You are on page 1of 8

Definisi tamadun

Sukar untuk menentukan takrif yang tepat tentang tamadun

sama ada dari

perspektif barat ataupun Islam. Ia berpunca dari kesukaran memilih istilah yang tepat bagi mengungkapkan konsep tamadun.

Islam madaniyyah- umran-hadarah-tamaddun Barat - civilization-kebendaan- material

Definisi: Pelbagai terminologi yang pernah digunakan berkaitan dengan pengertian tamadun. Hal ini boleh dilihat melalui penggunaannya dalam bahasa-bahasa berikut:

Bahasa Inggeris Pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Inggeris berkaitan dengan pengertian tamadun seperti culture, renaissance, enlightment dan civilization.

Bahasa Arab Sama seperti Bahasa Inggeris, pelbagai terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Arab berkaitan dengan pengertian tamadun. Antaranya ialah al-umran, albunyan, ath-thaqafah, al-hadharah, al-madaniyyah dan at-tamaddun.

Bahasa Melayu

Antara terminologi yang pernah digunakan dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan pengertian tamadun ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.

Apabila lahir terminologi al-tamaddun dalam bahasa Arab, maka lahirlah terjemahannya dalam Bahasa Inggeris iaitu civilization. Bahasa Melayu meminjam terminologi Arab menjadi tamadun dengan pengguguran satu d terminologi yang terakhir inilah yang popular dan dominant penggunaannya dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu pada masa kini.

Menjelang tahun 1990-an, bahasa Melayu mula menggunakan terminologi baharu iaitu madani sebagai tambahan kepada terminologi tamadun. Ia juga merupakan pinjaman daripada terminologi Arab iaitu al-madaniah yang diperkenalkan oleh alFarabi dalam abad ke-11 Masihi yang lalu seperti mana yang terdapat dalam kitabnya As Siyasah al-Madaniyah.

KESIMPULAN

Takrifan yang diberikan oleh sarjana Islam lebih tepat dan menyeluruh daripada sarjana barat. Ini kerana sarjana barat kurang menekankan unsur keagamaan sebagai asas dan sumber pembinaan sesuatu tamadun.

Sarjana Islam menjadikan unsur agama sebagai asas dan sumber utama dalam pembinaan dan pencapaian sesuatu tamadun. Sesungguhnya tamadun Islam itu paling istimewa, mengatasi dan dibezakan daripada tamadun yang lain dalam dua faktor iaitu sumbernya (al-Quran dan asSunnah) dan asasnya (akidah, syariat dan akhlak).

Ciri ciri tamadun

Pembentukan Bandar

Setelah manusia mengetahui cara bercucuk tanam dan menternak, mereka mula membentuk penempatan menetap. Perkampungan-perkampungan ini lama-

kelamaan akan membentuk bandar-bandar kerajaan atau negara kota. Proses perubahan ini juga dikenali sebagai urbanisasi. Negara kota ini akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi manusia, pusat perdagangan bagi petempatanpetempatan yang ada di sekitarnya. Contoh negara kota yang terdapat pada zaman ini ialah negara kota Ur, Urech dan Kish di Lembah Tigris-Eupharates di Sumeria dan Mohenjo DAro dan Harappa di Lembah Indus di India.

Pembentukan Kerajaan

Perkembangan bandar ini seterusnya mewujudkan satu sistem kerajaan atau pentadbiran yang teratur. Ketua-ketua masyarakat bertanggungjawab mentadbir bandar-bandar ini. Sebab itulah munculnya golongan pemerintah dan golongan diperintah pada zaman ini. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan.

Wujudnya Organisasi Sosial

Perkembangan bandar atau negara kota melahirkan satu masyarakat yang mempunyai organisasi sosial yang tersusun. Setiap individu menjadi anggota dalam satu lapisan masyarakat yang tersusun dan memainkan peranan tertentu mengikut kedudukannya dalam lapisan masyarakat. Raja mempunyai kedudukan yang paling tinggi diikuti oleh golongan pendeta dan bangsawan. Golongan pemerintah ini diikuti oleh golongan yang diperintah seperti rakyat bebas, petani dan artisan. Golongan yang mempunyai kedudukan yang paling rendah ialah hamba abdi.

Perkembangan Teknologi

Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuanpenemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat.

Pengkhususan Kerja

Kemajuan dalam teknik-teknik baru berlaku serentak dengan kepelbagaian dan pertambahan kegiatan ekonomi dalam masyarakat susun lapis yang diurbanisasikan sehingga wujud masyarakat yang mengkhusus dalam satu-satu pekerjaan. Pengkhususan telah melahirkan orang yang pakar dalam bidang-bidang seperti pertukangan kayu, barang-barang kemas, kain dan sebagainya. Hal ini disebabkan permintaan yang tinggi. Secara tidak langsung, pengkhususan telah meningkatkan kecekapan seseorang.

Wujudnya Kepercayaan

Agama dan kepercayaan menjadi unsur penting dalam masyarakat bertamadun. Penduduk awal ini percaya kepada semangat roh yang ada pada alam semula jadi seperti pokok, binatang, sungai yang dikatakan mempunyai semangat yang

tersendiri yang dikenali sebagai kepercayaan animisme. Selain itu, mereka juga mengamalkan pemujaan nenek moyang. Amalan ini dapat dilihat di Tamadun Hwang-Ho. Kepercayaan mereka berkait rapat dengan kepercayaan Politeisme atau kepercayaan kepada banyak tuhan. Dengan itu, mereka telah menyembah dewadewi dan patung atau tuhan tertentu serta pemujaan alam semesta dan kehidupan selepas mati.

Wujudnya Bahasa dan Tulisan

Perkembangan ekonomi dan perdagangan berkait rapat dengan perkembangan dalam sistem tulisan dan bahasa. Sistem tulisan ini diperlukan untuk mencatatkan semua urusan yang berkaitan dengan agama dan perdagangan supaya dapat diperturunkan kepada generasi yang lain. Kemajuan dalam sistem tulisan dan bahasa memudahkan dan menggalakkan lagi perniagaan dan interaksi antara masyarakat negara kota yang berlainan. Tulisan yang terawal merupakan tulisan lukisan (piktograf), terutama di Tamadun Sumeria dan Mesir.

Teori teori tamadun SARJANA ISLAM IBN KHALDUN- kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan,keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri.popular dengan istilah umran-hadarah

RASYID RIDHA- agama asas tamadun dengan unsur spiritual sebagai tonggak

SAID HAWA- terbahagi dua, Islam dan Jahiliyah

SAYYID QUTB-kemajuan berteraskan syariat Allah SWT bercirikan nilai moral Islam

ABU NASIR AL-FARABI-(MT 350 Hijrah) telah memperkenalkan istilah alMadaniyah dalam abad ke-11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al-Madaniyah. Terminologi ini diambil daripada akar kata Madinah iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Madaniyah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah, syariat dan akhlak.

SARJANA BARAT

Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Process berpendapat bahawa tamadun mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran.

Clive Bell dalam bukunya Civilization and Old Finds menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kata ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap pencapaian sesuatu tamadun.

Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara.

Toynbee- sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat elemen,

ekonomi,politik,pengetahuan dan seni

You might also like