You are on page 1of 15

Novel:

Wira Persona Avatari Sinopsis


Nama: Kelas: Nama Guru:

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Tajuk Bab 1 Poster Misteri Bab 2 Kamar Bicara Bab 3 Pasukan Zamrud II Bab 4 Limbasan Pari Bab 5 Senteri Muda Bab 6 Ribut Dalam Cawan Bab 7 Latihan Tempur Bab 8 Cabaran Bermula Bab 9 Juara Songsang Bab 10 Malaysia Serba Boleh Bab 11 Jutawan Muda Bab 12 Perangkap Musang Sinopsis Keseluruhan Novel Wira Persona Avatari

No. Muka Surat

Bab 1 : Poster Misteri

Pada masa kini, hidupan menjadi semakin sintetik seperti kad plastik yang menggantikan wang kertas yang digunakan dalam system e-dagang dan kompleks beli-belah menjadi pilihan membawa keluarga pada hujung minggu.

Ahli-ahli Pasukan Zamrud II iaitu Adeen,Aina,Anas,Pauline dan Anjali diikuti oleh Ho Shoa Long dan isterinya Angie,Maizan iaitu ibu kepada Anas dan Aina,dan Cikgu Nishah. Mereka ke bilik persalinan sambil empat orang penjaga bercakap kosong dan bertawa riang. Apabila adeen membuka pintu bilik persalinan,dia ternampak dua orang yang mencurigakan. Pergelutan berlaku antara Adeen,Anas,Pauline dan Anjali dengan dua orang tersebut iaitu Ah Kong dan Samy.

Akhirnya,mereka Berjaya mengalahkan Samy tetapi Ah Kong keluarkan pistolnya dan menembak Aina yang sedang berdiri di tepi pintu kerana tidak ingin mengambil banyak risiko. Aina sedang berdarah sambil ibunya berada di sisi. Aina teringat akan masa lepasnya. Aina adalah seorang murid yang tekun dan cekal. Aina sedang membuat kerja sekolahnya apabila kawan baiknya,Zuriani memasuki kelasnya. Dia memberi tahu tentang poster Pertandingan Avatari di kantin.

Bab 2 : Kamar Bicara

Aina menunggu abangnya di ruang tamu sambil mendengar radio dan membelai kuching parsi yang berwarna kelabu. Apabila abang Aina sampai ke rumah, dia ternampak bahawa sikap abngnya di luar dugaan. Aina dapat tahu bahawa pasukan hoki abngnya telah kalah melalui sikapnya itu. Dia cuba mengubati hati abangnya yang marah,hampa dan iuka. Anas Tanya adiknya tentang apa yang hendak di beritahu olehnya .Aina memberitahu abangnya tentang Pertandingan Avatari kali Kesepuluh.

Ayah mereka merupakan seorang yang memenagi Pertandingan Avatari dengan pasukannya iaitu Pasukan Zamrud sepuluh tahun yang lalu. Merka teringat akan ayah mereka yang hilang dalam satu ekspidasi enam belan yang lalu. Pada malam itu, mereka melayari internet dank e laman web Avatari.

Aina membaca tentangsyarat-syarat pertandingan dan ingin mendaftar melalui internet tetapi mereka tiada kad kredit. Oleh itu, mereka berdaftar secara giro atau mjelalui pos. Selepas itu, mereka menggunakan kaedah kamar bicara yang ada dalam laman web avatari tersebut.

Bab 3 : Pasukan Zamrud II

Mereka telah mendapat borang penyertaan dan dikenakan bayaran sebanyak RM20. Anas dan Aina menemui jalan buntu kerana mereka memerlulan satu computer maya dengan perisian Avatari yang mencecah sebanyak RM50,000 . Aina teringat akan kawan ayah mereka iaitu Pak Cik Ho . Beliau juga merupakan seorang daripada pasukan ayah mereka.

Pak Cik Ho berkata bahawa tiga lagi ahli pasukan ayah mereka iaitu Pak Cik Kupusamy,Mak Cik Nora dan Mak Cik Vicky telah bersetuju untuk melaburkan wang dan memberikan mereka menggunakan koputer Avatari mereka . Pak Cik Kupusamy telah menawarkan anaknya,Kumar untuk menyertai pasukan mereka.

