tempoh dua tahun Satu Perjanjian Program untuk tempoh dua tahun Laporan Pengecualian perlu disediakan setiap tahun

BELANJAWAN DUA TAHUN SEKALI


Penyediaan dan pemeriksaan belanjawan dua tahun sekali akan memberi lebih masa untuk perkara dasar dan pelaksanaan projek Untuk meningkatkan prestasi perbelanjaan mengurus dan meningkatkan prestasi pelaksanaan projek Tidak melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan atau Akta Acara Kewangan Keperluan peruntukan masih berdasarkan keperluan tahunan dan pembentangan di Parlimen setiap tahun

KOMPONEN PERJANJIAN PROGRAM


Terdapat 14 elemen dalam Perjanjian Program iaitu Maksud Bekalan, Agensi, Program, Aktiviti, Kod Aktiviti, Punca Kuasa, Pelanggan, Analisis Keperluan Dasar, fungsi, Objektif, Sumber, Spesifikasi Output, Penunjuk Impak, Penilaian Program

MAKSUD BEKALAN
Seperti dalam Buku Belanjawan

PROGRAM
Program merupakan klasifikasi kerja tertinggi yang dijalankan oleh organisasi untuk mencapai matlamatnya Sesuatu program hendaklah mempunyai objektif yang menyumbang kepada objektif organisasi Merupakan bidang-bidang tugas agensi dan biasanya terdiri dari beberapa aktiviti

AKTIVITI
Aktiviti adalah sekumpulan operasi kerja,tugas atau tanggungjawab yang merupakan sebahagian/pecahan sesuatu program Ciri-ciri utamanya ialah fokus kepada masalah utama,menghasilkan output akhir, mempunyai pelanggan utama, mempunyai pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan akauntabiliti dan tidak terlalu besar atau kecil dari segi perbelanjaan dan bilangan kakitangan

KOD AKTIVITI
Seperti dalam Buku Belanjawan

PUNCA KUASA
Seperti kelulusan Perbendaharaan/keputusan Kabinet/akta berkaitan

PELANGGAN
Pelanggan Langsung adalah mereka yang menerima faedah pelaksanaan program/aktiviti secara langsung/yang menjadi fokus kewujudan aktiviti berkenaan Pelanggan Tidak Langsung adalah mereka yang mendapat faedah secara tidak langsung pelaksanaan aktiviti berkenaan

OBJEKTIF
Objektif ialah apa yang hendak dicapai Perlu disediakan di peringkat Organisasi, Program,Aktiviti dan Aktiviti Kecil Penentuan objektif adalah satu ciri penting MBS kerana strategi pelaksanaan, fungsi,output dan impak aktiviti akan ditentukan berasaskan kepada objektif Penilaian Program dapat dibuat dengan mudah berasaskan objektif yang digubal

OBJEKTIF
Penyataan objektif yang baik mempunyai ciriciri berikut : - Khusus dan menumpukan kepada menyelesaikan masalah - Berorientasikan impak - Dinyatakan dalam bentuk boleh dicapai dan boleh diukur Objektif tidak sepatut berbentuk fungsi/tugas/penyataan undangundang/terlalu umum atau luas

ANALISIS KEPERLUAN DASAR


Ianya merupakan analisis isu kewujudan aktiviti berkenaan Penjelasan secara ringkas latar belakang mengenai keperluan/masalah yang menyebabkan aktiviti berkenaan wujud Sebab-sebab utama keperluan/masalah pelanggan Alternatif lain yang boleh capai objektif aktiviti Strategi untuk menyelesaikan masalah pelanggan, termasuk jangka panjang, jangka pendek dan strategi tahun belanjawan

FUNGSI
Menerangkan fungsi/tugas utama untuk menghasilkan output terakhir aktiviti. Pembahagian fungsi adalah berasaskan struktur aktiviti,sub-aktiviti,unit dalam aktiviti berkenaan

SUMBER-SUMBER
Peruntukan/perbelanjaan mengikut Objek Am Perbelanjaan Mengikut fungsi

SUMBER-SUMBER (Samb.) Peruntukan/ Perbelanjaan Mengikut Objek Am


Peruntukan Asal Tahun Lepas Perbelanjaan Sebenar Tahun Lepas Varian Peruntukan Tahun Semasa Varian Anggaran Tahun Baru Pertama Varian Anggaran Tahun Baru Kedua Varian

RM Emolumen Perkhidmatan dan Bekalan Aset Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap PerbelanjaanPerbelanjaan lain Jumlah Perbelanjaan Mengikut Fungsi-fungsi di Butiran 10 JUMLAH

