Professional Documents
Culture Documents
Pedagogi Pend Islam
Pedagogi Pend Islam
TEKNIK
APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG KAEDAH, TEKNIK, PENDEKATAN DAN STRATEGI?
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENDEKATAN Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan Mendokong sesuatu teori TEKNIK Merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yg dilaksanakan Pengendalian yg benar benar berlaku dalam bilik darjah digunakan dlm langkah pengajaran Perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih
KAEDAH Siri tindakan guru yang sitematik Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang telah dipilih Mendokong pendekatan dipilih STRATEGI Kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran Lebih mengambil kira objektif jangka panjang mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
secara keseluruhan Perancangan atau prosedur yang perlu diamalkan oleh semua guru bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, terancang dan teratur.
Sebagai langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Melibatkan semua cara yang efektik bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan oleh guru, nilai-nilai dan kemahiran yang diinginkan kepada pelajar.
perancangan guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Satu prosedur bagi melakukan sesuatu aktiviti yang didahului dengan kewujudan pendekatan.
Perancangan yang dapat membantu pendekatan pengajaran yang ingin digunakan oleh guru bagi memudahkan proses pemindahan pengetahuan kepada pelajar ataupun kemahiran. Proses yang penting bagi ditentukan terlebih dahulu oleh guru sebelum mula memikirkan apakah teknik yang mahu digunakan dalam satu-satu topik pengajaran.
1.
2.
Guru perlu mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Gaya pembelajaran yang berbeza wujud daripada sifat perbezaan antara individu dan nilai-nilai keunikan yang terdapat dalam diri setiap pelajar dalam usaha mendapatkan ilmu.
3.
4.
Guru perlu terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran pelajar sebelum menentukan jenis kaedah pengajaran yang akan digunakan. Melalui gaya pembelajaran, guru berpeluang mengenal pasti segala kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
5.
6.
Gaya pembelajaran adalah gambaran kepada ciri-ciri kognitif, efektif dan tingkah laku fisiologikal seseorang pelajar dalam bertindak balas dengan apa yang ada di persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan persekitaran fizikal dan emosi pelajar.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
7. Penentuan kaedah pengajaran berdasar gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, kebolehan, minat dan kecenderungan.
8. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan berhujah dan mengeluarkan pendapat.
PENDEKATAN mendekati atau menghampiri cara bagaimana pengajaran dilaksanakan pendekatan tentang isi pelajaran
PENDEKATAN INDUKTIF
PENDEKATAN DEDUKTIF
PENDEKATAN BERSEPADU
PENDEKATAN INDUKTIF
Pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep / benda. Mengutamakan contoh- contoh pada awal pengajaran dan dibuat generelisasi daripadanya. Tidak digalakkan memberi definisi penerangan, kandungan pelajaran. Kemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh, kesimpulan diberi kemudian.
KONSEP INDUKTIF Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum . Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh contoh tertentu. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik ( khusus ) kepada umum.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
CIRI CIRI PENDEKATAN INDUKTIF Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan pengetahuan. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untuk menguasai sesuatu kemahiran. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru. Menekankan penglibatan murid secara aktif. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan. banyak menekankan aspek lisan.
satu siri penyoalan perlu diadakan guru dapat menolong murid membentuk murid membuat generelisasi. mencuba dan menguji kemahiran intelektual murid. pengajaran yang terancang, kepelbagaian aktiviti menarik minat murid. penyediaan alat bantu yang sesuai. bantuan dan bimbingan guru sepanjang proses p&p
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEBAIKAN PENDEKATAN INDUKTIF 1. Merangsang kebolehan mental dan melibatkan pelajar secara aktif dalam p&p. 2. Sikap berdikari dalam usaha mempelajari dan memahami sesuatu konsep. 3. Dapat belajar bagaimana menghadapi masalah, merancang strategi penyelesaian sehingga mencapai tahap membuat keputusan.
CONTOH KHUSUS
Melakukan mengikut tertib : Bermula dengan niat serta basuh muka disudahi dengan basuh kaki
Berwuduk
PENDEKATAN DEDUKTIF
Pengajaran dan pembelajaran murid diasaskan kepada hoskut tertentu. Dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu kemudian diaplikasikan untuk menuju ke suatu fakta.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KONSEP DEDUKTIF
Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Pembelajaran sentiasa mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi. Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu. Penyusunan isi mestilah sentiasa dimulakan daripada keseluruhan yang lebih kompleks sifatnya. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal.