Mereka memilih Adeen iaitu anak Professer Zakri yang pernah menjadi jiran mereka sebagai ahli kelima pasukan mereka. Dia sedang mengambil kursus kejuruteraan di kolej khas yang mengambil murid yang mempunyai IQ yang tinggi.

Bab 4 : Limbasan Pari

Anas,Aina,Pauline dan Kumar iaitu anak pak Cik Kupusamy menunggu untuk Adeen di Kedai Permainan Game Star kepunyaan Pak Cik Ho. Pauline tidak puas hati dengan sikap Kumar yang panas baran itu yang bedrlakunya pertelingkahan antara mereka. Anas menamatkan pertelingkahan antara mereka .

Akihirnya Adeen sampai . Aina memperkenalkan Pauline dan Kumar kepada Adeen. Apabila Adeen menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Kumar , Kumar menunjukkan egonya kepada Adeen. Anas membawa Adeen ke bilik pengerusi untuk berjumpa dengan Pak Cik Tan.

Kumar yang ternampak mesin Avatari ketawa kerana tidak percaya bahawa msdin antik itu akan fungsi. Kumar menarik diri daripada p-asukan mereka.Anas,Aina,Pauline,Adeen dan Pak Cik Tan tidak puas hati dengan kelakuan Kumar.

Bab 5 : Senteri Muda

Anas,Aina,Pauline dan Adeen sedang berlatih senaman silat dengan Cikgu Nisah kerana dalam Peretandingan Avatari terdapatnya pelbagi muslihat dan cabaran yang perlu dihadapi. Pak Cik Ho yang meninjau Pasukan Zamrud II dalam prestasi latihan Avatari mereka .

Pak Cik Ho ternampak Adeen membuat sesuatu dengan komputer Avatari itu. Adeen menerangkan bahawa Cip voltra milik Pak Cik Ho canggih tetapi CPU (Central process unit) computer avatari itu mempunyai kelemahan . Ia masih lemah mengawal avatar apabila bertempur. Pak Cik Ho mangakui bahawa komputer Avatari mempunyai kelemahan tersebut

Adeen memperkenalkan cip yang lebih hebat iaitu cip prototaip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS Berhad . Cip ini mempunyai kelajuan sebanyak 100 giga hertz iaitu lebih daripada Cip Voltra yang mempunyai kelajuan sebanyak 8 giga hertz

Bab 6 : Ribut Dalam Cawan

Anas dan Pauline berada di Restoran McDonalds yang berada bertentangan dengan Kedai Permainan Game Star.Mereka sedang mencari ahli kelima untuk pasukan mereka. Pauline bercadang untuk memujuk Kumar agar sertai pasukan mereka tetapi Anas mebangkangnya.

Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah tentang Kitar Hayat Pasukan. Di Kedai Permainan Game Star ,Anas dan Pauline ternampak sekumpulan remaja yang sedang menyaksikan dua orang lelaki dan seorang gadis India sedag bermain Robot Wars. Akhirnya, gadis India itu telah memenangi permainan itu. Nama gadis itu adalah Anjali. Anas memberitahu Pauline bahawa dia ingin nerjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas Mendekati Anjali. Pauline tidak berasa senang hati dengan tindakan Anas itu.

Bab 7 : Latihan Tempur

Setelah Aina menyertai Pertandingan Avatari , Aina telah mengabaikan kawan baiknya ,Zuriani kerana sibuk denganlatihan silat dan sebagainya. Oleh itu,Aina telah mengajak kawannya Zuriani agar menyertai pasukan mereka. Pasukan Zamrud II mengadakan latihan mereka di Bukit Larut Yang terdapatnya banyak bukau dan tembikar.

Sejak Anjali memasuki pasukan mereka,Anas lebih rapat dengannya. Ini menyebabkan Pauline berasa cemburu . Cikgu Nisah mencari untuk Adeen yang tidak keluar lagi. Aina telah mengorek rahsia Anjali yang nama sebenarnya adalah Lakshimi. Cikgu Nisah keluar dari tembikar diekori oleh Adeen yang terseliuh kakinya. Cikgu Nisah menasihati agar berkerjasama secarasatu pasukan.