RM

RM

RM

RM

Perjawatan

Bilangan Tahun Lepas Kumpulan Perkhidmatan Diluluskan Diisi

Bilangan Tahun Semasa

Bilangan Tahun Baru (Anggaran)

Diluluskan

Diisi

Pertama

Kedua

Anggota Pentadbiran dan lantikan Undang-Undang Kumpulan Pengurusan Tertinggi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Kumpulan Sokongan

JUMLAH

SPESIFIKASI OUTPUT
Menyatakan mengenai output utama yang dihasilkan oleh aktiviti berkenaan sebagai petunjuk prestasi. Setiap output perlu dinyatakan dalam bentuk kuantiti,kualiti,mengikut masa dan kos. Hanya output akhir perlu dimasukkan

CONTOH OUTPUT
Laporan disiapkan Kes dikendalikan Undang-undang digubal Latihan dilaksanakan Pembayaran diselesaikan Kertas kerja disiapkan

JENIS OUTPUT
Mengikut Kuantiti (Kt) Mengikut Kualiti (Kl) Mengikut Ketepatan Masa (Km) Mengikut Kos (Ks)

KUANTITI OUTPUT
Bilangan Output yang dihasilkan oleh Aktiviti Contoh : - Bil. Laporan disiapkan - Bil. Pembayaran dibuat - Bil. Permohonan diperoses - Bil. Kes diselesaikan

KUALITI OUTPUT
Kualiti Output adalah berkaitan dengan ciriciri output yang penting kepada pelanggan atau menjadi sungutan mereka. Kualiti diukur dari perspektif pelanggan Panduan petunjuk kualiti (di antaranya) - piawaian - Garispanduan - Format - Senarai semak - Arahan/syarat - Peraturan

PETUNJUK KUALITI OUTPUT


Bil.(%) laporan disediakan mengikut spesifikasi ditetapkan Bil.(%) kes dikendalikan mengikut garispanduan ditetapkan Bil.(%) permohonan diproses mengikut syarat ditetapkan Bil.(%) operasi dijalankan mengikut garispanduan ditetapkan

CONTOH PETUNJUK OUTPUT


Bil. laporan disiapkan (Kt) Bil.(%) Laporan disiapkan mengikut spesifikasi ditetapkan (Kl) Bil. (%)Laporan disiapkan mengikut tempoh masa ditetapkan (Km) Bil. (%)Laporan di siapkan menepati norma kos seunit ditetapkan (Ks)

PETUNJUK IMPAK
Impak merujuk kepada pengukuran pencapaian objektif sesuatu aktiviti. Pengukuran impak perlu merujuk kembali punca kewujudan aktiviti berkenaan Pengukuran impak samada secara langsung atau tidak langsung kepada pelanggan yang timbul dari pelaksanaan aktiviti/program. Impak boleh dilihat samada positif atau nagatif. Impak boleh ditentukan melalui penilaian program/aktiviti berkenaan

PETUNJUK IMPAK
Contoh perubahan secara langsung kepada output sesuatu program/akktiviti: - Aduan pelanggan berkurangan - Pertanyaan audit berkurangan - Pendapatan perkapita meningkat - Kutipan hasil meningkat - Pelajar yang lulus cemerlang meningkat

PENILAIAN PROGRAM
Penilaian program merupaka penilaian secara komprehensif dan mendalam mengenai sesuatu aktiviti/program, ianya perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa lima tahun Ianya berguna untuk mengetahui pencapaian prestasi serta keberkesanan sesuatu aktiviti Laporan boleh digunakan oleh BRO dalam menimbangkan peruntukan bagi aktiviti berkenaan

PERINGKAT PERJANJIAN PROGRAM


Antara Agensi dengan Perbendaharaan Ibu pejabat dengan peringkat negeri Peringkat Negeri dengan Daerah

PERJANJIAN PROGRAM SEBAGAI ALAT PENGURUSAN


Batas Perbelanjaan Maklumat Aktiviti Cadangan Belanjawan Pemeriksaan Belanjawan Laporan Suku Tahun Laporan Pengecualian Penilaian

FAEDAH MBS
Mengubah dari memotong kepada pengagihan peruntukan secara Top-down Pengurus program dapat menguruskan pencapaian output dan impak serta hal kewangan Meningkatkan motivasi pengurus bawahan melalui kelonggaran agihan sumber Agensi bertanggungjawab ke atas prestasi Program/aktiviti Pegawai Pengawal memainkan peranan lebih penting dalam belanjawan

PENUTUP

TERIMA KASIH

You might also like