Hukum hukum asas dinyatakan. Pendekatan ini sangat cepat. Melibatkan pemikiran ke arah pemahaman yang lebih mendalam tentang peraturan, definisi atau prinsip.
KEBAIKAN PENDEKATAN DEDUKTIF 1. Memudahkan tugas guru mengemukakan prinsip asas pelajar menggunakan prinsip berkenaan. 2. Pendekatan ini cepat, menjimatkan masa. 3. Sesuai untuk pelajar yang tidak dapat membuktikan fakta dengan sendiri. 4. Tidak ada risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna.
Prinsip, teori, hukum : Wuduk ialah niat beserta basuh tangan, sapu kepala dan basuh kaki secara tertib
KAEDAH DEDUKTIF
RUMUS : Wuduk ialah niat serta basuh muka disudahi dengan basuh kaki secara tertib.
PENDEKATAN BERSEPADU
Kesepaduan dibahagikan kepada 3 iaitu : 1. kesepaduan kurikulum 2. kesepaduan isi pelajaran 3. kesepaduan kaedah pengajaran
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Menghubungkan isi pelajaran akademik atau fardhu kifayah dengan aqidah, fiqh, sirah ibadah dan akhlak
Menggabungkan berbagai kaedah yang boleh disepadukan dalam satu satu matapelajaran dengan mengaitkan dan memperkukuhkan dengan ilmu wahyu.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENDEKATAN PEMUSATAN PELAJAR Semua pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran pelajar perlu aktif dengan memberi peluang mereka mengemukakan pendapat, berbincang, merancang dan membentang. guru sebagai pembimbing, pemudahcara dan pemberi panduan ringkas
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KAEDAH DAN TEKNIK BERPUSATKAN PELAJAR Dijalankan di dalam bilik darjah dengan melibatkan murid secara aktif. Pengalaman baru yang berguna haruslah diperoleh secara aktif. Boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya : 1.Melibatkan murid secara aktif dan menyeluruh melalui pelbagai bentuk dan aktiviti. 2.Guru bertindak sebagai fasilitator. 3.Memberi murid peluang untuk belajar melalui pengalaman. 4.Menggalakkan murid memberi sumbangan yang berguna dalam aktiviti kelas. 5.Menggalakkan murid berkongsi maklumat sewaktu mengendalikan aktiviti pembelajaran 6.Menggalakkan murid memberi dan menerima pandangan. 7.Menggalakkan murid berfikir dalam aktiviti yang dijalankan. 8.Memberi peluang murid meneroka idea yang baru dan pelbagai. 9.Menggalakakn murid mengumpul maklumat melalui pelbagai sumber dan kaedah, serta memproses dan merumus. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KAEDAH DAN TEKNIK BERPUSATKAN GURU Guru menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran. Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru Guru boleh menggunakan pebagai alat bantu mengajar seperti slaid, projektor papan hitam dan sebagainya. Guru perlu memberi perhatian pada kedudukan aras pelajar Guru perlu bertutur dengan jelas supaya pelajar mendengar dan minat dengan topik yang diajar. Tujuan kaedah kuliah adalah untuk menyampaikan sesuatu pengajaran kepada murid supaya : 1. merangsangkan murid 2. menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran 3. membuat penelitian dan ulangkaji 4. mengembangkan isi pelajaran 5. menyampaikan maklumat yang telah dirancang.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KAEDAH DAN TEKNIK BERPUSATKAN BAHAN Bahan P&P sebagai media pengajaran atau instructional media yang membantu guru dan pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Proses penyediaan dan penghasilan sumber mesti selaras dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran.