Selepas itu ,Cikgu Nisah membuat latihan tempur dan mengajar beberapa strategi. Pauline dan Anjali dipasangkan dalam latihan tempur . Dalam latihan itu , Cikgu Nisah ternampak bahawa Paline dan Anjali benar-benar bergaduh.Cikgu Nisah tahu Pauline suka akan Anas .Oleh itu , Cikgu Nisah kongsi pengalamannya tentang cara menambat hati lelaki.

Bab 8 : Cabaran Bermula

Pada hari Sabtu, ramai orng berpusu-pusu datang untuk menyaksikan Pertandingan Avatari Kali Kesepuluh di pusat beli-belah Anggun. Juruacara mereka adalah Halim. Halim telah memberi taklimat tentang Pertandingan Avatari atau di kenali sebagai Adventure Game kepada para perserta di Malaysia. Pasukan pertama adalah Pasukan Zamrud II diikuti oleh Pasukan Harimau Kumbang , Pasukan Sinaran dan Pasukan Aura Suci. Adeen tidak memasuki pasukannya kerana ia bertugas sebagai pengawal komputer Avatari. Tugas Adeen penting kerana ia perlu memberi maklumat yang di perlukan oleh pasukannya. Pasukan Zamrud II telah memasuki terowong ke ruang siber . Pada saringan pertama adalah Zaman Prasejarah. Avatar mereka adalah Badang dalam Sejarah Melayu. Mereka telah merentasi pelbagai jenis dinosaur seperti deinocus, triceratops,dan trainosarus . Akhirnya, mereka telah mendapat pasu emas yang di katakan oleh Halim dalam sebiji buah nagka yang aneh. Semasa keluar dari terowong , Pasukan Aura Suci telah merampas pasu emas itu dari avatar Pasukan Zamrud II.

Bab 9 : Juara Songsang

Pasukan Zamrud II dapat memasuki pusingan kedua kerana Pasukan Aura Suci didapati bermain dengan cara yang tidak bermoral . Selain itu ,semasa pergelutan pasu emas tersebut terjatuh ketepi terowong .Mereka juga adalah pemeang untuk pusinga pertama.

Dalam pusingan kedua , Adeen mendapat tahu satu cip miroelektrik telah hilang.Adeen segera mencabut cip mikroelektrik daripada litar yang dibawa oleh Tan Being Kiat. Pasukan Zamrud II telah berjaya menyelesaikan teka-teki yang pertama iaitu buaya.

Dalam saringan ini ,ruang siber adalah Zaman Firuan di Mesis purba. Anjali ternampak sebuah bangunan berbentuk piramid apabila berjalan ke sana , Aina telah terjatuh kedalam suatu lubang . Selepas melepasi diri daripada satu ulat gergasi, mereka memasuki lubang terebut melalui sebuah tangga. Mereka mengambil buaya emas dari situ.

Setelah itu , Adeen mengarahkan pasukannya untuk ke kuil Abu Simbel yang berdekatan dengan Sungai Nil untuk menutip harta karun yang boleh didapati di sana. Pasukan Zamrud II telah memasuki pusingan keiga.

Bab10 : Malaysia Serba Boleh

Pasukan Zamrud II telah Berjaya memasuki pusingan ketiga iaitu saringan permainan tradisional. Untuk mendapat markah yang tinggi mereka berpecah . Anas mengambil permainan catur , Aina mengambil prmainan batu seremban , Anjali mengambil permainan mahjong dan Pauline pula mengambil permainan memanah. Selepas sejam bermain mereka bertukar permainan. Anas mengambil pemainan dam haji, Aina mengabil permianan teng-teng ,Pauline pula mengambil permainan batu seremban dan Anjali mengambil permaianan gasing. Sejam kemudian pencapaian mereka dibertahu. pasukan yang mencapai markah yang tertinggi adalah Pasaukan Jepun dengan markah sebanyak 4021, Pasukan Rusia adalah 4017, Pasukan Australia adalah 4013 dan Ameika Syrikat 3999 . Pasukan Zamrud II , Thailand dan Republik Rakyat China mencapai markah yang sama iaitu 3998. Juruacara iaitu Halim satu lagi pertandinganiaitu meneka apa yang ada pada tangannya. Pasukan Thailand dan Pasukan Zamrud II dapat meneka dengan betul . Pasukan Zamrud II memasuki pusingan terakhir.

