You are on page 1of 1

Lot. 3054, No. 6J Lorong Permai Timur 21, 96000 Sibu, Sarawak.

______________________________________________________________________________

Pengarah Pelajaran Sarawak, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Sektor Pengurusan Sekolah, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga, 93604 Kuching. (u.p Ummi Soefiah Ishak) Melalui dan salinan, Pengetua, SMK Rosly Dhoby, Sibu. Tuan,

Tarikh :16 Julai 2010

Pertukaran Jurusan Murid Tingkatan 6 Bawah Tahun 2010( Jurusan Sains Ke Jurusan Kemanusiaan ) Surat tuan yang bertarikh 29 Jun 2010, JPS(W)/SPS(Men)/153/02/09/10(70) telah pun dirujuk dan difahami. 2. Dimaklumkan bahawa saya Edenezer Unchat Edwin ingin mengekalkan semula Jurusan Sains mengikut cadangan asal oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Keputusan ini diambil kira selepas saya merasakan sudah dapat menyesuaikan diri dengan kelas berkenaan sebelum arahan pertukaran ini diterima. 3. Dengan ini minta pihak tuan menguruskan perkara ini dan membatalkan semula permohonan saya yang terdahulu. 4. Dengan ini juga saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah.

(EDENEZER UNCHAT EDWIN)

You might also like