MEMILIH MENGOLAH OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBINA MENGGUNA MENILAI
Menurut Mak Soon Sang ( 1992 ) dalam Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi Ahmad Mohd. Salleh : a) memudahkan murid memahami konsep yang abstrak b) memudahkan murid menguasai kemahiran baru melalui bantuan alat bantu mengajar. c) aktiviti pengajaran dapat dipelbagaikan dan mudah disampaikan. d) aktiviti pembelajaran lebih menarik dan memberangsangkan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR Garis panduan untuk memilih alat bantu mengajar : 1. tentukan sumbangan yang boleh diberi oleh ABM kepada pengajaran berhubung dengan objektif yang hendak di ajar. 2. Rancangkan bagaimana ABM dapat digabungkan penggunaannya dalam pengajaran. 3. Aturkan supaya ABM itu dapat digunakan oleh murid dengan sebaik baiknya supaya tidak kelam kabut. 4. Untuk dapat kesan yang memuaskan kaji dari pelbagai punca tentang cara penggunaan sesuatu ABM. 5. nilaikan sumbangan ABM kepada pengajaran melalui percubaan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Bahan bercetak : Sumber berasaskan manusia : Rakan sebaya, guru, qari, pegawai sumber Buku/kitab/mashaf, majalah, jurnal, ensiklopedia surat khabar, kad katalog, kamus, buku teks
Bahan bercetak
Bahan berkomputer
mahal menimbulkan tekanan perisian terhad bergantung kepada bekalan elektrik KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEKNIK P&P YANG SESUAI BAGI ASUHAN TILAWAH AL QURAN ( AYAT BACAAN )
TALAQQI MUSYAFAHAH
Pelajar mesti berhadapan dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul bagaimana makhraj dan sifat sifat huruf yang sebenarnya. Boleh diaplikasikan di dalam kelas dengan cara memberi contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru secara beramairamai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid dan murid mengikut contoh bacaan guru secara individu. Untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik, boleh memperdengarkan bacaan ayat ayat alQuran dari kaset atau bahan media yang lain. Carta ayat ayat al-Quran pula boleh ditulis sama ada KEMENTERIAN PELAJARAN di papan gulung atau kad manila dan sebagainya. MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
a) kaedah ini amat berkesan jika ingin mengenalpasti secara amali tahap kefahaman dan pelaksanaan murid terhadap hukum hukum tajwid dalam bacaan al-Quran yang meliputi makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid b) pembelajaran boleh dijalankan sama ada di dalam atau di luar kelas.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
LATIH TUBI
Baca berulang kali merupakan prinsip dalam kaedah ini. Corak pengajaran adalah untuk memberi kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Contohnya membaca al-Quran ini diajar dengan kaedah latih tubi. Bertujuan menyampaikan kemahiran dan kecekapan kepada pelajar. Dibahagi kepada 2 bentuk iaitu secara bertulis atau secara pertanyaan terus kepada pelajar semasa proses pengajaran. Latih tubi secara bertulis adalah pengedaran soalan yang bercetak kepada semua pelajar dan pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan oleh guru. Latih tubi secara pertanyaan terus adalah guru akan memberi soalan terus kepada semua pelajar di dalam kelas dan pelajar diminta menjawab soalan yang dikemukakan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TASMIK
Guru memperdengarkan CD al-Quran Bacaan secara kuat Seorang murid memperdengarkan bacaan kepada guru dan guru memperbetulkan bacaannya. Guru memperdengarkan bacaan surah AlFatihah kepada guru dengan berpandukan kad ayat. Pelajar menperdengarkan bacaan surah AlFatihah kepada guru dan guru membetulkan kesilapan bacaan murid. Guru memastikan pelajar-pelajar dapat membaca dengan betul dan fasih.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PENGAJARAN AKIDAH
PENGAJARAN IBADAH