Bab11 : Jutawan Muda

Pasukan Zamrud II telah memasuki pusingan terakhir. Ini bukan sabotaj pertama mereka kerana dalam pusingan kedua cip mikrolektrik telah hilang dan dalam pusinga ketiga seorang avatar cuba dibunuh. Dalam pusingan ini Pasukan Zamrud II dan Pasukan dari Amerika Syarikat , Rusia dan Jepun akan menghadapi cabaran untuk ke Zaman zilam melalui mesin masa. Pasukan Zamrud II telah ke tahun 1511 di Melaka semasa penjajahan Portugis. Semasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, Adeen telah memberitahu bahawa Pasukan Rusia ke tahun 26 April 597 iaitu kelahiran Nabi Muhamad SAW. Anas cuba membuat sesuatu supaya dapat menyelamatkan agamanya. Tetapi mereka menghadapi pelbagai cabaran dan akhirnya Pasukan Zamrud II telah memenangi Pertandingan Avatari Kali Kesepuluh kerana sejarah tidak boleh di tukar oleh manusia .

Bab12 :Perangkap Musang

Pak Cik Tan menunggu untuk penceroboh yang membuat sabotaj-sabotaj ini. Anjali memasuki perangkap Pak Cik Tan . Akhirnya , Anjali akur bahawa dia berkerja sebagai orang dalam kerana abangnya Muthu ingin memiliki kedai tersebut.

Di hospital , Aina semakin sembuh dan berasa gembira kerana semua perusahaan mereka tidak menjadi bubur. Semasa Aina menonton bulietin , Aina berasa gembira apabila mendengar bahawa ayahnya selamat.

Sinopsis Keseluruhan Novel Wira Persona Avatari

Adeen,Anas,Aina,Anjali dan Pauline merupakan ahli Pasukan Zamrud II. Apabila mereka ke bilik persalinan yang disediakan Pusat beli-belah Anggun mereka ternampak dua orang yang mencurigakan.Dalam pergelutan ,mereka berjaya memberkas Samy.Ah Kong meloloskan sepucuk pistol kea rah Aina lalu menembaknya. Ibu Aina berada di sisinya . Akhirnya , Aina pengsan. Aina merupakan seorang murid yang tekun dan cekal. Kawan Aina iaitu Zuriani memberitahunya tentang poster Pertandingan Avatari kali kesepuluh. Aina memberitahu abangnya Anas tentang pertandingan ini dan mereka berdua melayari internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang pertandingan Avatari itu. Mereka tidak serta melalui internet kerana tidak mempuyai kad kredit. Mereka merayu melalui giro. Apabila boring sanpai mereka menemui jalan buntu. Dengan pertolongan ahli kumpulan ayah mereka ,mereka dapat menyertainya. Ali kelima pasukan mereka adalah Adeen iaitu anak Professer Zakir yang berpengetahuan tinggi tentang komputer. Apabila seorang daripada ahli kumpulan mereka iaitu Kumar menarik diri ,Anas dan Pauline mencari untuk seorang ahli yang lain. Akirnya mereka berjumpa dengan Anjali yang nama sebenarnya adalah Lakshmi.Aina telah mengabaikan kawan baiknya Zuriani dan memujuknya menyertai pasukannya. Mereka bersenaman dan mengambil latihan daripada Cikgu Nisah . Mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam Pertandingan Avatari dan akhirnya memenangi pertandingan tesebut. Semasa mereka menyertai pertandingan ini terdapatnya pelbagai sabotaj yang berlaku. Akhirnya orng yang memuat sabotaj tersebut adalah tidak selain daripada ahli mereka Anjali.Aina di hospital semakin sembuh dan berasa gembira apabila ayah mereka yang hilang dalam ekspidasi selama enam bulan telah dijumpa dengan selamat.

You might also like