You are on page 1of 9

FIBONACCI

BIODATA
Leonardo Fibonacci Dikenali sebagai Leonardo of Pisa. Juga dikenali sebagai Bigollo (pengembara yang sia-sia) Dilahirkan sekitar tahun 1175. Digelar sebagai Maths Geek. Ahli Matematik dari Itali.

Merupakan anak lelaki kepada Guilielmo, dan ibunya, Alessandra. Pada umurnya yang ke-9, ibunya telah meninggal dunia. Ayahnya berharap Leonardo akan menjadi seorang peniaga oleh itu beliau membuat persiapan untuk anaknya mempelajari teknikteknik pengiraan terutamanya yang melibatkan sistem penomboran Hindu-Arab yang masih belum diperkenalkan di Eropah.

Mengembara di sekitar Mediterranean untuk menimba ilmu di bawah bimbingan ahli Matematik Arab. Kembali ke Eropah pada sekitar tahun 1200. Pada tahun sekitar 1202, di mana beliau berumur 32 tahun, beliau menerbitkan bukunya tentang apa yang telah dipelajari dalam LIBER ABACI.

SUMBANGAN
Dikenali dalam zaman moden kerana menyebarkan sistem penomboran Hindu-Arab di Eropah. Penyebaran buku book of calculation pada awal abad ke-13, atau LIBER ABACI. Memperkenalkan modus Indorum yang kini dikenali sebagai penomboran Arab.

Dalam buku itu juga menunjukkan penguasaan beliau terhadap sistem nombor Hindu-Arab dan pemahaman beliau tentang sistem perpuluhan. Dalam karyanya yang lain menerangkan teori persamaan kuadratik serta teori algebra yang lain.

Sumbangan terbesar beliau ialah siri Nombor Fibonacci, yang juga dikenali sebagai The Golden Ratio. Ia terdapat dalam seksyen ketiga buku LIBER ABACI beliau dengan pernyataan masalah ini : a certain man put a pair of rabbits in a place surrounded on all sides by the wall. How many pairs of rabbits can be produced from that pair in a year if it is supposed that every month each pair begets a new pair which from the second month on becomes productive?

Daripada masalah itu, beliau membuat graf populasi arnab tersebut. Menemui janjang nombor yang membolehkan beliau mentakrifkan The Golden Ratio ataupun Nombor Emas. Setiap nombor dalam janjang Fibonacci ini merupakan hasil tambah dua nombor di hadapan nombor yang ingin dikira. 1+1 = 2 1+2 = 3 2+3 = 5

1, 1, 2, 3, 5, 8, 13 ,21 ,34 ,55 ,..

Siri nombor Fibonacci. Menghasilkan Golden Ratio. Nombor Fibonacci ini wujud secara semula jadi dalam alam sekitar. Menjadi inspirasi artis dan digunakan dalam lukisan seperti lukisan terkenal Mona Lisa karya Leonardo DaVinci. Juga diaplikasikan secara meluas dalam seni bina.

You might also like