Langkah-langkah yang perlu diambil guru sebelum melaksanakan kaedah ini ialah : 1. Merancang dan menentukan isi utama dalam topik yang akan dibincangkan. 2. Memastikan setiap pelajar berpeluang memberi pendapat atau kemukakan soalan. 3. Menggalakkan penilaian secara objektif semasa idea berkenaan dikemukakan. 4. Meringkaskan atau merumuskan idea-idea atau kesimpulan hasil dari perbincangan tersebut. Guru memulakan perbincangan dengan mengemukakan tajuk. Murid diminta memberi sumbangan idea atau pertanyaan sewaktu berbincang dan mendapat tindak balas dari murid lain. Perbincangan tidak dimonopoli oleh seorang pelajar sahaja. Guru berperanan memastikan perbincangan tidak keluar topik. Kaedah ini diaplikasikan oleh Rasulullah dalam menyampaikan ilmu dengan mengadakan musyawarah atau perbincangan dengan pengikutnya dalam memutuskan sesuatu perkara.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Kaedah ini juga digunakan oleh Rasulullah ketika Jibril mengajarkan nabi berwudhu dan bersembahyang. Tujuannya ialah : 1. membolahkan murid melihat dan mengikuti setiap langkah dan pergerakan sesuatu ibadah yang bebentuk amali. 2. dapat melakukan sesuatu ibadah dengan betul dan sah mengikut syarak. 3. memberi motivasi kepada murid untuk melaksanakannya di luar waktu pembelajaran. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN IBADAH MENGGUNAKAN KAEDAH TUNJUK CARA A) Sebelum sesi pengajaran dimulakan : 1. tentukan objekti dan kandungan tunjuk cara 2. berikan penerangan tentang tunjuk cara 3. sediakan peralatan dan bahan bantu mengajar yang diperlukan 4. pastikan susun atur kedudukan pelajar adalah sesuai untuk sesi pengajaran tunjuk cara 5. pastikan pelajar selesa sewaktu proses P&P dan keselamatan pelajar KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA adalah terjamin. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
B) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran 1. jalankan tunjuk cara apabila murid telah bersedia. 2. perhatikan tindak balas pelajar 3. galakkan penyertaan murid. 4. tari perhatian murid tentang aspek-aspek penting dalam ibadah. 5. pastikan demonstrasi tersebut dapat dilihat oleh semua pelajar. 6. ulangi kembali aspek-aspek penting sebagai pengukuhan. 7. pelajar dilibatkan dengan menyuruh mereka mengulangi demonstrasi. C) Selepas sesi tunjuk cara 1. guru bersoal jawab dengan pelajar mengenai tajuk yang dipelajari. 2. mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar 3. memberi aktiviti susulan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
c) Penjelasan kepada penonton - guru menjelaskan kepada pelajar apa yang nereka tonton. Dengan ini pelajar akan tahu dan memahami apa yang cuba dilakonkan oleh rakan mereka. d) Pelakon yang sesuai - pilih secara sukarela keran adijangkakan akan memberi hasil lebih berkesan. - lakonan boleh diulang menggunakan pelajar lain. e) Lakonan secara bebas - biar pelajar mainkan watak secara bebas tetapi perlu diawasi supaya mereka tidak menyeleweng dari situasi yang sepatutnya. f) Perbincangan selepas lakonan - guru dan pelajar berbincang tentang babak yang disaksikan dan hasilnya akan membantu pelajar lebih memahami peristiwa yang dipelajari.KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
LANGKAH-LANGKAH KAEDAH LAKONAN DALAM PENGAJARAN SIRAH Guru sediakan satu situasi masalah seperti situasi penyeksaan orang kafir Quraish ke atas kaum muslimin Mekah
Guru terangkan secara ringkas situasi tersebut, peranan watak dan tempat lakonan
Guru memilih pelajar menjadi pelakon Mekah
Pelajar memainkan peranan mereka dalam sesi lakonan berdasarkan watak yang ditentukan
Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan
Keseluruhan kepada perkaraperkara tertentu Mengaitkan perkaraperkara yang mujarad dengan perkaraperkara yang konkrit
B)Akhlak Islamiah - guru meminta murid menyebut adab adab ketika berhubung dengan ibu bapa. - murid diminta untuk membuat teknik simulasi dan main peranan menggambarkan pelakuan beradab terhadap ibu bapa dan pelakuan tidak beradab kepada ibu bapa.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Memulakan pengajaran dengan memberikan contoh yang berada berdekatan murid. Menghubungkaitkan keadaan persekitaran dengan diri murid itu sendiri Tujuannya adalah untuk memberi penghayatan yang lebih kepada murid sepanjang proses P&P. KELEBIHAN
Murid di bimbing dengan menggunakan contoh contoh yang terdapat berdekatan diri murid Dapat memberikan nilai sentimental keoada murid untuk menghayati isi pengajaran yang disampaikan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
A) Persediaan guru 1. tentukan objektif bagi memudahkan penyampaian isi, teknik dan langkah penyampaian. 2. menyediakan maklumat langkah secara induktif daripada bahan rujukan dan sebagainya. 3. memilih contoh yang sesuai dan lengkap untuk mengukuhkan isi dan teknik. 4. susun isi pelajaran dengan sistematik seperti pendahuluan, langkah, penilaian dan penutup. 5. menyediakan alat bantu yang sesuai untuk memudahkan pelajaran.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
B) Pelaksanaan 1. Penerangan suatu konsep dan penjelasan contoh yang mudah dan terdapat berdekatan murid. 2. Perlahan-lahan guru kaitkan pembelajaran yang akan di ajar dengan keadaan persekitaran. 3. Libatkan murid dengan perhatian juzuk yang disampaikan. 4. Penyediaan alat bantu dan ilustrasi yang memberangsangkan. 5. Melakukan tunjuk cara setiap bahagian isi. 6. Membuat kesimpulan kelas ( deduktif ) keseluruhan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
CONTOH ASAS AKHLAK ISLAMIAH Tajuk : Adab berpakaian Kemahiran : Perbezaan berpakaian orang Islam dengan orang bukan Islam. a) Guru membaca doa dan murid mengamin. b) Guru menayangkan video suasana di tempat pusat membeli belah. c) Guru bertanya beberapa soalan kepada murid berkaitan video yang ditayangkan. d) Guru memaparkan fakta mengenai perbezaan cara berpakaian orang Islam dan orang bukan Islam menggunakan komputer. e) Guru memberikan syarahan berdasarkan fakta tersebut dan penjelasan satu persatu tentang ciri-ciri berpakaian secara Islam dan bukan Islam. f) Guru menjelaskan maksud berpakaian Islam.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
g) Murid memberi tumpuan sepenuhnya. h) Guru menjelaskan tentang ciri-ciri pakaian yang sesuai dengan tuntutan Isalam dan ciri pakaian yang tidak sesuai dengan tuntutan Islam. i) Guru bersoal jawab dengan pelajar berdasarkan fakta isi yang dikemukakan di atas. j) Guru mengarahkan murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan. k) Guru memberikan syarahan kepada murid keburukan tidak mengikut adab berpakaian. l) Murid mendengar penjelasan guru dengan beradab. m) Guru memaparkan gambar wanita yang menutup aurat dan yang tidak menutup aurat yang diambil dari akhbar. n) Guru meminta murid menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara kedua dua gambar yang ditunjukkan. o) Guru meminta pelajar menyenaraikan keburukan tidak menutup aurat dan kebaikan menutup aurat dalam kehidupan bermasyarakat.
Guru mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama murid. Contoh dalam matapelajaran fekah murid telah pun tahu mengenai apakah erti wudhu atau mengambil air sembahyang, sebahagian murid telah pun mengalami cara-cara mengambil wudhu dengan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Prinsip ini memberi penekanan kepada amalan yang teratur di mana bermula dari pengalaman yang ada sedikit pada murid dan ianya dikembangkan kepada yang belum diketahui kepada belum diketahui seperti guru memperkenalkan anggota wudhu yang wajib dan sunat, sempadan setiap anggota wudhu tersebut dan cara mengambil wudhu yang betul. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang , dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti yang wujud di sekitar murid. Isi pengetahuan yang dikembangkan hendaklah berasaskan pengetahuan sedia ada murid. Contoh untuk Tauhid, guru mengajar bahawa Allah SWT itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah dengan wujudnya alam ini. Pengetahuan murid yang sedia ada ialah meraka tahu bahawa setiap benda ada penciptanya begitu juga dengan alam ini kerana ianya tidak akan terjadi dengan sendirinya. Penggunaan prinsip ini ia dapat mencapai objektif dan pengajaran dapat berjalan dengan berkesan dan baik.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
PRINSIP KHUSUS KEPADA UMUM Perkembangan isi pelajaran yang berkesan hendaklah di susun dari sesuatu yang khusus kepada umum. Pendekatan induktif dan prinsip khusus kepada umum adalah berbeza kerana prinsip ini lebih menekankan kepada perkembangan isi pelajaran untuk mencapai objektif. Guru hendaklah memilih isi pelajaran yang tersusun dari ciri-ciri khusus isi pelajaran. Contoh, jika guru mengajar tentang hadas kecil atau hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dulu tentang ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar sebelum membuat satu pengertian umum tentang ciri yang telah diterangkan. Prinsip ini akan merangsang murid untuk mengetahui perkembangan isi. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Walaupun pelajar mempunyai imaginasi yang boleh digunakan dalam pembelajaran tetapi imaginasi mereka tidak boleh di anggap lengkap atau serupa dengan perkarayang mereka pelajari. Penting bagi guru menggunakan bahan bantu mengajar bagi mengaitkan konsep yang umum dengan isi pelajaran. Bahan bantu seperti gambar akan memfokuskan sesuatu konsep dengan jelas dan ia dapat diaplikasikan kepada keadaan lain ( konkrit ).
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM